You are on page 1of 33

PENGENALAN KEPADA SISTEM MAKLUMAT

Definisi : satu kombinasi terdiri daripada manusia,perkakasan, perisian,rangkaian dan data yang bertanggungjawab mewujud,mengumpul,menukar dan mengagihkan maklumat dalam sesebuah organisasi. @ Sebagai kitaran proses mewujud atau memperolehi maklumat,mengumpulkan maklumat daripada pelbagai bentuk,memproses dan menukar maklumat yang diperoleh dan dikumpulkan kedalam bentuk yang diingini

Evolusi Sistem Maklumat


70-an - Tekankan laporan dan maklumat yang berkaitan untuk membantu pihak pengurusan. -Maklumat diambil daripada pelbagai sumber berkaitan 80-an - Peranan sistem maklumat selaras dengan perkembangan teknologi komputer, perisian dan rangkaian -Aplikasi teknologi maklumat dalam pengurusan

90-an - Muncul dimensi, di mana konsep sistem maklumat eksekutif. Fenomena ini dicetuskan oleh perkembangan bidang buatan (Arificial Intelligent AK) , sistem pakar (Expert Sistem-ES) dan sistem pekerja pengetahuan (Knowledge Worker SystemKWS)

Terkini - Sistem maklumat digunakan sebagai satu alat (tool) yang berkesan.Dengan itu, muncul sistem maklumat strategik yang berperanan menyediakan organisasi dengan limpahan maklumat.

JENIS SISTEM MAKLUMAT


Sistem Sokongan Keputusan Sistem Maklumat Eksekutif Sistem Pakar Sistem Pengkomputeran Pengguna Akhir Sistem Maklumat Strategik Sistem Maklumat Perniagaan Sistem Maklumat Bersepadu Sistem Maklumat Pengetahuan

Sistem Sokongan Keputusan


Dikenali Decision Support System Dikenali Sistem Bantuan Keputusan Diguna sbg aplikasi bantuan pihak pengurusan atasan Diguna untuk mengendali keputusan tidak berstruktur

Sistem Maklumat Eksekutif


Dikenali Executive Information System Khusus untuk penggunaan pengurusan atasan dalam membuat keputusan strategik Menyerupai Sistem Sokongan Keputusan

Sistem Pakar
Dikenali Expert System Digunakan oleh pihak pengurusan dan bukan pengurusan Satu aturcara yang diguna khusus untuk tujuan membuat keputusan Keputusan mirip keputusan yang dibuat manusia

Sistem Pengkomputeran Pengguna Akhir


Dikenali End User Computing System Sistem yang menyokong kedua-dua pihak : pengguna dan pengurusan Menggunakan komputer peribadi dan perisian yang sesuai dengan tugas masing-masing

Sistem Maklumat Strategik


Dikenali Strategic Information System Sebagai alat sokongan dalam perniagaan Merangka strategi untuk memenangi persaingan perniagaan Gabungan pelbagai jenis sistem maklumat Peranan membantu organisasi lebih berdaya saing

Sistem Maklumat Perniagaan


Menyokong operasi dan pengurusan bagi aktiviti asas bisnes sesebuah syarikat Aplikasi termasuk sistem pengilangan,pengeluaran,sistem kewangan,perakauanan,sumber manusia dan pemprosesan transaksi

Sistem Maklumat Bersepadu


Dikenali Integrated Information System Menggabungkan kesemua sistem maklumat yang dibincangkan diatas. Tujuan : memudahkan penggunaan sistem tersebut

Sistem Pekerja Pengetahuan


Dikenali Knowledge Worker System Mengumpulkan (capture) pengetahuan daripada pelbagai sumber dan pakar dalam sesuatu perkara khusus Sistem ini dilakukan hanya dengan memasuki laman web dan pelayan web tertentu

KOMPONEN SISTEM MAKLUMAT BERKOMPUTER


Data Perisian Perkakasan Manusia Prosedur Rangkaian

JENIS DATA DAN CONTOH


BIL 1. 2. 3. 4. JENIS Teks Huruf Imej Audio Video CONTOH Nombor,Simbol dan Aksara Huruf Grafik,Lukisan, Gambar Sebarang Bentuk Bunyi dan Suara Sebarang bentuk video,pergerakan dan animasi

Perkakasan Komputer dan Contoh


JENIS PERKAKASAN Perkakasan input CONTOH Papan kekunci,tetikus, penunjuk,skrin sentuh, bebola sentuh,pengimbas

Perkakasan Pemprosesan

Unit Pemprosesan Pusat,memori

Perkakasan Output

Skrin,Pencetak,Pembesar suara

Perkakasan Penyimpanan

Cakera keras,cakera liut,CD-Rom,pita magnetik

JENIS PERISIAN DAN DEFINISI


JENIS PERISIAN Perisian Sistem DEFINISI

Dikenali juga sebagai sistem operasi Satu arahan atau aturcara yang memberitahu komputer apa yang perlu dilakukan. Sistem yang membolehkan perisian aplikasi dijalankan

Perisian Aplikasi

Aturcara atau program yang dibangunkan untuk menyelesaikan masalah tertentu,laksana tugasan yang spesifik

Manusia
Pengguna : seseorang yang memiliki pengetahuan teknikal berkaitan teknologi maklumat yang menggunakan komputer untuk berhibur,belajar atau bekerja.

Prosedur
Merujuk kepada panduan,senarai arahan atau tatacara penggunaan sesuatu perkara atau subjek. Ia langkah-langkah teratur yang perlu diikuti dan dilaksanakan.

Rangkaian Komunikasi
Bermaksud media yang digunakan untuk memindahkan data-data dari satu sumber kepada sumber yang lain Definisi lain : satu sistem yang menghubungkan komputer,telefon atau lain-lain peranti komunikasi yang membolehkan komunikasi antara satu sama lain dan berkongsi aplikasi dan data

Pangkalan Data
Elemen terakhir yang diterima sebagai komponen sistem maklumat Satu koleksi tersusun yang terdiri daripada fakta dan maklumat tentang sesuatu perkara. Contoh : organisasi pendidikan,mungkin mengandungi fail dan maklumat mengenai para pelajar rekod peribadi,markah dan pencapaian pelajar

KOMPONEN SISTEM MAKLUMAT BERKOMPUTER


Perkakasan Perisian Manusia Proses

Input

Output

Pangkalan Data Data Rangkaian

KONSEP SISTEM MAKLUMAT BERKOMPUTER


Input Dari Bahan Mentah PROSES Output Dari Produk Siap

Maklumbalas Sistem

Maklumbalas Sistem

Kawalan Oleh Pengurusan

BIL
1.

ISTILAH
Input

PENGERTIAN
Elemen atau data yang dimasukkan ke dalam sistem untuk diproses Proses penjanaan atau transformasi elemen input kpd bentuk lain yang boleh difahami @ digunakan

2.

Pemprosesan

3. 4.

Output Kawalan

Hasil yang diperolehi daripada proses transformasi Unsur pemantauan terhadap pemprosesan untuk mempastikan output dihasilkan sempurna sebagaimana dikehendaki Maklumat yang dihasilkan oleh sistem komputer semasa proses transformasi dilaksana

5.

Maklumbalas

Sumber Sistem Maklumat


Sistem maklumat manual Dari sumber-sumber bertulis seperti lakaran diatas kertas, yang ditulis menggunakan pen atau sebarang bentuk alat tulis Sistem maklumat tidak formal Hasil daripada perkataan samaada perbualan, arahan dan yang melibatkan lisan Ia tidak direkodkan dan cara penyampaian berubah dan berbeza apabila disampaikan

Sistem Maklumat Formal


Merujuk kepada arahan, memo, pekeliling, prosuder bertulis dan sebarang bentuk maklumat rasmi Kewujudan dan kepelbagaian jenis sistem maklumat saling melengkapi untuk membentuk satu sistem maklumat yang lengkap untuk kegunaan sesuatu organisasi

SISTEM MAKLUMAT BERKOMPUTER


Melibatkan penggunaan perkakasan teknologi, perisianperisian kursus, peralatan komunikasi, teknik dan prosuder pengurusan data dan elemen teknologi maklumat lain.

PERANAN SISTEM MAKLUMAT


1 - Menjalankan operasi perniagaan Menjalankan urusan pentadbiran, dan aktiviti perniagaan sesebuah organisasi Menyediakan perkhidmatan, memperkenal dan menjual barangan dan seterusnya memperolehi keuntungan Untuk memastikan urusan perniagaan boleh dilaksanakan, satu sistem yang cekap dan memenuhi semua kehendak perniagaan

2- Membuat keputusan oleh pihak pengurusan Data-data dan maklumat transaksi dari aktiviti harian diguna pihak pengurusan untuk membuat analisa, meramal dan seterusnya dan membuat keputusan penting tentang sesuatu perkara Maklumat-maklumat ini digunakan untuk merangka pelan tindakan strategik dan hala tuju

3 - Kemampuan bersaing Maklumat yang diperoleh akan digunakan untuk merangka rancangan dan tindakan susulan dalam usaha mengekalkan daya saing syarikat dalam pasaran semasa

CIRI MAKLUMAT 1-Ketepatan -Dinilai berdasarkan beberapa perkara: sumber maklumat tersebut diambil, cara pengambilannya, pihak yang mengambilnya, pihak yang menyebarkannya, bertepatan dengan realiti dengan semasa yang berlaku 2-Lengkap -Ialah maklumat yang merangkumi semua fakta penting yang diperlukan dan berkaitan dengan sesuatu topik perkara. -Jika maklumat yang diperolehi tentang sesuatu perkara tidak menyeluruh dan tidak lengkap akan menyebabkan keputusan sukar dibuat dan mengakibatkan juga ketidaktepatan dalam keputusan yang telah dibuat

3-Jimat -Maklumat seharusnya bersifat murah untuk diperolehi Para pembuat keputusan hendaklah sentiasa menyumbangkan nilai maklumat dengan kos perbelanjaan untuk memperolehinya. -Antara perkara yang perlu diambil kira ialah berpatutankah kos perbelanjaan yang perlu dikeluarkan berbanding dengan perolehan dan nilai produk yang akan dikeluarkan nanti. -Jika nilai maklumat itu adalah mahal tetapi ianya akan membawa peluang yang besar kepada syarikat, pelaburan untuk memperolehinya adalah satu keperluan 4-Anjal -Maklumat yang anjal ialah maklumat yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan -Maklumat anjal amat penting dalam urusan perniagaan syarikat

5-Boleh dipercayai -Maklumat yang boleh dipercayai membolehkan kebergantungan pengguna kepadanya. -Kebolehpercayaan bergantung kepada kaedah pengumpulan data, juga bergantung kepada sumber maklumat tersebut -Penggunaan maklumat yang tidak boleh dipercayai, akan mendatangkan risiko dan kesan buruk amat ketara dalam syarikat. 6-Perkaitan -Maklumat yang relevan dan berkaitan dengan perkara yang perlu diputuskan adalah amat penting bagi para pembuat keputusan -Kegagalan mengambil kira perkaitan sesuatu perkara dangan perkara yang lain, akan membawa padah aspek pengurusan organisasi.

7-Ringkas -Maklumat yang baik sepatutnya bersifat ringkas -Ringkas disini dalam erti kata merangkumi semua fakta yang diperlukan terus kepada butiran perkara yang tidak menyimpang dari topik asal. -Ia juga bermaksud mudah difahami, bukan yang kompleks 8-Mudah diperolehi -Maklumat yang mudah diperolehi membantu operasi berjalan lancar -Juga berkait rapat denga aspek penyimpanan data-cara dan lokasi penyimpanan maklumat yang teratur menjadikan maklumat mudah diperolehi bila diperlukan

9-Pengesahan -Maklumat yang baik dan bernilai harus boleh disahkan-kita boleh memeriksanya sama ada benar atau sebaliknya -Cara pengesahan boleh dilakukan dengan cara menyelidiki punca atau sumber maklumat itu -Pengesahan penting untuk membolehkan kita yakin dengan maklumat tersebut. 10-Mudah dimasuki -Maklumat seharusnya mudah dimasukioleh pengguna yang berhak, memperolehinya apabila diperlukan

11-Keselamatan -Maklumat mesti selamat daripada dimasuki pengguna yang tidak berhak dan tidak terlibat -Ada prosedur dan kaedah yang tertentu yang ditetapkan untuk menjamin keselamatan maklumat tersebut -Kaedah penyimpanan juga mesti sentiasa dipertingkatkan untuk mengelakkan dimasuki, dicuri atau dimusnahkan oleh penceroboh

SISTEM MAKLUMAT

SISTEM SOKONGAN OPERASI

SISTEM SOKONGAN PENGURUSAN

- Sistem Maklumat Pengeluaran - Sistem Maklumat Pemasaran - Sistem Maklumat Kewangan - Sistem Maklumat Perakaunan - Sistem Maklumat Sumber Manusia - Sistem Maklumat Pemprosesan Transaksi

-Sistem Pengurusan Maklumat Sistem Sokongan Keputusan -Sistem Sokongan Keputusan Kump -Sistem Maklumat Eksekutif -Sistem Sokongan Eksekutif -Sistem Pekerja -Pengetahuan

RUJUKAN
Asas Sistem Maklumat.2001.Mohd Shanudin Zakaria.Prentice Hall,Petaling Jaya Dipetik daripada http://computer.howstuffworks.com/search.php? search=information%20system&fr=ch&page_ref =http://computer.howstuffworks.com/, diakses pada 10 Februari 2006 Dipetik daripada http://www.homestead.com/peoplelearn/ITEM3.h tml, diakses pada 7 Februari 2006

WEB DAN PERANGKAIAN SEKOLAH


PENGENALAN KEPADA SISTEM MAKLUMAT KUMPULAN 6 PRESENTER : JAMAEYAH ISMAIL PEK 030011 RATY RECTO PEK 030034 WAN ROSMAWATI PEK 030054 WAN MD ZAIN

You might also like