You are on page 1of 35

KAEDAH KEMAHIRAN BERFIKIR

Disediakan oleh:

DANIEL BIN SALA PISMP BAHASA MELAYU KUMP.2

PJM31

Pengenalan
Berfikir merupakan aktiviti yang paling biasa dilakukan oleh manusia selain daripada bernafas. Selagi seorang manusia berada dalam keadaan sedar, proses berfikir tidak akan pernah berhenti. Kebolehan berfikir secara abstrak dan keupayaan menjana idea membezakan manusia daripada makhluk yang lain.

Apakah Berfikir?
Berfikir ialah proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

Proses Berfikir
Pengetahuan (apa yang anda tahu tentang objek itu)

Sikap/ Nilai (keinginan untuk mengetahui tentang objek itu)

Kemahiran Kognitif (menyoal diri sendiri tentang objek itu)

Model Kemahiran Berfikir


Kemahiran Berfikir Kritis Kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran Berfikir Kreatif Kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan ideaidea yang ada.

Model Kemahiran Berfikir


Strategi Berfikir
Proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah mengkonsepsi, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.

Model Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berfikir Menaakul Sebagai pelincir dalam membantu kita membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.

Perkaitan Kemahiran Berfikir Kritis, Kemahiran Berfikir kreatif, strategi berfikir dan kemahiran berfikir menaakul

Kemahiran Berfikir Kritis


1. Mencirikan
Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek. Digunakan untuk: Mendefinisikan konsep atau item. Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa. Langkah penggunaan: Tumpukan perhatian kepada item atau konsep secara menyeluruh. Kenal pasti ciri.

2. Membandingkan dan membezakan


Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

Kemahiran Berfikir Kritis


Digunakan apabila: Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan. Membuat pilihan atau keputusan. Langkah penggunaan: Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa objek. Kenal pasti satu daripada ciri objek itu. Tentukan sama ada objek yang lain mempunyai ciri yang sama. Nyatakan ciri itu sama atau berbeza.

3. Mengumpulkan dan mengelaskan


Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.

Kemahiran Berfikir Kritis


Digunakan apabila:
Banyak item atau maklumat Item atau maklumat yang tidak tersusun. Langkah penggunaan: Kenal pasti ciri umum sekumpulan item. Beri nama kepada kumpulan item itu. Kenal pasti ciri lain. Masukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil. Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu kumpulan.

4. Membuat Urutan
Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.

Kemahiran Berfikir Kritis


Digunakan untuk menyusun item atau maklumat supaya: Mudah difahami. Item tertentu mudah dikesan. Langkah penggunaan: Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut saiz, nilai, abjad, kronologi, corak atau masa. Ambil satu item sebagai asas. Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis susunan yang ditentukan. Semak semula susunan.

5. Menyusun mengikut keutamaan


Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan.

Kemahiran Berfikir Kritis


Digunakan untuk: Menonjolkan perkara yang mustahak. Menentukan tindakan yang perlu dibuat dahulu. Langkah penggunaan: Tentukan matlamat anda. Ambil satu item sebagai asas Ambil item yang lain dan bandingkan dengan item asas sama ada lebih dekat atau lebih jauh kepada matlamat. Jika lebih dekat kepada matlamat letakkan di atas item asas, jika tidak letakkan di bawah. Ulangi langkah di atas bagi item yang lain, satu demi satu.

Kemahiran Berfikir Kritis


6. Menganalisis
Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir. Langkah Penggunaan: Tentukan pendapat atau kenyataan. Cari andaian yang tersirat, huraikannya kepada ciri yang lebih terperinci. Renung semula pendapat atau andaian. Buat pernyataan yang telah diperbaiki dengan sokongan fakta.

Kemahiran Berfikir Kritis


7. Mengesan kecondongan
Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada sesuatu atau menentang sesuatu. Digunakan apabila: Terdapat sesuatu pernyataan yang cuba mempengaruhi keputusan atau pendapat seseorang. Menimbangkan ketepatan sesuatu sumber maklumat atau pernyataan. Mengenal pasti kecondongan pandangan seseorang. Langkah penggunaan: Nyatakan matlamat Kenal pasti jenis petunjuk kecondongan. i. Kenyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat. ii. Pengitlakan yang keterlaluan. iii. Soalan retorik (soalan yang bersifat mempengaruhi atau memukau dan bermuslihat.

Kemahiran Berfikir Kritis


iv. Persembahan atau penyampaian yang berat sebelah. v. Menyatakan pendapat sebagai fakta. Analisis maklumat secara terperinci untuk mendapatkan petunjuk. Padankan pernyataan yang berunsur kecondongan dalam petikan dengan jenis petunjuk. Buat penilaian sejauh manakah kecondongan berlaku. Prasyarat: Pengetahuan tentang: Petunjuk atau kriteria kepada kecondongan. Isi kandungan pernyataan yang dianalisis.

8. Menilai
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

Kemahiran Berfikir Kritis


Digunakan untuk membuat keputusan bagi: Memilih sesuatu. Menerima atau menolak sesuatu idea. Langkah penggunaan: Perhatikan idea atau pilihan. Senaraikan ciri positif (kebaikan). Senaraikan ciri negatif (kelemahan). Beri wajaran kepada setiap ciri. Bandingkan wajaran secara keseluruhan.

9. Membuat Kesimpulan
Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan, sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan.

Kemahiran Berfikir Kritis


Langkah penggunaan: Kumpulkan maklumat (misalnya daripada eksperimen atau kajian). Susun semula maklumat dalam urutan yang logik. Analisis maklumat dan buat gambaran mental untuk mendapatkan sesuatu corak perhubungan. Buat pernyataan kesimpulan dengan sokongan bukti yang ada.

Kemahiran Berfikir Kreatif


1. Menjanakan Idea
Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Digunakan apabila: Mencari idea baru. Mencari alternatif. Langkah penggunaan: Tetapkan tajuk perbincangan. Senaraikan semua idea yang dikemukakan. Renung kembali idea yang dikemukakan. Tambah lagi idea yang boleh difikirkan. Hubungkaitkan idea-idea yang telah disumbangkan.

2.

Membuat Inferens
Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar ataupun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian.

Kemahiran Berfikir Kreatif


Digunakan apabila: Hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan. Menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan. Langkah penggunaan: Perhatikan suatu situasi atau keadaan. Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi. Beri alasan mengapa anda menyatakan demikian. Semak alasan sama ada alasan itu berasaskan pendapat atau pemerhatian daripada situasi. Jika alasan itu berasaskan pendapat atau pandangan, berikan alasan.

3. Menghubungkaitkan
Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau coral perhubungan.

Kemahiran Berfikir Kreatif


Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis, membuat kesimpulan dan mengitlak. Langkah penggunaan: Kenal pasti masalah. Buat analisis tentang keadaan. Kenal pasti aspek yang boleh dihubungkaitkan. Buat pernyataan tentang perkaitan.

4.

Meramal
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Digunakan untuk menjuruskan, merancang dan mempertimbangkan pilihan. Langkah penggunaan: Perhati atau kumpul maklumat. Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat. Buat jangkaan yang paling sesuai.

Kemahiran Berfikir Kreatif


5. Membuat hipotesis
Membuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pemboleh ubahpemboleh ubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya. Digunakan pada peringkat awal apabila hendak menjalankan sesuatu eksperimen, kajian atau penyelidikan. Langkah penggunaan: Perhatikan suatu situasi atau keadaan Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi. Berikan satu jawapan yang rasional sebagai hipotesis. Semak semula sama ada hipotesis tersebut boleh diuji.

6. Mensintesis
Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.

Kemahiran Berfikir Kreatif


Digunakan untuk: Membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk. Menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah, puisi dan laporan. Langkah penggunaan: Kenal pasti dan definisikan tajuk, perkara atau subjek. Kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan. Kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan tajuk, perkara atau subjek. Kenal pasti hubung kait antara kategori dengan kategori, kategori dengan tajuk.

7. Mengitlak
Membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu.

Kemahiran Berfikir Kreatif


Digunakan untuk: Mencari pola Menyusun maklumat Meramal Langkah penggunaan: Kumpulkan data cari pola yang sepunya dan buatkan pengitlakan. Imbas semula kesahihan pengitlakan yang dibuat. Buat kenyataan.

8. Menganalogi

Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa. Digunakan untuk memahami konsep atau perkara yang mujarad dengan cara mengaitkannya dengan sesuatu yang maujud yang telah diketahui.

Kemahiran Berfikir Kreatif


Langkah penggunaan: Bandingkan dua perkara yang tidak sama. Cari sifat yang serupa yang boleh dihubungkaitkan. Nyatakan hubung kait sebagai metafora.

9. Membuat gambaran mental


Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran. Digunakan untuk: Memahami konsep yang mujarad Mengingat konsep yang kompleks Langkah penggunaan: Bayangkan matlamat tertentu. Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental. Bayangkan langkah demi langkah yang berlaku ke arah matlamat. Lihat keseluruhan gambaran.

Kemahiran Berfikir Kreatif


10. Mereka cipta
Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud atau mujarad. Langkah penggunaan: Kenal pasti keperluan, cabaran atau persoalan. Janakan idea. Pilih idea yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan. Mencuba dan menguji idea. Jika tidak memenuhi keperluan, ubah suai atau pilih idea yang lain.

Strategi Berfikir
1. Mengkonsepsi
Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep atau model berdasarkan ciri-ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait. Langkah penggunaan: Kenal pasti maklumat atau contoh-contoh yang berkaitan. Kenal pasti ciri-ciri sepunya pada maklumat atau contoh-contoh Kelaskan ciri-ciri Hubungkaitkan kelas untuk membina konsep awal. Kenal pasti maklumat atau contoh lain dan bukan contoh untuk menguji atau mengubahsuai konsep awal. Bina konsep sebenar

Strategi Berfikir
2. Menyelesaikan masalah
Mencari penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti, mencabar atau kesulitan yang tidak dijangkakan. Digunakan apabila diketahui: Tiada jawapan yang betul Ada perbezaan antara apa yang dijangkakan dengan apa yang sepatutnya berlaku. Langkah penggunaan: Kenal pasti dan fahami masalah Jelaskan masalah Cari alternatif penyelesaian masalah Lakukan operasi penyelesaian Nilaikan penyelesaian

Strategi Berfikir
3. Membuat keputusan
Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Digunakan untuk: Membuat satu pilihan bagi situasi yang berkemungkinan mempunyai pelbagai penyelesaian. Menentukan cara penyelesaian terbaik bagi kaedah yang dipilih. Langkah penggunaan: Kenal pasti matlamat untuk dicapai Kenal pasti semua alternatif bagi mencapai matlamat Analisis semua alternatif mengikut kriteria umum. Susun alternatif mengikut keutamaan. Pilih sekurang-kurangnya dua alternatif yang terbaik. Nilaikan secara terperinci alternatif yang dipilih berdasarkan kriteria tertentu seperti risiko, strategi dan nilai. Buat keputusan dengan memilih satu alternatif terbaik.

Kemahiran Menaakul
1. Penaakulan secara induktif
Membuat pertimbangan dari beberapa contoh atau situasi yang spesifik untuk membuat satu kesimpulan atau pengitlakan. Langkah penggunaan: Teliti beberapa contoh atau situasi yang spesifik. Perhatikan ciri atau pola yang sepunya. Buat satu kesimpulan atau pengitlakan.

2. Penaakulan secara deduktif


Membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang spesifik. Langkah penggunaan: Teliti situasi umum. Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik.

Alat-alat Berfikir
1. Penyusun grafik 2. Peta minda

3. Soalan dan penyoalan a. Soalan bertumpu dan soalan bercapah b. Lingkaran soalan
4. Alat CoRT (Cognitive Research Trust)

Metakognisi
Metakognisi melibatkan individu sedar tentang cara mereka berfikir, meneroka pelbagai kaedah menyelesaikan masalah , melibatkan diri dalam pengalaman pembelajaran secara intelektual yang didorong oleh motivasi kendiri dan semangat ingin tahu yang dipandu oleh perasaan, naluri, akal, rohani dan sahsiah diri demi menghasilkan sesuatu yang maujud.

Operasi Metakognisi
a. Merancang proses mengenal pasti strategi berfikir dan kemahiran berfikir serta bagaimana strategi ini dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. b. Memantau proses mengesan kemajuan perancangan pelaksanaan proses berfikir serta membuat pengubahsuaian secara sedar. c. Menilai proses mengimbas kembali untuk menentukan kualiti produk dan proses berfikir yang telah dilalui.

Mengembangkan Metakognisi
a. Guru membimbing murid
i. ii. iii. Merancang operasi berfikir dalam tugasan yang diberikan Membuat pemantauan semasa melaksanakan operasi berfikir. Menilai sejauh mana operasi itu dapat dilaksanakan dengan berkesan.

b. Guru bersama murid merancang, memantau dan menilai aktiviti pembelajaran dalam kelas dan memberikan tugasan untuk mengukuhkan proses metakognisi murid. c. Murid saling menilai dan memberi penjelasan tentang strategi dan proses berfikir antara satu sama lain.

RUJUKAN
http://www.ppk.smkdpk.com/bsk/modul_ssk.ht ml Poh Swee Hiang. (2006). Kemahiran Berfikir. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

You might also like