You are on page 1of 6

SULIT

922/1

STPM

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF KERTAS 1 (Dua Jam) (JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Jawab tiga soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B dan C. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

______________________________________________________________________________ Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan 2012

Bahagian A : Puisi [25 markah] Jawab satu soalan sahaja. 1. Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Harta habis badan tergadai Mendengar gelagak dagang Tak sedar bertelanjang Mendengar guruh dilangit Air di tempayan dicurahkan Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung Pak pandir juga menanggung. Apa didengar gelagak dagang Gelagak rambutan jantan: Orang berbunga , dia berbunga Orang berbuah, dia haram Kilat memancar hujan tak jadi Awak juga berkecundangan. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny]2012 Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka) (a). (b). (c). Nyatakan jenis puisi di atas dan huraikan ciri-cirinya Jelaskan unsur kritikan yang terdapat dalam puisi tersebut. Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas. [7] [12] [6]

2.

Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Pertemuan di Hyde Park Adi Badiozaman Tuah Bila berdiri di antara pepohon rimbun di Hyde Park aku teringat sebidang tanah luas pemberian ayah di kampung betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak kemudian dibiarkan kering dan dibakar dan setelah berkali-kali ditanam padi menjadi huma bukit milik keluarga. Atas munggu itulah aku selalu berdiri bersama ayah sama ada ketika padi membesar atau semasa menghalau burung pipit atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi atau saja-saja santai antara panggilan emak bila memerlukan air kopi atau bila kemudiannya menemani ayah menanam anak getah atau membetulkan barisan ladanya. Bagaikan membahas isu utama dunia di Sudut Pidato di situlah ayah akan bercerita tentang erti sebuah tanah tentang tanggungjawab penjagaan dan pemeliharaannya betapa kegunaannya bisa berubah mengikut ketentuan dan keperluan masa segalanya kitalah yang menentukan dan tanah sedia menerima tanpa bicara. Di situlah ayah sering mengingatkan erti sebuah amanah kitalah mencorakkan dan membentuk tanah ini mengikut kesesuaian dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali semula menjadi milik alam semesta. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012. Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a). (b). (c).

Jelaskan tema sajak di atas Berdasarkan contoh, huraikan gaya bahasa dalam sajak di atas. Huraikan tiga citra watak ayah yang terdapat dalam sajak di atas

[4] [12] [9]

Bahagian B: Prosa Tradisional [25 markah] Jawab satu soalan sahaja. 3. Hang Tuah merupakan tokoh epik yang terkenal dan menjadi kebanggan masyarakat Melayu. Berdasarkan kenyataan tersebut, (a). (b). Bincangkan sifat-sifat Hang Tuah sebagai tokoh epik Terangkan kepentingan Hang Tuah kepada diri anda [16] [9]

4. Pada suatu hari Tuan Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala isi rimba itu katanya, Hai tuan-tuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan aniaya menganiaya antara suatu dengan lain dan janganlah elat dan dengki dan janganlah berbuat fitnah kerana di dalam firasatku akan datang bala dan huru-hara menimpai tuan-tuan. Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas tuan-tuan, hendaklah segera beri tahu hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan sekalian tujuh hari sekali datang kepada hamba dan bawa buah-buahan yang baik dan taruk kayu yang muda-muda jadi tanda kita bersahabat pada zahir dan batin. Janganlah tuan-tuan sekalian lupa akan pesanan hamba ini. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012. Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) (b).

Nyatakan lima amanat yang terdapat dalam petikan di atas.

[5]

Berdasarkan keseluruhan cerita dalam Hikayat Pelanduk Jenaka yang termuat dalam Permata Sastera Melayu, huraikan 4 peristiwa bagaimana Tuan Syeikh Alam Dirimba mengalahkan gergasi. [8] Jelaskan nilai kemanusiaan yang terdapat pada watak Tuan Syeikh Alam Dirimba [ 12 ]

(c)

Bahagian C: Prosa Moden


4

[25 markah] Jawab satu soalan sahaja. 5. Baca petikan cerpen di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutnya.

Orang tua memerlukan kasih sayang anak-anaknya. Mendapat tempat tinggal yang wajar yang mereka boleh melanjutkan ibadatnya, bukan tersorok bagai barang yang tidak berguna dalam bilik sempit dengan lampu 15 wat. Sebab kebanyakan orang yang sudah lanjut usia ingin menggunakan sisa-sisa hidup mereka untuk beribadat secara konsisten, mahu menebus ketinggalan pada masa mudanya, kata Cikgu Baharum dalam suratnya yang agak panjang. Kasih Sayang itulah yang mereka perlukan. Dan hanya orang tua yang tidak mempunyai anak sahaja yang patut disantuni di rumah kebajikan, tempat mereka boleh mendapat kasih Sayang yang jujur dan ikhlas di samping makan minum yang teratur. Masya-Allah. Terlalu tinggi falsafahnya, Saya terlalu kagum dan mahu memeluknya jika dia ada bersama-sama waktu itu. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012. Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka) (a) (b) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas. [4]

Berdasarkan cerpen Usia Emas, huraikan tiga falsafah yang dipegang oleh watak Cikgu Baharum sehingga menjadikan watak saya terlalu mengaguminya. [12]

(c) Cerpen Usia Emas banyak menggunakan teknik imbas kembali dalam menggerakkan plot ceritanya. Nyatakan maksud imbas kembali dan huraikan empat peristiwa yang digambarkan melalui teknik imbas kembali. [9] 6. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

ASIAH SAMIAH TUA: Pasti abang itu. Saya denar tapak kaki abang. Saya dengar dehem abang. Saya rasa hampirnya abang dengan saya. Saya rasakan nafas abang yang hangat itu. Nafas abang yang bernafsu. Yang menyesakkan saya. Yang menyelimutkan saya dalam rindu dan berahi. MARGA TUA: Lihat! Itulah sebabnya kenapa saya harus melayani kegilaanya. Dia luar biasa malah istemewa, kalian akan tahu nanti dia perempuan yang cerdik atau mungkin juga terlalu cerdik. Bukankah orang cerdik selalu kurang waras, kata orang ! Saya tak kata begitu. Tunggu, dengar apa katanya ASIAH SAMIAH TUA: Abang tahu saya menunggu abang bukan? Macam saya janjikan dulu. Di bawah tiang lampu ini, sewaktu senja begini, ketika lembayung dan cahaya matahari yang berbaki macam manic-manik yang berturutan lalu meninggalkan warna kemilau yang indah, saya akan tetap menunggu abang.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012. 5

Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a). (b). (c). (d).

Siapakah watak abang dalam petikan di atas. Nyatakan dua perwatakan Asiah Samiah dalam petikan di atas.

[1] [4]

Galurkan empat peristiwa uang menyebabkan Asiah Samiah menjadi tidak siuman[ 8 ] Jelaskan empat mesej yang terkandung dalam drama Asiah Samiah [12]

***Soalan Tamat***

You might also like