You are on page 1of 26

PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN REKA CIPTA

NOOR AZIZAH BINTI AHMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19: 16 (Pind. 1/ 97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL: PENGAPLIKAS IAN TEORI KONSTRUKTIVIS ME DALAM PROS ES PENGAJARAN DAN PEMBELAJ ARAN MATA PELAJ ARAN REKA CIPTA.

SES I PENGAJ IAN: 2005/2006 Saya : NOOR AZIZAH BINTI AHMAD (HURUF BESA R)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* in i disimpan d i Perpustakaan Universiti Teknolog i Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Tesis adalah hakmilik Universit i Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. **Sila tandakan ( )

SULIT

(Mengandungi maklu mat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklu mat TERHA D yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelid ikan d ijalankan)

TERHAD

TIDAK TERHAD

________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) A lamat tetap: No. 28, Kampung Daleh, Jalan Sungai Korok, 06150 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

___________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)

EN. AZLAN B IN AB DUL LATIB Nama Penyelia

Tarikh : _________________

Tarikh : _________________

CATATAN:

* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHA D, sila lamp irkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana M uda (PSM )

Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: : :

........................................................ EN. AZLAN BIN ABDUL LATIB ........................................................

PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN REKA CIPTA

NOOR AZIZAH BINTI AHMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: : :

...................................................... NOOR AZIZAH BINTI AHMAD ........................................................

iii

DEDIKASI

Segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Buat Emak & Abah tersayang, Yang senantiasa mendoakan kejayaan & kesejahteraan anakmu ini Doa kalian bagaikan pemangkin semangat mengiringi perjuangan hidupku

Buat ahli keluarga yang dikasihi, Yang telah banyak memberi nasihat dan kepercayaan terhadapku sepenuhnya

Buat pembimbing yang disanjungi, Bimbingan, tunjuk ajar dan jasa yang diberikan tidak akan kulupai

Buatmu insan yang sentiasa dirindui, Sokongan dan doronganmu tidak kulupakan. Kejayaan ini kan kita kongsi bersama

Untuk teman seperjuangan yang dihormati, Jasa kalian akan tetap ku kenang selagi hayat dikandung badan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Alah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, Projek Sarjana Muda ini telah dapat disempurnakan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing iaitu En. Azlan bin Abdul Latib yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga membimbng dan memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang saya menyempurnakan kajian ini. Tanpa bantuan dan bakti beliau, adalah agak sukar bagi saya menghasilkan projek ini dengan jayanya. Semoga segala sumbangan dan pengorbanan ini diberkati oleh Allah S.W.T.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat pengetua, guru penolong kanan, guru-guru terutamanya En Abd Wahab bin Yahaya dan pelajar-pelajar sekolah yang terlibat dengan memberikan kerjasama yang baik. Tidak lupa juga kepada rakanrakan seperjuangan di atas bantuan dan sokongan moral yang diberikan.

Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini.

Wassalam.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti pengaplikasian Konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta di 4 (empat) buah daerah di Negeri Kedah. Tumpuan kajian adalah kepada 5 (lima) aspek yang dinyatakan dalam Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham. Fasafasa tersebut adalah fasa orientasi, fasa pencetusan idea, fasa penstrukturan semula idea, fasa penggunaan idea dan fasa renungan kembali. Seramai 133 orang pelajar dari SMK Tunku Abd Aziz, SMK Dato` Syed Omar, SMK Ayer Hitam, SMK Gurun dan SMK Kubur Panjang yang mewakili daerah Kota Setar, daerah Kubang Pasu, daerah Padang Terap dan daerah Kuala Muda, Kedah telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set borang soal selidik yang terbahagi kepada 2 (dua) bahagian. Bahagian A adalah berkaitan latar belakang responden dan Bahagian B pula berkaitan 30 item yang digunakan untuk menilai tahap pengaplikasian yang dibincangkan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12 dan dikemukakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek-aspek konstruktivisme dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta. Walau bagaimanapun, fasa penggunaan idea didapati berada pada tahap terendah. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan juga telah dikemukakan untuk memastikan bahawa objektif pengajaran dan pembelajaran Reka Cipta dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

vi

ABSTRACT

This study was carried out to identify the status of the implementation of the constructivism concept of teaching and learning process in Reka Cipta in 4 (four) district at Negeri Kedah. This study is focused on 5 (five) aspects according to Needham`s 5-Phase Constructivisme Model. The phases are orientation, idea initiation, idea restructure, idea usage and reflection. 133 students from SMK Tunku Abd Aziz, SMK Dato` Syed Omar, SMK Ayer Hitam, SMK Gurun and SMK Kubur Panjang in district of Kota Setar, Kubang Pasu, Kuala Muda and Padang Terap were selected as respondents for this study. A set of questionaires that contained two parts were used as instrument to conduct this study. The first part is regarding the respondent`s personal background while the second which consists of 30 items for assesing the implementation of the the above phases. The data collected was analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 12.0 and the data obtained is based on the frekuensi, percentage and mean. The result of this study shows that the concept of Constructivisme in learning and teaching Reka Cipta had been practiced. However, the idea usage phase was identified at the lowest rate. Based on the findings, some suggestions were made to ensure that the objective of teaching and learning Reka Cipta is fully implemented.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v vi vii xi xii xiii

BAB 1

PENGENALAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6

Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian

1 5 8 8 9 9

viii 1.7 1.8 Batasan Kajian Definisi Terminologi 1.8.1 1.8.2 1.8.3 1.8.4 1.8.5 1.8.6 1.8.7 1.8.8 1.8.9 Pengaplikasian Teori Konstruktivisme Pengajaran Pembelajaran Reka Cipta Fasa Orientasi Fasa Pencetusan Idea Fasa Penstrukturan Semula Idea Fasa Penggunaan Idea 10 11 11 11 12 12 13 13 13 14 14 14

1.8.10 Fasa Renungan Kembali

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 2.2 2.3 2.4 2.5

Pengenalan KurikulumReka Cipta Penyelesaian Masalah Teori Konstruktivisme Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran Secara Konstruktivisme

15 16 17 18

20

2.6

Pendekatan Pembelajaran Secara Konstruktivisme 23 24

2.7 2.8

Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham Peranan Guru dan Pelajar dalam Pembelajaran Konstruktivisme

26

2.9

Strategi Pengajaran & Pembelajaran Berdasarkan Teori Konstruktivisme 2.9.1 2.9.2 Permulaan Kelas Penggunaan Alat Bantu Mengajar 27 29 30

ix 2.9.3 2.9.4 2.9.5 2.9.6 2.10 Kaedah Pengajaran Berpusatkan Pelajar Kaedah Penyoalan Kaedah Perbincangan Pengalaman Dalam Pembelajaran 31 33 34 36

Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme 37

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8

Pengenalan Rekabentuk Kajian Tempat Kajian Populasi dan Sampel Kajian Instrumen Kajian Prosedur Kajian Kajian Rintis Analisis Data

39 40 40 41 42 45 45 476

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 4.2

Pengenalan Keputusan Analisis Bahagian A 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 Taburan Nama Sekolah Taburan Responden Mengikut Jantina Taburan Responden Mengikut Bangsa Taburan Responden Mengikut Agama

49 50 50 51 51 52

x 4.3 Keputusan Analisis Bahagian B 4.3.1 4.3.2 4.3.3 Pengaplikasian Fasa Orientasi Pengaplikasian Fasa Pencetusan Idea Pengaplikasian Fasa Penstrukturan Semula Idea 4.3.4 4.3.5 4.4 Pengaplikasian Fasa Penggunaan Idea Pengaplikasian Fasa Renungan Kembali 60 63 66 53 54 57

Perbandingan Nilai Purata Keseluruhan Peratusan Dan Purata Min 68

BAB 5

PERBINCANGAN,RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 5.2 5.3

Pengenalan Rumusan Perbincangan 5.3.1 5.3.2 5.3.3 5.3.4 5.3.5 Perbincangan Persoalan Kajian 1 Perbincangan Persoalan Kajian 2 Perbincangan Persoalan Kajian 3 Perbincangan Persoalan Kajian 4 Perbincangan Persoalan Kajian 5

70 71 75 75 77 79 81 83 85 86 86

5.4 5.5 5.6

Cadangan Cadangan Kajian Lanjutan Kesimpulan

BIBLIOGRAFI

87-92

LAMPIRAN Lampiran A H 93-107

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Perbandingan Model Dan Strategi Pengajaran-Pembelajaran. 2 25 42 43 44 47 48 50 51 51 52

2.1 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5

Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham Senarai Sekolah Serta Bilangan Responden Kajian Taburan Nombor Item Mengikut Aspek Yang Dikaji Pengkelasan Skala Likert Tahap Aplikasi Berdasarkan Nilai Min Kategori Skala Pemeringkatan Likert Taburan Kekerapan Responden Mengikut Sekolah Taburan Kekerapan Responden Mengikut Jantina Taburan Kekerapan Responden Mengikut Bangsa Taburan Kekerapan Responden Mengikut Agama Nilai Min dan Peratusan Setiap Item Bagi Pengaplikasian Fasa Orientasi

54

4.6

Nilai Min dan Peratusan Setiap Item Bagi Pengaplikasian Fasa Pencetusan Idea 57

4.7

Nilai Min dan Peratusan Setiap Item Bagi Pengaplikasian Fasa Penstrukturan Semula Idea 60

4.8

Nilai Min dan Peratusan Setiap Item Bagi Pengaplikasian Fasa Penggunaan Idea 63

4.9

Nilai Min dan Peratusan Setiap Item Bagi Pengaplikasian Fasa Renungan Kembali 66 68

4.10

Perbandingan Nilai Purata Min Dan Purata Keseluruhan

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

2.1

Konsep Pembelajaran Mengikut Teori Konstruktivisme 18 38

2.2

Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A B C D

Borang Soal Selidik Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Surat Pengakuan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

90 96 98

99

Surat Memohon Kebenaran Kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Untuk Menjalankan Kajian 100 102

F G

Pengesahan Isi Instrumen Kajian Senarai Sekolah Yang Menawarkan Mata Pelajaran Reka Cipta Di Empat Buah Daerah Negeri Kedah

103

Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi Kreicie, R.V. & Morgan, D. W. (1970) 104

BAB I

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedahkaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan.

Menurut Esah Sulaiman (2003), pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah yang dikatakan strategi pengajaran. Jadual 1.1 menunjukkan beberapa ringkasan perbandingan mengenai model dan strategi pengajaran pembelajaran ( Arends, R.I., 1997).

2 Jadual 1.1:
Perkara

Perbandingan Model Dan Strategi Pengajaran-Pembelajaran


Pembelajaran kooperatif Pembelajaran penyelesaian masalah Perbincangan Strategi pembelajaran

Pengajaran langsung

Fahaman teori

Pelopor utama Hasil pengajaran

Psikologi tingkahlaku; teori pembelajaran sosial Bandura; Hunter Penerangan pengetahuan asas; kemahiran akademik Bahan pembentangan dan demontrasi yang jelas dan objektif tingkahlaku Struktur yang erat, pengajaran berpusatkan guru

Teori pembelajaran sosial; Teori konstruktivisme

Teori kognitif; teori konstruktivisme

Teori kognitif; teori interaksi sosial Bruner; Cazden; Vygotsky Kemahiran berbincang dan berfikir Perbincangan dalam kumpulan

Teori pemprosesan maklumat

Dewey; Vygotsky; Dewey; Slavin Vygotsky Kemahiran akademik dan sosial Kerja kumpulan dengan manfaat kooperatif dan struktur tugas Kemahiran akademik dan inkuiri Projek berasaskan inkuiri yang dilaksanakan dalam kumpulan Fleksibel, pengajaran berpusatkan inkuiri

Bruner; Ausubel; Vygotsky Kemahiran kognitif dan metakognitif Pengajaran explisit , pengajaran dua hala

Kaedah pengajaran

Ciri-ciri persekitaran

Fleksibel, demokrasi, pengajaran berpusatkan pelajar

Refleksi, penekanan terhadap perbualan terbuka

Refleksi, penekanan terhadap cara belajar

( Sumber: Terjemahan daripada: Arends, R. I. 1997. Classroom Instruction And Management, hal. 12 ).

Merujuk kepada penjelasan di atas, salah satu teori pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan ialah teori pembelajaran Konstruktivisme. Pembelajaran secara Konstruktivisme adalah satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan. Pembentukan pengetahuan baru tersebut lahir daripada gabungan pembelajaran yang terdahulu dengan persekitaran semasa. Bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, guru merekabentuk situasi pembelajaran di mana pelajar boleh mencipta penyelesaian mereka sendiri terhadap tugasan pembelajaran tersebut (Kauchak, D. P. dan Eggen, P.D., 1998).

3 Menurut Sharifah Maimunah (2001), pembelajaran konstruktivisme ini bertitik tolak daripada teori pembelajaran Behaviorisme yang didokong oleh B.F Skinner yang mementingkan perubahan tingkahlaku ke atas pelajar. Sesuatu pembelajaran dianggap berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku kepada pelajar contohnya daripada tidak tahu kepada tahu. Hal ini, kemudiannya beralih kepada teori pembelajaran Kognitivisme yang diperkenalkan oleh Jean Piaget di mana idea utama pandangan ini adalah mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental dikenali sebagai skema yang akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima difahami oleh manusia. Jika idea tersebut sesuai dengan skema, idea ini akan diterima begitu juga sebaliknya dan seterusnya lahirlah teori pembelajaran Konstruktivisme yang merupakan pandangan terbaru di mana pengetahuan akan dibina sendiri oleh pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

Menurut Arends, R. I. (1997), pembelajaran secara konstruktivisme ini boleh didefinisikan sebagai satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Lev Vygotsky, seorang ahli psikologi Rusia percaya bahawa pelajar yang bijak adalah individu yang berhadapan dengan benda baru dan menggunakan pengalaman serta mereka bersungguhsungguh untuk menghuraikan kelainan berdasarkan pengalaman-pengalaman tersebut.

Manakala mengikut Sushkin, N. (1999) pula, beliau menyatakan bahawa teori Konstruktivisme ini memerlukan penekanan diberikan kepada pelajar lebih daripada guru. Ini adalah kerana pelajarlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa serta memperolehi kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru itu, pelajar membina sendiri konsep dengan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi serta inisiatif pelajar hendaklah diterima dan digalakkkan.

4 Dalam era di mana ledakan ilmu yang berlaku dengan begitu cepat, kita telah menyaksikan tamadun dan budaya hidup masyarakat dunia sekarang telah berkembang pesat dari masa lampau. Menurut Sulaiman dalam Chen, Hwe Min (2004), kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi, fizikal, robotik dengan begitu meluas dan pantas. Kemajuan ini jelas dapat diperhatikan di negara-negara maju. Dalam konteks ini, Malaysia turut tidak terlepas daripada mengalami dan menyedari akan perubahan-perubahan tersebut.

Justeru itu, menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2000), mata pelajaran bercorak teknologi memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, seterusnya menyahut cabaran Wawasan 2020. Salah satunya adalah pengenalan kepada kurikulum Reka Cipta di sekolah-sekolah di Malaysia. Kurikulum ini bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif, inovatif dan inventif. Pelajar boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan teknologi semasa dan menjadi penyumbang kepada pembangunan teknologi negara melalui penghasilan sesuatu reka cipta.

Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Reka Cipta dalam Subjek Kemahiran Hidup (KH) Sekolah Menengah Rendah Tingkatan 1, 2 dan 3, Reka Cipta didefinisikan sebagai penghasilan sesuatu projek atau barangan baru atau pengubahsuaian dalam bidang teknologi untuk memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang. Projek yang dihasilkan oleh pelajar adalah daripada idea sendiri atau ubahsuaian dan berpotensi untuk dipasarkan.

Selain itu, menurut Huraian Sukatan Pelajaran Reka Cipta Tingkatan 4 (2002 ) pula, objektif pembelajaran subjek reka cipta diperkenalkan adalah untuk membolehkan murid mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan bidang rekabentuk dan teknologi pembuatan dalam pembinaan produk yang inovatif dan bernilai komersial. Selain itu, ia

5 juga bermatlamat agar pelajar dapat berkomunikasi dengan berkesan, mengamalkan sikap yang positif terhadap isu, perkembangan dan hala tuju bidang teknologi serta memupuk semangat ingin tahu, ingin mencuba, berdaya saing, bekerjasama dan menyedari keagungan Tuhan.

1.2

Latar belakang Masalah

Ucapan Y.A.B Perdana Menteri di Persidangan Malaysian Business Council Held (1991) yang bertajuk The Way Foward telah menegaskan bahawa pembangunan sumber manusia adalah berkait rapat dengan sistem pendidikan negara. Sumber tenaga yang cekap dan mencukupi merupakan aset penting untuk pembangunan dan kemajuan negara. Negara berhasrat untuk menjadi bukan sahaja sebagai negara pengguna kepada teknologi baru malah menjadi penyumbang utama kepada penghasilan teknologi baru tersebut. Hal ini dinyatakan dalam cabaran yang keenam dalam rangka mencapai Wawasan 2020, iaitu cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan berpandangan kehadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Berdasarkan aspirasi nasional yang ingin menghasilkan sumber manusia yang kreatif dan inovatif, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan kurikulum Reka Cipta di 14 buah sekolah perintis pada tahun 1995. Reka Cipta adalah mata pelajaran elektif bercorak teknologi yang ditawarkan di tingkatan 4 dan 5 sekolah menengah (Zuria, 2002). Reka Cipta memerlukan pelajar menjana idea yang kreatif dan kritis dalam mencetuskan idea untuk menghasilkan sesuatu produk yang dikehendaki. Aspek penting yang perlu ada dalam pembelajaran Reka Cipta ini ialah strategi

6 pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu bertindak sebagai fasilitator, bersikap terbuka, imaginatif, kreatif, inovatif dan inventif. Guru hendaklah menggalakkan murid supaya sentiasa terus mencuba walaupun menemui kegagalan. Dalam penyediaan projek, murid diberi kebebasan merangka dan membuat projek berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka daripada pelbagai bidang ilmu yang lain.

Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Reka Cipta dalam Subjek Kemahiran Hidup (KH) Sekolah Menengah Rendah Tingkatan 1, 2 dan 3, antara strategi pengajaran dan pembelajaran Reka Cipta yang dicadangkan oleh KPM adalah pemikiran analitikal, pemikiran lateral, lawatan dan rujukan ilmiah. Selain itu, tunjuk cara juga mesti dilakukan di mana guru perlu mendemonstrasi kepada pelajar cara yang betul dan selamat dalam penggunaan pelbagai alat dan bahan untuk merekacipta. Satu kumpulan dinamik iaitu pembahagian kelas kepada beberapa kumpulan kecil sebaiknya dilaksanakan di dalam kelas selain sumbangsaran di mana satu perbincangan secara intensif untuk penjanaan idea atau mencari idea dilakukan dengan menggalakkan penglibatan semua ahli dalam kelas dan seterusnya ceramah boleh juga diaplikasikan dalam subjek ini untuk memberi maklumat dan gambaran yang terbaik kepada pelajar.

Brooks, J.G. dan Brooks, M.G. ( 1999 ), menyatakan bahawa persekitaran bilik darjah berdasarkan pendekatan konstruktivisme harus dibina di mana idea dan pendapat pelajar mesti dihargai, aktiviti dalam kelas perlu mencabar minda pelajar, guru menimbulkan permasalahan yang berkaitan dengan pembelajaran kepada pelajar, pengajaran dan pembelajaran di bina berdasarkan konsep asas dan utama serta pengajaran dan pembelajaran di nilai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran harian.

7 Menurut Osman Arshad (1998), walaupun terdapat pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan oleh kementerian, namun masih belum terdapat satu strategi, pendekatan, kaedah atau teknik tertentu yang paling sesuai digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran hari ini. Manakala menurut Noriah (2000) pula, biarpun keberkesanan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerap diketengahkan dan diperkatakan, namun pengaplikasian dan pengamalan pendekatan konstruktivisme di kalangan guru-guru di Malaysia secara amnya adalah masih kurang. Guru harus sedar tentang strategi pengajarannya dan perlu berfikir tentang cara untuk meningkatkan proses pengajarannya.

Hasil daripada pengamatan dan perbincangan dengan Guru Kanan Teknik dan Vokasional yang juga guru Reka Cipta SMK Ayer Hitam, En. Ab Wahab B. Yahaya menyatakan bahawa mata pelajaran Reka Cipta yang telah diperkenalkan ini menghadapi pelbagai masalah dalam perlaksanaannya. Antara masalah yang telah dikenalpasti ialah pelajar sukar mengeluarkan idea sendiri dan terlalu bergantung kepada guru semata-mata di samping kemahiran belajar di kalangan pelajar yang rendah terutamanya dalam menyelesaikan masalah. Beliau menyatakan bahawa masalah yang diberikan kepada pelajar juga merupakan masalah yang perlu difikirkan oleh guru. Selain daripada itu, masalah lain yang wujud ialah kesukaran pelajar untuk menguasai topik-topik yang memerlukan asas pengetahuan yang tinggi seperti asas sains dan teknologi. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang berkesan.

Menurut Chen, Hwe Min (2004), jikalau situasi pembelajaran tidak menarik, kaedah dan strategi pengajaran guru yang tidak bersesuaian dengan tahap kognitif atau keperluan pelajar maka akan menyukarkan guru menyalurkan ilmu kepada pelajar. Kaedah pembelajaran yang kurang cekap akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi kurang efektif.

8 1.3 Pernyataan Masalah

Teori Konstruktivisme bukanlah satu teori yang baru dalam bidang pendidikan malah telah lama dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya Sains KBSM. Prisip-pronsip yang terdapat dalam teori ini sebenarnya boleh diterapkan dalam mata pelajaran lain juga. Ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme, pelajar membina struktur pengetahuan mereka sendiri dan pengkaji melihat bahawa Konstruktivisme ini merupakan satu kaedah terbaik yang boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta juga. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat aplikasi konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.

1.4

Objektif Kajian

Objektif kajian yang ingin dijalankan adalah untuk:

i.

mengenalpasti aplikasi fasa orientasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.

ii.

mengenalpasti aplikasi fasa pencetusan idea dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.

iii.

mengenalpasti aplikasi fasa penstrukturan semula idea dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.

iv.

mengenalpasti aplikasi fasa penggunaan idea dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.

v.

mengenalpasti aplikasi fasa renungan kembali dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.

9 1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dilakukan bertujuan mendapatkan jawapan bagi beberapa persoalan seperti berikut:

i.

Apakah fasa orientasi diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta?

ii.

Apakah fasa pencetusan idea diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta?

iii.

Apakah fasa penstrukturan semula idea diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta?

iv.

Apakah fasa penggunaan idea diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta?

v.

Apakah fasa renungan kembali diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta?

1.6

Kepentingan Kajian

Kajian mengenai pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Cipta ini bukan sahaja memberi kepentingan kepada guru yang mengajar subjek Reka Cipta dalam memperkemaskan mutu pengajarannya malah mendatangkan kesan yang positif terhadap peningkatan prestasi pembelajaran di kalangan pelajar yang mengambil subjek Reka Cipta ini. Para pelajar pada hari ini sering mengharapkan sesuatu yang menarik, berkesan dan tidak membebankan. Dengan mengetahui aspek yang memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keberkesanan

10 proses pembelajaran Reka Cipta maka pelajar akan menjadi lebih prihatin dan bertindak lebih cepat untuk merancang matlamat pendidikan mereka. Mereka akan lebih yakin terhadap diri sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah.

Guru-guru pula boleh mengambil manfaat dengan membuat pemantauan diri terhadap peranan mereka sebagai seorang penyampai ilmu pengetahuan agar setiap pengajaran benar-benar dirancang dan dapat membawa faedah kepada para pelajar. Di samping itu, kajian ini diharap dapat membantu pihak KPM dalam usaha menggubal semula sukatan mata pelajaran Reka Cipta dengan memberi penekanan kepada penerapan aspek-aspek konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah kelak.

You might also like