You are on page 1of 2

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM Program yang ditawarkan Sarjana Pengajian Islam Dengan Kepujian Doktor Falsafah Pengajian Islam

Bidang Pengkhususan Pengajian Dakwah & Kepimpinan Usuluddin & Falsafah Syariah Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah Pengajian Arab & Tamadun Islam

Syarat Kelayakan a. Sarjana Pengajian Islam Ijazah Sarjanamuda dengan Kepujian yang baik dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia; atau Ijazah Sarjanamuda dengan Kepujian yang baik dalam bidang Pengajian Islam dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau Kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat. b. Doktor Falsafah Pengajian Islam Ijazah Sarjana Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia; atau Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Islam dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau Kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjana Pengajian Islam dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau Calon ijazah Sarjana Pengajian Islam dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah untuk menukar status pengajiannya kepada program ijazah Doktor Falsafah dengan kelulusan Senat Calon dikehendaki menduduki ujian Kelayakan Bahasa Arab. Calon yang gagal peperiksaan ini dikehendaki mengikuti dan lulus kursus Bahasa Arab Pengukuhan yang akan ditentukan oleh pihak Fakulti. (Kecuali calon yang mana bahasa ibunda mereka adalah bahasa Arab) Calon dari Luar Negara yang tidak mencapai skor minimum TOEFL (550) dan IELTS (band 5) diwajibkan untuk menduduki Ujian Kelayakan dan Kecekapan Bahasa Inggeris (UKK) yang dikendalikan oleh Pusat Pengurusan Siswazah. Mana-mana calon yang gagal, diwajibkan untuk mengikuti dan lulus Modul Kecekapan Bahasa Inggeris (MKBI)

Semua calon yang bukan daripada keluaran Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dikehendaki mengikuti dan lulus kursus Kaedah Penyelidikan (PPPY 1282) Semua calon bagi program Sarjana Pengajian Islam (Tesis sahaja) dikehendaki untuk membentang proposal di akhir semester pertama Semua calon bagi program Doktor Falsafah dikehendaki menduduki Peperiksaan Kelayakan pada akhir semester pertama.

Mod Pengajian : Blended Learning(BL) Jenis Pengajian : Tesis Pusat Kuliah : UKM Bangi & Semua Pusat Kuliah Terpilih *Penawaran program di pusat kuliah luar bergantung kepada bilangan minima calon yang berjaya

You might also like