You are on page 1of 16

PENDAHULUAN

Negara-negara maju di dunia hari ini mencapai kemajuan disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor terpenting ialah ILMU. Tanpa ilmu mereka tidak akan mencapai apa yang mereka kecapi hari ini. Mereka tidak akan menjadi negara dan bangsa yang gah seantero dunia. Kenyataan ini dapat kita saksikan melalui kecanggihan teknologi kini. Dari lipatan sejarah pula kita telah dapat mengenalpasti bahawa umat Islam juga pernah mengecapi kecemerlangan tamadun yang juga disebabkan oleh penguasaan ilmu. Ilmuan Islam dunia telah membuktikan kehebatan mereka dalam pelbagai bidang ilmu seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, al Khawarizmi (sekadar menyebut beberapa contoh) dan lain-lain.

KONSEP ILMU Ilmu sebenarnya satu konsep yang sangat luas dan berbagai pengertian ilmu dikemukakan oleh cendekiawan. Ibnu Khaldun dalam Muqaddimah banyak membicarakan soal ilmu. Rumusan daripada pandangan beliau mengenai ilmu ialah Sesuatu yang dapat dipelajari oleh manusia sama ada menggunakan akal fikiran, pancaindera, pengalamanpengalaman, mahupun dengan pertolongan wahyu Ilahi. Ilmu dalam Islam ialah semua jenis ilmu pengetahuan yang boleh mendorong manusia bagi mencapai kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Konsep inilah yang penulis gunakan dalam kertas kerja ini supaya kita dapat melihat kepentingan ilmu secara seimbang, bukan semata-mata ilmu untuk memajukan dunia sahaja atau semata-mata ilmu untuk kesejahteraan akhirat sahaja. Secara umumnya Ilmu dibahagikan kepada dua jenis jika dilihat dari sudut tuntutannya iaitu Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah. Ilmu Fardhu Ain iaitu ilmu yang wajib dituntut dan diperolehi oleh semua individu seperti ilmu mengenal Tuhan (aqidah), ilmu berkaitan dengan ibadah dan akhlak. Manakala Ilmu Fardhu Kifayah ialah ilmu yang juga wajib dan perlu namun ianya untuk sekumpulan atau golongan tertentu, misalnya ilmu pertanian, ekonomi dan sebagainya. Dari sudut lain penulis memetik pandangan Ibnu Khaldun yang membahagikan ilmu secara umumnya kepada dua iaitu ilmu naqli dan ilmu aqli. Ilmu Naqli ialah ilmu-ilmu yang diperolehi oleh seseorang melalui syara tanpa melibatkan akal di dalam prinsip-prinsip umumnya. Namun begitu akal boleh digunakan pada pecahan persoalan prinsip-prinsip tersebut. Dengan kata lain, ilmu jenis ini adalah ilmu-ilmu agama yang seseorang diminta supaya mengetahui hukum hukum dan kaedah-kaedahnya sehinggalah ia mampu mengetahui apa yang diterangkan dalam agama, seterusnya memudahkannya

untuk mempraktikkan perkara tersebut. (Muqaddimah(1413H) ; 435, Che Zarina Bt. Sari, Dr. (2000) ; 19) Ilmu aqli ialah ilmu yang terhasil daripada akal dan pemikiran manusia yang berhubung rapat dengan kemajuan dan peradaban manusia.

MENUNTUT ILMU PROSES SEPANJANG HAYAT Sebelum menghuraikan kepentingan ilmu dan pembangunan modal insan dijelaskan terlebih dahulu tuntutan menuntut ilmu sebagai bahan renungan dan seterusnya dorongan kepada saudara kita supaya mengambil berat isu ini dan seterusnya menghidupkan budaya ilmu di kalangan mereka. Islam telah menentukan bahawa menuntut ilmu adalah satu kewajipan. Perkara wajib maknanya sesuatu yang mesti dilakukan. Perintah kewajipan ini jelas terkandung dalam hadith Nabi s.a.w.:-

Yang bermaksud: Menuntut ilmu itu WAJIB bagi setiap muslim (Ibnu Majah dan al Baihaqi) Menuntut ilmu adalah satu proses yang berlaku sepanjang hayat. Sedari kecil sehinggalah akhir hayat, kita masih perlu menuntut ilmu. Sesungguhnya ilmu Allah amat luas. Firman Allah s.w.t :-

Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad); Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis

kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.(al Kahfi : 109) Dalam konteks saudara kita kewajipan ini juga hendaklah ditunaikan lebih-lebih lagi Ilmu Fardhu Ain terutamanya dalam tempoh awal pemelukan Islam supaya mereka dapat mengenali Islam dan seterusnya mengamalkan Islam. Kesungguhan saudara kita juga sangat perlu digemblengkan secara kolektif untuk menguasai ilmu fardhu kifayah khususnya ilmu dan kemahiran yang boleh memajukan kehidupan mereka di dunia. Tuntutan ini perlu disahut oleh saudara kita pada semua peringkat demi mencapai perubahan yang lebih pantas dan menyeluruh. Sikap bertangguh dan tunggu dan lihat akan merugikan saudara kita sendiri, mereka perlu merebut peluang yang ada secepat mungkin.

KEPENTINGAN ILMU

ILMU MEMANTAPKAN KEIMANAN Sesungguhnya ilmu adalah asas keimanan kita kepada Allah malah dengan ilmulah akan menjadikan iman semakin mantap. Manusia akan menjadi lebih hampir dengan Allah kerana ilmu yang mereka miliki. Mereka semakin takut untuk melanggar hukum-hukum Allah. Firman Allah s.w.t :

Yang bermaksud: Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (al Fatir : 28)

ILMU ASAS KESEMPURNAAN IBADAH Al-Quran menjelaskan bahawa tujuan manusia dijadikan ialah untuk

mengabdikan diri kepada Allah. Hal ini jelas dalam firman Allah s.w.t :

Yang bermaksud: Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu. (al-Zariat : 56) Bagi mencapai kesempurnaan ibadah, manusia memerlukan ilmu. Justeru, itu segala jenis ilmu yang menjadi alat dan pendorong bagi mengenal Allah dan menyempurnakan hakikat ibadah hendaklah dimiliki dan dikuasai oleh umat Islam.

ILMU TERAS KEGEMILANGAN UMMAH Manusia diciptakan oleh Allah dengan memiliki pelbagai kelebihan. Manusia memiliki jasad, aqal, hati dan ruh ditambahkan lagi persediaan sebagai khalifah untuk mentadbir dan memakmurkan alam. Ilmulah yang menyebabkan Adam memiliki kelebihan sebagai khalifah dan insan pertama diciptakan. Firman Allah:-

Yang bermaksud: Allah telah mengajar kepada Adam sekalian nama-nama (ilmu pengetahuan). (al-Baqarah : 31) Risalah Allah diutuskan berkesinambungan antara para rasul dan semuanya berteraskan ilmu. Nabi Muhammad yang diutuskan sebagai penyudah segala nabi diperintahkan dengan falsafah IQRA. Bagi membina ummah yang gilang gemilang melalui pengutusan Rasulullah s.a.w. diturunkan ayat yang pertama dengan perintah IQRA menunjukkan ilmu itulah teras pembinaan, kelangsungan dan kegemilangan ummah. Firman Allah s.w.t :-

Yang bermaksud: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. (al-Alaq : 1-5) Penguasaan umat Islam dalam pelbagai bidang ilmu yang perlu untuk pembangunan dan kemajuan yang menyeluruh akan dapat memastikan bahawa kita mampu berdikari dan memiliki sumber intelek sendiri sekali gus mengurang malah boleh menghapuskan ketergantungan umat Islam kepada pihak lain.

ILMU ASAS PERUBAHAN MARTABAT MANUSIA. Manusia dijadikan oleh Allah bersifat dinamik. Manusia sentiasa bergerak dan sentiasa mengalami perubahan kehidupan. Umur manusia sahaja sudah cukup untuk membuktikan kepada kita pergerakan manusia. Setiap saat bergerak akan membawa perubahan kepada umur manusia. Perubahan yang dialami manusia sangat perlukan ilmu. Kita tidak boleh hanya berserah dengan takdir dan perubahan perskitaran kita. Memang benar TAKDIR ditentukan Allah namun manusia sebagai makhluk mestilah berusaha dengan ilmu. Tanpa ilmu usaha yang dilakukan tidak terancang dan tidak tersusun ada masanya menjadi sia-sia. Bagi mencapai perubahan martabat manusia dalam apa bidang sekalipun, ilmu merupakan asas yang perlu dimiliki dan dikuasai oleh manusia. Firman Allah s.w.t :-

Yang bermaksud:

10

Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orangorang yang diberi ilmu pengetahuan dari kalangan kamu beberapa darjat. (al-Mujadalah : 11)

PRINSIP ISLAM HADHARI Prinsip 4 dalam Islam Hadhari : Penguasaan Ilmu Pengetahuan Nilai yang hendak dibangun ialah umat yang cintakan ilmu,mendalami ilmu fardhu ain dan menguasai ilmu kifayah. Ibadah Melonjakkan Akal Dan Ilmu Bagi mencapai kejayaan dalam semua bidang kehidupan Pendekatan Islam Hadhari memertabat serta memperkasakan ilmu dan akal.Rukun Islam yang lima tidak akan terlaksana tanpa akal dan ilmu. Islam amat mementingkan akal kerana tanpanya manusia akan jatuh ke tahap binatang. Untuk memelihara akal segala bahan yang memabukkan, seperti arak, diharamkan oleh agama. Begitu seriusnya Islam dalam aspek pemeliharaan akal, sehingga mereka yang melanggar larangan ini dan meminum arak, akan dihukum dengan sebatan 40 rotan ataupun lebih. Salah satu golongan yang dipuji oleh Allah ialah golongan yang bergelar ulil albab. Berdasarkan firman Allah dalam surah al-Imran ayat 190:-

Yang bermaksud: "Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan

11

siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab." Dalam al-Asas fit Tafsir, Said Hawa menyatakan bahawa ulil albab bermaksud ' golongan yang menggunakan akal' , Perlaksanaan rukun Islam yang lima menyedarkan umat Islam betapa pentingnya akal dan ilmu dalam Islam. Sebagai contoh, di peringkat awal Islam sebelum minuman arak diharamkan, umat Islam dilarang bersolat dalam keadaan mabuk kerana ia mengganggu pemikiran. Allah berfirman dalam surah an-Nisa ayat 43:-

Yang bermaksud: "Janganlah kamu hampiri solat ketika sedang mabuk." Di samping itu, sesuatu ibadah boleh menjadi tidak sah apabila dilakukan tanpa ilmu. Dalam kitab fikah Zain at-Talib dijelaskan; "Hendaklah seseorang (yang melakukan solat) tahu membezakan antara yang fardu dan yang sunat, di samping mengetahui cara (kaifiat) melakukan solat. Sekiranya seseorang melakukan solat tanpa mengetahui rukun-rakunnya, solatnya dianggap tidak sah". Demikian juga dalam konteks puasa. Perkara-perkara yang membatalkan puasa wajib diketahui. Dalam konteks zakat, nisab dan peratus harta yang wajib dikeluarkan zakat wajib diketahui. Begitu juga dalam konteks haji, rukun dan wajib haji juga wajib diketahui. Ketika melaksanakan solat jemaah, imam yang memimpin solat hendaklah dipilih daripada kalangan mereka yang berilmu.

12

Pendekatan Islam Hadhari menekankan bahawa dengan ibadah umat Islam dilatih untuk menjadi golongan yang sentiasa dahagakan ilmu kerana mereka berkeyakinan tanpa ilmu amalan mereka tidak akan diterima oleh Allah S.W.T.

CADANGAN Bagi memfokuskan lagi usaha dan tindakan ini disarankan dua jenis atau peringkat yang perlu diusahakan dengan gigih, bersepadu dan berkesan : Dalaman Penulis mengertikan tindakan dalaman ini ialah usaha dan tindakan yang perlu digemblengkan oleh saudara kita sendiri sama ada di peringkat individu dan keluarga. Setiap individu hendaklah mempunyai kefahaman dan pemikiran yang jelas bahawa dengan memeluk Islam bukan bermakna mereka akan mencapai perubahan dengan bantuan daripada orang lain semata-mata. Memeluk Islam bukan bermakna mengharap danmenunggu bantuan daripada pihak lain sama ada pihak berwajib atau badan-badan bukan kerajaan. Islam menuntut umatnya supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemajuan hidup dan juga kesejahteraan di akhirat kelak. Justeru, saudara kita perlu lebih proaktif untuk menggerakkan diri mereka samada dalam mempelajari dan menguasai ilmu fardhu ain atau ilmu fardhu kifayah serta mencapai tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang-bidang yang diperlukan untuk memajukan kehidupan dunia. Antara program dan langkah yang perlu dilakukan oleh saudara kita sendiri ialah: 1. Berfikiran terbuka dan positif terhadap potensi diri dan generasi mereka untuk

13

mencapai kecemerlangan. Pemikiran yang negatif serta rasa rendah diri hendaklah dijauhkan dari diri mereka kerana tertutupnya pemikiran tidak akan membuka ruang kemajuan pada diri mereka sendiri. 2. Kepemimpinan adalah aspek yang sangat penting dalam pembangunan modal insan. Justeru, usaha-usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan kepemimpinan hendaklah dilakukan. Proses ini bermula dari pemilihan barisan kepemimpinan lagi. Seorang pemimpin yang dipilih hendaklah pemimpin yang berwibawa serta berwawasan supaya ia dapat memimpin anak buahnya ke mercu kecemerlangan. 3. Masyarakat saudara kita walaupun terdiri daripada pelbagai suku bangsa hendaklah bersatu padu dan sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain supaya mereka sentiasa bermuafakat dan seiring sejalan dalam memajukan mereka sendiri. 4. Pendidikan adalah bermula dari rumah. Kenyataan ini perlu dibudayakan di kalangan orang ramai supaya anak-anak semasa di rumah lagi sudah mendapat pendidikan secukupnya. Pengukuhan dan pengkayaan terhadap penguasaan ilmu hendaklah diusahakan oleh ibubapa sama ada secara keluarga sendiri atau kelompok keluarga setempat. 5. Setiap individu dan keluarga hendaklah menghidupkan budaya penerokaan potensi dan kebolehan masing-masing. Contohnya ialah berbincang dengan ahli keluarga, pihak yang mempunyai kemahiran atau pihak yang berkuasa sekiranya mereka mempunyai kelebihan dalam bidang-bidang tertentu. Perkampungan saudara kita pastinya telah ada kemahiran dan kemudahan dalam berbagai bidang antara yang ketara ialah pertanian, mereka perlu berusaha untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang pertanian pada setiap peringkat. Penerokaan seumpama ini tidak boleh menunggu orang datang kepada kita,

14

usaha dan inisiatif perlulah dilakukan secara bersungguh-sungguh dari saudara kita sendiri.atau 6. Masyarakat saudara kita perlu meneruskan hubungan dengan anak-anak kampung mereka yang telah berjaya supaya mereka dapat membantu sekurangkurangnya memberi idea bagaimana hendak membangunkan masyarakat mereka sendiri.

LUARAN Langkah luaran yang dimaksudkan di sini ialah usaha atau tindakan yang dilakukan oleh badan-badan kerajaan dan badan bukan kerajaan, pihak swasta atau individu yang bertujuan untuk membangunkan modal insan di kalangan saudara kita. Cadangan langkah ini ada antaranya telah dilakukan namun ia dikemukakan supaya dapat diluaskan lagi serta dimantapkan supaya ianya dapat memberi kesan yang lebih menyeluruh, antara langkah tersebut; 1.Sebuah Pusat Latihan Dakwah untuk saudara kita perlu ditubuhkan sepertimana Darul Falah yang kini telah ditutup. Pusat latihan khas ini sangat penting supaya lebih ramai dijuruskan dalam pendidikan keagamaan yang dapat memberi khidmat di kalangan masyarakat. Malah peranan pusat ini boleh dikembangkan dari semasa ke semasa. 2. Institiut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dicadangkan supaya

mengadakan jarayawara pendidikan ke perkampungan saudara kita supaya dapat memberi peluang kepada masyarakat setempat mengenali mereka sekali gus memberi motivasi kepada anak-anak mereka untuk belajar bersungguhsungguh.

15

3.

Untuk

memudahkan

penyusunan,

penstrukturan,

pengurusan

dan

pemantauan pembangunan modal insan, pengkalan data mengenai saudara kita perlu disediakan secara komprehensif dan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Tahap pendidikan dan pembangunan pendidikan di kalangan mereka perlu diambil kira dalam pengkalan data tersebut.

KESIMPULAN

Memperkasakan pendidikan dan pembangunan modal insan saudara kita adalah satu agenda yang besar. Ia perlu dirancang dengan teratur dan sempurna. Banyak usaha dan tindakan yang berkesan perlu dilakukan oleh semua pihak khususnya di kalangan saudara kita. Perubahan tidak akan berlaku begitu sahaja. Yang bulat tidak akan datang bergolek yang pipih tidak akan datang melayang. Renungkanlah firman Allah s.w.t. :-

Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah diri mereka sendiri. (al-Rad : 11)

16

You might also like