You are on page 1of 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Hari Tarikh Masa Tingkatan Bilangan Pelajar Mata Pelajaran Tajuk : Isnin : 15 April 2014

: 8.00 9.20 pagi (80 minit) : 4 Mawar : 32 orang : Sains : Jirim dan Bahan

Hasil Pembelajaran

: Di akhir sesi pengajaran, pelajar dapat: 1. menerangkan teori kinetik jirim, 2. menghubungkaitkan perubahan haba dengan perubahan tenaga kinetik zarah dalam jirim, 3. menerangkan perubahan bagi ketiga-tiga keadaan jirim berdasarkan teori kinetik jirim, 4. memerihalkan struktur atom, 5. mengenalpasti dan membandingkan zarah-zarah subatom,

Kaedah Pembelajaran

: Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Kooperatif, Pembelajaran Kontekstual

Alat bantu mengajar (ABM)

: MS Powerpoint, LCD, objek-objek maujud, papan putih, pen marker, kertas

Nilai KBKK

: Bersungguh-sungguh, bekerjasama : Memahami tajuk dan cuba mengaitkan dengan kejadian di sekeliling

Pengetahuan sedia ada

: Pelajar pernah melihat perubahan fasa jirim bagi air

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Isi pelajaran Set Induksi (5 minit) Demonstrasi perubahan keadaan jirim

Aktiviti guru

Aktiviti pelajar

ABM/ KBKK/ Nilai

1. Guru menunjukkan ketulan-ketulan ais yang mulai cair di dalam bekas. 2. Guru menanyakan soalan tentang proses apakah yang berlaku. 3. Guru bertanya sama ada pelajar pernah menyaksikan proses tersebut.

1. Pelajar memerhatikan demonstrasi tersebut dengan berhati-hati. 2. Pelajar berfikir dan menjawab pertanyaan guru.

ABM: ketulanketulan ais

KBKK: Berfikir dan mengaitkan dengan kehidupan sebenar

Langkah 1: ( 20 minit) Sumbang saran teori perubahan keadaan jirim

1. Guru menerangkan tentang teori kinetik jirim menggunakan slaid. 2. Guru menayangkan tayangan video atau simulasi komputer tentang: (a) perubahan tenaga kinetik zarah-zarah dalam jirim semasa perubahan haba, (c) perubahan keadaan jirim yang melibatkan penyerapan dan pembebasan haba 3. Guru mengulas kembali simulasi yang ditayangkan. 4. Guru memberi peluang pelajar bertanya soalan dan guru menjawab soalan pelajar.

1. Pelajar mendengar dengan teliti penerangan guru. 2. Pelajar member tumpuan kepada video/silmulasi yang ditayangkan. 3. Pelajar mendengar ulasan guru tentang simulasi yang ditayangkan. 4. Pelajar bertanya soalan tentang perkara yang tidak difahami.

ABM: slaid Power Point, simulasi/video

Nilai: Bersungguhsungguh, perasaan ingin tahu

Langkah 2: (15 minit) Fasa-fasa Perubahan keadaan jirim

1. Guru menerangkan tentang perubahan keadaan jirim semasa peleburan, pendidihan, kondensasi, pembekuan dan pemejalwapan berdasarkan teori kinetik jirim. 2. Guru kembali menunjukkan ketulan ais yang sudah cair sepenuhnya. 3. Guru bertanya kepada pelajar tentang fasa-fasa yang terlibat dan mengaitkan dengan teori yang dipelajari.

1. Pelajar mendengar penerangan guru. 2. Pelajar memerhatikan ais yang sudah cair. 3. Pelajar menjawab pertanyaan guru.

ABM: slaid Power Point, papan putih, pen marker

KBKK: Menghubung kaitkan teori dan praktikal

Nilai: Bersungguhsungguh

Langkah 3; (10 minit) Memahami Struktur atom

1. Guru menayangkan slaid/simulasi komputer dan membincangkan perkara berikut: (a) struktur atom, (b) zarah-zarah subatom iaitu proton, elektron dan neutron. 2. Guru mengarahkan pelajar memberi tumpuan kerana akan diuji sebentar lagi. 3. Guru memberi penerangan yang lebih jelas berdasarkan slaid.

1. Pelajar memberi tumpuan kepada slaid. 2. Pelajar mendengar penerangan guru. 3. Pelajar bersedia untuk diuji.

ABM: slaid/simulasi

Nilai: Besungguhsungguh

Langkah 4: (10 minit) Aktiviti

1. Guru menyediakan beberapa gambar atom untuk dilabel.

1. Pelajar memerhatikan bahan aktiviti yang disediakan oleh guru.

ABM: Gambar rajah, jadual, pen marker,

melengkap kan rajah

2. Guru menyediakan satu jadual tidak lengkap yang membezakan zarah-zarah subatom dari segi lokasi, jisim relatif dan cas. 3. Guru meminta beberapa orang pelajar untuk datang ke hadapan untuk melengkapkan aktiviti. 4. Guru membincangkan jawapan sebenar.

2. Pelajar bersedia untuk menjawab. 3. Pelajar mendengar jawapan yang betul daripada guru.

kad manila

Nilai: Bekerjasama

Langkah 4: (15 minit) Penilaian Topik

1. Guru mengedarkan helaian kertas yang mengandungi beberapa soalan berdasarkan topik yang telah dibincangkan pada sesi ini. 2. Guru memberi masa kepada pelajar untuk menjawab. 3. Guru membincangkan jawapan yang betul. 4. Guru bertanya jika pelajar menghadapi masalah di mana-mana bahagian. 5. Guru menjawab soalan pelajar.

1. Pelajar menjawab helaian soalan yang diberi dengan teliti. 2. Pelajar menumpukan perhatian ketika jawapan dibincangkan. 3. Pelajar mengutarakan soalan bagi bahagianbahagian yang kurang difahami. 4. Pelajar memahami jawapan yang diberikan.

ABM: kertas soalan

Nilai: Ingin tahu, menghormati

Langkah 5: (5 minit) Rumusan

1. Guru merumuskan tajuk yang dipelajari pada sesi kali ini. 2. Guru berpesan agar pelajar mengulangkaji tajuk yang telah dipelajari.

1. Pelajar mendengar rumusan daripada guru. 2. Pelajar berjanji akan mengulangkaji tajuk tersebut.

You might also like