You are on page 1of 12

http://www.tutor.com.my/tutor/pix/2001/0820/DuniaPendidikan/Kertas_Kerja/kk_01.

PDF

Kertas kerja yang dibentangkan semasa Simposium Kebangsaan Masyarakat Malaysia: Isu dan Cabaran Abad Ke-21. Anjuran: Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) Pada Selasa, 22-24 Julai 2001. (Catatan pengarang: kertas kerja ini hanya sedutan daripada yang penuh. Kertas kerja ini dibentangkan pada sesi vii (i) Selasa, 24 Julai 2001) yang bersub tema: Pendidikan dan Bahasa, dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Tan Ooi Chee) SEKOLAH WAWASAN: CABARAN DAN HALA TUJUNYA DALAM ABAD KE 21 Ahi Sarok Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak sahi@fss.unimas.my dan Stanley Bye Kadam Ki Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak bstanley@fss.unimas.my Pengenalan Sekolah Wawasan merupakan agenda penting kerajaan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang etnik di Malaysia. Makalah ini akan membincangkan cabaran dan halangan kerajaan dalam melaksanakan Sekolah Wawasan. Perpaduan antara kaum merupakan agenda utama yang sering kali di jadikan isu utama para pemimpin negara kita, Malaysia. Negara yang mempunyai komposisi kaum yang berbeza sudah pasti akan mengalami masalah untuk menyatupadukan rakyatnya. Sejarah kemerdekaan Persekutuan

Tanah Melayu juga memberikan gambaran kepada rakyat zaman ini bahawa konsep perpaduan di kalangan pemimpin dan rakyat amat penting dalam usaha menuntut kemerdekaan. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar dalam usaha untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyatnya. Pendidikan telah lama dianggap sebagai faktor penting bagi menyatupadukan rakyat. Selepas tercetusnya peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada 13 Mei 19692, Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Abdul Rahman Yaakub telah mengarahkan penukaran sekolah aliran Inggeris kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bermula, pada tahun 1970. Salah satu daripada objektif pertukaran tersebut adalah untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara. Pada masa yang sama ia juga bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui pengamalan satu bahasa di peringkat sekolah. Sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa pengantar bukan Melayu terus dikekalkan. Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitikberatkan keharmonian dalam proses penimbaan ilmu, maka institusi pendidikan peringkat rendah merupakan wadah yang sesuai bagi kerajaan merealisasikan matlamat untuk menyatupadukan kaum. Kertas ini cuba mengupas tentang persoalan yang wujud daripada cadangan pelaksanaan konsep Sekolah Wawasan oleh Kementerian Pendidikan. Seperti mana yang diketahui, bahawa usaha kerajaan untuk melaksanakan Sekolah Wawasan telah menimbulkan pelbagai reaksi khususnya di kalangan masyarakat Tiong Hua, di Malaysia. Konsep Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan merupakan salah satu usaha kerajaan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara. Jika dilihat dari segi konsepnya, sekolah yang diwujudkan dahulu terasing antara satu sama lain tetapi kini akan disatukan dalam sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat untuk menghasilkan rakyat

yang mempunyai semangat baru bagi meneruskan wawasan negara. Sekolah wawasan merupakan pengelompokan Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil dalam satu kawasan yang sama(Ramlan Abd. Wahab, 2000; 22). Pengelompokan ini tidak akan menyebabkan perubahan kepada struktur organisasi dan pentadbiran setiap sekolah, khususnya para guru dan kakitangan, dan peruntukan kewangan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak pentadbir Sekolah Wawasan juga bebas melaksanakan perancangan pembangunan pendidikan masing-masing. Oleh sebab sekolah-sekolah ini terletak di dalam satu kawasan yang sama, maka kemudahan-kemudahan infrastruktur yang disediakan seperti kantin, padang permainan, kawasan perhimpunan, laluan dan sebagainya dikongsi bersama (Ramlan Abd. Wahab, 2000: 22). Sebenarnya konsep Sekolah Wawasan telah pun dipersetujui oleh Kabinet pada 1997 berikutan wujudnya kesedaran di kalangan para pemimpin negara betapa pentingnya perpaduan kaum dipupuk di peringkat yang lebih awal. Sekolah Wawasan Lurah Bilut merupakan sekolah perintis bagi merealisasikan hasrat tersebut. Pembukaan Sekolah Wawasan Larah Bilut timbul berikutan permintaan penduduk tempatan yang terdiri daripada, bangsa Melayu, Cina dan India (Ramlah Abd. Wahab, 2000: 23). Sekolah ini didirikan di atas tanah seluas 10 ekar tanpa dipisahkan oleh sempadan dan pagar. Ini bermakna murid-murid di ketiga-tiga buah sekolah (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Kebangsaan) mempunyai peluang berinteraksi sesama mereka. Guru juga harus memberi motivasi dalam menjayakan program Sekolah Wawasan seperti menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar bagi melahirkan semangat toleransi antara kaum. Merealisasikan Wawasan 2020

Sekolah Wawasan seperti yang dicadangkan oleh kerajaan merupakan wadah untuk merealisasikan Wawasan 2020. Wawasan 2020 adalah suatu gerakan kebangsaan baru yang menuntut komitmen dan kemahuan seluruh rakyat semoga berada di depan bersama dunia yang sedang berubah dengan cepatnya. Ke mana arahnya masa depan negara dan peranan yang boleh dimainkan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan sebuah negara yang maju sepenuhnya pada tahun 2020. Oleh itu. kemajuan yang hendak dicapai ini bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi juga meliputi semua bidang termasuk politik, sosial, ekonomi dan perpaduan. Menjelang tahun 2020 juga, Malaysia boleh menjadi negara yang bersatu, dengan masyarakat yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur serta mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam ekonomi yang bersaing, dinamik, giat dan kental. Namun begitu sebelum mewujudkan Malaysia sebagai negara yang maju sepenuhnya, Datuk Seri Dr. Mahathir telah menggariskan terlebih dahulu sembilan cabaran yang harus diatasi. Seandainya rakyat tidak bersatu padu dan mengalami perpecahan antara kaum, maka matlamat yang itu tidak dapat dibentuk. Dari satu aspek pula, perpecahan antara kaum boleh menyebabkan kerajaan terpaksa menumpukan perhatian kepada projek atau program yang lebih menekankan terhadap pembangunan dalam bidang sosial. Perkara tersebut secara langsung akan memberi kesan terhadap tumpuan kerajaan dalam memajukan bidang ekonomi. Wawasan 2020 boleh dilihat dari aspek penyatuan kaum, persefahaman antara wilayah dan keharmonian masyarakat secara total bagi mencapai tahap negara maju dari ketiga-tiga aspek iaitu ekonomi, politik dan sosial. Cabaran paling utama kita ialah usaha-usaha pembentukan sebuah bangsa Malaysia. Pembangunan ekonomi tidak harus menjadi matlamat tunggal dalam mencapai cita-cita kebangsaan kita. Sesiapa sahaja yang mengakui dirinya sebagai warganegara Malaysia

pasti sentiasa bersedia berkorban apa-apa sahaja demi menjaga kepentingan negara. Masyarakat berbilang kaum perlu mengurangkan penonjolan ciri yang membezakan mereka dan tidak terlalu membesarkan identiti kaum sehingga menenggelamkan keperibadian bangsa dan negara. Perpaduan kebangsaan lahir setelah seluruh nilai-nilai dikongsi bersama. Justeru, sudah cukup banyak pengaliran masuk nilai-nilai rakyat ke dalam nilai-nilai kebangsaan kita. Sebagai bangsa Malaysia, kesetiaan politik dan dedikasi adalah hanya untuk Malaysia. Seandainya dilihat daripada strategi kerajaan, pelaksanaan konsep Sekolah Wawasan merupakan kesinambungan daripada matlamat Wawasan 2020 iaitu mengintegrasikan Cabaran Pertama masyarakat Malaysia dalam Wawasan 2020. Proses menyatupadukan Masyarakat pelbagai kaum merupakan satu agenda yang paling penting dalam negara seperti Malaysia. Dunia sudah acapkali menyaksikan keruntuhan sistem sosial negaranegara yang mempunyai kamposisi kaum berbeza kerana tiada wujudnya persefahaman antara kaum. Dasar kerajaan di negara tersebut tidak menekankan aspek integrasi kaum yang jelas telah menjejaskan kestabilan sosial secara langsung dan kesan sampingan diterima, dalam bidang, ekonomi dan politik, Malaysia banyak mengambil iktibar dari negara jiran seperti Indonesia yang kebelakangan ini sentiasa, mengalami pergolakan ekonomi, politik dan sosial. Malahan Tragedi l3 Mei 1969 boleh dijadikan sebagai renungan bahan sejarah bagi membentuk masyarakat yang bersatu padu dalam berbagai-bagai aspek. Sesebuah negara yang membangun bukan sahaja perlu mempunyai pendapat per kapita yang setanding dengan negara maju, malah perlu merangkumi pencapaian negara dalam semua aspek, iaitu integrasi sosial, tahap ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik dan kejayaan dalam memajukan kualiti kehidupan rakyat daripada aspek sosial serta aspek rohaniah. Di samping itu, keyakinan dan kebanggaan terhadap pencapaian negara juga perlu dipupuk di kalangan rakyat.

Kerajaan Malaysia sejak dahulu lagi sedar bahawa perpaduan antara kaum yang berbilang bangsa dan agama perlu dipraktikkan bagi menjamin kesejahteraan dalam negara. Pendidikan merupakan pendekatan terbaik bagi merealisasikan matlamat penyatuan kaum. Kerajaan berhasrat untuk membentuk bangsa Malaysia yang sudah pasti akan menghapuskan jurang perkauman dan seterusnya mewujudkan satu budaya bangsa Malaysia yang pelbagai agar memupuk keharmonian masyarakat sejagat. Keharmonian akan menyediakan satu platform untuk kerajaan mengagihkan hasil produk negara tanpa mengira kaum. Kemajuan dalam bidang ekonomi tidak,hanya bergantang kepada bidang itu sendiri, malahan banyak bergantung kepada bidang sosial. Kekukuhan sistem sosial menjadi alat pemangkin utama dalam mencapai kesejahteraan bidang yang lain. Perpaduan Kaum dan Sekolah Wawasan. Usaha kerajaan untuk mewujudkan suatu bangsa Malaysia yang bersatu padu, harmonis dan mendukung aspirasi nasional melalui satu sistem pendidikan kebangsaan sudah pun dibahaskan dan dipersetujui sejak tahun 1956 lagi, misalnya Jawatankuasa Penyata Razak dipetik sebagai: ``'Tujuan dasar pelajaran di dalam negara ini adalah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur." (Penyata Razak 1956, Perenggan 12). Dalam Ordinan Pelajaran 1957, menyebut bahawa kerajaan perlu menubuhkan satu sistem pendidikan agar dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Penggunaan kurikulum kebangsaan di peringkat pendidikan rendah dan menengah

memungkinkan konsep dan prinsip perpaduan disebarkan secara formal dan menyeluruh. Kurikulum yang telah dibentuk sedemikian diharap dapat membina nilai-nilai dan semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama. Secara keseluruhannya, kurikulum di Malaysia merupakan asas bagi mencapai matlamat perpaduan kaum yang menekankan betapa pentingnya pendidikan agar lebih terjamin keberkesanannya. Konsep Sekolah Wawasan merupakan kaedah yang terbaik bagi merealisasikan integrasi kaum dan menghapuskan tembok pemisah serta mengurangkan jurang yang wujud antara pelbagai kaum di negara kita. Sama ada disedari ataupun tidak, dengan membiarkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan terus wujud dalam bentuknya yang asal akan menyebabkan proses integrasi dan asimilasi terbantut. Semenjak pemerintahan kolonial British lagi pemecahan penempatan berdasarkan kaum. telah menimbulkan satu jurang pemisah. Dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pemerintahan Inggeris ketika dahulu merupakan strategi bagi mengelakkan wujudnya perpaduan antara kaum. Sebelum merdeka atau sebelum tercetusnya tragedi 13 Mei 1969 kaum-kaum yang terdapat di Malaysia atau Tanah Melayu dikenali melalui fungsi-fungsi ekonomi mereka masing-masing. Misalnya, orang Melayu cuma tinggal di kampung-kampung dengan kegiatan ekonomi seperti menanam padi sawah atau nelayan. Kaum India pula tinggal di ladang-ladang getah dan bekerja sebagai penoreh getah. Manakala kaum Cina tinggal di bandar-bandar atau pekan dengan aktiviti mereka sebagai peniaga dan peruncit. Jurang ekonomi yang sebegitu besar ini mampu menggugat kestabilan, politik dalam negara kerana timbul rasa tidak puas hati di kalangan rakyat berikutan pengagihan pendapatan yang tidak rata.

Apabila keadaan sosial dalam negara tidak stabil, maka ini akan membawa pergolakan politik negara. Jadi pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini bukan sahaja dinilai dari segi pencapaian ekonomi, tetapi dari segi sosial dan politik negara. Selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, kerajaan yang dibentuk gagal menumpukan perhatian terhadap pengukuhan hubungan antara kaum-kaum tersebut. Semenjak tercetusnya tragedi 13 Mei 1969, kerajaan telah berusaha untuk mengukuhkan semangat perpaduan antara ketiga-tiga kaum majoriti di Malaysia. Antara langkah-langkah yang diambil untuk menjayakan matlamat tersebut ialah pelaksanaan DEB yang telah dilaksanakan pada tahun 1971 iaitu terkandung dalam program Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) dan Rancangan Malaysia seterusnya. Konsep Sekolah Wawasan harus dilihat dari perspektif yang positif iaitu satu alternatif untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu dan bukannya bertujuan untuk menghapuskan identiti sesuatu kaum serta menghilangkan terus Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK). Sebagai sebuah negara yang sudah mencapai kemerdekaan selama 43 tahun, masyarakat Malaysia seharusnya sudah menyaksikan sebuah generasi yang bangga mengidentifikasikan dirinya sebagai bangsa Malaysia. Sebaliknya yang berlaku ialah masih ada lagi rakyat Malaysia yang merujuk dirinya mengikut pengenalan keturunan dan kaumnya. Melalui Sekolah Wawasan, interaksi secara langsung oleh murid-murid yang terdiri daripada pelbagai keturunan akan menjayakan matlamat perpaduan antara kaum. Konsep Sekolah Wawasan ini juga begitu bersesuaian dengan pepatah Melayu yang mengatakan "Melentur Buluh Biarlah Daripada Rebung. Pendedahan pada peringkat awal (murid-murid sekolah rendah) adalah yang paling sesuai.

DEB bertujuan membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum, di antara wilayah-wilayah dan di antara kawasan yang sama di Malaysia. DEB merupakan satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara. Perancangan untuk mencapai matlamat DEB ini terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP), 1971-1990. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan bertanggungjawab menyediakan garis panduan program bagi membantu. Sekolah Wawasan mencapai matlamatnya. Jika dilihat dari aspek perpaduan antara kaum di Malaysia, ketegangan kaum yang pernah wujud di kalangan masyarakat timbul daripada sikap prejudis serta perasaan curiga mencurigai sesama mereka. Masalah ini timbul apabila kurangnya interaksi antara masyarakat pelbagai kaum. Proses asimilasi budaya kurang wujud apabila anak-anak dibesarkan tanpa pendedahan tentang budaya kaum lain melalui pengasingan tempat pendidikan serta institusi awam Yang lain. Menurut Haslina Hassan (2000) sikap para pelajar Cina dan India Yang mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan dan yang bercampur gaul dengan~pelajar Melayu adalah berbeza dengan para pelajar Cina dan India Yang tidak mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan serta bercampur dengan pelajar Melayu. Pelajar Cina dan India Yang bersekolah di sekolah kebangsaan didapati lebih bersikap terbuka dan mampu mewujudkan suasana harmoni dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Menurutnya lagi, agenda nasional iaitu penyatuan masyarakat pelbagai kaum tidak harus diberi tanggapan sebagai ugutan untuk menghapuskan identiti sesuatu kaum. Semua pihak harus memberi sokongan terhadap usaha kerajaan dalam menjayakan proses penyatuan pelbagai kaum. Sekolah Wawasan Dari Perspektif Politik Malaysia Isu pelaksanaan Sekolah Wawasan mendapat liputan meluas di dada akhbar dan ahli politik pula memberi komen yang berbeza antara, satu sama, lain. Parti politik

pembangkang Yang begitu menonjol dalam membincangkan isu Sekolah Wawasan ialah Democratic Action Party (DAP). DAP merupakan sebuah parti pembangkang yang menganggap diri mereka sebagai pembela masyarakat Cina. Dalam isu Sekolah Wawasan, DAP menentang cadangan kerajaan berkenaan pelaksanaan Sekolah Wawasan kerana mereka berpendapat setiap kaum berhak mendapat pendidikan menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Usaha kerajaan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan menjadi isu politik. DAP atau Barisan Alternatif telah menimbulkan isu tersebut dalam berkempen menghadapi Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri Lunas pada bulan November tahun 2000. Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Ronnie Liu berkata jaminan kerajaan tidak meyakinkan mereka bahawa identiti setiap sekolah tidak terjejas kerana konsep Sekolah Wawasan hanya dipandu oleh kononnya Garis Panduan. Garis Panduan tidak termaktub kepada perundangan dan boleh dimanipulasi atau dipinda dengan mudah oleh pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan pada masa depan. Contohnya pada tahun 1962, banyak sekolah Cina telah dipujuk oleh kerajaan untuk bertukar kepada Sekolah Kebangsaan dengan asas subjek satu per tiga diajar dalam bahasa Mandarin. Kerajaan tidak menunaikan janji dan kini kebanyakan sekolah menengah hanya ada satu subjek bahasa Mandarin Fenomena sedemikian rupa sesungguhnya telah menyedarkan DAP tentang janji-janji kerajaan kebelakangan ini yang beria-ia benar ingin melaksanakan konsep Sekolah Wawasan. DAP juga berpendapat seandainya kerajaan begitu prihatin tentang perpaduan kaum di Malaysia mengapa Rancangan Integrasi Murid-murid Untuk Perpaduan tidak diteruskan sedangkan konsepnya adalah sama dengan Sekolah Wawasan cuma tidak melibatkan penggabungan SJKC, SJKT dan SJK. Pada asasnya DAP juga ingin mengambil kesempatan terhadap rancangan pelaksanaan

Sekolah Wawasan untuk bertindak sebagai pembela nasib golongan masyarakat Cina. DAP telah menjadikan isu Sekolah Wawasan sebagai alat untuk memancing undi masyarakat Cina sewaktu pilihan raya. Kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil DUN Lunas juga dikaitkan serba sedikit, dengan isu Sekolah WaWasan. Kekalahan tersebut banyak dipengaruhi oleh undi yang datang daripada pengundi Cina. DAP, yang dipetik melalui laman webnya berkata: ``Bagaimanapun pada pilihan raya kali ini sesuatu yang tidak pernah disangka-sangka berlaku apabila BN tewas di empat daripada enam daerah mengundi yang pengundi majoritinya ialah orang Cina. Ini tidak termasuk di beberapa daerah mengundi lain yang mempunyai peratusan pengundi melayu/Cina atau Cina/India yang hampir seimbang. BN tewas di kampung Baru Lunas, pekan Lunas, Taman Sejahtera, Kilang Sago - dengan majoriti besar antara 290 undi hingga 500 undi. parti komponen ini hanya menang dengan dua undi di Pondok Labu dan 10 undi di Kampung Baru. Para pengundi Cina tidak memihak kepada BN di kawasan yang bercampur-campur seperti Henreitta, Taman Selasih serta beberapa kawasan mengundi lain. (DAP: http://www.malaysia.net/dapmnet/iks0242html). Isu Sekolah Wawasan memberi kesan terhadap kedudukan BN semasa pilihan raya kecil DUN Lunas, Selama ini Lunas merupakan satu kawasan yang seimbang komposisi kaumnya dan sekaligus ia dapat memberikan satu keputusan Yang lebih memihak kepada calon BN. Sokongan para pengundi Cina kepada BN di kawasan tersebut amatlah memberangsangkan sebelum isu Sekolah Wawasan ditimbulkan semula oleh kerajaan. Para pengundi Cina tidak dapat dinafikan amat terpengaruh dengan agenda pihak pembangkang yang jelas menggunakan isu Sekolah Wawasan untuk meraih undi para pengundi kaum Cina. Secara amnya, kerajaan haruslah memandang serius terhadap kekalahan BN di Lunas kerana isu Sekolah Wawasan yang telah dipolitikkan telah menyebabkan sokongan para

pengundi di situ terhadap Barisan Alternatif telah meningkat dan menggugat prestasi BN. Walau apa pun, isu Sekolah Wawasan tidak menjadi faktor tunggal menyebabkan kekalahan BN di Lunas, tetapi perkara ini harus dikaji oleh kerajaan BN. Pelaksanaan Sekolah Wawasan telah ditentang oleh masyarakat Cina yang kurang yakin dengan tindakan kerajaan BN. Kesimpulan Konsep Sekolah Wawasan telah diluluskan oleh kabinet pada 1997 merupakan satu langkah kerajaan yang terbaru dalam usaha menyatupadukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum (Haslina Hassan; 2000:19). Konsep sekolah ini amat baik bagi menyediakan pelajar di ketiga-tiga aliran sekolah universiti Malaya

You might also like