You are on page 1of 1

Kunjungan ke Miri

No 12 Jalan Puteri, Taman Puteri Jaya, 34000, Taiping Perak. 12 Jun 2012. Ke hadapan sahabatku, Wendy yang berada di Seramban, semoga sihat sejahtera. Saudari, Surat saudari telah saya terima seminggu yang lalu. Semasa saya menerima surat saudari, saya sekeluarga ke Miri, Sarawak. Kami ke sana kerana menziarah ibu saudara saya. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya peroleh semaa berada di Miri. Bandar Miri terletak di Bahagian Keempat , Sarawak. Bandar Miri kaya dengan sumber asli, terutama petroleum. Miri juga mempunyai empat buah taman Negara bertaraf dunia, iaitu Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negara Gua Niah, Taman Nnegara Bukit Gambir , dan Taman Negara Laogan Bunut. Taman Negara Niah ialah sebuah tapak arkelogi yang penting. Di Gua Niah juga terdapat sarang burung laying-layang yang amat mahal harganya. Sarang burung layanglayang ini dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi. Taman Negara Laogan bunut terdapat tasik semula jadi yang terbesar di Sarawak serta pebagai sepsis burung. Kedua-dua taman Negara yang saya kunjungi ini memang kaya dengan keindahan alam semula jadinya. Saya ada membeli rantai manik untuk saudari. Apabila sekolah dibuka nanti, saya memberikannya kepada saudari. Setakat ini sahaja coretan saya untuk tatapan saudari. Semoga kita berjumpa lagi. Sekian, terima kasih. Sahabatmu. Arissa Zahra

You might also like