You are on page 1of 2

NILAI

Terdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kerajinnan. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Datin Salmah dapat bahagikan sayur itu kepada rakan-rakannya.

Pembaca juga dalam mengesan nilai kegigihan dan ketabahan. Hilmi tabah menghadapi cabaran hidup dalam usahanya untuk berjaya. Dia tabah menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah yang tidak menyukainya. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal.

Watak Hilmi juga menggambarkan nilai bercita-cita tinggi. Bermula daripada minat terhadap alat muzik iaitu piano, Helmi telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Hasil daripada dorongan dan galakan daripada Encik Bakar, Hilmi berusaha mengejar impiannya dan akhirnya dia berjaya dalam bidang muzik.

Nilai penyayang pula dapat diperhatikan melalui watak Hayati. Hayati amat menyayangi Hilmi selepas berasa simpati terhadap nasib Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap. Perubahan sikapnya membuatkan Datin Salmah menjadi resah.

Hayati juga menggambarkan nilai kepatuhan kepada arahan ibunya. Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai Mohsin demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah. Hal ini dijelaskannya kepada Hilmi semasa mereka bertemu sebelum berangkat ke London.

Datuk Johari dan Encik Bakar dalam novel ini menggambarkan nilaibaik hati. Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya. Encil Bakar pula memberikan pertolongan dnegan mengajar muzik kepada Hilmi tanpa bayaran.

PENGAJARAN

Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran awal yang dapat dikesan dalam novel ialah kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Hilmi yang gigih mempelajari muzik sehingga berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal. Dia juga gigih mencipta lagu walaupun menghadapi konflik dengan isterinya Azizah.

Selain dairpada itu, kita juga mestilah sentiasa mengamalkan kerjasama untuk menjayakan sesuatu rancangan. Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi semasa beliau dibawa ke hospital. Kerjasama daripada hayati membolehkan konsert perdana tersebut dapat diteruskan dengan jayanya dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Kita juga mestilah menyayangi antara satu sama lain walaupun mereka tidak setaraf dengan kita. Pengajaran ini dapat ditunjukkan melalui kasih sayang yang ditunjukkan oleh Hayati dan Azizah kepada Hilmi. Kasih sayang itu pada bermula daripada rasa simpati terhadap Hilmi. Hayati dan Azizah bersimpati dengan nasib Hilmi.

Kita harus kembali kepada ajaran agama untuk mendapat ketenangan hidup. Contoh yang paling baik ialah perubahan yang berlaku pada diri dan sikap Hayati. Pada mulanya dia seorang gadis yang hidup dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama dan melakukan ibadah solat. Dia juga telah membaca buku buku agama seperti Hidup Sesudah Mati.

Kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik. Contohnya Hilmi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai tukang kebun dengan penuh dedikasi dan kreatif sehingga taman rumah Datuk Johari menjadi sangat cantik. Demikian juga dengan Encik Bakar yang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik mengajar Hilmi sehingga Hilmi mahir dalam bidang seni muzik.

You might also like