You are on page 1of 5

Technical Foundation Unit

MPW 2133 Pengajian Malaysia

4. PEMBENTUKAN MALAYSIA
1. Pengenalan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 setelah lebih 400 tahun dijajah oleh pelbagai kuasa luar. Malaysia lahir enam tahun selepas Tanah Melayu merdeka pada 16 September 1963. Negara baru in hasil gabungan Tanah Melayu dengan Singapura, Sabah (Borneo Utara) dan Sarawak.

2. Usul Penyatuan Negeri-negeri Idea menyatukan negeri-negeri serantau telah timbul beberapa kali dalam sejarah. Namun yang paling awal adalah gagasan penyatuan negeri-negeri di sekitar Tanah Melayu datang daripada pihak British sendiri. Antara cadangan-cadangan yang penting adalah: i. ii. iii. iv. pada tahun 1955 oleh David Marshall untuk mencantumkan Singapura dengan Tanah Melayu. Gagasan Malaysia yang disuarakan oleh tokoh-tokoh di Tanah Melayu seperti Ghazali Shafie (1954) dan Tan Cheng Lock (1955). A.M. Azahari di Brunei dan Ahmad Boestamam di Malaya memberi pandangan percantuman dalam bentuk-bentuk yang lain. Pada 27 Mei 1961, dalam satu majlis makan dengan wartawan-wartawan Asia Tenggara di sebuah hotel di Singapura, Tunku melahirkan hasrat untuk membentuk Malaysia. Pengumuman itu dibuat setelah Tunku mengadakan beberapa pertemuan dengan tokoh-tokoh tertentu termasuk dengan Lee Kuan Yew (Januari 1961), dengan Senu Abdul Rahman mengenai tinjauan beliau ke Sabah, Sarawak dan Brunei (1960), dan Mac Millan di London (1961).

Lima buah negeri dicadangkan untuk bergabung membentuk negara baru Malaysia. Di kalangan lima negeri itu cuma Tanah Melayu sahaja yang bebas daripada kuasa luar. Empat negeri yang lain itu masih di bawah naungan British. Kemasukannya ke dalam Malaysia akan membolehkan negeri-negeri itu mendapat kebebasan daripada British. Negeri-negeri itu adalah: i. ii. iii. iv. v. Negeri Brunei Negeri Borneo Utara British (Sabah) Negeri Sarawak Negeri Singapura Persekutuan Tanah Melayu

3. Dorongan Penubuhan Malaysia Kebebasan daripada kuasa British menjadi pendorong umum bagi semua negeri dalam usul percantuman itu.Pada peringkat kepimpinan atau rakyat ialah soal memupuk persefahaman serantau dan melahirkan satu bangsa yang kaya dengan warisan kebudayaannya. Melalui penyatuan negeri sebagai satu wilayah besar akan dapat memupuk persefahaman dan identiti sendiri.

Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min

Code: MPW 2133-SH04-02 Page: 1

Technical Foundation Unit


MPW 2133 Pengajian Malaysia Faktor dorongan bagi mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan. Malaysia yang besar merangkumi Sarawak, Borneo Utara, British dan juga Brunei (bukan bergabung dengan Singapura sahaja dahulu) kerana mahu menjamin keseimbangan kaum dikekalkan. Faktor lain berkaitan dengan soal keamanan dan kestabilan. Ia berkait rapat dengan ancaman pengaruh komunis. Faktor ekonomi dalam bentuk faedah bersama bagi negeri-negeri anggota Malaysia juga merupakan satu pendorong penting untuk membentuk Malaysia. Pembentukan Malaysia juga adalah berkaitan dengan hasrat Kuala Lumpur untuk menguatkan pakatan di kalangan negeri-negeri serantau. Jika semua negeri bersatu di bawah satu sistem pentadbiran politik, maka lebih kuatlah kedudukan mereka pada peringkat antarabangsa. Kesimpulannya faktor-faktor yang mendorong pembentukan Malaysia adalah: i. Politik. Mempercepatkan kemerdekaan bagi negei-negeri Brunei, Singapura, Sarawak dan Sabah; membanteras ancaman komunis, dan seterusnya mengekalkan keamanan dan kestabilan; dan mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan. Ekonomi. Memajukan ekonomi serantau untuk kepentingan negara dan rakyat negeri-negeri anggota; dan menjaga kepentingan pelaburan Inggeris di Asia Tenggara melalui keselamatan dan kestabilan politik. Sosial. Memupuk bangsa Malaysia, dengan identiti yang baru berteraskan perkongsian warisan budaya yang kaya.

ii.

iii.

4. Reaksi Terhadap Penubuhan Malaysia Gagasan pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 telah menimbulkan pelbagai reaksi. i. Singapura Lee Kuan Yew dikatakan paling berminat dengan idea penubuhan Malaysia. Rakyat Singapura pada mulanya memberi sokongan penuh. Namun perubahan politik Singapura pada awal tahun 1961 mengubah pendirian sebahagian rakyat Singapura. People's Action Party (PAP) pimpinan Lee, kalah dalam pilihanraya kecil di dua kawasan kepada parti serpihan PAP iaitu United People's party (UPP) dan Parti Buruh. Oleh itu Lee mahu disegerakan cadangan gagasan sebelum popularitinya berkurangan. Brunei Sambutan rakyat Brunei pada mulanya juga tidak sebulat suara menyetujui Malaysia. Kebanyakannya lebih suka Brunei merdeka dengan sendiri terlebih dahulu. Tentangan yang hebat datang daripada A. M. Azahari iaitu pemimpin Parti Rakyat Brunei. Sabah dan Sarawak Sambutan penduduknya terhadap idea penubuhan Malaysia menggalakkan. Bagaimanapun, pandangan positif ini diiringi juga kebimbangan-kebimbangan tertentu. Rakyat negeri-negeri Borneo itu berasa khuatir mereka akan hilang kekuatan akibat daripada Malayan Domination.
Code: MPW 2133-SH04-02 Page: 2

ii.

iii.

Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min

Technical Foundation Unit


MPW 2133 Pengajian Malaysia iv. Tanah Melayu Di Tanah Melayu, walaupun sokongan terhadap konsep Malaysia lebih menyeluruh, terdapat juga pihak-pihak tertenu yang berlainan pendapat. Satu pihak lain di Tanah Melayu yang lantang menyuarakan tentangan terhadap penubuhan Malaysia ialah Parti Islam Setanah Melayu (PAS). Britain Pada keseluruhannya pihak British menyetujui supaya negeri-negeri di rantau ini bergabung bagi menubuhkan satu negara baru. Malah The Times keluaran 11 Feb 1958 lagi melaporkan bahawa konsep Malaysia adalah penyelesaian kemas bagi masalah tanggungjawab British di rantau ini. Perkembangan seterusnya menampakkan usaha-usaha secara langsung di pihak pegawai-pegawai British khasnya dan kerajaan Britain amnya dalam pelaksanaan konsep Malaysia.

v.

5. Peristiwa Ke arah Penubuhan Malaysia Cadangan penubuhan Malaysia menimbulkan pelbagai reaksi. Walaupun sebahagian besar daripada rakyat negeri-negeri asal berminat, tetapi kadar minat itu berubah-ubah dari semasa ke semasa mengikut perkembangan tempatan dan perubahan di negeri bakal anggota yang lain. Berikut adalah huraian ringkas tentang tindakan-tindakan atau peristiwa-peristiwa penting itu. i. Lawatan Muhibah ke Sabah dan Sarawak (Jun 1961) Tunku ingin memastikan rakyat Sabah dan Sarawak memahami sepenuhnya konsep Malaysia dan tujuan penubuhan Malaysia. Justeru itu, Tunku membuat lawatan muhibah ke negeri-negeri itu. Akhirnya, Tunku membuat lawatan bagi menjelaskan kekeliruan yang ada di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak. Kunjungan Tunku ke Brunei (Julai 1961) Konsep Malaysia tidak menarik minat pengikut-pengikut parti PRB. Situasi yang demikian menyebabkan Tunku mengambil keputusan untuk memberi penjelasan kepada rakyat Brunei tentang konsep Malaysia. Rundingan Singapura (Ogos 1961) Soal percantuman Singapura dengan Malaya mesti ditentukan bersama oleh rakyat Singapura sendiri. Demikian ditegaskan oleh Lee Kuan Yew apabila ucapan Tunku Abdul Rahman mula diketahui oleh rakyat. Pada 23 Ogos 1961 mesyuarat rasmi pertama mengenai percantuman diadakan antara Singapura dan Tanah Melayu. Rundingan Kepentingan Negeri-negeri Borneo (November 1961) Demi kepentingan negeri-negeri Borneo sebagai tanah jajahan British, satu rundingan khas diadakan dengan kerajaan British. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan (Pertengahan 1961) Jawatankuasa ini ditubuhkan pada pertengahan 1961 apabila mendapati pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak menunjukkan kesangsian mereka terhadap pembentukan Malaysia. Jawatankuasa ini mempunyai tugas memberi penjelasan kepada rakyat dan mengumpul pendapat rakyat mengenai pembentukan Malaysia. Suruhanjaya Cobbold (Laporan Terbit, Ogos 1962)
Code: MPW 2133-SH04-02 Page: 3

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min

Technical Foundation Unit


MPW 2133 Pengajian Malaysia Satu Suruhanjaya di bawah Lord Cobbold dengan 4 anggota lain (2 British, 2 Malaya) ditubuhkan untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak. Suruhanjaya mendapati bahawa lebih 70% penduduk 2 buah negeri itu bersetuju. vii. Rundingan Pra-Rang Undang-Undang Malaysia (Julai 1962) Sebagai usaha menyelesaikan perbezaan-perbezaan kecil yang terdapat dalam perincian antara 2 perakuan yang berasingan (oleh anggota-anggota British dan anggota anggota Tanah Melayu dalam Suruhanjaya Cobbold), Tunku bersama Tun Razak dan Tan Siew Sin berunding lagi di London. Setelah persetujuan dicapai, Suruhanjaya Cobbold mengemas kini laporan untuk disiarkan secara rasmi pada 1 Ogos 1962.

viii. Jawatankuasa-jawatankuasa Antara Kerajaan-JAK (Ogos 1962) Jawatankuasa yang dianggotai oleh semua negeri anggota itu bertujuan merancang bentuk negara baru yang akan lahir itu. Objektif khusus JAK adalah bagi merangka Perlembangaan Malaysia dan menangani isu-isu tertentu seperti memastikan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak dilindungi. Laporan JAK itu diterima oleh Sabah dan Sarawak, dan menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. ix. Kempen Referendum dan Referendum Singapura (September 1962) Berikutan dengan Rundingan Singapura, satu kempen referendum diadakan. Isi kempen selalu menyebut tentang buruk dan baik idea penubuhan Malaysia dan percantuman, serta soal untung dan rugi rakyat Singapura. Referendum rasmi telah dijalankan pada 1 Sept 1962 dan keputusan rujuk suara menunjukkan bahawa 70% rakyat Singapura besetuju menyertai Malaysia. Misi Bangsa-Bangsa Bersatu (Jun 1963) Misi ini bertujuan untuk mendapat kepastian tentang perasaan rakyat Sarawak dan Sabah terhadap konsep Malaysia. Hasil undi suara itu menunjukkan sebanyak lebih dua pertiga rakyat menyetujui pembentukan Malaysia. Pasukan Bangsa-Bangsa Bersatu itu juga mengakui kebersihan pilihan raya Sabah dan Sarawak tanpa penyelewengan dan juga mengesahkan kesahihan Laporan Cobbold.

x.

6. Peristiwa Selepas Penubuhan Malaysia 6.1 Malaysia Tanpa Brunei Sultan Omar Ali Sarifuddin memeranjatkan semua pihak bila baginda membatalkan rancangan untuk menyertai Malaysia. Perubahan itu berlaku akibat kekecewaan Sultan Brunei sebab ada antara tuntutan baginda yang tidak dipenuhi. Isu yang paling utama adalah soal kekananan baginda, dan soal kuasa ke atas hasil minyak Brunei. Sultan Omar Ali Sarifuddin mengambil keputusan untuk tidak menandatangani Perjanjian Malaysia.

Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min

Code: MPW 2133-SH04-02 Page: 4

Technical Foundation Unit


MPW 2133 Pengajian Malaysia 6.2 Malaysia Menghadapi Tentangan Luar 2 negara iaitu Filipina dan Indonesia menentang penubuhan Malaysia. Filipina memprotes pembentukan Malaysia. Presiden Macapagal mendakwa Sabah pada asalnya adalah sebahagian daripada milik negaranya. Walaupun majoriti rakyat Sabah bersetuju tetapi Filipina terus membantah dan memutuskan hubungan diplomatik. Tentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia dikenal sebagai konfrantasi. Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrantasinya pada 20 Januari 1963 dengan slogan Ganyang Malaysia. Sukarno juga mendakwa Malaysia merupakan satu bentuk struktur politik baru yang akan membelakangkan kepentingan Indonesia dan melemahkan semangat kenusantaraan Melayu. Tentangan kedua-dua negara dihentikan selepas perubahan politik dan perubahan pemimpin utama di negaranegara tersebut.

6.3 Singapura Keluar Dari Malaysia Minat mendalam Singapura untuk menyertai Malaysia tidak kekal. Lebih kurang 2 tahun selepas pembentukan Malaysia, orang-orang Melayu dan Cina di Malaysia dan Singapura mengalami polarisasi kaum yang berbahaya. Keretakan hubungan Singapura-Kuala Lumpur mula timbul dalam suasana pilihanraya pertama Malaysia pada tahun 1964. Lee Kuan Yew dan beberapa pemimpin PAP yang lain berkali-kali memperkecilkan MCA dan termasuk mendakwa pemimpin-pemimpinnya kurang berkaliber. Sikap Lee Kuan Yew dan PAP amnya ditafsirkan oleh MCA (dan juga oleh UMNO) sebagai usaha PAP hendak mengambil alih peranan MCA untuk menjaga kepentingan kaum Cina. Akibat kempen yang bersifat perkauman itu, Lee Kuan Yew selepas pilihanraya 1964 dianggap bukan saja sebagai musuh politik tetapi musuh orang Melayu. Menjelang bulan Julai 1964,ketegangan hubungan kaum sangat jelas. Hubungan yang semakin buruk menjelang Disember 1964 mendorong Tunku melahirkan rasa kecewanya. Dalam 4 bulan pertama tahun 1965, hubungan Singapura-Kuala Lumpur ditangani dengan perang suara. Pada 27 April 1965, Singapura umumkan satu konvensyen untuk membentuk United Opposition Front ( Barisan Pembangkang Bersatu ) bagi memperjuangkan hak sama rata dan Lee Kuan Yew memulakan kempen Malaysia untuk orang Malaysia' atau "Malaysian Malaysia". Kenyataan itu dianggap oleh orang Melayu satu cabaran langsung kepada status mereka. Kempen Lee disambut dengan laungan Melayu Bersatu oleh ekstremis UMNO di bawah Jaafar Albar. Dalam masa yang sama, ada pemimpin MCA mencadangkan Singapura berpisah dari Malaysia. Akhirnya pada 7 Ogos 1965, Lee dan Tunku menandatangani persetujuan berpisah. Pada 9 Ogos 1965, Parlimen meluluskan rang undang-undang perpisahan. Singapura keluar dan membentuk sebuah Republik.

7. Kesimpulan Sejarah pembentukan Malaysia tidak panjang. Peristiwa-peristiwa yang berlaku bukan setakat kejadian semata-mata, tetapi memberi banyak implikasi dan pengajaran. Ternyatalah bahawa pembentukan Malaysia menempuh banyak cabaran. Akhirnya, 30 bulan selepas hasrat penubuhan Malaysia diumumkan dengan serius oleh Tunku, Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.
Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min Code: MPW 2133-SH04-02 Page: 5

You might also like