You are on page 1of 48

9.

1 KONFLIK ANTARABANGSA

9.1.1 PERANG DUNIA PERTAMA DAN PERANG DUNIA 2

PERANG DUNIA PERTAMA (1914-1918)


FAKTOR:
Faktor Politik - Kemunculan Nasionalisme -Sistem Pakatan Negara Eropah Faktor Ekonomi -Persaingan kuasa besar merebut peluang ekonomi.

Faktor Segera Pembunuhan Franz Ferdinand pewaris takhta Austria-Hungary.

PERISTIWA
Austria dengan sokongan Jerman isytihar perang ke atas Serbia. 2. Serbia disokong oleh Perancis dan Rusia. 3. Jerman menyerang Perancis melalui Belgium menyebabkan British Marah. 4. Britain musuh Jerman turut campurtangan. 5. Britain minta bantuan Amerika Syarikat. 6. AS turut terlibat apabila Jerman menyerang kapal dagangnya.
1.

KESAN
1. 2. 3.

4.
5. 6.

7.
8. 9.

Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah. Perjanjian Versailles telah merubah peta Eropah. Pembentukan beberapa buah Negara baru. Pembentukan Liga Bangsa Inflasi dan hutang tinggi masalah pengangguran pasaran dunia diambil alih oleh AS dan Jepun. Britain kehilangan 1/3 perdagangan luarnya. Kehilangan nyawa yang ramai.

PERANG DUNIA KEDUA (1939-1945)


Terdapat 3 faktor:
1. Kegagalan perjanjian Versailles 2. Perubahan Politik 3. Kemeleetan ekonomi

1. Kegagalan Perjanjian Versailles


Rasa tak puashati pemimpin Negara Jerman. kehilangan banyak tanah jajahan. terpaksa bayar pampasan tinggi. diarah mengurangkan saiz tenteranya.

2. Perubahan Politik
Lenin berjaya mengukuhkan pengaruh kominis di Rusia. Itali juga berjaya menjajah Habsyah dan menceroboh Perancis. Jepun muncul kuasa untuk membebas Negara di Timur dari penjajahan. Kemunculan Hitler berjaya membina angkatan tentera yg besar.

3. Kemelesetan Ekonomi
AS tak mampu menyediakan pinjaman utk Jerman. Negara Eropah terpaksa mengurangkan peruntukan ketenteraan. Jerman alih perhatian rakyat dengan mengukuhkan ketenteraan dn menjalankan perluasan kuasa. Jepun bertindak sama

PERISTIWA

Jerman menyerang Poland dari Barat Russia menyerang Poland dari Timur. British dan Perancis isytihar perang terhadap Jerman. Jepun menyerang Pearl Harbour di Hawaii berjaya melemahkan AS di Lautan Pasifik. Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura. Kemunculan Pakatan:
Kuasa Paksi ( J.I.J ) Kuasa Bersekutu (AS.B.P.SU)

PENYELESAIAN
Masalah di Eropah selesai apabila Jerman berjaya dikalahkan. Penguguran Bom Atom di Bandar Hiroshima dan Nagasaki menyebabkan Jepun serh kalah.

KESAN
1.Negara

Jerman terbahagi 2 2.Keruntuhan sistem imperialisma Barat. 3.Kemerdekaan tanah jajahan. 4.jumlah kematian yang sangat tinggi. 5.timbul kesedaran pentingnya kedamaian dunia. Pembentukan PBB

9.1.2 KEMUNCULAN BLOK DUNIA DAN PERANG DINGIN

Blok Dunia
Negara yang sehaluan bersatu & bertindak secara bersama jaga kepentingan ahli. Terbentuk berasaskan geopolitik
-

Perang Dingin
-

Bermula sejak tamat perang dunia ke 2 Ideology dan fahaman politik yang berbeza. Persaiangan kuasa antara AS dan Rusia. Tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung. Ingin membukti kekuatan masing-masing. Menyebarkan pengaruh dan memajukan kepntingan masing2 di Eropah dan Asia melalui bantuan ekonomi & ketenteraan. Negara dunia ketiga tidak memihak kepada mana2 blok.

KESAN
1.Pembentukan

Blok Dunia 2.Penubuhan NATO 3.Penubuhan pakatan WARSAW 4.Penubuhan SEATO 5.Perlumbaan senjata.

9.2 PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA

9.2.1 DASAR-DASAR LUAR MALAYSIA

ASAS-ASAS PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIA

FAKTOR SEJARAH Hubungan perdagangan telah lama ujud dgn China, Arab & Siam. Hubungan Melayu serumpun juga telah wujud. Hubungan yang baik dengan Negara Komanwel selepas merdeka. Mengamal dasar Pro Barat kerana ancaman kominis. Anti kominis.

FAKTOR EKONOMI
mengamalkan pasaran bebas - hubungan baik dengan Britain & Amerika - mengharap modal & pasaran drp Negara maju - pelaburan asing dari Jepun dan Korea (DPT) - hubungan dgn Negara membangun & Negara islam - pasaran - tempat pelaburan
-

FAKTOR POLITIK
menekankan pemeliharaan kedaulatan Negara-negara lain ( sokong Negara palestin ) - berpegang kepada prinsip PBB dan sokong semua resolusi PBB
-

FAKTOR GEOGRAFI
-

kedudukan yang strategik bersempadan dgn kebanyakan Negara rantau ini perairan menjadi laluan perdagangan dunia. Keselamatan serantau akan pengaruhi Malaysia.

FAKTOR DEMOGRAFI
hubungan baik dengan Negara Islam tiada hubungan dengan Israel komited terhadap hak asasi manusia menentang keras Dasar Aparteid di Afrika Selatan. Tidak mengadakan hubungan dgn Afrika Selatan

DASAR LUAR MALAYSIA


Tahap Pertama (Tunku Abdul Rahman 1957-1970) - Pro barat dan anti-komunis - Penggantungan Malaysia dengan British dalam menjaga kepentingan ekonomi

Tahap Kedua (Tun Abdul Razak 1972-1981) - berbaik-baik dengan semua Negara - Peranan British di Timur dikurangkan - ASEAN mengisytiharkan ZOPFAN - Hubungan dengan Negara Komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara, Mongolia dan Vietnam

Tahap Ketiga (Tun Dr. Mahathir Muhammad 1981-2003 ) - penekanan kepada isu ekonomi - banyak berkaitan dengan Negara-negara membangun - hubungan yang lebih erat dengan Negara-negara ASEAN - Dasar Pandang ke Timur - menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebgai model dalam membangunkan Negara Malaysia

9.2.2 MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA

Komanwel

Dibentuk pada tahun 1931 Keanggotaan -negara bekas jajahan British yang telah medeka Keanggotaan - 54 buah Negara maju dan sedang membangun Sekretariat Komanwel ditubuhkan ,1965,London Matlamat membina semangat setia kawan antara Negara-negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang DEKLARASI LANGKAWI juga telah diisytiharkan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

1960, Malaysia menyertai pasukan pendamai bawah panji PBB untuk mewujudkan perdamaian di Congo (Zaire) 1989, Malaysia mewakili pasukan pengaman PBB KE Nambia, membantu mencapai kemerdekaan 1990an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan IranIraq dan Kampuchea serta pasukan pengaman ke Bosnia

Matlamat Piagam PBB


PERTAMA menjamin keselamatan dan keamanan dunia KEDUA mengalakkan hubungan berbaikbaik antara negara anggota KETIGA bekerjasama menyelesaikan masalaj antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. KEEMPAT menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negaranegara anggota.

Pergerakan Negara-negara Berkecuali , NAM

Ditubuhkan semasa Perang Dingin, September 1960 Ahli Negara-negara membangun di Asia, Amerika Selatan dan Afrika Keanggotaan 113 buah Negara Matlamat utama- mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong Blok Barat atau Blok Komunis. 1970 Malaysia menjadi anggota Prinsip NAM Mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah Negara Menghormati kedaulatan sesebuah Negara melalui perundingan dan persefahaman

NEGARA-NEGARA SELATAN
Dikenali sebagai negara Dunia Ketiga. Persamaan dari segi latar belakang ekonomi. Pernah dijajah oleh kuasa barat

Matlamat : Mengatasi harga eksport bahan mentah Meningkatkan kerjasama ekonomi dan

teknikal dikalangan negara anggota Mengurangkan pergantungan kepada negara maju.

PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)


Ditubuhkan pada tahun 1971 beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi Idea Tunku Abdul Rahman Semasa ditubuhkan 57 buah negara dan tiga negara sebagai pemerhati Matlamat : Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari

9.2.3 MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN SERANTAU

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA)

31 Julai 1961 ditubuhkan di Bangkok dianggotai Malaysia, Filipina, Indonesia Matlamat >>> i) kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial ii) kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi iii) keselamatan serta kestabilan politik negara-negara serantau mengekang pengaruh komunis

MAPHILINDO

Malaysia, Filipina, Indonesia Matlamat:


- Meningkatkan perhubungan persahabatan - menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-indonesia - Pertelingkahan berpunca daripada cadangan pembentukan Malaysia - Indonesia tidak bersetuju kerana Presiden Sukarno menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu penjajahan bentuk baru - Filipina menentang kerana menganggap Sabah milik mereka

PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN)


Keanggotaan Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura Bertambah kepada sepuluh iaitu Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea Matlamat >>> i) mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara ii) kerjasama dalam bidang ekonomi,sosial dan kebudayaan iii) Kerjasama dalam bidang pertanian,perdagangan dan perindustrian.. (contoh : baja urea di Bintulu dan Acheh) iv) kerjasama dan bantuan dalam bentuk latihan dan penyelidikan v) hubungan yang erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa

PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DALAM ASEAN

Menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur pada November 1971. Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) Tujuan utama ZOPFAN adalah mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea. Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea. Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkut bahan atau senjata nuklear.

Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya projek baja urea di Bintulu(Sarawak) serta di Acheh Menyertai kerjasama ekonomi melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura 1992. Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi memperluaskan kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea Dr Mahathir tetapi ditentang oleh Amerika Syarikat dan negara-negara maju. Kerjasama secara tidak rasmi tetap diteruskan melalui konsep ASEAN + 3 Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN + 3(China,Jepun dan Korea)

9.2.4 CABARAN MASA DEPAN

GLOBALISASI

Globalisasi - Perubahan dunia tanpa sempadan kerana kepesatan atau kepantasan IT. Segala aspek penting kehidupan seperti barangan, modal, tenaga manusia, kemahiran dan nilai menyeberangi sempadan dalam masa yang singkat. Perubahan ini semua kerana kemajuan teknologi khasnya ICT. Dua pandangan tentang globalisasi; Berfaedah (kunci kepada pembangunan ekonomi dunia pada masa depan). Tidak Berfaedah (meningkatkan jurang Bandar/luar Bandar dan negara maju/membangun, menyekat peluang pekerjaan, merendahkan taraf hidup dan menghindarkan perkembangan sosial).

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI(ICT)

ICT - kaedah/peralatan yang membolehkan proses komunikasi berlaku dengan pantas, mudah dan berkesan tanpa mengira sempadan. Bagi menyahut cabaran ini Malaysia telah menyediakan prasarana ICT dan menjalankan promosi penggunaan ICT. Bagi memenuhi hasrat Wawasan 2020, Projek MSC memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, edagang dan penyiaran digital. Peralatan ICT baru seperti internet, teknologi telekomunikasi telefon mudah alih kini menjadi pemangkin hubungan antara manusia dan antara negara, dan ia berlaku dalam jangkamasa yang singkat.

KORIDOR RAYA MULTIMEDIA

Kerajaan Malaysia menggalakkan ICT kerana perlaksanaan k-ekonomi akan berjalan lancar dan seterusnya ekonomi negara membangun dan meletakkan Malaysia terbaik pada era globalisasi ini. MSC yang dilancarkan pada 27 Jun 1998, ialah kawasan yang mencakupi Kuala Lumpur City Center (KLCC) sehingga ke KLIA. MSC dibangunkan berperingkat dan akan mencakupi seluruh negara. Tujuan MSC untuk memanfaatkan IT dan multimedia global, seterusnya melahirkan masyarakat bermaklumat.

K-EKONOMI

K-ekonomi, ialah ekonomi berlandaskan pengetahuan merujuk kepada keupayaan seseorang menggunakan ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan. Sebelum ini, dunia mengukur kekayaan negara berdasarkan simpanan emas, tanah jajahan dan sumber semula jadi. Kemudiannya beralih kepada jumlah hasil barangan pertanian atau industri.

K-MASYARAKAT

K-masyarakat merujuk kepada masyarakat yang sentiasa membaiki dan memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan agar terus dapat bersaing. Ini selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Prasarana K-Masyarakat khasnya pendidikan di Malaysia ditumpukan contohnya Sekolah Wawasan (memupuk perpaduan melalui interaksi murid pelbagai kaum yang berdaya saing) dan Sekolah bestari pula lengkap dengan IT. Kurikulum turut diubahsuai agar dapat melahirkan pelajar yang kreatif, dinamis, kritis dan analitis. Usaha ini diharapkan dapat melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi, bermotivasi tinggi dan berkemahiran tinggi.

You might also like