You are on page 1of 10

CUTI PERINTAH-PERINTAH Am yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka

Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132 dalam Perlembagaan. [Berkuatkuasa mulai dari 1hb. Januari, 1974] 1. Tafsiran Dalam bab ini: I. Cuti bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan

meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja; II. Cuti rehat bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember; III. Cuti sakit bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab perubatan dan dengan mengemukakan Sijil Sakit dari seorang pegawai perubatan Kerajaan atau lain-lain doctor yang diterima, dan diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh; IV. Ketua Jabatan bermakna Ketua Setiausaha kepada Kementerian, Ketua Jabatan, Ketua sesuatu Perkhidmatan, mengikut yang mana berkenaan; V. Kuasa Tertentu bermakna Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, atau Setiausaha Kerajaan Negeri, mana yang berkenaan;

VI.

Pegawai Bersama Negeri bermakna pegawai yang kena berkhidmat dengan Kerajaan Negeri dan juga jabatan-jabatasn Persekutuan dalam Negeri yang berkenaan;

VII.

Pegawai dalam Perjawatan Persekutuan bermakna seorang pegawai yang kena berkhidmat dengan kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan sebarang Kerajaaan Negeri;

VIII.

Pegawai Persekutuan bermakna pegawai yang dilantik ke dalam mana-mana perkhidmatan Persekutuan;

IX.

Perkhidmatan yang melayakkan bermakan perkhidmatan yang diambil kira begi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masa-masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit (dan bagi guru-guru termasuk cuti sekolah bergaji penuh) tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar;

X.

Sanak saudara bermakna adik-beradik, ibu bapa dan lain-lain saudara mara yang rapat kepada pegawai;

XI.

Sijil Sakit bermakna sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan Kerajaan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Perintah-perintah Am, Bab F) atau oleh seorang ahli Panel Doktor yang diluluskan oleh Kerajaan.

2. (a)

Dasar cuti rehat.

Adalah menjadi tujuan Kerajaan bahawa cuti rehat diambil pada tiap-tiap tahun oleh pegawai-pegawai untuk tujuan kecekapan dan juga untuk kepentingan pegawai-pegawai itu sendiri. Ketua Jabatan hendaklah menyediakan, seberapa yang boleh, jadual giliran bercuti bagi kakitangan di bawah jagaannya.

(b)

Kebenaran Ketua Jabatan bercuti di luar Malaysia.

Seseorang pegawai yang hendak menggunakan semua atau sebahagian daripada cuti rehatnya di luar Malaysia hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatannya atau dari Kuasa Tertentu jika ia seorang Ketua Jabatan.

I.

KELAS PEGAWAI DAN KUASA MELULUSKAN CUTI

3. (a)

Kelas pegawai

Untuk menentukan kelayakan-kelayakan bercuti pegawai-pegawai, meraka adalah dibahagikan seperti berikut:

Kelas A Kelas B

Pegawai yang lain daripada pegawai yang disebutkan dalam Kelas B Pegawai pegawai dalam Perkhidmatan-perkhidmatan yang berikut: I. Pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan Pelajaran yang

menjalankan tugas-tugas di sekolah-sekolah seperti yang ditafsir dalam Perintah Am 48 ; dan II. Pegawai-pegawai Penjara seperti yang ditafsir dalam Perintah Am 58

(b)

Pegawai kontrak

Pegawai-pegawai dalam kontrak akan berkelayakan mendapat cuti ,engikut syarat-syarat dalam kontrak mereka. Hanya di mana tidak dinyatakan tentang perbekalan cuti dalam

kontrak mereka, pegawai-pegawai kontrak boleh diberikan cuti atas kadar yang sama dengan pegawai-pegawai yang setaraf mengikut Kelas yang berkenaan,

4. Kuasa melulus : Kuasa Tertentu [5] Di mana dalam bab ini ada disebutkan Kuasa Tertentu sebagai kuasa yang boleh meluluskan cuti, maka Kuasa Tertentu itu adalah seperti dalam ruangan dua yang berikut. Bagi setengah-setengah pegawai,Kuasa Tertentu akan dikehendaki juga menimbangkan pandangan sebuah kuasa meluluskan cuti yang lain seperti yang dinyatakan di ruangan dua:

I Pegawai Memohon Cuti 1 Pegawai-pegawai Persekutuan dan pegawai-pegawai dalam perjawatan Persekutuan yang ditanggung di bawah Anggaran Persekutuan. 2 Peagawai-pegawai dalam Perjawatan Persekutuan yang ditaggung di bawah Anggaran Negeri

II Kuasa Tertentu Ketua Pengarah Perkhimatan Awam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam(dengan syarat bahawa pandangan Setiausaha Kerajaan Negeri telah dipertimbangkan)

3 Pegawai-pegawai Bersama Negeri yang ditanggung di bawah Anggaran Negeri

Setiausaha Kerajaan Negeri

4 Pegawai-pegawai Bersama Negeri yang ditanggung di bawah Anggaran Persekutuan

Setiausaha Kerajaan Negeri(dengan syarat pandangan Ketua Jabatan Persekutuan telah dipertimbangkan)

5. (a)

Kuasa melulus : Kuasa Jabatan [6]

Di mana cuti-cuti boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan, maka Ketua Jabatan yang dimaksud adalah sebagai berikut :

Pegawai Memohon Cuti 1 Pegawai-pegawai Persekutuan dan semua pegawai-pegawai yang ditanggung dibawah Anggaran Persekutuan(baik pegawai-pegawai dalam Perjawatan Persekutuan atau Pegawai Bersama Negeri) 2 Pegawai-pegawai dalam perjawatan Persekutuan atau Pegawai Bersama Negeri yang ditanggung di bawah Anggaran Negeri

Ketua Jabatan Ketua Jabatan Persekutuan atau Ketua Jabatan Persekutuan bagi sesuatu wilayah atau Negeri bagi pegawai-pegawai di bawah kuasa mereka

Ketua Jabatan Negeri

(b)

Ketua pejabat dsb., boleh diberi cuti [6]

Bagi maksud (a)(1) dan (2) di atas, istilah Ketua Jabatan akan termasuk juga seorang Ketua Pejabat setempat, yayasan atau cawangan kecil yang telah diberi kuasa oleh Ketua Jabatannya untuk meluluskan cuti bagi sebarang Kumpulan pegawai di stesennya.

(c)

Ketua jabatan memohon cuti [6]

Apabila pegawai yang memohon cuti ialah seorang Ketua Jabatan sendiri, maka ada kuasa yang boleh meluluskan cutinya hendaklah Ketua Perkhidmatannya, Seseorang Ketua Perkhidmatan hendaklah memohon cutinya dari Ketua Setiausaha Negara.

IV. 34.

CUTI HAJI

Cuti haji sekali sahaja (Kelayakan Cuti Haji)

Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh selama 40 hari termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am kepada pegawai yang beragama Islam untuk menunaikan fardhu haji di Mekah. Sekiranya seseorang pegawai memerlukan tempoh lebih daripada 40 hari atas sebab-sebab tertentu pegawai bolehlah memohon menggunakan cuti rehatnya atau cuti penggal sekolah bagi guru-guru atau cuti tanpa gaji. 35 (a) Syarat syarat cuti

Cuti Haji hanya boleh diluluskan sekali sahaja di dalam tempoh perkhidmatan seseorang pegawai dan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai itu telah berkhidmat tidak kurang daripada 4 tahun dan telah disahkan dalam jawatannya.

Cuti Haji boleh diluluskan kepada anggota beragama Islam yang berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan; dan kemudahan ini juga dipanjangkan kepada anggota berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan.

3.4.3

Cuti Haji

a) Bergaji penuh kepada pegawai-pegawai Islam untuk menunaikan fardhu haji di Mekah b) Pegawai hendaklah telah disahkan dalam perkhidmatan sebelum layak menikmati cuti haji c) Tempoh 40 hari sahaja termasuk cuti hujung minggu dan kelepasan am d) Selebihnya guna Cuti Rehat/Cuti Rehat Khas/Cuti Penggal/Tanpa Gaji e) Syarat syarat Cuti Haji mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1984 I. II. Telah berkhidmat tidak kurang 4 tahun Telah disahkan dalam jawatan

f) Anggota yang berjawatan sementara dan telah berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan layak cuti haji

g) Cuti Haji Pegawai Kontrak I. Diluluskan sekali sahaja kepada pegawai warganegara yang beragama Islam yang belum pernah menunaikan fardhu haji sepanjang tempoh perkhidmatan

dengan syarat mereka telah berkhidmat secara kontrak tidak kurang lima (5) tahun II. III. Tempoh 40 hari Pesara layak nikmati kemudahan cuti ini jika belum pernah menggunakan kemudahan ini sebelum bersara. Berdasarkan segala keterangan di atas ; En. Hamid boleh memohon cuti haji pada tahun ini jika dia belum pernah menggunakan cuti haji sebelumnya. Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti haji bergaji penuh selama 40 hari termasuk cuti hujung minggu dan hari pelepasan am. Sekiranya En. Hamid memerlukan tempoh cuti lebih dari 40 hari atas sebab-sebab tertentu, En. Hamid bolehlah memohon menggunakan cuti rehatnya yang berbaki 20 hari atau cuti tanpa gaji. Ini disebabkan ; En. Hamid telah mematuhi syarat syarat cuti haji dalam Perintah Am 34 dan 35, iaitu; i. ii. Pegawai telah berkhidmat tidak kurang dari 4 tahun Permohonan menggunakan cuti haji ini hanya sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan. iii. Pegawai tersebut telahpun disahkan dalam jawatan

Bagi pegawai yang berkhidmat secara kontrak mereka boleh memohon cuti haji jika pegawai tersebut telah berkhidmat secara kontrak tidak kurang daripada 5 tahun dan;

Bagi pegawai berjawatan sementara, juga boleh memohon cuti haji dengan syarat telah berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan.

KURSUS INDUKSI SSM KSI SIRI 6 2011 KUMPULAN 1 AMBILAN 6

TAJUK
ENCIK HAMID, PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27 BERHAJAT UNTUK MENUNAIKAN IBADAH HAJI PADA TAHUN INI. BELIAU TELAH BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM SELAMA 4 TAHUN DAN HANYA MEMPUNYAI BAKI CUTI SEBANYAK 20 HARI PADA TAHUN INI ? BOLEHKAH ENCIK HAMID MEMOHON CUTI HAJI PADA TAHUN INI ? SILA NYATAKAN SYARATSYARAT PERMOHONAN CUTI HAJI KEPADA BELIAU.

NAMA PESERTA
AHMAD TAMIZI BIN MOHD YATIM

DITUJUKAN KEPADA:
UNIT LATIHAN DAN KEMAJUAN STAFF JABATAN PELAJARAN PERAK, IPOH, PERAK.

You might also like