You are on page 1of 12

Pendahuluan Latar Belakang Taman Negara Taman Negara telah ditubuhkan pada tahun 1938/1939 dan dikenali sebagai

King George V National Park. Selepas kemerdekaan, ia telah dinamakan semula sebagai Taman Negara. Dianggarkan berusia 130 juta tahun dengan keluasan 4,343 km persegi, Taman Negara merupakan Hutan Hujan Tropika yang tertua di dunia. Gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu Gunung Tahan setinggi 2,187 meter terdapat di sini. Taman Negara merupakan satu cantuman tiga buah kawasan perlindungan iaitu Taman Negara Pahang, Taman Negara Kelantan dan Taman Negara Terengganu. Setiap Taman Negara mempunyai perundangannya sendiri tetapi serupa dari segi peruntukan perundangannya. Perundangan yang berkaitan dengan penubuhan Taman negara ini adalah Enakmen Taman Negara (Pahang) No. 2 Tahun 1939 untuk negeri Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No. 14 Tahun 1938 untuk negeri Kelantan dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No. 6 Tahun 1939 untuk negeri Terengganu. Taman Negara Pahang Taman Negara Pahang meliputi kawasan seluas 2,477 km persegi iaitu kira-kira 57% dari keluasan keseluruhan Taman Negara. Sebahagian besar muka buminya merupakan kawasan berbukit bukau dengan kemuncaknya terdiri daripada Gunung Teku, Gunung Tangga Dua Belas dan Gunung Tahan. Sungai Tahan yang bermula dari Gunung Tahan merupakan sungai utama yang membentuk sistem saliran di dalam Taman Negara Pahang. Tumbuhan yang terdapat di sini pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dari jenis Hutan Dipterokarp dan Hutan Tanah Tinggi (Montane forest). Taman Negara Pahang juga kaya dengan kepelbagaian faunanya yang terdiri daripada kumpulan mamalia besar seperti Badak Sumatera dan Harimau, primat, burung, reptilia, amfibia dan pelbagai spesies ikan dan serangga. Terdapat beberapa spesies hidupan liar yang endemik di kawasan ini seperti Burung Kuang Cermin, Burung Kuang Gunung, Burung Prinia Bukit (Prinia astrogularis) dan spesies labi-labi air tawar(fresh water turtle; Chitra indica). Pusat pentadbirannya pula terletak di Kuala Tahan yang juga merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara Pahang. Pintu masuk melalui Sungai Relau, Merapoh pula merupakan pintu masuk kedua ke Taman ini. Selain daripada itu beberapa pos kawalan juga telah diwujudkan di kawasan1

kawasan sempadan seperti Kuala Yu, Kuala Terenggan, Kuala Kenyam dan beberapa kawasan lain untuk memelihara Taman Negara daripada di cerobohi. Taman ini ditadbir oleh Penguasa Taman Negara selaku ketua pentadbir dan dibantu oleh Timbalan Penguasa bagi membantu operasi di Kuala Tahan dan di Sungai Relau. Pengalaman 12/11/2011 jam 7.15 pagi- 7.00 malam 12 November 2011 saya dan rakan rakan kursus alam sekitar dan kelestarian memulakan perjalanan ke Taman Negara. Ini merupakan kali pertama saya ke Taman Negara. Pelbagai perasaan menerjah fikiran. Gembira bercampur sedih juga kerana terpaksa meninggalkan keluarga selama dua hari satu malam. Namun kerana perjuangan menuntut ilmu menuntut pengorbanan, hati perlu terus cekal dan kental. Bulan November adalah bulan yang sibuk di sekolah kerana merupakan bulan terakhir sesi persekolahan 2011. Dalam kesibukan itu, saya menyediakan persiapan yang sederhana untuk ke Taman Negara. Objektif utama program ini ialah mendekatkan pelajar-pelajara Sarjana dengan alam sekitar. meningkatkan kesedaran tentang dan pemuliharaan alam sekitar di kami. Kami tiba di Taman Negara satu petang. Saya berkongsi bilik dengan adik-adik rakan sekursus sangat baik hati iaitu Misnainy, Shairah dan Syamilla. Chalet tempat kami menginap ialah Agoh Chalet. yang Ia juga untuk pemeliharaan kalangan hampir

Pada jam 2.00 petang, kami mengikuti program Rapid Shooting n Visit Orang Asli. Kami telah dipesan untuk membawa selipar dan diberitahu akan basah semasa program Rapid Shooting. Pada mulanya saya agak tertanya-tanya bagaimana agaknya program rapid shooting ini, melihatkan pengunjung-pengunjung lain yang basah kuyup saya menjadi berdebar-debar. Sepanjang perjalan ke kampung orang asli, panorama sepanjang sungai sangat menarik perhatian saya, sesekali aksi nakal pemandu bot memercikkan air ke arah pengunjung-pengunjung menggunakan dayung mereka memang

Rapid shooting??

membuatkan kami basah. Walaupun begitu ia agak menyeronokkan kerana saya sendiri sudah lama tidak menikmati kesejukan dan kesegaran air sungai. Maha suci Allah yang menjadikan alam ini sangat indah dan unik. Lebih kurang 15 minit kami tiba di perkampungan orang asli. Kami dipandu oleh En Amiruddin, pemandu pelancong yang ditugaskan untuk membantu kami sepanjang dua hari di Taman Negara ini.

Pemandangan bot-bot dari tepi sungai

Perkampungan asli yang kami lawati ini bernama Kampung Dedari. Menurut En Amiruddin terdapat dua suku kaum asli di Taman Negara ini iaiti suku kaum Batek Negrito dan suku kaum Semak Brit. Suku kaum yang menetap di Kampung Dedari ini ialah Suku Kaum Batek Negrito. Kaum ini hidup secara nomad iaitu berpindah randah. Paling lam sesuatu kaum ini menetap di sesuatu penempatan ialah enam bulan. Oleh kerana itu saya dapat lihat binaan rumahrumah di sini sangat ringkas, sekadar untuk berteduh daripada hujan dan panas. Perkampungan ini agak kecil dan hanya didiami oleh lebih kurang sebelas buah keluarga. Hasil utama makanan mereka didapati daripada hutan secara langsung sama ada dengan berburu atau mengutip hasilhasil hutan. Kebiasaannya mereka akan masuk kehutan secara berkumpulan satu keluarga, suami akan berburu dan isteri dan anak-anak akan mencari tumbuhan-tumbuhan hutan yang boleh dimakan. Antara budaya yang agak unik dalam masyarakat ini ialah adat istiadat perkahwinan adat kematian. Mereka hanya dibenarkan berkahwin seorang isteri sahaja dalam suatu majlis yang sangat unik. Apabila berlaku sesuatu kematian, jasad si mati akan disemadikan didalam batang pokok gaharu. Pokok tersebut akan dikorek sehingga berupa perahu yang boleh dimuatkan jasad si mati. Kemudian ia akan dinaikkan keatas pokok ketinggian lebih kurang 15 meter daripada tanah. Unggun dihidupkan mengelakkan diganggu binatang api akan dibawah jasad oleh buas.

pokok tersebut bagi

Sewaktu kami tiba di situ, satu demonstrasi menyalakan rotan ditunjukkan api telah pada mengguna kayu dan

kami. Api bagi suku


4

kaum ini amat penting. Sepanjang pemerhatian saya setiap rumah ini menyalakan unggun api. Ini kerana unggun api dapat membantu menghindarkan binatang buas dan serangga daripada mendekati kediaman mereka selain api digunakan untuk memasak. Terselit rasa syukur dan menghargai sumbangan sains dan teknologi di dalam hati saya. Pada masa kini, teknologi telah memudahkan kita untuk menyalakan api. Namun pengalaman ini sangat berguna kepada saya kerana ia mudah diaplikasikan menggunakan bahan semulajadi daripada hutan. Selain itu, saya juga melihat bagaimana suku kaum ini menghasilkan sumpit. Kami juga dibenarkan merasai sendiri pengalaman menyumpit. Terdapat satu kawasan khas yang disediakan sekiranya pengunjung berminat untuk cuba menyumpit. Saya seronok melihat Dr Zanaton dan rakan-rakan bergelak ketawa merasai pengalaman menyumpit. Setelah hampir satu jam di perkampungan tersebut membuat pemerhatian dan beramah mesra dengan penduduk di kampong tersebut, kami menyampaikan sumbangan yang telah kami kumpul kepada Tok Batin.

Dr Zanaton menyampaikan sumbangan pada Tok Batin.

Pengalaman menyumpit.

Setelah selesai melewat perkampungan orang asli. Kami bergerak pulang ke tempat penginapan. Rupa-rupanya pemandu pelancong membawa kami singgah di tepi sungai dimana tempat pengunjung boleh bermandi manda. Di situ juga terdapat seutas tali panjang dan tebal yang boleh
5

digunakan untuk bergayut ala tarzan dan terjun ke dalam sungai. Agak lama juga kami berhenti di situ menikmati kesegaran air sungai yang bebas dari pencemaran. Kami mandi manda sambil bergurau senda di antara satu sama lain. Jauh daripada hiruk pikuk kota cukup menyamankan saya. Rasa sangat selesa sambil menghirup udara segar di Taman Negara, Kuala Tahan Pahang ini. Duduk sambil memerhati kehijauan hutan ini membuatkan saya lebih menghargai hutan simpan. Langkah kerajaan mewartakan hutan simpan memang satu tindakan yang sangat penting untuk kelestarian alam sekitar. Tanpanya pastilah hutan-hutan ini akan menjadi mangsa kerakusan nafsu serakah manusia yang tamakkan harta membina pembangunan tidak terkawal dengan menggondolkan hutan. Hampir jam tujuh malam, kami bergerak pulang ke Agro Chalet untuk menikmati makan malam dan sedia untuk aktiviti seterusnya jam lapan setengah malam nanti!
12 November 2011, 8.30 malam- 10.30 malam

Tayangan video Taman Negara dan Night Jungle Walk Kami menikmati tayangan video berkenaan Taman Negara dan spesies-spesies haiwan dan tumbuhan yang terdapat di hutan simpan tersebut. Selepas itu kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan saya dipandu oleh En Sabri. Tidak banyak haiwan atau serangga yang dapat kami lihat kerana faktor ramai pelawat pada malam tersebut dan suasana agak bising telah menyebabkan haiwan tersebut menyembunyikan diri.

Antara serangga dan haiwan yang dapat kami lihat ialah:

Ulat gonggok

Labah-labah

Kala jengking

Ular daun

Rusa Kelihatan sayup-sayup dua ekor rusa yang sedang mencari makanan di padang ragut.

13 November 2011 Hari berikutnya, pada pukul 7.00 pagi. Kami menikmati sarapan. Kemudian mengikuti senaman ringkas bagi persediaan Jungle Trekking dan Titian Canopy . Sepanjang perjalanan kami diperkenalkan lebih dua puluh spesies tumbuh-tumbuhan. Subhanallah Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu bermanfaat dan mempunyai peranan masing-masing. Beberapa spesies tumbuhan yang dapat saya nukilkan adalah seperti berikut: Pokok Liana

Liana bukan pokok tumpang atau parasit tetapi tumbuh dari tanah sebagai pokok renek. Ia membesar bersama-sama dengan pokok kayu dan akan menjalar dari pangkal pokok ke puncak bagi mendapatkan cahaya matahari. Dalam hubungan simbiosis ini, Liana akan memberi sokongan kepada batang-batang pokok kayu yang besar dan tinggi. Ia akan memegang dan mengukuhkan lagi cengkaman pokok besar dan tinggi ke tanah sekaligus membantu mengurangkan risiko tumbang ditiup angin kencang atau hujan lebat. Menurut jurupandu , En Sabri, pokok Liana di Taman Negara boleh mengeluarkan air sekiranya dicantas, terutama spesies Liana yang suka bersimbiosis dengan pokok mempelas.

Nama: Melastoma malabathricum L. Famili: Melastomataceae (Senduduk) Tumbuhan `rumpai' ini telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luar negara. Senduduk juga didapati berguna untuk merawat luka luaran dan dalaman. Digunakan secara popular oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim. Selain merawat cirit birit, daun dan pucuk senduduk juga boleh digunakan untuk merawat penyakit leukorea (keputihan). Bagi merawat penyakit tersebut, anda boleh merebus segenggam daun senduduk dengan sedikit gula, halia dan bonglai.

Pokok bayas

Antara hasil hutan yang tinggi nilainya ialah pokok bayas atau nama saintifiknya Oncosperma horrida yang banyak ditemui di hutan Taman Negara, Kuala Tahan dan Hulu Tembeling dekat sini. Masyarakat Melayu di pedalaman Hulu Tembeling memanfaatkan umbut pokok bayas untuk dicampurkan dalam masakan tradisional bagi menghasilkan rasa yang enak dan menyelerakan. Umbut (bahagian dalam batang atau mayang pokok bayas) merupakan sejenis bahan lembut dan sedap jika dimasak secara resipi kampung

Pokok rotan Sifat umum rotan mempunyai batang berduri dan memanjat tetapi terdapat juga jenis yang tidak memanjat.Rotan memberi sumbangan ekonomi melalui pemprosesan perabot dan kraftangan. Antara perabot yang dihasilkan ialah kerusi, meja, katil, serta perkakas dapur . Rotan jenis belah biasanya digunakan untuk mengayam tikar ataupun lapik.

Pokok Ipoh Racun ipoh yang didapati secara menoreh kulit pokok ipoh (Antiaris toxicaria ) paling terkenal sebagai racun untuk menyumpit atau mengumpan haiwan buruan di kalangan Orang Asli.

Pokok Gaharu kegunaaan gaharu banyak Cina, Unanai, Ayurvedic dan digunakan sebagai Tengah manakala di Papua sebagai ubat-ubatan Di masa sekarang ia turut wangian dan kosmetik.

kepada upacara keagamaan upacara kaum di Tibet. Ia pengharum rumah di Timur New Guinea menggunakannya tradisional oleh masyarakatnya. digunakan sebagai bahan

Pokok pasak bumi (tongkat ali). Khasiatnya ialah menghilangkan rasa letih setelah

melakukan

aktiviti

lasak

atau

kerja

berat.

serta melancarkan peredaran darah dalam badan

Pokok langsuyar

Blue Peacock Fern

Pokok Tapak Hantu

Lantana Camara (pokok tahi ayam)

Daun mempelas digunakan sebagai kertas pasir semulajadi untuk melicinkan permukaan sesuatu benda atau objek. Pokok putat. Pucuknya boleh menjaga dan memulihara kulit, buahnya untuk menyembuhkan atau mengurangkan 10 gatal-gatal manakala daunnya untuk mengubati cacar air dan kulit batangnya pula bagi mengurangkan komplikasi resdung.

Kayu merbau amat tahan lama serta tahan daripada serangan anai-anai dan oleh itu, amat dihargai sebagai bahan lantai dan kegunaan-kegunaan yang lain. Kayu merbau juga boleh digunakan untuk mengekstrak pencelup, dengan kulit dan daunnya juga dipergunakan sebagai ubat tradisional.

Pokok Tualang pula adalah sejenis pokok balak yang tertinggi yang banyak didapati di hutan di semenanjung Malaysia.Kualiti madu lebah di pokok tualang yang dihasilkan oleh lebah liar menghasilkan madu lebah yang terbaik di dunia dan diakui oleh para penyelidik.
Canopy Walk

Upacara kemuncak di Taman Negara Pahang ialah kami berpeluang merentas hutan untuk menuju ke Titian Kanopi. Di situ, kami meniti titian gantung yang menghubungkan pokok dan mempunyai lebih 10 stesen perhentian dilalui setiap pelawat. Jarak satu hentian dengan yang lain adalah 10 meter. Merentasi titian ini memang pengalaman menggerunkan, terutama bagi yang gayat. Namun pemandangan cantik dari ketinggian ini tidak dapat disangkal kerana mereka yang melalui titian boleh melihat sebahagian besar kawasan Taman Negara. Bagi menjamin keselamatan pengunjung menurut pihak pengurusan, titian Kanopi menukar pokok supaya ia tidak rosak dan tali tidak reput. pemeriksaan rapi dilakukan pegawai bertugas setiap hari. Tambahan pula setiap stesen mempunyai pegawai yang menjaga dari jam 9 pagi hingga 3 petang. Tiada aktiviti petang kerana angin kencang mendatangkan risiko kepada pengunjung.
11

Penutup

Secara keseluruhannya, secara peribadi saya merasakan objektif program ini mencapai objektifnya iaitu mendekatkan diri pelajar-pelajar dengan alam sekitar. Pengalaman ke Taman Negara merupakan dalah satu pengalaman berharga yang tidak akan saya lupakan dalam hidup saya. InsyaAllah jika berkesempatan pasti saya akan kembali ke taman negara menikmati keindahan alam.

12

You might also like