You are on page 1of 8

PERATURAN PERMAINAN FUTSAL KEJOHANAN SUKAN PIALA MENTERI PELAJARAN 1 MURID 1 SUKAN PERINGKAT DAERAH KUANTAN TAHUN 2012

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan FUTSAL sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Peraturan AM Kejohanan Sukan Piala Menteri Pelajaran 1 Murid 1 Sukan. 2. JENIS PERTANDINGAN 2.1 Pertandingan berpasukan antara sekolah-sekolah menengah kerajaan di daerah Kuantan

3.

PENDAFTARAN PEMAIN 3.1 Taip-tiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 1 orang Pengurus dan 2 orang jurulatih serta 10 orang pemain. Pendaftaran menggunakan Borang Pendaftaran Pasukan (M02) dan Borang Pendaftaran Individu (M01)

3.2

4.

PENYERTAAN / KELAYAKAN PEMAIN / HAD UMUR 4.1 4.2 Sila rujuk Peraturan Am Karnival 1 Murid 1 Sukan. Pemain terdiri dari WARGANEGARA MALAYSIA dan pelajar berdaftar di sekolah-sekolah kerajaan sahaja. Kelayakan mewakili sekolah adalah mengikut daftar sekolah terkini seseorang murid. Had umur peserta adalah dari Kelas Peralihan hingga Tingkatan 4 Semua peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan asal kepada pengelola. Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai dokumen pendaftaran KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 dari Jabatan Pendaftaran Negara Semua peserta hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Individu (M01) berserta gambar ukuran pasport dengan menyertakan salinan kad pengenalan / sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Penolong Kanan Sekolah peserta berkenaan dengan pengesahan terakhir oleh Pengurus Pasukan serta unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing

4.3 4.4 4.5

4.6

5.

SISTEM PERTANDINGAN 5.1 Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan / atau cara kalah mati seperti berikut :5.1.1 Cara Liga Empat Kumpulan (A, B, C, dan D) 5.1.1.1 Pusingan pertama 5.1.1.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga. Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu (Jika) akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut : Johan Naib Johan Ketiga Keempat Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D

5.1.1.1.2

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi 5.1.1.2 Pusingan kedua (Suku akhir) 5.1.1.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingannya akan dijalankan secara kalah mati. Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut : 5.1.1.2.2.1 Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama KUMPULAN akan didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 1, 3, 5, dan 7. 5.1.1.2.2.2 Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua KUMPULAN untuk ditempatkan di kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan Pemenang Pertama KUMPULANnya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan Pemenang Kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.

5.1.1.2.2

5.1.1.3 Pusingan Separuh Akhir 5.1.1.3.1 Johan setiap kumpulan akan masuk ke pusingan separuh akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Johan kumpulan A akan berlawan dengan Johan Kumpulan C (kumpulan X) manakala Johan Kumpulan B akan berlawan dengan Johan Kumpulan D (kumpulan Y). Pemenang kumpulan X akan bertemu kumpulan Y bagi menentukan Johan dan Naib Johan manakala Kalah kumpulan X akan bertemu kalah kumpulan Y bagi menentukan tempat ke tiga dan ke empat.

5.1.1.3.2

5.1.1.3.3

5.2

Cara Liga Tiga Kumpulan 5.2.1 Pusingan Pertama 5.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian , maka mereka hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga. Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut: Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Johan tahun lalu Naib Johan tahun lalu Tempat ketiga tahun lalu

5.2.1.2

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut secara undian 5.2.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

5.2.2

Pusingan Kedua (Separuh Akhir) 5.2.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama. 5.2.2.2 Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2 ditempatkan ke dalam kumpulan Y. Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan kumpulannya.

5.2.2.3

5.3

Cara Liga Dua Kumpulan. 5.3.1 Pusingan Pertama 5.3.1.1 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, pasukan hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A dan naib Johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam kumpulan B. Pasukan-pasukan akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan cabutan undi. Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

5.3.1.2

5.3.1.3

5.3.1.4

5.3.2

Pusingan Kedua 5.3.2.1 Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan Johan kumpulan B akan melawan Johan kumpulan A. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

5.3.2.2 5.3.3

Pusingan Akhir 5.3.3.1 Johan Kumpulan A atau naib Johan kumpulan B akan melawan Johan Kumpulan B atau Naib Johan Kumpulan A untuk menentukan Johan dan Naib Johan Pasukan kalah di dalam kedua-dua perlawanan di atas akan menentukan tempat ketiga dan keempat.

5.3.3.2

5.4

Cara Liga Satu Kumpulan 5.4.1 Sekiranya lima (5) atau kurang daripada lima (5) pasukan mengambil bahagian, pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan akan dijalankan. Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai JOHAN.

5.5

Kalah Mati 5.5.1 Sekiranya dua puluh satu (21) atau lebih pasukan mengambil bahagian, pertandingan ini akan dijalankan seperti berikut; 5.5.1.1 Pusingan Pertama (Kalah Mati) 5.5.1.1.1 Semua pasukan akan bermain secara kalah mati sekali dan jadual perlawanan ditentukan melalui undian.

5.5.1.2

Pusingan Kedua (8 pasukan) 5.5.1.2.1 Menggunakan format cara Liga Dua Kumpulan (Rujuk Perkara 5.3) Semua pasukan yang layak dalam pusingan ini akan ditentukan kumpulannya melalui cabutan undi.

5.5.1.2.2

5.6

Peraturan permainan liga digunakan seperti ketetapan berikut; 5.6.1 5.6.2 Pemberian mata Menang 3 mata, Seri 1 mata dan kalah 0 mata Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain setelah diberikan tempoh menunggu 10 minit dari masa bermain sebenar maka pasukan yang hadir akan diberikan kemenangan percuma dengan memperoleh 3 mata dan 2 jaringan. Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, maka akan diambil kira ketetapan seperti berikut: 5.6.3.1 5.6.3.2 5.6.3.3 5.6.3.4 5.6.4 Perbezaan jaringan atau Jumlah jaringan yang paling banyak, atau Pemenang perlawanan terdahulu, atau Ditentukan oleh Pengurus Pertandingan

5.6.3

Sekiranya dalam perlawanan secara kalah mati, terdapat keputusan seri setelah tempoh masa bermain, maka akan ditentukan menerusi sepakan dari tanda penalti (3+1+1)

6.

JANGKAMASA PERLAWANAN 6.1 Masa permainan mengikut ketetapan berikut; 6.1.1 Pemain Bawah 16 Tahun : Masa permainan ialah 10 minit bagi setiap separuh masa dengan masa rehat tidak melebihi 5 minit. (10+5+10) Sistem stopping time dan time out tidak diguna pakai.

6.1.2

7.

PENGGANTIAN PEMAIN Tiada had bagi penggantian pemain ketika di dalam sesuatu perlawanan.

8.

MINIMA PEMAIN 8.1 Setiap pasukan mestilah mempunyai minima lima (5) pemain termasuk seorang penjaga gol. Sekiranya kurang dari lima (5) orang pemain dari salah satu pasukan turun ke padang apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang diiklankan, maka pasukan yang mempunyai lima (5) orang pemain yang berada di dalam gelanggang, hendaklah diberi kemenangan percuma dan jaringan 3 0 dan pasukan yang mempunyai kurang daripada lima (5) orang pemain akan dikenakan tindakan atau tindakan-tindakan lanjut.

9.

PAKAIAN PEMAIN 9.1 Setiap pemain hendaklah memakai alas kaki dan stoking mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Setiap pemain hendaklah memakai jersi dengan nombor yang sama seperti dalam pendaftaran. Sebarang pengiklanan jenama rokok, minuman keras tidak boleh dipamerkan Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 set jersi dan mengisytiharkan warna jersi sebagai pasukan tuan rumah dalam borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan warna jersi, maka pasukan pelawat perlu menukar jersi tersebut. Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan di lengan dan sekiranya pemain tersebut keluar, maka hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil alih tugas tersebut.

9.2

9.3

9.4

10.

JADUAL PERLAWANAN 10.1 Jawatankuasa pengelola akan menyediakan jadual pertandingan dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian dan persetujuan penganjur 10.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca atau hal-hal yang tidak dijangka atau perlawanan dihentikan akibat hal-hal luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut akan dimainkan semula pada satu masa yang ditetapkan oleh Pengelola Pertandingan.

11.

PEGAWAI PERLAWANAN Jawatankuasa pengelola akan melantik pegawai-pegawai pertandingan bagi menguruskan perkara-perkara teknikal setiap perlawanan. Setiap pegawai perlawanan hendaklah menyiapkan laporan untuk dikemukakan kepada Urus setia setelah tamat kejohanan.

12.

TINDAKAN TATATERTIB 12.1. Jawatankuasa Tatatertib pertandingan akan membincangkan perkara-perkara yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada pengadil bertugas dan pasukan yang terlibat. Pengadil dan pasukan berkenaan tidak akan mengambil bahagian dalam perbincangan atau undian sedang dibincangkan. 12.2. Hukuman secara automatis, maka Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang untuk kesalah seperti ketetapan berikut: 12.2.1. Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran dalam masa pertandingan hendaklah dengan sendirinya digantung daripada bermain bagi satu perlawanan selepas perlawanan yang ianya terima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima 2 lagi amaran selepas penggantungan, akan selagi digantung daripada bermain untuk satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seseorang pemain menerima amaran ke enam beliau hendaklah tampil ke Jawatankuasa tatatertib untuk tindakan yang sewajarnya. Seorang pemain yang diperintah keluar padang selepas menerima dua kali amaran bertulis di dalam perlawanan yang sama akan digantung daripada bermain (1) satu perlawanan berikutnya. Seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata kesat atau menunjukkan isyarat lucah walaupun pemain tersebut telah menerima amaran bertulis sebelumnya, maka akan digantung daripada bermain (2) dua perlawanan berikutnya. Seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana berkelakuan biadab atau bermain terlampau merbahaya walaupun pemain tersebut telah menerima amaran bertulis sebelumnya, maka akan digantung daripada bermain (3) tiga perlawanan berikutnya.

12.2.2.

12.2.3.

12.2.4.

12.3. Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seseorang pemain dari terus mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Jika tindakan yang lebih keras dianggap perlu, maka perkara ini perlulah dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penganjur untuk tindakan seterusnya. 12.4. Semua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada sebarang rayuan. 13. BANTAHAN 13.1. Bantahan terhadap keputusan atau kelayakan pemain mestilah dibuat secara bertulis kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya hendaklah diterima dalam tempoh masa (30) tiga puluh minit selepas berakhirnya perlawanan tersebut berserta bayaran RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan tersebut tidak berjaya. 13.2. Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan, perkara-perkara dan fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

14.

ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN 14.1. Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong mematuhi kepada etika dan tingkah laku yang dihormati berdasarkan kepada semangat sukan yang tulen. 14.2. Tertakluk kepada pengesahan Penganjur, Jawatankuasa Pengelola boleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pegawai, pemain dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan atau objektif pertandingan keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pegawai atau pemain dari penglibatan bagi sebarang jangka masa yang sesuai. 14.3. Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama ada sengaja atau tidak sengaja adalah bertentangan dengan etika permainan. Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan keluar padang permainan adalah perbuatan biadab yang harus dielakkan dan tidak sepatutnya diamalkan.

15.

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 15.1. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

You might also like