You are on page 1of 20

SISTEM BEBAS CUKAI DAN EKSPORT DALAM NEGERI PEMBENTUKAN SISTEM BEBAS CUKAI: CADANGAN DAN DASAR Idea

tentang pembentukan sistem bebas cukai telah diutarakan oleh 4 golongan iaitu, golongan pertama yang terdiri daripada penulis, pengulas bebas dan pakar ekonomi. Golongan kedua terdiri daripada kalangan menteri dalam kerajaan dan pegawai dalam sesetengah jabatan kerajaan. Golongan ketiga pua terdiri daripada ahli perniagaan dan golongan terakhir ialah dewan perundangan. Secara teorinya, cadangan ini berasal daripada analisis sesetengah kes yang dialami oleh penulis dan pemikir. Secara praktikalnya pula, sistem ini dilihat mampu untuk memberi keuntungan kepada penyokong sistem ini. Cabaran kepada teori ini berlaku pada pertengahan abad ke-18 iaitu lama sebelum bidang perindustrian kukuh. Hal ini demikian kerana, bidang perniagaan mengambil masa lebih kurang satu dekad lagi untuk dipandang oleh pengkritik dan meyakinkan parlimen. Pembiayaan perang merupakan faktor utama kenaikan kadar tarif di Britain pada akhir abad ke-17. Selain itu, alasan untuk melindungi industri kecil, tuntutan daripada hasil, dan kebergantungan kepada pencukaian sebagai punca pendapatan alternatif merupakan faktor penting kepada penangguhan untuk melaksanakan sistem bebas cukai sehingga awal abad ke-19. Disebabkan itu, terdapat idea yang mengatakan bahawa proses perindustrian di Britain dipupuk secara berhati-hati selama berabad lamanya. Perbahasan tentang teori ekonomi telah diutarakan oleh Adam Smith pada tahun 1776, dan telah diformalkan oleh Ricardo, Bentham, James dan John Stuart Mill, dan disebarkan oleh hos yang terkenal seperti J.R McCulloch. Buku Wealth of Nations memberi kesan yang besar dalam peperangan teori sehingga diterbitkan sebanyak 8 edisi dalam Bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain dalam tempoh 20 tahun. Perbahasan ini berasaskan harga pasaran yang bebas beroperasi dan bersaing dalam keadaan semulajadi akan memastikan harga terendah yang berkesan kepada pengguna, dan kesan daripada perbandingan harga akan menyebabkan cawangan kepada aktiviti ekonomi menerima peruntukkan yang lebih berkesan. Hujah-hujah yang digunakan selari dengan analisis operasi persaingan ekonomi dalam negara dengan operasi yang digunakan dengan negara-negara lain dalam perdagangan antarabangsa. Analisis yang dilakukan oleh Smith terhadap sistem perdagangan merumuskan sistem ini merupakan rancangan

yang berlawanan dengan kehendak pengguna. Hal ini demikian kerana, pengguna terpaksa berhadapan dengan harga yang tinggi setelah campur tangan politik dalam pasaran ekonomi. Contohnya, kadar tarif yang dilindungi telah menjejaskan import jagung atau wain Perancis, gula, kayu tetapi telah meningkatkan kadar eksport barangan British dengan hasil bumi dan monopoli perdagangan yang diberikan kepada Levant Company atau East India Company. Seperti yang dirumuskan oleh Smith, Penggunaan merupakan hasil paling akhir dalam sesuatu penghasilan. Akan tetapi, dalam sistem perdagangan, penghasilan dilihat lebih penting daripada penggunaan apabila sistem ini lebih mengutamakan kepentingan pihak yang menghasilkan barangan daripada pihak pengguna. Hal ini yang menjadi topik yang diutarakan dalam Laporan Jawatankuasa Duti Import pada tahun 1840. Dalam tesis ini ada dikatakan bahawa belanjawan digunakan untuk mengalihkan aliran ekonomi demi kepentingan politik. Perbahasan ini membuatkan tanggapan menjadi lebih luas dari segi penggajian pekerja, kelemahan strategi, pembangunan persaingan industri, pelbagai jenis aktiviti anti-sosial dan lain-lain lagi. Adam Smith lebih menyokong jabatan lain selain ketenteraan seperti pendidikan umum, dan peranan ekonomi lain kepada negara seperti pejapat pos dan pengawalan wang kertas. Ricardo pula mengatakan pemilik tanah berhak keatas cukai sebagai pampasan untuk cukai tanah yang dikenakan. Seorang penulis isu ekonomi iaitu Dean Tucker menekankan bahawa dasar politik ini terhasil disebabkan sekatan penjajah pada tahun 1740-an dan 1750-an. Pemberontakan yang berlaku menunjukkan kebanyakkan penduduk dalam kawasan jajahan menghadapi masalah apabila berhadapan dengan badan perundangan yang menyekat pembangunan mereka. Hal ini menyebabkan timbulnya masalah politik dan masalah ini telah menyukarkan kehidupan mereka selain sukar untuk mereka meningkatkan taraf ekonomi. Disebabkan hal ini, muncul pula kesimpulan kendiri yang bertentangan yang mengatakan bahawa Britain merupakan pelanggan terbaik kepada rakyat Amerika. Hal ini demikian kerana, benua Amerika mampu menyediakan bahan mentah yang berkualiti dan pembekal makanan kepada Britain selain menjadi pasaran bagi barangan British. Hal ini dibuktikan apabila eksport Britain ke Amerika Syarikat naik mendadak berbanding ke pasaran lain pada tahun 1782. Pada tahun 1836, hampir suku eksport Britain ke Amerika Syarikat dan 45 peratus kapas Lancashire datang dari Amerika Syarikat. Bukti kejayaan ini menunjukkan politik dan ekonomi boleh bangun bersama-sama dan hal ini telah mengukukuhkan lagi idea tentang sistem bebas cukai.

Golongan radikal seperti Tom Paine dan Cobbett yang arif tentang Amerika juga menentang sistem kolonial. Hal ini demikian kerana, mereka beranggapan bahawa kuasa penjajah merampas kebebasan. Selain itu, sistem bebas cukai itu sendiri bersifat anti imperialism menurut Cobden dan Lord Brougham. Cobden merupakan seorang pedagang bebas kerana beliau beranggapan dengan perdagangan bebas, tenaga pakar antarabangsa akan bertambah ramai sekaligus menghalang peperangan daripada berlaku walaupun terdapatnya ahli poltik. Perdagangan bebas menjadi simbol kebebasan dengan pameran antarabangsa dilakukan buat kali pertamanya pada tahun 1851. Britain dilihat tidak jujur apabila mengatakan bahawa tidak yakin dengan perdagangan tetapi Britain mencapai tahap kegemilangan melalui perdagangan. Selain itu, walaupun Britain mengatakan bahawa mereka anti-imperialisme, tetapi, pada masa yang sama, mereka terus menjajah India dan Afrika. Sehingga 1820, perbahasan ini masih tidak mendapat sokongan kuat daripada kepentingan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan terus daripada undang-undang yang telah dipinda. Walaupun kawasan perdagangan dibahagikan secara tidak adil, tetapi tiada peperangan perdagangan yang dilancarkan daripada Britain untuk memonopoli kawasan perdagangan yang dikuasai oleh Syarikat Hindia Timur yang dimansuhkan pada tahun 1813. Semasa perang terhadap Napoleon dilakukan, dasar bebas cukai terpaksa disusun semula disebabkan parlimen telah dibubarkan. Komitmen untuk berdagang secara bebas hanya ada selepas pedagang London menghantar petisyen yang menyatakan kebaikan dasar perdagangan bebas ke parlimen untuk membentuk dasar bebas cukai pada 1820. Salah satu komitmen itu datang daripada Kelab Ekonomi Politik yang diasaskan oleh Ricardo dan rakan-rakannya yang bertujuan untuk mempromosikan kebenaran baru dalam ekonomi. Anggota kelab ini rata-ratanya terdiri daripada penulis, penerbit, pegawai dan bekas peniaga yang gagal dalam perniagaan mereka lalu menjadi penulis. Salah seorang anggota kelab ini iaitu Thomas Tooke telah menulis petisyen ke parlimen pada 1820 dan mengumpulkan seberapa banyak tandatangan peniaga. Beliau telah mendapat sokongan daripada peniaga daripada Rusia iaitu Samuel Thornton yang terjejas terhadap tanggungjawab keatas kayu-kayu Kanada. Selain itu, petisyen ini mendapat sokongan daripada pedagang bebas yang lebih agresif seperti James Mill, John Deacon Hume dan John McGregor. Mereka merupakan pegawai dalam Syarikat Hindia Timur, Jabatan Kastam dan lembaga perdagangan. Jabatan ini yang mengawal monopoli dan menetapkan tarif selain Akta Navigasi.

20 tahun seterusnya memperlihatkan sokongan terhadap cadangan perdagangan bebas semakin kuat sehinggalah pada 1841. Pihak pembangkang kepada pendapat ini berpusat di Manchester dan Liverpool. Pihak ini telah dipimpin oleh Manchester Chamber of Commerce yang ditubuhkan akibat rasa tidak puas hati kerana tiadanya sekatan perdagangan di Lancashire. Pihak ini dilihat cuba memperjuangkan sistem perdagangan tertutup demi kepentingan perniagaan mereka sendiri. Mereka mengatakan bahawa sistem perdangan tertutup lebih membawa keuntungan kepada Britain. Buktinya, hasil monopoli perniagaan yang dilakukan oleh Syarikat Hindia Timur yang membenarkan kapal dagang dari luae untuk berdagang ke timur Cape telah membawa kepada penambahan hasil eksport barangan kapas dari Lanchansire iaitu daripada 1 juta ekar pada 1814 kepada 56 juta ekar pada 1832. Masalah kedua berkaitan dengan bahan mentah yang bergantung kepada sistem kolonial. Oleh kerana bidang penghasilan tekstil sangat penting, maka bahan mentah yang digunakan perlulah berkos rendah. Menjelang 1820, jelas menunjukkan bahawa hanya Amerika Syarikat sahaja yang mempunyai jentera untuk mengasingkan biji kapas, efesien, dan mempunyai sistem penanaman kapas yang menggunakan hamba. Hal ini menunjukkan hanya Amerika Syarikat sahaja yang boleh memenuhi permintaan kapas yang banyak di Lancashire. Kapas dari Carolinas, Georgia, dan lembah Mississippi pula telah mendapat permintaan dari Mesir, India, kepulauan Afrika dan India Barat. Walaupun kapas bukan bahan mentah utama, tetapi ia cukup untuk dijadikan satu isu pengimportan yang penting dan ianya diakui pada tahun 1845. Selain itu, isu pasaran yang terlalu dikawal atau dikekang turut dijadikan isu. Disebabkan bidang perindustrian pesat, maka pasaran baru diperlukan untuk memasarkan hasil daripada bidang perindustrian ini. Kawasan empayar semata-mata sahaja idak mencukupi bagi tujuan ini. Pedagang dari Lancashire dan Scotland cuba untuk masuk ke negara sedikt ketinggalan dan tidak mempunyai empayar seperti Asia Tenggara, Brazil dan Argentina, pantai barat Afrika, Australia dan kepulauan barat Amerika Tengah dan Selatan. Negara-negara ini mempunyai hubungan perdagangan yang sangat sedikit dengan dunia luar. Hal ini memberikan peluang kepada pedagang dari Britain dan Scotland untuk menonjolkan diri kerana mereka mempunyai hubungan dua hala dengan perniagaan dunia dan Great Britain. Mereka lebih mudah untuk mendapatkan keuntungan dengan menjalankan perniagaan eksport barangan penting seperti kayu, kopi, koko, kulit binatang, bijian dan bulu binatang. Eksport daripada pedagang ini telah

dikenakan cukai yang tinggi untuk dibawa masuk ke dalam Britain. Hal ini bertujuan melindungi barang keluaran Britain itu sendiri. Hal ini menyebabkan hanya negara kaya sahaja yang boleh membeli barangan daripada Britain. Masalah perkapalan juga turut mengukuhkan hujah pihak pembangkang. Pengurus barangan muatan kapal mengadu tentang kekurangan pengangkutan setelah banyak kapal ynag membawa barangan keluaran British ke negara seperti Brazil. Hanya dengan membawa barangan penting seperti kopi sahaja yang menyebabkan kapal ini kembali ke Britain akan tetapi, usaha ini sering dihlang disebabkan masalah cukai yang tinggi untuk membawa pulang kargo-kargo ini. Barangan daripada British juga tidak dapat dipasarkan dengan lebih jauh disebabkan kadar cukai yang dikenakan terlalu tinggi. Pengeksport Britain juga terpaksa berdepan dengan tarif yang semakin tinggi jika British terus mendiskriminasi barangan eksport mereka ke pasaran yang lebih canggih seperti Amerika Syarikat dan Utara Eropah. Hal ini telah diutarakan oleh Canning dan Huskisson pada tahun 1822. Satu kesepakatan dengan negara-negara Eropah telah dibuat oleh mereka antara tahun 1823 hingga 1830 untuk mengatasi masalah tarif ini. Tekanan yang dibuat oleh Lancashire ini akhirnya memuncak pada penggal kedua abad ini. Jelas menunjukkan pada akhir tahun 1830-an, walaupun barangan tekstil British dapt dipasarkan dengan banyak, tetapi, dengan nilai eksport yang tinggi, keuntungan tidak dapat dinikmati. Pengeksport British juga telah ditipu dengan kuantiti barang yang banyak tetapi harga barangan tersebut telah jatuh menjunam. Hal ini disebabkan oleh kekurangan peluang kepada beberapa negara luar untuk menjual barangan utama mereka ke British. Hal pengeluran eksport dan mengimport barangan keluar menjadi semakin buruk dalam 25 tahun selepas tahun 1815. Perbahasan ini telah dikumpulkan menjadi satu kepercayaan dan difokuskan kepada dua perkara iaitu yang pertama, kegagalan pasaran tempatan untuk bersaing semula dalam momentum yang sama selepas jatuhnya ledakan pasaran pada tahun 1837. Yang kedua pula, penubuhan Anti-Corn Law League (Liga Anti Undang-Undang Jagung) menjadi semakin membebankan pada tahun 1839. Pada 1841-1842, dalam keadaan tekanan perniagaan dalam abad ini, peniaga mula bersuara dengan mengatakan hanya perdagangan bebas yang boleh menyelesaikan masalah mereka. Mereka juga telah bersedia untuk menghadapi bayaran perubatan yang terkandung dalam cukai pendapatan yang baru. Hal ini merupakan prasyarat yang dibuat oleh kerajaan untuk mengurangkan hasil kastam.

Liga Anti Undang-Undang Jagung membawa beberapa perbahasan terperinci tentang harga makanan yang murah. Hujah mereka yang terkuat tentang harga makanan yang terlalu mahal member pelbagai masalah kepada permintaan dalam negeri.jika harga makanan murah, maka, kuasa membeli lebih banyak dan hal ini akan menyebabkan permintaan terhadap barangan yang dikilangkan meningkat. Kepadatan penduduk di bandar akibat urbanisasi akan menyebabkan makanan asas akan berterusan dibeli daripada luar jika polisi yang membebankan rakyat iaitu harga makanan yang tinggi terus dikekalkan. Hasil daripada import bahan makanan ini juga sekurang-kurangnya dilihat mungkin dapat membantu untuk membeli barangan British daripada berlakunya lambakan. Selain itu, harga makanan yang murah dianggap boleh mengurangkan kos upah pekerja dan hal ini telah menarik pemilik kilang dengan menganggap mereka akan dapat bersaing jika harga pekerja dikurangkan. Akan tetapi, tenaga buruh di kawasan Bandar tidak bersetuju dengan cadangan ini. Anggota Manchester Chamber of Commerce masih tidak menunjukkan sokonganpadu terhadap perdagangan bebas. Mereka mengatakan bencanan akan menimpa Britain jika jentera khususnya yang berkaitan dengan tekstil terus dibenarkan dieksport. Mereka telah berlawan dengan jurutera dan pegawai Lembaga Perdagangan untuk mendapatkan hak eksport terhadap jentera sehingga ia dikuatkuasakan dalam statut pada tahun 1843. Sesetengah pengilang membantah sekeras-kerasnya apabila Parlimen membenarkan penghijrahan artisan mahir pada tahun 1825. Berlainan pula dengan firma-firma anyaman dan pendakwat yang mahukan cukai yang tinggi terhadap eksport benang tekstil tetapi industrt sutera berkualiti British mengharapkan masih dilindungi dengan benang yang murah daripada Perancis, Itali dan Switzerland. Pedagang kayu dan pekapal dari Liverpool pula menekankan Huskisson untuk mengekalkan cukai yang tinggi terhadap kayu dari luar Empayar untuk melindungi kepentingan merka mendapatkan bekalan dari Kanada. Liverpool keberatan untuk bersaing dengan pekapal dari Amerika (yang telah mengambil alih Belanda sebagai pesaing utama dalam khidmat perkapalan) seterusnya menetang pembatalan Akta Navigasi. Secara umumnya, komuniti perdagangan tidak terlalu perlahan untuk meminta perlindungan perdagangan daripada kerajaan dalam negara yang mempunyai politik yang tidak stabil. Justeru, konsul British telah diwakilkan ke negara Amerika Selatan. Mereka memberikan tekanan kepada kerajaan yang keberatan untuk membenarkan pedagang British mengagihkan barangan mereka dalam keadaan yang munasabah seperti ekspedisi ketenteraan atau terlibat dalam sesuatu pekerjaan di kawasan tertentu seperti di China.

Dasar perdagangan bebas di China telah melibatkan dua siri peperangan iaitu pada tahun 183942 dan 1856. Hal ini menunjukkan perdagangan bebas juga melibatkan peperangan dan penjajahan. Berdasarkan hujah-hujah ini, British dapat membangunkan industri ekonomi dalam masa yang panjang. Begitu juga halnya dengan penurunan tarif harga makanan import disebabkan pertambahan populasi rakyat. Berlainan pula dengan badan perundangan. Perubahan ekonomi yang dibuat lebih-lebih lagi dalam polisi tetap bergantung kepada proses institusi dan juga turutan politik. Pada 1830, seorang pakar kewangan pada masa ini mengatakan perdagangan bebas cukai belum lagi diperkenalkan sepenuhnya. Hal ini telah menyebabkan Huskisson melonggarkan sedikit Akta Navigasi untuk membenarkan koloni-koloni menjalankan perdagangan dengan Eropah. Peraturan kastam juga telah dipermudahkan dan diringankan. Pada 1815 hingga 1828, pengimportan gandum tidak dibenarkan apabila harganya kurang daripada 80s dan cukai tidak dikenakan jika harganya melebihi 80s. Akan tetapi, pada tahun 1830-an, kerajaan tidak yakin untuk memperkenalkan pencukaian secara terus dan tidak mempunyai sumber kewangan untuk membuka cukai perlindungan yang memberikan hasil sebanyak 24 juta juta pound sterling setiap tahun dan hasil ini cukup untuk negara membayar hutang. Selain itu, hanya segelintir barangan sahaja yang member pulangan yang menguntungkan kepada Britain setelah disiasat oleh Parlimen. Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa menyokong sistem perdagangan bebas dan Lanchashire tidak lagi berminat untuk mempertahankan pendirian mereka pada tahun 1841-42. Sebanyak 5 juta paun sterling dikutip melalui cukai pada setiap tahun bagi menggantikan kerugian duti. Belanjawan pertama telah dibentangkan pada 1842 dan ia telah membawa perubahan yang besar. Cukai untuk jagung telah direndahkan dan gandum dalam empayar dibiarkan dalam kadar sederhana. Hal ini menunjukkan bahawa sistem bebas cukai penting untuk mengembangkan perdagangan negara. Dalam belanjawan yang kedua pula iaitu pada 1845, cukai untuk bulu, dan kapas telah dimansuhkan. Cukai kayu yang datang dari luar empayar direndahkan dari 55s kepada 10s. Selain itu, gula dan kopi juga direndahkan kadar cukai. Cukai untuk lembu, daging, ikan, mentega, lemak dan keju juga telah dimansuhkan atau dikurangkan.

Begitu juga pada tahun 1846, gandum tidak dikenakan sebarang cukai. Ahl ini menunjukkan British tetap menjalankan dasar perdagangan bebas walaupun pada masa ini berlaku kebuluran di Ireland dan Scotland. Pada 1846, Liga Anti Undang-Undang Jagung merupakan kumpulan penekan yang terkuat di England. Mereka menekan dengan pelbagai cara seperti berpidato, perhimpunan besar-besaran dan sebagainya. Dengan persetujuan parlimen untuk memansuhkan Undang-undang Jagung, maka dasar perdagangan bebas dapat dijalankan. Akta Navigasi telah dibubarkan tanpa bantahan pada tahun 1849. Selepas itu, cukai terhadap keju, gula dan kayu telah dimansuhkan antara tahun 1850 hingga 1860 walaupun British terpaksa menghentikan perdagangan dengan Perancis dan menerima pengaruh negatif social masuk ke dalam negaranya. Satu-satunya cukai yang tidak dimansuhkan ialah teh. Cukai ini yang masih disumbangkan kepada British untuk melakukan perdagangan antarabangsa. Alasan terakhir untuk meneruskan sistem ialah dari segi kewangan. Hal ini dibuktikan apabila banyak wang tunai yang mengalir masuk ke Britain setelah kadar cukai direndahkan pada tahun 1850. Jabatan kastam menerima 22 juta paun sterling setahun dari tahun 1840 hingga 1870 dan hanya mengalami penurunan setakat 20 juta paun sterling sahaja pada tahun 1890. Sekali lagi, Liga Anti Undang-Undang Jagung menjadi kuasa yang paling dipercayai dalam kempen anti-tarif. Perbahasan menyimpulkan bahawa makanan yang murah menjadi paradoks dalam semua hal. Peguam bela bagi Liga ini ialah pekerja Lancashire manakala pihak kedua merupakan pemilik tanah. Pihak Liga gagal meraih sokongan daripada golongan pekerja kerana golongan ini menggangap makanan yang murah lebih memberi manfaat kepada mereka tetapi berjaya meraih sokongan yang tidak disangka daripada pelabur peladangan dan petani. Hasilnya, harga makanan tidak direndahkan lagi sehinggalah tahun 1870-an. Selain itu, satu lagi paradoks sebelum perbahasan berlaku iaitu perniagaan bebas cukai akan member manfaat yang besar melalui penurunan harga makanan dan ia untuk generasi yang akan datang. Selepas itu, kadar tarif bagi makanan sentiasa berubah-ubah. Jika Corn Law tidak dimansuhkan, tidak dinafikan bahawa sukar untuk harga diturunkan. Hasil daripada perdagangan bebas juga, harga gandum dapat distabilkan dan semakin kukuh. Kadar import British juga semakin baik dan perniagaan antarabangsa juga menjadi semakin maju

setelah British menjadi paksi perniagaan antarabangsa. Tetapi hasil terbesar dasar ini ialah ia dapt meningkatkan eksport British sementara barang import dapat diperdagangkan dengan baik selain menstabilkan harga makanan. PERDAGANGAN LUAR, PERKAPALAN DAN PENYEIMBANGAN BAYARAN. Sebelum 1854, tiada rekod tentang kos sebenar tentang import berdasarkan harga sebenar yang wujud. Hal ini hanya dicatat pada tahun 1798. Hal ini menunjukkan perbandingan harga pada pertengahan abad ke-19 merupakan harga tetap. Pada abad ke-18, corak harga diantara import dan eksport tidak berubah kecuali pengeksporatan semula komoditi seperti gula dan kopi. Pada abad ke-19 pula, harga rasmi ini member gambaran yang salah tentang keseimbangan kedudukan perniagaan dan menyembunyikan gaya penting perdagangan luar. Harga rasmi ini menyatakan dua kisah kejayaan iaitu yang pertama ialah penghasilan barangan yang berasaskan kapas dengan kuantiti yang banyak setelah sistem kilang diperkenalkan dan ia membina lebihan yang banyak dalam keseimbangan perniagaan. Dalam tempoh 30 tahun, (1816-1850), nilai eksport British menunjukkan peningkatan yang memberansangkan. Hal ini disebabkan pengeluaran barang dalam kuantiti yang banyak dan ia dieksport. Bagi import pula, ia ketinggalan jauh kebelakang daripada eksport dengan pertumbuhan yang lebih perlahan walaupun menunjukkan peningkatan jumlah dari tahun ke tahun. Kesimpulannya, hasil pengeluaran ke luar negara merupakan hasil eksport British. Kelemahan kepada penjelasan ini ialah ia mengetepikan kejatuhan harga eksport berbanding harga import sekaligus menunjukkan pengeluaran dalam pengeluaran dan semuanya perlu dijual untuk diambangi dengan harga import. Barangan eksport British telah merosot sebanyak 100% antara tahun 1800 hingga 1860 dan British perlu menjual 2 kali ganda barangan eksport mereka untuk menyamai nilai import mereka. Walaupun begitu, penurunan ini tidak bermakna ekonomi sedang gawat. Turun naik ini bergantung kepada naik turun harga kapas iaitu bahan eksport utama. Industri kapas merupakan sumber ekonomi yang paling menguntungkan kepada ekonomi British. Kesimpulan kepada imbangan perdagangan menunjukkan lebihan barangan yang terkumpul, tetapi defisit yang besar telah berlaku semasa peperangan 1914-1918. Hal ini disebabkan hubungan British dengan arus perdagangan antarabangsa. Defisit ini kemudiannya

telah digantikan dengan perkhidmatan dan bukannya barangan. Badan perundangan telah ditubuhkan pada 1840, telah menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah eksport British itupun setelah berlakunya lambakan barang eksport. Pada tahun 1801-5, eksport British telah mencecah kepada 40 juta paun sterling setahun dan ia telah dikekalkan sehingga tahun1835. Walaupun begitu, jumlah import sentiasa mengatasi jumlah eksport. Selain itu, dapat juga disimpulkan terdapat lonjakkan yang tinggi dari segi harga dalam perdagangan luar disebabkan dasar perdagangan bebas ini. Lonjakkan yang paling tinggi berlaku sehingga 1875, iaitu sebanyak 240 juta paun sterling jumlah eksport dan 300 juta paun sterling setahun. Apabila fasa kedua dalam pergerakan perniagaan antarabangsa muncul, barangan eksport sukar dipasarkan dan harganya tidak bertambah baik. Sebaliknya terdapat banyak lambakan barang eksport selama 20 tahun iaitu sehingga 1895. Setelah perdagangan bebas cukai dijalankan semasa musim panas India, keuntungan yang dicapai dapat oleh pedagang setelah pelbagai persoalan timbul. Setelah itu, kadar import sekali lagi mengatasi kadar import sekaligus membuatkan masalah deficit semakin besar sehingga mengurangkan jumlah pendapatan menjadi 175 paun sterling selepas 1900. Selepas kejatuhan ekonomi antara tahun 1873 hingga 1895, nisbah yang tinggi ini sekali lagi mencapai ledakan perdagangan pada 1913. Hal ini telah menjadikan British sebagai pengeksport antaranbangsa dalam makna yang baru dimana mereka mempunyai momentum yang cukup baik yang dating dari perniagaan antarabangsa. British banyak bergantung kepada hasil perindustrian sebagai sumber ekonomi. Justeru itu, mereka telah mengevolusikan sistem perindustrian mereka. Masalah defisit ini telah dikekang dengan mewujudkan peniagaan perkhidmatan. Perniagaan perkhidmatan yang paling mendatangka keuntungan ialah perkhidmatan perkapalan. Selain itu, kerajaan British telah menjual insuran kepada pedagang seterusnya berjaya membawa keuntungan sebanyak 25juta pound sterling setahun pada tahun 1913. Dari segi debit pula, dana ini dibawa keluar oleh emigran, diplomasi, tentera. Sumber keuntungan yang dijana ini dilepaskan dalam perniagaan komoditi dimana komoditi ini dapat menjelaskan kelemahan sistem perdagangan bebas British. Perniagaan ini, samada import atau eksport, perkhidmatan atau apa saja yang dibiayai oleh British telah

membawa keuntungan kepada British dalam imbangan perdagangannya. Hal ini telah menyebabkan jurang harga yang ditetapkan pedagang import dan eksport semakin besar di Britiain. Kadar perbezaan harga yang diperolehi pedagang asing ini berlaku di pelabuhan asing yang menperdagangkan barangan yang dieksport ke Britain. Wang yang digunakan untuk membeli barang Britain akan masuk semula Britain dan boleh mengurangkan masalah defisit. Belainan pula dengan pasaran luar seperti Asia Tenggara, Australia, Afrika, Amerika Selatan, dan China dimana British menguasai perdagangan dua hala dengan mereka. Hal ini menunjukkan keuntungan yang besar dapat diperolehi oleh British. Selain itu, perkhidmatan Britain lain juga diutamakan seperti agensi perkapalan, agensi insuran , dan lain-lain lagi. Hal ini telah menimbulkan kemarahan peniaga insuran dari Amerika. Pada 1815, London telah menjadi pusat insuran yang kukuh selama satu dekad. Selain itu, perniagaan luar juga banyak bergantung kepada kapal British dan British itu sendiri. Contoh perniagaan luar itu ialah perniagaan Anglo-Rusia, perniagaan Anglo-portugis dan lain-lain lagi. British kehilangan kuasa hanya di dua perlabuhan luar. Itupun setelah menerima saingan daripada pembuat kapal dari Sweden dan Norway yang menawarkan harga kapal yang lebih murah daripada Britain. Selain itu, terdapat perbahasan yang menentang penurunan kadar cukai kayu dari Baltic. Hal ini disebabkan ketakutan terhadap terjejasnya kayu dari Liverpool dan Kanada. Pada 1860, Amerika telah menguasai perkhidmatan perkapalan. Mereka juga menguasai pasaran yang penting degan mempunyai kapal yang jauh lebih baik daripada kapal British. Kapal ini lebih kuat dan panjang. Kapal ini juga dapat membawa lebih banyak barangan disebabkan tidak banyak menggunakan anak kapal. Pemansuhan Akta Pelayaran oleh British di anggap sebagai satu sifat kepura-puraan pihak British. Undang-undang ini hanya akan dimansuhkan apabila Britain mendapat jaminan dalam pengeluaran kapal stim besi. Akta Navigasi ini sebenarnya telah ditinggalkan pada tahun 1849 dan ia telah menyebabkan persaingan yang teruk dalam perdagangan Amerika dan perdagangan China serta Atlantik Utara. Pada masa itu juga ramai yang tidak yakin bahawa masa depan perdagangan terletak pada penggunaan kapal besi berkuasa wap. Pada tahun 1851, hanya 185,000 tan muatan kapal sahaja yang boleh dibawa di Britain dan ia menggunakan kapal kayu dan 3,66 juta tan muatan yang boleh dibawa oleh kapal kayu. Hampir semua muatan yang boleh dibawa adalah terhad kepada jalan laut, atau di Ireland dan laluan Utara Laut. Penguasaan bagi

kapal wap besi untuk kegunaan perdagangan telah mengambil masa yang lama untuk berkembang. Walaupun kapal wap besi mempunyai daya kemajuan, namun Britain telah mengambil satu pembaharuan supaya dapat bersaing dengan pencabarnya iaitu Amerika yang mana telah berlaku peralihan kapal besi kepada keluli. Pada tahun 1840-an, Amerika telah berhenti daripada menjadi pencabar kepada Britain iaitu semasa Perang Saudara 1860-an dan seterusnya telah memberi kesan kepada ekomoni perdagangan mereka dan sukar untuk kembali pulih dalam perkembangan perkapalan dunia. Dan pada tahun 1910 lebih 40% barang dagangan telah

berjaya dibawa masuk. Kapal-kapal British merupakan pembawa muatan dagangan yang terbesar di dunia dan bukan hanya pada perdagangan sendiri, tetapi juga kepada pasaran luar dan menarik minat pihak ketiga untuk sama-sama berdagang dengan pihak British. Sebagai contoh di pantai Barat Amerika Selatan adalah sebahagian besarnya yang mengawasi negara Scotland. Hal ini menunjukkan bahawa salah satu sektor dalam ekonomi di mana Britain telah mengawasi dominasi dunia selepas tahun 1870 dan Britain telah menikmati kemajuan perindustrian yang hebat pada tahun 1850. Selain itu, inovasi asas dalam perkapalan seperti penggunaan enjin stim telah menyebabkan British menjadi sebuah industri Perkapalan. Hal ini juga telah menyebabkan berlakunya evolusi London yang mana ia merupakan pusat utama dunia perbankan antarabangsa yang mana industri perkapalan British merupakan satu perdagangan dunia. Hal ini membuktikan bahawa disebalik Akta perdangangan itu, pada abad ke-17, tempahan berdagang bagi kapalkapal British dan kejayaannya perdagangannya semakin meningkat sehingga tertubuhnya ekonomi perdagangan bebas. Eksport modal yang besar telah berlaku di Britain. Namun di dalam kerancakan modal yang diperolehi oleh Britain, terdapat kadar yang agak perlahan di dalam pengumpulan modal di luar negara pada tahun 1821 iaitu sebanyak 8 juta setahun. Hanya lebih 200 juta pound sterling peningkatan menjelang tahun 1850. Walau bagaimanapun, pendapatan tahunan dari luar negara biasanya lebih dari pinjaman asing yang baru. Dari tahun 1856 hingga 1875, eksport modal baru yang dibangunkan adalah lebih tinggi. Pendapatan daripada perkhidmatan yang dibuat adalah dalam anggaran 100 juta pound sterling telah terkumpul di dalam pelaburan luar negeri British pada tahun 1870. Perubahan selanjutnya telah berlaku selepas tahun 1875 dan sejak dari itu

sehingga tahun 1910 hasil modal yang telah dilaburkan adalah melebihi daripada pinjaman baru, walaupun jumlah tahunan meningkat begitu besar pada dekat sebelum 1914. Sebelum tahun 1856, tempoh eksport modal pertengahan yang diwujudkan tanpa mencari sumber-sumber baru yang bersih dari penjimatan domenstik. Walau bagaimanapun, sejurus sebelum tahun 1914, aliran ekonomi sekali lagi menjadi lebih besar daripada kepentingan itu. Hal ini menyebabkan eksport modal sama seperti pendapatan yang tidak dapat dilihat dan sudah tentu ia berhubungan dengan eksport barangan itu sendiri. Dividen yang dicipta oleh pendapatan modal yang sebahagian besarnya telah dibekalkan oleh industri British terutamanya pada tahun 1870-an. Di sebalik peningkatan dividen British juga telah mengalami masalah berkenaan dengan baki defisit perdagangan yang telah memberi kesan kepada ekomomi British, kegagalan ekomomi British turut mempengaruhi negara-negara lain. Sebahagian daripada masalah yang diperolehi adalah trend am dalam ekonomi dunia dan fasa perkembangan berkenaan dengan hasil utama yang telah mengalami kejatuhan di antara tahun 1870 dan 1896. Digambarkan bahawa fasa pertumbuhan berkenaan dengan permintaan untuk eksport British adalah berkadar perlahan dan memberi kesan yang buruk kepada harga mereka berbanding dengan harga import. Tetapi eksport Amerika Syarikat dan Jerman telah berkembang pesat. Bukan itu sahaja, hasil logam dan industri tekstil di Amerika telah berjaya dan dapat menakluki pasaran negara mereka sendiri dan ini tidak termasuk beberapa barang perkakasan, logam, tekstil dan plat timah eksport tradisional British. British juga telah bergantung kepada Amerika Syarikat dan memerlukan barang dari Amerika iaitu kain kapas, bahan makanan seperti gamdum, keju, lemak, dan bakon sekitar tahun 1900. Selain daripada itu, import minyak dan logam bukan ferus juga telah meningkat. Amerika juga menjadi pengeluar keluli menyaingi Britain pada tahun 1886. Halangan terhadap barang-barang British (sebagai pesaing utama) telah muncul di Eropah pada lewat tahun 1870-an. Di Russia pada tahun 1877, pengeluaran arang batu, besi dan tekstil di German pada tahun 1879 dan produk-produk berasaskan pertanian di Perancis pada tahun 1878. Walaupun berlaku peningkatan eskport British, Britain sendiri telah melakukan dasar pelabuhan terbuka dan tidak meletakkan halangan dalam rang-rang undang import itu. British telah menjadi tempat lambakan makanan yang murah dan mendapat subsidi gula di seluruh dunia. Menjelang tahun 1910, imbangan perdagangan dengan Amerika Syarikat dengan Amerika Syarikat telah mengalami defisit sebanyak 50 juta setahun dan dengan benua

Eropah ialah sebanyak 45 juta setahun. Britain telah mempunyai bil-bil import yang sangat berat di negara-negara lain seperti Kanada, New Zealand, Argentina dan Afrika Selatan. Dalam kes Kanada dan Argentina ia sudah menjadi teruk oleh eksport Amerika kepada negara-negara lain yang mengambil tempat British. Masalah defisit yang paling tegar adalah di Amerika Syarikat iaitu pada tahun 1900. Britain telah menjadi semakin bergantung kepada pasaran yang mengambil gaya tradisional iaitu bergantung kepada produk tekstil serta sebahagian pergantungan kepada barangan modal seperti saham pembinaan landasan keretapi dan jentera. Selain itu, tahap keberkesanan tarif dalam mengalihkan perdangangan tidak boleh diukur hanya dengan kesan kepada harga. Keanjalan permintaan bagi produk, dan lain-lain kesan yang tidak langsung, telah dipertimbangkan terutamanya dengan tarif ke atas bahan mentah yang diimport. Selain itu, masalah penurunan perdagangan dengan Amerika Syarikat dan Eropah tidak hanya pada satu soalan tarif sahaja, tetapi ia melibatkan masalah dalam struktur ekonomi, inovasi dan kegagalan untuk membangunkan talian eksport yang baru. Hal ini telah membawa kepada pengulangan masalah yang telah berlaku dahulu dalam industri Britain pada tahun 1870-an. Oleh itu, hal ini jelas menunjukkan perdagangan dunia mengenai eksport modal yang telah menyediakan cara untuk mengurangkan masalah defisit dalam imbangan pembayaran tidak dapat dilihat sepenuhnya. Banyak modal yang telah dieskport adalah untuk menyediakan landasan keretapi di negara-negara seperti Kanada, Argentina, dan Amerika Syarikat. EKSPORT MODAL Dorongan kewangan yang utama di sebalik eksport modal bagi pelabur ini tidak menuntut bahawa jika modal itu dieskpot, ia akan menemui jalan ke arah pelaburan industri dan pertanian di United Kingdom dan untuk mengeluarkan garis eksport yang baru dan luaran yang asli akan dapat mengurangkan baki defisit perdagangan dengan meningkatkan eksport dan menguraangkan import. Pulangan ke atas pinjaman asing tidak semestinya lebih tinggi daripada pelaburan dalam industri atau harta di Britain tetapi pasaran modal yang dianjurkan tidak begitu menarik British dan pelabur untuk pinjaman kerajaan dan kemudahan awam. Risiko yang lebih tinggi sudah tentu membawa kepada keuntungan yang banyak tetapi bon yang dikenakan seperti keretapi di India menerima dividen yang boleh dibayar daripada cukai yang dikenakan dan ditadbir oleh pegawai sivil British yang akan mempunyai pulangan yang lebih tinggi. Pada awal

1820, apabila pinjaman kerajaan akhirnya dapat dikurangkan dalam masa ekonomi baik dan semasa perang pinjaman yang dibiayai telah disatukan pada kadar faedah yang lebih rendah. Satu lagi analisis kadar faedah antara tahun 1900 dan 1910 menunjukkan bahawa saham kerajaan British kemudiannya mampu dihasilkan dengan baik iaitu di bawah 4% (3.3% pada tahun 1900 dan 3.6% pada tahun 1905-1910). Perantisan bagi pinjaman yang dianjurkan di luar negara, dan tempat dan keyakinan telah datang apabila Rothschilds dan Baring menjadi peminjam kepada rejim legitimist Eropah selepas tahun 1815 dengan menggunakan Kongres Mesyuarat Eropah sebagai bilik lelongan mereka. Baring telah memberi sebanyak 10 juta pinjaman untuk menyelesaikan masalah kerugian Perang di Perancis pada tahun 1817-1819 dan beliau merupakan pelanggan lama Perancis sejak 1803 apabila mereka mengendalikan penjualan pembelian Louisiana untuk Napoleon semasa peperangan. Sementara itu, Rothschilds telah memberi sebanyak 5 juta untuk Prussia dan lain 1 juta untuk Austria. Kerajaan yang tidak bertanggungjawab di Greece, Mexico dan Amerika Selatan telah meraih keyakinan daripada pelabur. Kira -kira 24 juta telah dibayar oleh kerajaan dan kebanyakannya adalah berkenaan dengan skim perlombongan. Pelabur dapat membeli saham dengan panggilan awal atau melakukan pembayaran pendahuluan sebanyak 5 atau 10%. Kenaikan harga, penjualan yang cepat dan keuntungan yang lumayan telah membantu kerajaan menyediakan modal. Walau bagaimanapun, hampir semua pelaburan membuktikan pelaburan yang telah menemui kegagalan. Dalam kes Yunani sebanyak 3 juta telah dibangkitkan di London. Selain itu, pada tahun 1828, di Greece kira-kira 0.5 juta telah dilaburkan di dalam bentuk wang tunai dan dua buah bekalan kapal frigat yang kecil. Di Amerika Selatan, beberapa sandiwara yang lebih besar dimainkan. Kerajaan-kerajaan telah memungkiri hutang mereka contohnya di Greece. Hampir semua lombong telah mengalami kemerosotan dan pelaburan berikutnya di Selatan Amerika berkenaan dengan kemudahan awam di Bandar-bandar berkaitan terutamanya dengan pembangunan ekomomi untuk eksport keluaran utama seperti kulit, bulu, biji-bijian dan daging. Dalam perdagangan jangka pendek ke Amerika Selatan telah diransang sedikit dan bagi sesetengah pinjaman kerajaan telah diambil dalam perkakasan peralatan ketenteraan, dan kain.

Walau bagaimanapun, kesan bencana pada tahun 1825 telah mengeringkan aliran dana di luar negara selama beberapa tahun dan kemudiaannya telah beralih ke arah utara Rio Grande. Pada tahun 1830-an, disifatkan telah berlaku ledakan dan kemalangan yang serupa di dalam pelaburan Amerika, dan Amerika Syarikat merupakan sasaran utama untuk pelaburan asing pada dekad ini. Saham Amerika tidak dilancarkan secara terbuka di Bursa Saham pada masa kini tetapi diedarkan melalui bank-bank dan melalui saluran swasta oleh Baring. Kemudian pada tahun 1828 dan 1831, Barings telah mengalami muflis sebanyak 8.5 juta dolar dalam pinjaman untuk bank-bank Loisiana. Oleh itu, inflasi di Amerika Syarikat atau mana-mana manipulasi mata wang kertas tidak akan dapat menipu pelabur British. Selalunya, segala pinjaman telah ditaja oleh kerajaan negeri dan mereka bersetuju menggunakan resit cukai untuk membayar dividen jika pinjaman itu tidak menyebabkan pelaburan yang produktif yang mampu untuk membayar dengan cara mereka sendiri. Dalam tahun 1830-an, Amerika telah membuat perjanjian dengan negeri yang meliputi pelaburan dan bank-bank pengangkutan. Perjanjian itu adalah berkenaan dengan import dan dalam perkhimatan perkembangan kapas yang tumbuh di Lousiana. Tetapi pemindahan modal ini juga telah menyokong keseluruhan struktur perdagangan Anglo Amerika pada masa itu. Ledakan yang berlaku dalam perdagangan pada tahun 1836 adalah dicerminkan oleh ledakan dalam pinjaman. Pegangan British telah meningkat daripada 66 juta dolar dalam tahun 1834 kepada 175 juta dolar pada tahun 1837 dan telah terdapat laporan ejen Nicholas Biddle yang telah menyeberangi Atlantik dengan 20 juta dolar. Nicholas Biddle merupakan ketua Bank Kedua Amerika Syarikat telah mencuba untuk menggunakan pinjaman British dan pada masa yang sama, beliau telah mengalahkan pesaing perbankan di Amerika. Menjelang tahun 1841, Sembilan buah negeri telah mengingkari ke atas pinjamannya dan ia telah memalukan rakyat Amerika di London. Aliran modal dari London ke Amerika tidak dapat dipulihkan sepenuhnya sehingga tahun 1859 dan perdagangan tidak kepada Amerika. Selepas tahun 1848-1849 telah berlaku masalah-masalah politik, dan pembinaan landasan keretapi juga telah meningkat dengan pesat. Barings telah mengendalikan sebanyak 5.5 juta pinjaman untuk St.Petersburg, London pada tahun 1851, dan 3.5 juta telah diberi untuk pembinaan landasan keretapi di Itali. Kemudian pada 1850-an telah

bermula peminjaman pembinaan landasan keretapi di India dengan faedah yang besar sebanyak 5%. Selepas pemberontakan pada tahun 1857, pembinaan landasan keretapi telah menjadi suatu dasar yang segera di India. Aliran modal juga telah meningkat di luar negara pada ketika itu dan didominasi oleh pembinaan landasan keretapi. Tidak dapat dinafikan landasan keretapi yang paling pesat diluaskan di pasaran Amerika dengan keluasan laluan iaitu sepanjang 25,000 kilometer pada tahun 1872 dan 100,000 kilometer pada tahun 1880. Sementara itu, dalam satu pembaharuan pada tahun 1865 telah terdapat kerajaan yang stabil iaitu Argentina yang telah mengalu-ngalukan pelaburan asing. Sebanyak 23 juta dolar modal British telah dilaburkan di Argentina menjelang tahun 1890. Kebanyakan modal ini telah disalurkan untuk pinjaman kerajaan, pembinaan landasan keretapi, bankbank, dan kemudahan di Bandar. Walau bagaimanapun, pengurus British telah mengambil alih dalam pegangan terhadap ternakan biri-biri dan ternakan lembu dalam beberapa kawasan yang kaya di dalam republik itu. Namun yang demikian pinjaman Argentina telah berhenti secara tiba-tiba pada tahun 1890 dan keyakinan semua pelabur dalam peminjaman asing telah digegarkan dengan beberapa krisis selama beberapa dekad. Antara tahun 1870 dan 1914, kira-kira satu pertiga daripada jumlah simpanan British telah mengalir ke luar negara dan menyebabkan aliran keluar adalah lebih besar daripada jumlah aliran ke dalam pelaburan tetap ekonomi British. KESAN KE ATAS PERDAGANGAN BRITISH Hubungan yang jelas antara eksport modal dan kadar kenaikan barang-barang logam dan produk kejuruteraan dalam perdagangan eksport British terutama dalam dekad -dekad awal. Di dalam bahagian penjanaan modal dunia di London untuk membina landasan keretapi telah menggunakan beberapa bantuan dari Britain seperti bantuan jurutera, besi dan sebagainya. Sehingga tahun 1880, bahan besi telah banyak dieksport untuk pembinaan landasan keretapi di Amerika yang telah dibiayai oleh Britain dan Amerika telah dibekalkan lokomotif sendiri dan mereka mempunyai tenaga buruh mereka sendiri. Walau bagaimanapun, di negara-negara seperti India, China, dan Amerika Selatan ia biasanya mempunyai perjanjian. Lebih daripada satu pertiga daripada pinjaman pembinaan landasan keretapi India telah dibelanjakan di Britain. Wales dan Scotland telah mendapat manfaat yang mendadak hasil daripada pengeluaran besi mereka.

Britain adalah satu-satunya negara industri besi yang besar yang mempunyai kos rendah dan mempunyai industri kejuruteraan yang moden. Selepas tahun 1870-an, modal di London tidak begitu meningkat. Pinajaman yang biasanya tidak terikat di sisi undang undang untuk pembelian peralatan di British tetapi tidak seperti amalan di Perancis. Sebagai contoh, orang-orang yang menaikkan modal untuk keretapi di Sterling mungkin telah membeli lokomotif di Belgium. Kredit sterling telah dicipta dan mungkin telah menggalakkan eksport modal dan eksport modal yang mempunyai bahagian dalam pembangunan ekonomi yang telah menyebabkan berlakunya banyak pertumbuhan di Britain. Walau bagaimanpun, kebanyakan pelabur mungkin telah melihat hanya 5 % sahaja pertumbuhan tersebut. Tetapi sesetengah orang dan penganjur pelaburan British di luar negara sudah pasti mempunyai motif perdagangan dan perniagaan dalam minda serta keuntungan atas perjanjian. Sebagai contoh, pengeluar besi selalunya dibayar sekurang kurangnya sebahagiannya di dalam saham-saham daripada landasan keretapi yang dibekalkan kepada mereka. Dari segi pengimportan kesan pinjaman asing ke atas corak perdagangan adalah lebih jelas. Pembinaan landasan keretapi di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Afrika Selantan dan Argertina telah memainkan peranan penting di dalam pembukaan tanah yang luas dan membangunkan sektor-sektor eksport dalam menghasilkan keperluan utama seperti makanan, kulit, bulu dan logam. Manakala pelaburan British di Lousiana pada tahun 1820-an dan 1830-an adalah berorientasikan pembangunan eksport kapas. Thomas Lipton telah melakukan pelaburan dalam beberapa saluran dan menubuhkan industri pembungkusan daging terbesar di Chicago iaitu pada tahun 1880-an. Beliau juga telah melakukan perkara yang sama dengan ladang teh di Sri Lanka. Selain daripada itu, beberapa ladang seluas 2 juta ekar dan firma-firma besar seperti tanah Texas dan Syarikat Gadai Janji telah dianjurkan di Scotland pada tahun 1870-an dan 1889-an. Tujuan penubuhan ini ialah untuk mengeskport daging perdagangan termasuklah bahagian kulit dan lemak ke Britain walaupun pasaran Amerika adalah lebih besar dan berkembang pesat. Di Scotland terutamanya kawasan pedalaman iaitu Aberdeen dan Dundee telah memutuskan bahawa jika kemakmuran perdagangan lembu di Scotland diancam oleh import dari Dunia Baru maka mereka akan mempunyai bahagian dalam perdagangan baru. Mereka juga melihat ada mata wang yang hendak dibuat dengan mendapat saham British yang lebih baik

ke dunia baru. Landasan keretapi merupakan pelaburan yang telah memberi manfaat kepada Amerika Syarikat, Australia dan Argentina dan harga bahan mentah di Britain selepas tahun 1875. Pelaburan langsung dalam perlombongan telah cenderung untuk mempunyai hubungan perniagaan yang lebih khusus dengan perusahaan British dan tuntutan ekonomi British yang sama adalah berkenaan dengan pelaburan seperti teh, ladang-ladang getah di Ceylon, India dan Malaysia dan pengeluaran minyak sayur-sayuran di Afrika Barat. Bukan itu sahaja, pengembangan pasaran yang banyak bagi kedua-dua eksport dan import Britain bergantung kepada pelaburan modal yang sangat berat di dalam bida ng teknologi dan dalam kes pada abad ke-19 hanya datang dari Eropah. Tanpa pinjaman asing juga, dapat membendung keupayaan yang kronik dibeberapa negara lain untuk menyerap produk British. Dengan cara ini, pelaburan modal di luar negara adalah merupakan sa tu daripada tiga syarat asas yang mengawal kadar pengembangan perdagangan dunia selepas tahun 1840-an yang disertakan dengan pelaburan di Britain tanpa sekatan-sekatan tarif ke atas import dan pembayaran pelbagai hala. Walaupun Britain mempunyai baki defis it perdagangan imbangan namun terdapat keseluruhan pembayaran dalam lebihan. Hasil positif daripada pinjaman ini dapat dilihat dalam ekonomi dunia, dan dalam pendapatan tahunan sebanyak 200 juta daripada dividen pada tahun 1913. Walau bagaimanapun di dalam abad ke-19, terdapat kadar yang menghairankan yang mempunyai risiko yang tinggi, penipuan dan pembaziran telah menyebabkan berlakunya pengapungan di dalam bursa saham. Caj seterusnya ialah pelaburan dalam industri di Britain telah mengalami kadar pembentukan modal yang rendah dan telah memberi pulangan yang lebih berfaedah ke atas modal ini. Dan telah timbul beberapa persoalan berkaitan dengan pelaburan British ini. Adakah terdapat kegagalan British untuk mengguna pakai inovasi baru dan melengkapkan semula industri tradisional selepas tahun 1870 adalah dikaitkan dengan aliran modal di luar negara? Adakah terdapat ketirisan modal dan pada tahun 1913 kadar aliran di luar negara adalah kira-kira 7.5% daripada pendapatan negara setiap tahun? Dalam menjawab persoalan ini, satu lanjutan hujah telah menyatakan bahawa jika wang ini telah melabur di dalam industri rumah, ia akan meluaskan eksport British dan menjadikan mereka lebih berdaya saing. Britain mungkin telah membangunkan perdagangan eksport yang besar dalam bahan kimia atau produk kejuruteraan elektrik atau motokar yang

akan diusahakan oleh ekonomi perdagangan daripada yang diperolehi ke atas pelaburan luar negeri. Contohnya, ekonomi German telah mengembangkan pelaburan asing yang sedikit tetapi telah menjadi besar. Hujah yang lain pula telah menegaskan bahawa tidak akan mempunyai kelebihan sosial yang lebih besar di Great Britain jika modal ini telah dialihkan untuk pelaburan sosial di rumah. Tidak dinafikan perumahan domestik, sekolah, hospital, dan peningkatan Bandar telah memberikan faedah yang besar kepada Britain. Tetapi apa-apa faedah sosial telah dibeli dengan beberapa kos sosial. Dalam pelaburan asing jangka pendek mungkin telah membantu untuk menaikkan harga rumah dan ia mengambil jangka masa yang lama untuk matang tetapi dalam jangka masa yang panjang ia membayar dividen kepada semua harga yang lebih rendah. Bagi permulaan yang baik, kejayaan sesuatu negara industri ialah kecekapan mesin yang produktif. Jika mengalami kegagalan yang teruk di dunia perindustrian, maka bencana negara sudah pasti akan mengikutinya. Satu soalan yang masih perlu dipertimbangkan di dalam buku ini ialah berkenaan dengan kesan megimport modal ke atas negara yang melakukan peminjaman. Isu itu adalah sebahagian daripada kawasan yang menjadi perdebatan yang luas yang menyentuh tentang kawalan politik atau pengaruh di dalam empayar Timur Tengah. Di dalam kes lain, Britain tidak seperti di negara-negara Eropah atau di Amerika Syarikat. Pembiayaan Perancis dan British telah menganjurkan kebanjiran modal asing dan telah memberi manfaat kepada sistem pemerintahan feudal.

You might also like