You are on page 1of 4

Zaman gelap telah berlaku setelah kejatuhan Rom dan Eropah telah mengalami kemerosotan dalam pelbagai bidang

seperti ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran. Pada masa itu, seluruh Eropah tidak mempunyai pentadbiran yang berkesan. Apabila empayar Rom Barat runtuh, maka, kuasa pusat yang boleh mentadbir wilayahwilayah juga musnah. Keadaan ini telah membawa beberapa kesan seperti kemunculan baron, iaitu tuan tanah. Tuan tanah tidak mendatangkan kesan yang baik kerana golongan petani yang berada dalam keadaan yang tidak selamat terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah serta membayar cukai yang tinggi. Selain itu, terdapat petani tidak dapat membayar cukai, mereka terpaksa menyerah tanah kepada baron lalu menjadi hamba. Tuan tanah juga dapat perlindungan daripada raja dengan memberi khidmat serta cukai kepada raja. Gereja katolik juga wujud pada Zaman Pertengahan.Gereja Katolik merupakan institusi yang amat berkuasa dan memiliki hartanah yang banyak. Walaubagaimanapun, institusi ini tealah memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan pembelajaran ilmu keakhiratan. Bukan itu sahaja, perdagangan pada masa itu juaga tidak begitu luas. Perdagangan di perairan pantai Utara dan Barat sering diganggu oleh serangan orang gasar seperti Viking dan Magyar. Selain itu, orang Eropah juga tidak dapat berdagang ke Timur Jauh kerana kawasan Mediterraneanpada masa itu dikuasai oleh orang Islam. Oleh itu, orang Eropah terpaksa menerusisistem tukaran barangan kerana mata wang yang terdapat dalam pasaran pada masa itu amat terhad. Dengan menghadapi pelbagai masalah ini, Eropah telah mengguna pelbagai cara yang mengatasi masalah ini. Akhirnya, mereka telah berjaya, tetpi apakah perkembangan yang telah berlaku dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial, dan politik ? Dari segi ekonomi, Itali telah menjadi tempat strategik untuk pedagang berlabur. Tempat- tempat di Itali sepeti Milan, Venice, Genoa, Florence dan Rom telah berjaya menarik pedagang. Kedudukan tempat-tempat ini merupakan persimpangan utama dan pusat perdagangan antarabangsa. Bandar pelabuhan yang paling terkenal pada masa itu ialah Venice dan Genoakerana tempat-tempat ini mempunyai pertembungan budaya, bahasa dan agama berlaku yang terus menjadaikan Itali pusat perkembangan. Aktiviti ini telah membawa kepada kemunculan para pedagang yang kaya dan pedagang-pedagang yang kaya ini telah menggunakan kekayaan mereka untuk mengindahkan bandar. Dengan mempunyai bandar yang indah, para cendekiawan dan seniman telah datang ke Itali dan kemudiannya para pedagang menjadi patron kepada para seniman serta cendekiawan. Perkembangan di Eropah telah menjadi semakin maju dan ini telah menyebabkan ekonomi sara diri kian pupus. Sebaliknya, sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas. Ini kemudiannya menimbulkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan yang berkembang seiring dengan kemajuan dalam bidang-bidang seperti matematik, geografi, kartugrafiserta astronomi. Dengan mempunyai pakar-pakar ini, penjelajahan dan penerokaan dapat dijalankan. Bukan itu sahaja, orang Eropah juga mempunyai semangat Renaissance untuk mencari laluan alternatif ke Timur untuk menjalankan penerokaan. Ini telah mendorong mereka untuk meneroka Lautan Atlantik dan akhirnya mereka berjaya menjadikan Lautan Atlantik senagai laluan ke Timur. Setelah berjaya meneroka, orang Eropah pada masa ituingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera dan rempah ratus, dari Timur.Penerokaan ini telah disokong oleh Raja

Espanyol dan Raja Portugal. Hal ini demikian kerana perdagangan rempah ratus dan sutera pada masa itu telah mendatangkan keuntungan yang besar kepada pedagang-pedagang di Eropah. Penerokaan di luar Eropah telah menjadipembekal kepada keperluan masyarakat Eropah. Pusat pemporium dunia seperti Goa dan Melaka telah dikuasai oleh Portugal dan barangan yang dibawa dari Timur telah memperkaya ekonomi dan gaya hidup masyarakat di Eropah. Dengan mempunyai kekayaan, negara Eropah juga lebih kuat dan berkuasa. Sebagai contoh, Portugal telah berjaya menguasai jalan pelayaran pedagangan di lautan Hindi dan Asia Tenggara yang dahulunya dikuasai ole pedagang Islam Arab. Di samping itu, revolusi pertanian yang berlaku di Eropah. Revolusi merupakan suatu perubahan besar yang berlaku secara menduduk dan menyeluruh.Sebelum revolusi pertanian, pengeluaran makanan telah dikendalikan secara kecil-kecilan. Pengeluaran makanan menjadi lebih banyak apabila revolusi pertanian berlaku. Revolusi ini wujud kerana pelbagai faktor, iaitu perubahan dalam sistem penggunaan dan pemilikan tanah, penggunaan kaedah saintifik serta kaedah pemasaran produk pertanian secara lebih meluas dan berkesan. Dalam usaha untuk pengeluaran makanan yang lebih banyak, negara Britain telah memanfaatkan tanah awam bagi tujuan pengeluaran pertanian secara besar-besaran. Malangnya, rakyat biasa yang dahulunya bergantung pada tanah awam untuk menampung kehidupan mereka telah kehilangan punca rezeki. Revolusi pertanian mejadi lebih maju apabila kaedah baru telah digunakan iaitu penanaman bergilir-giliran. Kaedah ini digunakan secara berterusan sepanjang tahun dengan menanam pelbagai jenis tanaman yang berbeza mengikut musim. Kaedah ini juga boleh menjadikan tanah tesebut lebih subur. Dalam usaha pertanian ini, salah satu tokoh, Jethro tull telah mencipta sesuatu alat yang bernama Alat Jethro Tull. Kegunaan alat iniadalah untuk menggali dan menugal. Alat ini telah membolehkan banyak lubang digali secara serentak. Ini telah dengan sendirinya membolehkan penugalan serta penanaman biji benih dilakukan dengan lebih pantas. Tambahan lagi, dalam revolusi perindustrian, terdapat dua orang tokoh yang penting iaitu James Watt dan Boulton. Mereka mempunyai kreativiti, semangat inovatif serta kegiatan keusahawanan dalam usaha revolusi perindustrian. Dalam revolusi ini, produk yang dihasilkan secara kecil-kecilan telah diubah supaya dapat menghasilkan produk secara besarbesaran dengan bantuan mesin. Malangnya, pembelian mesin memerlukan pelaburan yang tinggi. Oleh itu, kebanyakan pemodal hanya melibatkan diri dalam satu bidang sahaja. Pekerja tempatan juga akan menjadi lebih mahir dalam bidang yang dipilih. Dengan menggunakan mesin, lebih banyak produk dapat dikeluarkan tanpa mengakibatkan kepenatan dalam kalangan masyarakat. Pelbagai mesin juga telah direka pada zaman Revolusi Perindustrian untuk mempertingkatkan pengeluaran untuk dihasikan melalui kajian dan kreativiti para ahli teknologi dan saintis. Salah satu penciptaan sumber tenaga ialah tenaga wap dengan proses pembakaran arang batu. Sumber arang batuyang banyak hanya dapat dilombong. Arang batujuga boleh digali dengan mudah dan efisien apabila terdapat rekaan peralatan yang lebih moden dan sesuai. Penggunaan kuasa wap juga amat membantu perkembangan sistem pengangkutan. Sistem pengangkutan yang penting dan berkesan

semasa permulaan industri ialah kereta api dan kapal laut. Pengangkutan ini membantu penghantaraan barang-barang mentah. Dari segi sosial, zaman ini telah menampakkan umur-umur perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia. Manusia pada zaman Renaissance lebih bersedia menzahirkan emosi mereka. Penzahiran emosi atau perasaan ini telah dicerminkan dalam segi muzik, dan ukiran yang dihasilkan. Dari segi psikologi, unsur ini berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri. Tokoh-tokoh yang melibatkan diri dalam bidang seniman dan cendekiawan ialah Johann Sebastian Bach, tokoh muzik, Michaelangelo dan Raphael, tokoh lukisan, Ghiberti, tokoh ukiran serta Nicholas Copernicus dan Galileo Galilei, tokoh sains pada zaman itu. Seterusnya, perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan juga merupakan salah satu kesan sosial yang penting. Pendidikan juga telah menekankan pemikiran logik, saintifik dan metafizik dalam kalangan masyarakat. Pendidikan ini juga menekankan tanggungjawab sosial seorangdalam masyarakat. Oleh itu, zaman Renaissance telah melahirkan manusia yang berguna serta berusaha. Selanjutnnya, penjelajahan yang dilaku oleh orang Eropah juga telah mempengaruh tempat-tempat lain. Di banyak daerah, masyarakat peribumi yang dijajah juga menerima agama kristian yang dibawa oleh mubaligh kristian. Penjelajahan sepanyol juga telah banyak mengubah keadaan serta kehidupan di Dunia Baru dan Asia. Sebagai contoh, di Amerika Tengah dan Selatan , Sepanyol telah berperang dan menakluk Mexico dengan menundukkan tamadun Aztec dan menakluk Peru dengan menundukkan tamadun Inca. Tambahan pula, penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke amerika latin telah mewujudkan sebuah masyarakat yang barudi wilayah tersebut. Dari segi politik, perkembangan yang signifkan pada zaman Renaissance ialah kemunculan monarki baru. Kekuatan dan kekuasaan monarki baru ini telah diperkukuh lagi dengan amalan pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat. Apabila kuasa raja bertambah kukuh, maka, dengan sendirinya kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan bertambah kurang. Selain itu, kesan-kesan politik penjelajahan terhadap masyarakat setempat ialah banyak penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah. Wakil kuasa Eropah ini terdiri daripada syarikat berpiagam yang telah diwujudkan di Belanda, Great Britain, Perancis dan Denmark. Terdapat beberapa syarikat yang berjaya termasuk Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), Syarikat Hindia Barat Belanda(WIC) dan Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC). Revolusi yan g berlaku dalam politik ialah apabila kehidupan terdapat datu kebangkitan yang menukarkan sistem pemerintahan , misalnya, daripada sistem kolonial kepada pemerintahan peribumi. Apabila Eropah menjadi semakin kuat dan berkuasa, negaranegara barat ini seperti sepanyol dan britain telah didorong untuk menjajah Asia kerana Asia mempunyai bahan mentah yang banyak untuk menjalankan revolusi. Mereka juga ingin mempengaruh agama baratke seluruh dunia.

Kesimpulannya, seluruh Eropah telah berjaya menjadi maju dalam pelbagai sektor. Negara-negara seperti Sepanyol dan Britain juga meluaskan kuasa mereka untuk menjajah negara lain. Masyarakat Eropah menjadi lebih kukuh selepah mengalami zaman mundur dan mereka berjaya keluar dari zaman tersebut serta berjaya dalam kehidupan. Kita dapat belajar banyak ikhtibar dan pelajaran dari peristiwa tersebut. Di negara kita, semangat keinginan untuk mencapai sesuatu perlu ada di hati setiap rakyat agar memajukan negara kita seperti orang Eropah yang berusaha lama dan akhirnya berjaya mencari jalan ke timur. Zaman gelap bukan zaman yang singkat tetapi panjang kerana telah dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu peringkat awal; peringkat kemuncak dan peringkat akhir. Zaman pertengahan Tahun Peringkat Awal 476 M - 1050 M Peringkat Kemuncak 1050 M 1300 M Peringkat Akhir 1300 M 1450 M Selepas zaman pertengahan, zaman Renaissance telah bermula sehingga 1600 M dan seluruh Eropah Menjadi maju. Oleh itu, kita perlu mencontohi tokoh-tokoh pada zaman tersebut agar berjaya dalam kehidupan.

You might also like