You are on page 1of 2

Jong Cheng Kiat dan Liew Chia Ping, Pelajar Tingkatan 6 Sains Rendah ______________________________________________________________________________ Encik Putit bin

Haji Ped, Pengetua Cemerlang SMK Green Road Lebuh Sockalingam, Jalan Green, 93150 Kuching, Sarawak. 24 September 2011

Tuan, Pemohonan untuk Menubuhkan Kelab Jurnal SMK Green Road Menurut tajuk di atas, kami berdua iaitu Jong Cheng Kiat dan Liew Chia Ping, pelajar Tingkatan 6 Sains Rendah bercadang untuk menubuhkan Kelab Jurnal Pelajar. Tujuan utama penubuhan Kelab Jurnal Pelajar adalah untuk mendedahkan ilmu pengetahuan Jurnal kepada para pelajar agar mereka berminat untuk menceburi bidang jurnalisme and penulisan. 2. Melalui penubuhan Kelab Jurnal Pelajar ini, pelajar berpeluang untuk mempertingkatkan tahap penulisan mereka, memperluaskan pengetahuan mereka tentang berita,dan isu-isu semasa serta memelihara kemahiran pencarian maklumat (literature review) yang mantap. Oleh demikian, pelajar akan lebih bersedia untuk menerima tugas pelaksanaan kajian atau penyelidikan pada tahap Tingkatan 6 dan university kelak. 3. Untuk mencapai misi dan visi Kelab Jurnal Pelajar, kami akan berbincang dengan guru Tingkatan 6 yang berpengalaman dalam tugas pelakasanaan kajian dan penyelidikan supaya pelbagai aktiviti dijalankan untuk mengasah bakat pelajar dalam pelaksanaan kajian dan penyelidikan. Kami sudah mempunyai beberapa cadangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan seperti menghasilkan majalah komuniti, menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel penulisan, Literature Review dan sebagainya. Selain itu, kami sudah mandapatkan seorang guru penasihat bagi Kelab Jurnal Pelajar, iaitu Mr Augustine yang selaku guru kaunseling sekolah kita. 4. Kami amat berharap agar pihak tuan bersetuju dan meluluskan pemohonan kami untuk menubuhkan Kelab Jurnal Pelajar SMK Green Road . Hal ini penting demi masa depan pelajarpelajar SMK Green Road yang bakal menghadapi tugas pelaksanaan kajian dan penyelidikan

pada tahap Tingkatan 6 dan universiti. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Yang benar, ----------------------------- / -------------------------(JONG CHENG KIAT) / (LIEW CHIA PING) Pelajar Tingkatan 6 Sains Rendah SMK Green Road.

You might also like