You are on page 1of 3

3.Terangkan jenis-jenis Nilai i.

Nilai Relatif Nilai Relatif merupakan nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat masyarakat tersebut. Ia adalah tidak menentu, tidak sempurna dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan. Ia juga boleh berubah mengikut masa.Contoh nilai relatif ialah, di Malaysia, lelaki dan perempuan hanya boleh mendirikan sebuah keluarga hanya jika berkahwin secara rasmi jikalau tidak ia merupakan salah di sisi undang-undang, tetapi di California, keluarga boleh didirikan tanpa sebarang ikatan perkahwinan. Selain itu, perkahwinan sesame jenis diterima di sesetengah Negara barat tetapi tidak diterima di Malaysia.Ada yang menerima dan ada yang menolak perkara-perkara sepeti ini.Ia bergantung kepada masyarakat tersebut.

ii.

Nilai Instrumental Nilai Instrumental merupakan kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat.Ia bergantung kepada nilai lain untuk mencapai suatu matlamat. Ia juga merupakan nilai peringkat kedua seperti berani, rajin dan

menghormati.Contohnya,menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada pengdar dadah bagi menghapuskan kegiatan dadah.Demi mencapai matlamat menghapuskan dadah, pengedar dijatuhkan hukuman tersebut.

iii.

Nilai Objektif Nilai objektif merupakan kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi.Ia diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria atau ciri-ciri yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang dalam sesuatu mesyuarat atau persidangan.Sebagai contoh, aids merupakan isu social.Ia mengancam nyawa setiap individu, termasuk kanak-kanak.Golongan yang berisiko menjangkiti HIV positif ialah penagih dadah,pelajur, dan pengamal homoseks,ini menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO).Ia merupakan suatu penilaian objektif kerana pendapatnya berdasarkan kriteria yang diterima oleh orang ramai dalam satu pertubuhan dan ia juga bebas daripada penilaian individu.

iv.

Nilai Subjektif Nilai subjektif bermaksud sesuatu kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberikan pandangan.Ia akan diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu.Ia hanya elok atau baik pada individu tertentu sahaja.Contohnya, mewarnakan rambut,bagi seseorang individu ia merupakan fesyen dan menerimanya tetapi bagi individu lain mereka mungkin tidak akan menerimanya. Pandangan berkenaan AIDS merupakan nilai-nilai yang diterima oleh seseorang itu sendiri. Saya tidak bimbang tentang penyakit AIDS. Saya kenal rakan-rakan saya dan mereka tidak menghidapnya. Lagipun tidak banyak dalam kalangan yang saya kenal.

v.

Nilai Keseronokan Nilai keseronokan merupakan nilai yang mengutamakan keseronokan diri.Ia tidak selalunya menjadi pilihan utama jika dilihat dari aspek moral.Contohny,ialah seseorang yang meminum alcohol,ia merupakan perlakuan yang tidak bermoral tetapi dapat memberikan keseronokan.

vi.

Nilai Mutlak Nilai Mutlak ialah nilai yang kebaikannya tidak bergantung kepada situasi atau peraturan khusus sesetengah masyarakat.Sifatnya kekal dan diterima umum dan telah diuji oleh masa sebagai sesuatu yang baik.Ia juga kekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir semua situasi norma masyarakat.Contohnya,hukuman mati atas pesalah yang didapati membunuh seseorang yang lain.Nilai keadilan dianggap mutlak apabila seseorang yang didapati bersalah membunuh seseorang yang lain akan dihukum. Jika ini berlaku pada masa dan tempat yang lain,hukuman yang sama juga akan dijatuhkan terhadap pembunuh.

You might also like