You are on page 1of 1

MUTIARA KATA IMAM AL-GHAZALI

Benar-benar zaman sudah terbalik. Kalau dahulu kaum salaf itu suka sekali menerima petunjuk-petunjuk yang baik, tetapi kita bahkan merasa benci dan tidak gembira sama sekali menerima petunjuk-petunjuk yang baik itu. Kadang-kadang selain tidak suka kepada orang yang mengingatkan, juga tidak berusaha melenyapkannya. Kita malahan hendak menentang orang yang menasihati kita itu. Aneh sekali keadaannya, kita lebih suka menganggap nasihat itu sebagai bahan pertengkaran daripada sebagai suatu kemanfaatan yang dapat kita peroleh tanpa mengeluarkan biaya. Hal semacam ini lebih dekat dikatakan bahawa timbul kerana kekerasan hati (qasawatul qalb), sedang yang menyebabkan itu ialah banyaknya dosa yang sudah bertimbun-timbun di dalam dirinya. Tetapi pokok pangkal semuanya tadi ialah kerana lemahnya iman dalam jiwa. 1 Kini sangat jarang sekali orang yang beramal dan jarang sekali orang yang ingin menempuh jalan ibadah.2 Maka rosaklah rakyat disebabkan rosaknya raja-raja (penguasapenguasa) dan rosaknya raja-raja disebabkan rosaknya ulamaulama dan rosaknya ulama-ulama disebabkan pengaruh kecintaan kepada harta dan kemegahan.3

1 Ibid, halaman 525. 2 Ibid, halaman 288.

You might also like