You are on page 1of 8

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Share8

SENAMROBIK 1MALAYSIA
TUJUAN

SERENTAK

1MURID

1SUKAN

Kertas ini bertujuan untuk menerangkan konsep berhubung Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan yang akan dilaksanakan pada 10 Julai 2012 (Selasa). LATAR BELAKANG 2. Menteri YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah menyempurnakan

pelancaran dasar 1Murid 1Sukan pada 02 Julai 2011. Dasar 1Murid 1Sukan ini diwujudkan supaya kegiatan sukan di sekolah disemarak dan diperkasakan. dilaksanakan untuk Sehubungan itu, pelbagai program telah dan sedang kebangsaan. 3. Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai

merealisasikan dasar tersebut bermula di peringkat sekolah hingga ke peringkat

kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR)

sebagai Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session. Secara keseluruhan senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti senamrobik ini. 4. Dua rekod pencapaian berkaitan senamrobik sebelum ini yang telah tercatat

di dalam Malaysia Book of Records (MBR) iaitu:

4.1 Largest Children Aerobic Session yang berlangsung di Lumut Perak pada 27 Disember 2003 dan melibatkan penyertaan seramai 8,123 orang. 4.2 orang. Largest Participation In An Aerobic Session anjuran Kementerian Belia

dan Sukan (KBS) pada 15 Jun 2003 yang melibatkan penyertaan seramai 157,574

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN 5. Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bertujuan untuk

menghidupkan kembali dan mengaktifkan semula aktiviti senamrobik di sekolah selaras dengan: 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 10/1988: Senaman Beramai-ramai Untuk Meningkatkan Kecergasan Dan Tahap Kesediaan Murid dan Guru Untuk Bersukan Disamping Melibatkan Penyertaan Beramai-Ramai; dan 5.2 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 juga memperakukan: Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan senaman beramairamai yang melibatkan penyertaan semua murid. 6. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah Siri 4 Bil.

1/2012 yang dipengerusi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Februari 2012 telah bersetuju Bahagian Sukan

menganjurkan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia pada tahun ini. Memandangkan pada bulan Julai setiap tahun, Bahagian Sukan menganjurkan Bulan Kecergasan KPM, adalah sesuai tarikh ini dipilih bagi Majlis Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan. 7. Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang Melalui senamrobik, tahap menarik sebelum melaksanakan aktiviti bersukan.

kesediaan untuk melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang disamping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur. Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh 8. dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda. Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat meningkatkan tanpa kecergasan merasa letih. fizikal seterusnya mampu yang melakukan aktiviti seharian Keupayaan fizikal

optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat. 9. Setiap individu boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Aktiviti senamrobik merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal yang seimbang, terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular kelenturan. kecergasan atau Selain pelakuan daya tahan itu, aerobik, aktiviti yang kekuatan otot, senamrobik juga kelajuan, ketahanan dan daripada meningkatkan keseimbangan,

psikomotor

melibatkan

koordinasi, kuasa dan ketangkasan.

10. Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana senamrobik:

10.1 merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress serta meningkatkan kekuatan fungsi otak; 10.2 dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit jantung dan pembuluh darah; 10.3 dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor; dan 10.4 dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan sihat.

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

11. Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia merupakan landasan bagi sekolah melaksanakan aktiviti senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun di semua sekolah seluruh Negara. Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam semua program di sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan dan berupaya memeriahkan aktiviti sukan di sekolah. Seterusnya aktiviti senaman yang menarik ini akan dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan.

12. Aktiviti senamrobik dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan gaya hidup sihat dan aktif kepada semua masyarakat. Akhir sekali adalah diharapkan murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara menyeluruh dan bersepadu bagi menjayakan dasar 1Murid 1Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat 13. Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan. Objektif 14. Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi mencapai objektif berikut: 14.1 meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan; 14.2 melibatkan penyertaan semua murid; 14.3 mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas; 14.4 mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul; 14.5 meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

STRATEGI PELAKSANAAN Peringkat Kebangsaan 15. pagi Pelancaran dan Senamrobik di Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan

dilaksanakan di peringkat kebangsaan pada 10 Julai 2012 (Selasa), jam 8.00 bertempat Bahagian Kompleks Sekolah Wawasan USJ15, Subang Jaya, bercadang YAB Timbalan Perdana Menteri Selangor. Sukan

merangkap Menteri Pelajaran Malaysia menyempurnakan majlis pelancaran ini. Cadangan aturcara Majlis Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan adalah seperti di Lampiran I.

Peringkat Sekolah, Daerah dan Negeri 16. Pada tarikh dan masa yang sama, Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah dan negeri. Semua sekolah seluruh negara akan melaksanakan senamrobik serentak pada 10 Julai 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi di sekolah masing-masing pada waktu perhimpunan rasmi sekolah. Pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Cadangan peringkat

(JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) akan bersama-sama menyempurnakan pelancaran senamrobik ini di sekolah-sekolah yang berhampiran. aturcara Majlis Senamrobik Serentak kebangsaan adalah seperti di Lampiran II. 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Lagu dan Rentak Senamrobik 17. Bagi tujuan mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR), tempoh masa minima yang ditetapkan adalah 30 minit. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini telah menyediakan cakera padat senamrobik bagi tempoh 35 minit bermula dengan tahap intensiti rendah kepada tahap intensiti tinggi untuk digunakan khusus pada Majlis Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak Malaysia Book of

Records (MBR). Walaubagaimanapun, bagi melaksanakan aktiviti senamrobik di sekolah selepas pelancaran ini, pihak sekolah boleh menggunakan mana-mana cakera padat atau lagu dan rentak lain yang bersesuaian untuk melaksanakan akitiviti senamrobik di sekolah. PENUTUP 18. Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Sempena Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Kebangsaan KPM 2012 diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti senamrobik di sekolah. Senamrobik ini juga diharapkan sebagai satu platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia


Kertas Konsep Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Panduan Pelaksanaan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Buku Program |Depan| |Dalam| Banner Bunting Backdrop Design T-Shirt Surat Siaran Pelaksanaan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2012 Video Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

JUMLAH PRA PENDAFTARAN PENGLIBATAN KESELURUHAN MURID YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2012. Bil Nama Negeri Jumlah Pra Pendaftaran 1 PERLIS 22764 2 KEDAH 70472 3 PULAU PINANG 7219 4 PERAK 95184 5 WP KUALA LUMPUR 8584 6 WP PUTRAJAYA 7 SELANGOR 12955 8 NEGERI SEMBILAN 9188 9 MELAKA 13495 10 JOHOR 62580 11 PAHANG 51531 12 TERENGGANU 69504 13 KELANTAN 84517 14 SABAH 92100 15 SARAWAK 48950 16 WP LABUAN 1619 Jumlah keseluruhan 650662

You might also like