You are on page 1of 2

Laporan disediakan oleh : Omar Bin Haji Othman (0953314p) P.I.

6 Mohd Nizam Bin Muhd Nasir (0953297p) P.I.6 Usrah semesta 4 Tajuk 5 : SASARAN DAKWAH

Definisi sasaran Setiap manusia merupakan sasaran dakwah.Ini kerana Islam adalah agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w untuk disampaikan kepada seluruh manusia.Oleh kerana itu sasaran dakwah bukan hanya kepada golongan tertentu sahaja tetapi seluruh makhluk yang bernama manusia. Justeru menjadi tanggungjawab pendakwah untuk mengenal pasti kaedah dan cara yang sesuai untuk digunakan dalam berdakwah kepada masyarakat yang pelbagai bangsa,agama,adat dan pangkat. Hak dan kewajipan sasaran Pendakwah perlu mendatangi sasaran bukan sasaran mendatangi pendakwah.Pendakwah juga tidak harus memperlekehkan keadaan sasaran.Sudah menjadi kewajipan sasaran perlu menerima dakwah Cuma pendakwah tidak boleh memaksa sasaran menerima dakwah dengan paksaan atau tanpa kerelaan hati.Di sini memerlukan strategi yang sesuai digunakan oleh pendakwah.Setelah sasaran mendapat petunjuk dari Allah,maka sasaran perlu mengamalkan islam dengan sepenuh hati dan jiwa. Jenis-jenis sasaran Antara jenis-jenis sasaran adalah golongan al-Mala iaitu pemimpin,orang yang mempunyai pengaruh dan kuasa.Golongan ini kebiasaanya menentang jalan dakwah kerana sayangkan pangkat,dan mereka selalu sombong,angkuh disebabkan oleh sudah biasa dilahirkan dalam kemewahan dan kesenangan.Walaupun mereka tahu kebenaran tetapi disebabkan pangkat,kemewahan menjadikan mereka sayang untuk tinggalkan keburukkan. Bagi masyarakat awam mereka mudah menerima dakwah kerana mereka biasanya berpendapatan rendah dan hidup dalam kesederhanaan tetapi mereka mudah terpengaruh dengan pemimpin mereka.Ini kerana mereka bimbang dan takut akan didenda atau menerima hukuman dari pemimpin mereka.Selain daripada itu golongan miskin ini juga akan diberikan atau dijanjikan harta atau kekayaan kepada mereka jika mereka mengikut kehendak pemimpin. Cara lain yang digunakan oleh pemimpin untuk menjauhkan orang ramai dari dakwah ialah dengan menimbulkan kekeliruan dan keraguan terhadap pendakwah seperti mengatakan pendakwah itu gila,sesat dan bodoh.

Golongan munafik juga tidak terkecuali daripada sasaran pendakwah.Munafik ialah mereka yang melakukan sesuatu hanya sekadar topeng untuk tidak menimbulkan syak wasangka masyarakat.Apa yang mereka lakukan tidak sama dengan hati mereka.Antara cirri-ciri golongan munafik ialah membenci orang muslim,jiwa yang sakit,sentiasa melakukan kerosakkan di muka bumi Allah.apabila berjanji mereka khianati dan bila diberi amanah mereka mungkiri dan sentiasa bercakap bohong. Golongan seterusnya yang menjadi sasaran pendakwah ialah golongan yang banyak melakukan maksiat.Mereka ini beriman iaitu mengucap dua kalimah syahadah tetapi mereka jahil dalam agama dan tidak mendalami agama . Oleh itu pendakwah perlu mempunyai rasa simpati dan kasih sayang pada mereka dan ingin menyelamatkan mereka dari kekufuran. Kesimpulan Pendakwah ialah tugas yang di sambung oleh Nabi-nabi terdahulu terutamanya Rasulullah s.a.w.Pendakwah memerlukan kesabaran yang kental dalam mengharungi mehna kehidupan masyarakat masa kini.Mendakwah ialah kerja yang bagus tetapi mempunyai risiko dan cabaran yang mencabar dalam proses menyebarkan agama Allah .Niat hendaklah sentiasa dibetulkan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan ganjaran dari Allah.

You might also like