You are on page 1of 5

PENCIPTA TELEFON BIMBIT PERTAMA Martin Cooper

(lahir pada 1928 di Chicago, Illinois) diiktiraf sebagai bapa telefon bimbit (berbeza dari telefn kereta).[1] Cooper merupakan CEO dan pengasas ArrayComm, syarikat yang terlibat dalam kerja-kerja menyelidik teknologi antena pintar dan memperbaik rangkaian tanpa wayar. Cooper juga merupakan Pengarah Korporat Penyelidikan dan Pembangunan Motorola. Martin Cooper menerima ijazah sarjana muda (Bachelor) dalam Kejuruteraan Elektrik pada 1950 dan ijazah sarjana (Master) pada 1957 dari Institut Teknologi Illinois. Pada 1995, Cooper menerima Anugerah Wharton Infosys Business Transformation atas sumbangan beliau dalam bidang rekacipta dan kommunikasi. Cooper juga merupakan seorang ahli Mensa. Martin Cooper juga tersenarai dalam 10 Majikan Terbaik oleh majalah Red Herring.

Panggilan telefon bimbit pertama dunia Paten "Radio telephone system" (sistem radio telefon) difailkan atas name Cooper pada 17 Oktober 1973. Beliau diiktiraf sebagai pereka telefon bimbit pertama dan juga orang pertama yang membuat panggilan telefon bimbit yang mengagumkan orang awam di New York pada 3 April 1973. Panggilan tersebut ditujukan kepada pesaing beliau, ketua penyelidikan, Dr. Joel S. Engel, Bell Labs, sekaligus membuka mata

pelbagai pihak dan menyebabkan peralihan pasaran fundamental teknologi dan komunikasi. Ini adalah kerana visi beliau untuk mewujudkan komunikasi peribadi tanpa wayar, berbeza dengan telefon selular kereta pada masa itu. Cooper kemudiannya mendedahkan bahawa beliau telah memperoleh inspirasi untuk melakukan penyelidikan telefon bimbit itu menerusi watak Captain Kirk yang menggunakan alat komunikasi yang dipanggil "communicator" dalam rancangan televisyen terkenal Star Trek.

Siapakah Pencipta Liquid Paper?


Sejarah bermula iaitu Bette Nesmith Graham yang telah mencipta liquid paper pertama di dapurnya pada tahun 1951. Pada waktu itu dia bertugas sebagai jurutaip dan sering melakukan kesalahan ketika menaip. Untuk melindungi kesalahannya, dia mencipta cat putih yang diberi nama Mistake Out di dapur rumahnya. Dia membotolkan cecairnya dalam botol-botol kecil dan sering mendapat permintaan daripada rakan-rakan pejabatnya. Walau bagaimanapun, dia dibuang kerja sebagai jurutaip akibat kerjanya yang selalu bermasalah. Graham mula berjinak-jinak dengan perniagaan dan penyelidikan sehingga beliau dapat menghasilkan produk yang terbaik. Dia pernah menjual produknya kepada IBM tetapi ditolak dan terus menjualnya secara langsung selama 17 tahun.

Dia menukarkan nama Mistake Out kepada Liquid Paper pada tahun 1968, Gillette Corporation membeli Liquid Paper pada harga AS$47.5 juta termasuk royalti. Pada tahun 2000, Liquid Paper telah dibeli oleh syarikat Newell Rubbermaid, syarikat Papermate adalah anak syarikat Newell Rubbermaid yang banyak mengeluarkan alatan tulis di dunia.

dan

Belajar Daripada Saintis Terkenal

ALBERT EINSTEIN Albert Einstein pernah berkata : Saya tidak mempunyai bakat yang khas. Saya hanya mempunyai sifat ingin tahun yang ekstrim. Ketika sakit, Einstein yang berumur 5 tahun diberi sebuah kompas oleh bapa beliau. Tidak seperti kebanyakan kanak-kanak, Einstein tertakjub mengapa jarum besi kompas itu sentiasa menunjukkan ke satu arah yang sama tidak kira bagaimana kompas itu diletakkan. Sifat ingin tahu ini telah menyebabkan Einstein menemui satu demi satu teori sains yang merevolusikan pemikiran manusia dan membuka perspektif yang baru dalam dalam kefahaman sains.
Banyak laman web berkenaan dengan Einstein yang menarik dapat dilayari. Antaranya : http://www.aip.org/history/einstein/

RICHARD FEYNMAN Semasa belajar sains, anda belajar cara cubajaya, kembangkan semangat berekacipta dan bebas bertanya. Anda belajar bertanya diri sendiri : Adakah cara yang lebih baik untuk melakukan sesuatu itu?Pada

sepanjang kehidupan, Richard Feynman melakukan sains untuk keseronokan. Apabila ditanya berapa lama beliau bekerja se minggu, Richard Feynman tidak dapat menjawab. Sebabnya ialah, beliau tidak pasti bila masa beliau bekerja dan bila masa beliau bermain. STEPHEN HAWKING Walau pun diserangi oleh penyakit motor neurone, saya berjaya mengatasi kesan yang dibawa olehnya. Saya mempunyai kepuasan mencapai kejayaan walaupun sakit. Penyakit itu tidak menghalang saya daripada memperoleh ijazah PhD dalam kosmologi dan seterusnya menemui banyak teori berkenaan lubang hitam. Apakah yang dapat anda pelajari dari tokoh-tokoh sains seperti Isaac Newton, Albert Einstein, Richard Feynman dan Stephen Hawking? Jawapan mungkin termasuk mendahagai ilmu, sifat ingin tahu, semangat berekacipta, bebas bertanya, minat yang mendalam, sikap positif dan tidak mudah ditewaskan.

Siapakah Pencipta Peti sejuk ?


Masyarakat zaman dahulu telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan tempat yang sejuk. Misalnya pada tahun 1000 SM, rakyat China memotong dan menyimpan ais. Sekitar 500 SM pula, orang Arab dan India membekukan air pada waktu malam dan menyimpannya dalam bekas bagi mengelakkan ais itu cair. Pada abad ke-18 pula, masyarakat England akan mengutip ais semasa musim sejuk dan menyimpannya dalam rumah sejuk. Ais itu dibungkus dengan meletakkan garam dan disimpan di bawah rumah agar ais itu sentiasa beku untuk kegunaan semasa musim panas. Pada abad ke-19, kotak ais telah digunakan di England. Para ilmuan telah mencuba pelbagai cara untuk mencipta sebuah mesin yang dapat menyejukkan. Oleh itu, kaedah penyejukan pertama telah dicipta oleh William Cullen dari Universiti Glasgow, Scotland pada tahun 1748. Kemudian pada tahun 1805, Oliver Evans, seorang pencipta Amerika Syarikat, telah mereka mesin peti sejuk yang pertama. Hasil daripada

rekaan Evans telah mendorong pereka lain untuk mencipta peti sejuk yang lebih baik. Dalam tahun 1844, John Gorrie, seorang doktor dari Florida telah menghasilkan satu alat yang berasaskan ciptaan Evans untuk membuat ais bagi menyejukkan udara untuk merawat pesakit-pesakit kuning. Peti sejuk perdagangan yang pertama untuk menyejukkan makanan telah dijual oleh Syarikat General Electric pada tahun 1911. Namun, peti sejuk yang lengkap telah dicipta oleh Alfred Mellowes pada tahun 1915.

You might also like