You are on page 1of 2

SEK. MEN. KEB.

BANDAR SRI DAMANSARA 1 PERSIARAN PERDANA, 52200 KUALA LUMPUR (SELANGOR)

LAPORAN PELAKSANAAN

TAJUK : BENGKEL DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1 (PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN) TARIKH : 16 Mei 2012 TEMPAT : Bilik Guru MASA : 12.00 Hingga 1.30 petang PENYELARAS DAN URUSETIA : 1. En Mohd Farhan Mat Napi 2. En Mohd Sufian Omar BILANGAN PESERTA : Lelaki : 3 orang Perempuan : 5 orang PENCERAMAH/ JURULATIH : En Mohd Sufian Omar PENGENALAN KURSUS/BENGKEL : 1. PBS akan dijalankan bermula Januari 2012 melibatkan semua pelajar tingkatan 1 di sekolah menengah. 2. PBS yang akan dijalankan bermula daripada band 1 hingga band 6. 3. Band 3 hingga band 6 melibatkan aktiviti praktikal daripada pelajar. 4. Panitia telah menetapkan pelajar mesti diberi peluang untuk mendapat sekurangkurangnya band 3. 5. Setiap guru dibekalkan dengan 2 modul pentaksiran baru iaitu : i) Dokumen item contoh bagi pentaksiran sekolah tingkatan 1. ii) Dokumen Standard Prestasi bagi pentaksiran tingkatan 1.

OBJEKTIF KURSUS/ BENGKEL : 1. Menjana keupayaan dan integriti guru mencapai matlamat pembelajaran yang telah ditetapkan. 2. Memberi pendedahan yang lebih kepada guru PJPK berkaitan PBS sebelum dilaksanakan pada tahun 2012. ANALISIS KURSUS/BENGKEL : 1. KEKUATAN KURSUS i) Bengkel yang dijalankan dapat memberi pendedahan kepada semua guru PJPK mengenai PBS tingkatan 1 yang akan dijalankan pada tahun 2012. ii) Maklumat yang diterima semasa aktiviti bengkel dapat dipraktikkan oleh semua guru tingkatan 1 sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. 2. KELEMAHAN DAN KEKANGAN. i) Semua guru PJPK masih belum lagi mengetahui masalah yang akan timbul kerana belum melaksanakan PBS. ii) Masa PJPK dipecahkan 2 kali seminggu menyukarkan untuk menilai band 3 hingga band 6 untuk deskriptor jasmani. iii) Guru perlu mengetahui kesemua kemahiran yang terdapat dalam sukatan pelajaran PJPK.

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN i) Bengkel PBS dijalankan dari masa ke masa kerana untuk memberi maklumat terkini dan memperbaiki permasalahan yang berlaku semasa menjalankan PBS. Disediakan oleh.

.. (MOHD SUFIAN BIN OMAR) AJK PBS Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan Disahkan oleh,

. (Yeow Chiang Swee) Guru Kanan Bidang Kemanusiaan

You might also like