You are on page 1of 4

Tajuk : Nilai daripada perspektif pelbagai agama dan kepercayaan iaitu Islam, Hindhu, Kristian, Buddha, Sikhisme, Konfusianisme,

Taoisme dan Anismisme.


Definisi nilai daripada segi perspektif agama dan kepercayaan secara keseluruhannya ialah kumpulan sikap perasaan ataupun tanggapan terhadap sesuatu hal mengenai perkara baik buruk, benar atau salah, patut dan tidak patut, mulia atau hina dan juga penting dan yang tidak penting. Pelbagai perspektif ini wujud kerana manusia sahaja yang dapat mengembangkan perasaan mereka sendiri dengan penyampaian yang berbeza berdasarkan kepercayaan masing-masing berlandaskan ajaran agama yang dianuti oleh mereka. Nilai daripada segi perspektif agama dan kepercayaan akan dirumuskan dalam 8 ajaran agama iaitu Islam, Hindhu, Kristian, Buddha, Sikhisme, Konfusianisme, Taoisme dan Anismisme. Islam yang berasal daripada perkataan arab yang membawa maksud patuh dan tunduk kepada ajarannya yang mendorong manusia ke arah kebaikan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat sekeliling. Dalam agama Islam, seseorang yang bermoral mestilah mempunyai tahap keimanan yang tinggi, ketaqwaan yang kukuh dan belas ihsan yang sewajarnya kepada diri sediri, keluarga dan masyarakat sekeliling. Kepercayaan Islam ialah percaya pada suatu hari nanti adanya Hari Akhirat sebagai hari kebangkitan semua manusia sejagat dengan segala kebaikan dan keburukan akan digunakan sebagai perisai masing-masing yang akan menentukan sama ada mereka akan dimasukkan ke syurga ataupun neraka. Agama Islam mempunyai nilai murni yang tinggi berdasarkan buku Al-Quran yang digunakan sebagai sumber rujukan yang mutlak bagi penganut agama ini. Nilai murni yang menceritakan kisah, sebab dan akibat yang akan diterima apabila membuat sesuatu perkara mendorong manusia menjadi insane yang terbaik dari segi peribadi yang mulia, sikap yang murni dan manusia yang taat lagi beriman.

Hindu mempercayai kewujudan satu tuhan yang paling agung yang dinamakan Brahman. Ini dinyatakan di dalam kitab Veda. Penjelmaan Tuhan Teragung ini menghasilkan 3 Dewa yang dikenali sebagai Trimurti iaitu Dewa Brahma (Pencipta), Dewa Vishnu (Pelindung) dan Dewa Siva (Pemusnah). Agama Hindhu amat mementingkan Karma kerana berkait rapat dengan Hukum kelahiran semula manusia. Ia merupakan salah satu bentuk Hukum Sebab dan Akibat. Dalam kepercayaan ajaran agama Hindu, kehidupan di dunia ini merupakan satu kesengsaraan kerana seseorang itu akan menghadapi kelahiran semula yang berulang-ulang selagi mereka belum mencapai ke tahap Nirvana. Kristian merupakan satu agama yang menetapkan batasan nilai berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus sebagaimana karya-karya yang ditulis pengikutnya dalam Bible, khasnya Perjanjian Baru. Dalam agama Kristian, asas-asas kepercayaan yang perlu ada ialah satusatunya Tuhan ialah Tuhan kita , jangan menyembah berhala dalam apa pun bentuk, jangan salah guna nama Tuhan, hormati hari Sabbath dengan memuliakannya, hormati ibubapa,

jangan membunuh, jangan berzina , jangan mencuri dan banyak lagi. Kepercayaan agama ini daripada segi nilai membantu manusia menjadi seseorang yang mempunyai nilai-nilai murni yang baik. Buddha ialah agama dan falsafah yg berasaskan ajaran Buddha Sakyamuni dan mempunyai 3 aliran utama iaitu Theravada, Mahayana, Vajrayana yang merupakan salah satu agama yang telah wujud sejak 350 tahun dahulu. Agama Budhha mempunyai nilai dan kepercayaan bahawa perlu memimpin manusia ke arah pendamaian , mengembangkan kesempurnaan tingkah laku dan moral juga mengajar manusia berfikir berlandaskan alasan yang munasabah dan logik yang waras. Untuk mencapai agama Buddha yang sebenar, manusia harus mempunyai kefahaman yang benar, pemikiran yang benar, kata-kata yang benar, tingkah laku yang benar, usaha yang benar, kehidupan yang benar, kesedaran yang benar dan meditasi yang benar.

Kepercayaan karma yang sememangnya dipercayai oleh semua penganut agama Budhha ialah perbuatan baik akan dibalas baik manakala kelakuan jahat akan membawa padah. Sikhisme berasal dari Sikkha ataupun Sisya bermaksud pengikut atau pelajar. Komuniti Sikh adalah komuniti yang taat kpd agama dan mempunyai entiti sosio-politik yang jelas, berdemokrasi dlm struktur organisasi, anggota yang sentiasa siap sedia untuk bertempur sekiranya diperlukan, menentang penganiayaan dan ketidak adilan ke atas sesuatu kepecayaan dan kebebasan. Terdapat seorang guru dalam agama Sikh yang dianggap sebagai seorang yang menunjukkan kepada orang ramai jalan ke arah kebenaran dan kesejahteraan. Guru dalam agama ini juga mengajar semua orang tanpa menghiraukan perbezaan kasta, kelas sosial dan agama duduk bersama dan menikmati hidangan yang disediakan. Kepercayaan nilai dalam agama ini memberikan kesan yang bagus dari segi membawa keamanan kepada masyarakat agar dapat menjaga keharmonian masyarakat sejagat. Konfusianisme merupakan ajaran tentang moral. Ianya bukan agama tetapi merupakan tertib bagaimana manusia harus bertingkah laku, berhubung dengan orang lain dan hidup sebagai anggota masyarakat. Ajaran ini diasaskan oleh Kung Fu Tze atau Confucius yang bermaksud Guru Agung. Ajaran Confucius terkandung dalam buku yang dikenali sebagai Lima Klasik dan Empat Buku yang memberi ajaran etika dari segi kesejahteraan manusia, sosial, politik dan agama. Nilai kepercayaan dalam agama ini bagus kerana menerapkan unsur kesejahteraan manusia, sosial, politik dan agama, murah hati, toleransi dan belas kasihan serta melibatkan hubungan diri individu dengan orang lainsopan santun, budi bahasa dan adat dalam istiadat atau upacara, peraturan dan tingkah laku seseorang. Taoisme adalah berasal daripada perkataan Dao yang bermakna tidak berbentuk, tidak terlihat tetapi merupakan asas atau jalan atau cara kejadian kesemua benda hidup dan bendabenda alam semesta dunia. Dao wujud dalam kesemua benda hidup manakala kebendaan

adalah De. Gabungan Dao dengan De diperkenalkan sebagai Taoisme merupakan asasi alamiah. Taoisme bersifat tenang, tidak berbalah, bersifat lembut seperti air, dan berabadi. Yin dan Yang dengan saintifiknya diterjemahkan sebagai negatif dan positif. Nilai kepercayaan dalam agama ini ialah mendorong manusia menjadi lebih tenang dalam memahami persekitaran dan sentiasa menghadapi sesuatu dengan tidak mencampurkan unsur yang negatif seperti sikap terburu-buru dan sebagainya. Animisme merupakan kepercayaan terhadap objek termasuklah haiwan, perkakas dan juga fenomena alam yang mempunyai ataupun merupakan ekpresi roh hidup. Dalam beberapa pandangan dunia animisme dan berdasarkan kepercayaam kebudayaan pemburu dan pengumpul, manusia sering dianggap sama dengan haiwan, tumbuhan, dan kekuatan alam. Oleh itu, nilai daripada segi perspektif kepercayaan dan agama, Anismisme tidak membawa sebarang manafaat kepada manusia sejagat bagi membentuk nilai-nilai murni bagi membentuk manusia yang berhemah tinggi dan bermoral. Kesimpulannya ialah semuas agama mempunyai nilai dan kepercayaan yang tersendiri yang mendorong manusia lebih memahami alam sekeliling dan memanafaatkan ke dalam kehidupan seharian dengan mengamalkan nilai-nilai murni yang telah diajar oleh agama masing-masing bagi melahirkan manusia yang taat pada agama dan manusia yang baik dari segi akhlak.

You might also like