You are on page 1of 2

Selain itik serati anda boleh menggantikannya dengan daging atau ayam. Masakan ini popular di Pantai Timur.

:: KERUTUK ITIK SERATI ::


Bahan-bahan: 1kg itik serati 100gm bawang besar 100gm bawang merah 30gm bawang putih

10 tangkai cili kering 10gm halia 50gm lengkuas 50gm rempah kerutuk 5gm kulit kayu manis 5gm bunga lawang 5gm buah pelaga 50gm kerisik Air Asam Jawa secukupnya Daun pandan secukupnya Gula melaka secukupnya 500ml santan Garam secukup rasa Minyak masak untuk menumis secukupnya Cara memasak: 1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bahan bahan yang dikisar sehingga wangi. 2. Selepas itu masukkan rempah kerutuk dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak. 3. Kemudian masukkan itik ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga sebati. 4. Didihkan itik tadi sehingga betul betul lembut. 5. Masukkan air asam jawa bersama santan dan gula melaka. Kacau sebati. 6. Akhir sekali masukkan kerisik bersama daun pandan. 7. Sedia dihidangkan.

You might also like