You are on page 1of 1

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengapakah kemunculan kerajaan Islam memberi kesan yang mendalam kepada perkembangan tamadun

Islam secara keseluruhan.[Rujuk m/s 169]

Pada pendapat saya , perkembangan tamadun Islam memberi kesan yang mendalam secara keseluruhan kerana ia memberi banyak nilai-nilai murni dan pengajaran kepada manusia pada zaman ini.Hal ini kerana , Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w mengajar kita bahawa perpaduan amat penting untuk kita semua dalam menentukan sesuatu ummah.Contohnya , pemimpin kerajaan Islam selalu menekankan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat untuk memastikan kesejahteraan penduduk setempat.Selain itu , kerajaan Islam juga menunjukkan bahawa pemerintahan dan kepimpinan kerajaan sangat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah tamadun.Bukan itu sahaja , selain daripada sumbangan golongan cerdik pandai , peranan pemerintah juga penting.Pihak pemerintah bukan sahaja telah memberikan galakan tetapi membina kemudahan.Kerajaan Umaiyah dan Uthmaniyah mengajar kita bahawa dasar kompromi dan tolenrasi amat penting dalam sesebuah negara .Ia bukan sahaja menjaga keamanan malah ia membawa kedua-dua kerajaan tersebut ke arah kegemilangan.

You might also like