You are on page 1of 2

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN SABAH 1.

Pasukan a) Setiap pasukan mestilah menghantar sekurang-kurangnya tujuh (7) orang pemain di padang sebelum pertandingan dimulakan. 2. Masa Bermain a) Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang bola jarring 10 minit sebelum pertandingan dimulakan. b) 10 minit akan diberikan kepada pasukan-pasukan dan sekiranya pasukan tersebut gagal melengkapkan jumlah pemain maka pasukan tersebut akan dikira kalah. c) Masa permainan ialah 35 minit, di mana masa bermain bagi tiap-tiap separuh masa ialah 15 minit dan masa rehat ialah selama 5 minit. (15 x 5 x 15) 3. Pertukaran Pemain a) Apabila pemain mengalami kemalangan sewaktu pertandingan yang mengakibatkan kecederaan, permainan boleh diberhentikan selama 2 minit dan hanya tiga orang pegawai pasukan yang dibenarkan untuk memeriksa keadaan pemain. b) Penukaran pemain adalah dibenarkan apabila pemain mengalami kecederaan, pitam dan tidak dapat meneruskan permainan. c) Pertukaran pemain hanya dibenarkan sewaktu permainan diberhentikan semasa waktu kecederaan dan selepas waktu rehat separuh masa. d) Pemain-pemain yang telah diganti tidak boleh bermain semula dalam satu perlawanan tersebut. 4. Pakaian a) Pakaian yang digunakan oleh pemain haruslah seragam dalam sebuah pasukan. b) Baju dan seluar track haruslah dipakai oleh setiap pemain. c) Tiap-tiap pasukan perlu menyediakan bibs yang berlainan warna.

d) Sekiranya terdapat persamaan warna bibs antara dua pasukan yang akan bertanding, maka pasukan yang disebutkan lebih awal atau dicatatkan namanya dalam pertandingan terlebih dahulu hendaklah menukar bibs mereka kepada warna yang lain. 5. Menentukan kemenangan a) Cara memberi mata: Menang 2 mata Seri 1 mata Kalah 0 mata b) Pasukan yang mempunyai mata yang terbanyak merupakan pemenang pertandingan bola jarring. c) Jika berlaku persamaan mata dalam pertandingan bola jaring, maka caracara di bawah akan digunakan untuk menentukan pemenang: pasukan yang mendapat jumlah jaringan gol yang terbanyak dalam pertandingan dikira menang. Sekiranya masih seri, keputusan perlawanan akan ditentukan dengan mengambil keputusan perlawanan sebelumnya antara kedua-dua pasukan berkenaan.

You might also like