You are on page 1of 33

CADANGAN KAJIAN:

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN SAINTIFIK DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH DI BAWAH PENTADBIRAN PPD KUCHING, SARAWAK.

OLEH

AWANG BAKHTIAR AWANG SERI

KANDUNGAN BAB PERKARA JUDUL KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Soalan Kajian Kesignifikan Kajian Batasan Kajian Metodologi 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 7.6 Rekabentuk Kajian Prosedur Kajian Alatukur Kajian Populasi dan Sampel Kajian Penganalisaan Data Rangka Jadual Kerja (Carta Gantt) MUKA SURAT 1 2 3 5 6 7 7 8

1.0 Latarbelakang Kajian

Pada sesi persekolahan 1994/1995, mata pelajaran Sains telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di Tahap Dua di semua sekolah rendah menggantikan mata pelajaran Alam dan Manusia (Tang Ming Tang dan Chin Teoi Peng, 2001). Pada tahun 2003, mata pelajaran Sains telah dilaksanakan di peringkat persekolahan yang lebih awal iaitu di Tahap Satu bagi mengembangkan minat murid terhadap Sains di samping mengembangkan daya kreativiti mereka sesuai dengan sifat semula jadi kanak-kanak pada peringkat ini yang sentiasa ingin tahu kejadian di sekeliling mereka (Ahmad Hozi H. A. Rahman, 2011). Mengikut Teoh Chin Keong (2008), pembelajaran Sains di peringkat sekolah rendah memberi tumpuan kepada pembelajaran tentang diri sendiri dan alam sekitar melalui pengalaman dan penyiasatan serta bertujuan bagi melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran Saintifik dalam membentuk masyarakat berbudaya sains dan teknologi, ikram, dinamik dan progresif supaya lebih bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengkagumi ciptaan alam.

Pada tahun 1997, mata pelajaran Sains dimasukkan sebagai subjek peperiksaan dalam UPSR dan penilaiannya melibatkan Kemahiran Proses dan Manipulatif Sains (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 1997). Kemahiran Proses Sains (KPS) lebih menjurus kepada penilaian melalui laporan amali yang ditulis oleh pelajar manakala Kemahiran Manipulatif lebih menjurus kepada penilaian terhadap aktiviti atau pengendalian alat atau bahan semasa menjalankan amali. Kedua-dua kemahiran ini adalah saling berkaitan dan merupakan aspek terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains di semua peringkat persekolahan di Malaysia terutamanya semasa menjalankan amali (Anizah bt. Asimin, 2004).

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memilih pendekatan inkuiri-penemuan sebagai pendekatan yang utama dalam kurikulum Sains sekolah rendah dan menengah di negara ini (Nur Laili Binti Lockman, 2008). Kurikulum Sains sekolah rendah memberi penekanan kepada penguasaan Kemahiran Saintifik dan Kemahiran Berfikir di samping pemahaman kepada prinsip asas Sains serta pemupukan Sikap Saintifik dan nilai murni supaya melahirkan rakyat Malaysia yang progresif dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (Tang Ming Tang dan Chin Teoi Peng, 2001). Kemahiran Saintifik adalah penting bagi membolehkan pelajar menjalankan sebarang aktiviti (penyiasatan) dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, dengan menggunakan kaedah Saintifik. Kemahiran Saintifik terbahagi kepada dua, iaitu KPS dan Kemahiran Manipulatif. Manakala, KPS terdiri daripada kemahiran asas dan kemahiran bersepadu (Nur Laili Binti Lockman, 2008).

Pemerolehan pengetahuan Sains tidak cukup menggambarkan sifat celik Sains dalam kalangan pelajar tetapi kemahiran untuk memperoleh pengetahuan tersebut melalui proses menyelesaikan masalah, merekacipta atau menjana idea baru adalah lebih penting. Proses seumpama ini lazimnya menggunakan pendekatan inkuiri yang memberi peluang pelajar menguasai Kemahiran Saintifik dan Kemahiran Berfikir dalam proses penyelesaian masalah dan aktiviti Sains (Syarifah Nor Ashikin S.A. Rahman dan Rohaida Mohd. Saat, 2005). Kemahiran Saintifik adalah penting bagi membolehkan pelajar menjalankan sebarang aktiviti (penyiasatan) dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains, dengan menggunakan kaedah Saintifik (Shaharom Bin Noordin dan Nur Laili Binti Lockman, 2011).

Kemahiran Saintifik dapat membantu pembelajaran Sains dengan lebih aktif dan efektif dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan tidak hanya

tertumpu kepada teori, selain pembelajaran yang lebih sistematik. Kemahiran Saintifik tidak diajar secara nyata di dalam sukatan tetapi merupakan sisipan dan titipan yang berlangsung sepanjang tahun dan berkekalan. Ia hanya diberikan penerapan dan penekanan di dalam aktiviti pentaksiran kerja amali pelajar (PEKA).

Kemahiran Saintifik terdiri daripada KPS dan Kemahiran Manipulatif (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1994). KPS, seperti yang disaran oleh Science: A Process Approach atau lebih dikenali sebagai SAPA (American Association for the Advancement of Science (AAAS), 1967) telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu KPS asas dan KPS bersepadu (Sharifah Nor Ashikin S.A Rahman dan Rohaida Mohd. Saat, 2005). Mengikut Mohamad Fadzil Bin Che Amat (2008) proses pengajaran-pembelajaran Sains di peringkat sekolah rendah menekankan penguasaan Kemahiran Manipulatif dan KPS yang terdiri daripada KPS asas (KPSA) dan KPS bersepadu (KPSB). KPSA ialah aktiviti pemikiran saintifik peringkat rendah yang masih berada pada tahap operasi konkrit seperti memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi, menggunakan

perhubungan ruang dan masa. Manakala KPSB pula meliputi aktiviti pemikiran saintifik peringkat tinggi dan berfungsi pada tahap operasi formal atau memerlukan pemikiran aras tinggi seperti mentafsir maklumat, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen (Ismail Jusoh, 2001). Dalam kurikulum Sains Sekolah Rendah (KBSR), KPS dan Kemahiran Manipulatif yang dikenalpasti untuk dinilaikan adalah disenaraikan seperti dalam Rajah 1 (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1994).

Rajah 1: Kemahiran Saintifk KBSR

Kemahiran Saintifik

Kemahiran Proses Sains Memerhati Mengelas Mengukur dan menggunakan nombor Membuat inferens Meramal Berkomunikasi Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mentafsir maklumat Mendifinisi secara operasi Mengawal pembolehubah Membuat hipotesis Mengeksperimen

Kemahiran Manipulatif

Mengguna dan menggendali peralatan Sains dan bahan dengan betul Menyimpan peralatan Sains dan bahan dengan betul dan selamat Membersihkan peralatan Sains dengan cara yang betul Mengendali specimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat Melakar specimen, bahan dan peralatan Sains dengan tepat

Kemahiran Saintifik ialah kemahiran yang membolehkan pelajar mempersoal sesuatu dan mencari jawapan secara sistematik. Kemahiran Saintifik boleh diperkembangkan melalui aktiviti Sains yang merangkumi aktiviti seperti merekabentuk eksperimen, membuat pemerhatian, menganalisa data, membuat kesimpulan dan penggunaan radas atau peralatan Sains. Selain menyeronokkan, aktiviti Sains dalam makmal memberi pengalaman baru serta

dapatan tertentu yang mampu memperkukuhkan pemahaman sesuatu konsep Sains (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1994). Walau bagaimanapun, aktiviti Sains dalam makmal dan pembentukan sikap positif terhadap Sains sering diabaikan (Sharifah Nor Ashikin S.A Rahman dan Rohaida Mohd. Saat, 2005). Pengabaian ini boleh menjejaskan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sains.

Adakah para pelajar di peringkat sekolah rendah menguasai Kemahiran Saintifik ini? Apakah faktor-faktor dan masalah-masalah yang mempengaruhi penguasaan Kemahiran Saintifik tersebut. Sepatutnya Kemahiran Saintifik tersebut dikuasai kerana dalam proses pengajaran, guru-guru diharap telah menerapkan kemahiran-kemahiran itu di peringkat sekolah rendah (Ismail bin Jusoh, 2001). Jadi, amat wajarlah satu kajian berkaitan pencapaian pelajar dalam Kemahiran Saintifik ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada matlamat pengajaran Sains berlandaskan kepada KBSR Sains tercapai atau tidak. Dalam kajian ini Kemahiran Saintifik yang dikaji ialah (i) kemahiran membuat pemerhatian, (ii) kemahiran mengelas, (iii) kemahiran mengukur dan menggunakan nombor, (iv) kemahiran membuat inferens, (v) kemahiran meramal, (vi) kemahiran berkomunikasi, (vii) kemahiran menggunakan

perhubungan ruang dan masa, (viii) kemahiran mentafsir maklumat, (ix) kemahiran mendifinisi secara operasi, (x) kemahiran mengawal pembolehubah, (xi) kemahiran membuat hipotesis, (xii) kemahiran mengeksperimen dan (xiii) Kemahiran Manipulatif. Bagi setiap kemahiran di atas, soalan-soalan berhubung dengan kemahiran tersebut dibina untuk tujuan kajian ini. Faktorfaktor dan masalah-masalah yang mempengaruhi penguasaan Kemahiran Saintifik pelajar juga akan dikenalpasti dalam kajian ini. Kajian ini amat berguna dan menjadi satu bidang dalam kajian pendidikan Sains di Malaysia serta boleh dijadikan sebagai satu rujukan untuk para pengkaji dan para pembuat polisi terutama pihak KPM.

2.0 Pernyataan Masalah

Tinjauan literatur yang dibuat telah mengenalpasti beberapa kajian yang menekankan pendidikan Sains di Malaysia. Beberapa kajian telah dijalankan berkaitan dengan KPS. Antara kajian-kajian tersebut adalah seperti yang dijalankan oleh Lay Yoon Fah (2003), Salawati binti Sahar dan Fatin Aliah Phang Abdullah (2011), Shaharom Noordin dan Siti Sarah Muhammad Raflee (2011), Kartini Abdul Mutalib et.al., (2010), Edy Hafizan Mohd Shahali dan Lilia Halim (2010), Meor Ibrahim Bin Kamaruddin & Noor Hidayah Binti Mohamad Romli (2010), Marlina Ali & Shaharom Noordin (2010), Lay Yoon Fah et.al., (2009), Kamisah Osmana et.al. (2009), Shaharom B. Noordin & Nor Sakimayuzie Binti Ahmad Subki (2009), Sarimah Binti Kamrin Dan Shaharom Bin Noordin (2008), Mohamad Fadzil Bin Che Amat (2008), Lay Yoon Fah (2008), Rugayah Binti Aziz (2008), Aziz Bin Nordin et.al. (2008), Hanizah Binti Misbah dan Shaharom Bin Noordin (2008), Shaharom Bin Noordin & Nurazam Bin Mohamad Poat (2008), Shaharom Bin Noordin & Sharfuddin Bin Abdul Shukor (2008), Nor Sakimayuzie Binti Ahmad Subki (2008), Johari surif et.al., (2007), Sarimah Binti Kamrin (2007), Yeam Koon Peng (2007), Siti Zuliana Binti Haji Abdul Hamid (2006);Marlina binti Ali dan Shaharom bin Noordin (2006), Suhailah Binti Md. Abdullah (2006), Sharifah Nor Ashikin S. A. Rahman dan Rohaida Mohd. Saat (2005), Rose Amnah Abdul Rauf et.al., (2004), Azuan Bin Arsat (2004), Abu Hassan bin Kassim dan Rohana bte Hussin (2003), dan Aznida Wati Binti Abdul Ghani (2003). Beberapa kajian juga dibuat berkenaan dengan Kemahiran Manipulatif antaranya seperti yang dijalankan oleh Meor Ibrahim Kamaruddin & Hazira Binti Hassan (2009), Shaharom Bin Noordin dan Mohd Hairul Akmal Bin Ab. Aziz (2008), Meor Ibrahim Bin Kamaruddin & Norwahidah Binti Wahab (2008), Fathiah Bt Mohamed @ Mohd Zamani (2007), Azizi bin Haji
8

Yahaya et.al. (2003). Walau bagaimanapun, sukar ditemui kajian berkenaan dengan tahap penguasaan Kemahiran Saintifik iaitu gabungan KPS dan Kemahiran Manipulatif dijalankan di Malaysia. Oleh itu, sewajarnya satu kajian dijalankan berkenaan dengan Kemahiran Saintifik bagi menampung lompang dalam kajian Pendidikan Sains di Malaysia. Kajian ini amat berguna dan menjadi satu bidang dalam kajian pendidikan Sains di Malaysia serta boleh dijadikan sebagai satu rujukan untuk para pengkaji dan para pembuat polisi terutama pihak KPM.

Kurikulum Sains di negara kita telah mengalami pelbagai reformasi, demi mencapai matlamat ke arah pembentukan negara industri. Kurikulum Sains KBSR yang baru memberi penekanan terhadap pemerolehan pengetahuan dan penguasaan proses Sains, melalui pendekatan pembelajaran berfikrah. Penguasaan Kemahiran Saintifik yang baik dalam kalangan pelajar membolehkan mereka berfikir secara kritis, proaktif untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan harian dengan berkesan (Abu Hassan bin Kassim & Rohana bte Hussin, 2003). Persoalannya: Adakah kurikulum Sains di sekolah negara kita dilaksanakan dengan berkesan, demi mencapai matlamatnya? Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan Kemahiran Saintifik pelajar, seterusnya menentukan faktorfaktor dan masalah-masalah yang mempengaruhi penguasaan Kemahiran Saintifik tersebut.

Penguasaan Kemahiran Saintifik merupakan salah satu objektif utama pembelajaran Sains (Tan Ming Tang & Chin Teoi Peng, 2001). Kegagalan para murid memahami konsep Kemahiran Saintifik akan mengakibatkan kegagalan penerapannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains dan seterusnya akan mengecewakan pencapaian objektif dan kehendak kurikulum Sains KBSR (Ismail Jusoh, 2001). Mata pelajaran Sains yang menekankan Kemahiran Saintifik diterap dan dipelajari oleh murid sekolah rendah bermula dari tahun tiga

sehingga mereka menamatkan persekolahan di peringkat sekolah rendah. Persoalannya, adakah semua murid yang telah mempelajari Kemahiran Saintifik telah menguasai kemahiran tersebut? Kebanyakan kajian lepas melaporkan ramai pelajar kurang menguasai KPS yang diperlukan untuk melaksanakan inkuiri Saintifik walaupun pada aras yang mudah (Mohd Najib Ghafar & Abdul Rauf Ibrahim, 2011; Kartini Abdul Mutalib et.al., 2010). Antara kajian yang melaporkan bahawa murid-murid mempunyai tahap penguasaan KPS yang kurang memuaskan adalah seperti kajian yang dijalankan oleh Yeam Koon Peng (2007), Lay Yoon Fah (2003), Ismail Jusoh (2001), Daniel & Rohaida (2000 & 1999), Zurida Ismail (1998), Ismail othman (1997), Nordin Razak (1997), Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (1997), Tan (1993 & 1996), Lee (1991), dan Chan (1984). Manakala beberapa kajian mendapati penguasaan Kemahiran Manipulatif pelajar berada pada tahap sederhana seperti kajian yang dijalankan oleh Fathiah bt Mohamed @ Mohd Zamani (2007), Azizi bin Haji Yahaya et.al., (2003), Hafira Iswani Binti Hussin (2000), dan Munirah Binti Zahari (2000). Berdasarkan hasil kajian ini dapat disimpulkan bahawa tahap penguasaan Kemahiran Saintifik pelajar di Malaysia adalah kurang memuaskan. Pelajar lebih mengutamakan penguasaan pengetahuan serta konsep-konsep sains dan kurang penekanan pembentukan ke atas aspek-aspek pembelajaran Sains yang lain seperti penguasaan Kemahiran Saintifik (Kamisah Osman et.al., 2007). Usaha untuk meningkatkan tahap penguasaan mata pelajaran Sains dalam kalangan kumpulan pelajar aliran Sains yang berpencapaian rendah adalah wajar memandangkan mereka telah menggunakan peruntukan geran perkapita yang besar. Tambahan lagi, kegagalan pelajar menguasai kemahiran dan pengetahuan asas dengan mantap merupakan antara penyebab keciciran, pembentukan sikap negatif, kurang keyakinan diri, kurang berdaya dan menyebabkan ciri-ciri kelemahan itu semakin subur dan menjadi kumulatif yang akhirnya mempengaruhi pencapaian pelajar pada tahap pembelajaran yang lebih tinggi (KPM, 2000). Ini jelas menuntut agar satu kajian

10

dijalankan berkenaan dengan Kemahiran Saintifik di Malaysia. Tahap penguasaan Kemahiran Saintifik pelajar, faktor-faktor dan masalah-masalah yang mempengaruhi penguasaan kemahiran tersebut perlu dikenalpasti agar penyelesaian dapat disimpulkan. Hasil kajian nanti dapat memberi gambaran sebenar tentang keberkesanan perlaksanaan kurikulum baru Sains. Kajian ini amat berguna dan boleh dijadikan rujukan bagi meningkatkan pembelajaran Sains di Malaysia.

Pelajar begitu kurang menguasai Kemahiran Saintifik disebabkan masalah-masalah tertentu. Setiap individu perlu menguasai Kemahiran Saintifik terlebih dahulu sebelum menguasai Kemahiran Saintifik bersepadu. Pelajar-pelajar pada peringkat umur 10 tahun (darjah 4) hingga 15 tahun (tingkatan 3) adalah dijangkakan telah menguasai Kemahiran Saintifik asas. Walau bagaimanapun, pelajar begitu kurang menguasai Kemahiran Saintifik disebabkan masalah-masalah seperti guru dan murid jarang mempraktikkan Kemahiran Saintifik, corak pengajaran kurang menekankan kemahiran berfikir seperti yang dicadangkan dalam kurikulum Sains, guru kurang didedahkan kepada latihan khas dalam KPS, guru sendiri tidak faham KPS mengakibatkan kesukaran dalam merancang pengajaran, guru sendiri kurang yakin sebab tidak tahu ciri-ciri setiap KPS dan tidak tahu menyatukan kedua-dua pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan sebagainya (Yeam Koon Peng, 2007). Oleh itu, kajian ini dijalankan khusus untuk mengenalpasti tahap penguasaan Kemahiran Saintifik pelajar iaitu kemahiran membuat pemerhatian, kemahiran mengelas, kemahiran mengukur dan

menggunakan nombor, kemahiran membuat inferens, kemahiran meramal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa, kemahiran mentafsir maklumat, kemahiran mendifinisi secara operasi, kemahiran mengawal pembolehubah, kemahiran membuat hipotesis, kemahiran mengeksperimen dan Kemahiran Manipulatif. Kajian

11

ini ditumpukan kepada Kemahiran Saintifik kerana kemahiran-kemahiran tersebut perlu dikuasai oleh pelajar dari peringkat rendah lagi khususnya semasa mereka menjalankan eksperimen.

Kemahiran Saintifik boleh diperkembangkan melalui aktiviti Sains yang merangkumi aktiviti seperti merekabentuk eksperimen, membuat pemerhatian, menganalisa data, dan membuat kesimpulan. Selain menyeronokkan, aktiviti Sains dalam makmal memberi pengalaman baru serta dapatan tertentu yang mampu memperkukuhkan pemahaman sesuatu konsep Sains. Walau bagaimanapun, aktiviti Sains dalam makmal dan pembentukan sikap positif terhadap Sains sering diabaikan (Sharifah Nor Ashikin S. A. Rahman & Rohaida Mohd. Saat, 2005). Pengabaian ini boleh menjejaskan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sains (KPM, 2000; Rohani Ahmad Tarmizi, 1996). Pada tahun 1980, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menggariskan beberapa perkara bagi penilaian Amali Sains. Walau bagaimanapun, instrumen penilaian ini didapati tidak menekankan penguasaan Kemahiran Saintifik, seperti kemahiran mengeksperimen dan pendekatan inkuiri tidak diamalkan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan (Abu Hassan bin Kassim & Rohana bte Hussin, 2003). Akibatnya pelajar tidak menguasai sepenuhnya kebanyakan Kemahiran Saintifik (Rohani Ahmad Tarmizi, 1996). Bagi mengatasi kepincangan dan kegagalan perlaksanaan kurikulum Sains baru ini, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menyemak semula kurikulum Sains. Kurikulum baru ini memberi penekanan terhadap tiga aspek utama: Pemerolehan pengetahuan, penguasaan Kemahiran Saintifik dan penerapan sikap Saintifik serta nilai murni (Abu Hassan bin Kassim & Rohana bte Hussin, 2003). Kemahiran Saintifik adalah merupakan asas penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan belajar melalui pengalaman (Mohd Najib Ghafar & Abdul Rauf Ibrahim, 2011; Abu Hassan bin Kassim, 2001), di mana tanpa
12

pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam aspek Kemahiran Saintifik, pelajar tidak dapat melaksanakan aktiviti penyiasatan dengan berkesan (Abu Hassan bin Kassim, 2001). Walau bagaimanapun adakah pelajar benar-benar menguasai Kemahiran Saintifik ini seperti yang dikehendaki dalam kurikulum Sains baru ini?. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi tujuan mengenalpasti tahap penguasaan Kemahiran Saintifik pelajar, seterusnya menentukan faktorfaktor dan masalah-masalah yang mempengaruhi penguasaan Kemahiran Saintifik tersebut. Hasil kajian nanti dapat memberi gambaran sebenar tentang keberkesanan perlaksanaan kurikulum baru Sains.

Berasaskan kepincangan perlaksanaan kurikulum baru Sains, satu kajian perlu dilaku bagi mempastikan kurikulum baru Sains yang disemak semula tidak mengulangi masalah yang sama (Abu Hassan bin Kassim & Rohana bte Hussin, 2003). Jika masalah perlaksanaan yang sama terus berlaku, matlamat kurikulum Sains yang disemak semula tidak akan tercapai. Persoalan yang timbul adalah: Adakah kurikulum Sains yang disemak semula menyediakan pelajar yang benar-benar menguasai Kemahiran Saintifik? Apakah tahap penguasaan Kemahiran Saintifik pelajar? Apakah faktor-faktor dan masalah-masalah yang mempengaruhi penguasaan Kemahiran Saintifik tersebut? Diharap hasil kajian ini dapat memberi gambaran tentang status penguasaan Kemahiran Saintifik dalam kalangan pelajar, seterusnya dapat membantu pihak KPM, khususnya Pusat Perkembangan Kurikulum, bagi memantapkan lagi kurikulum Sains yang dilaksana di sekolah.

Keberkesanan pelaksanaan kurikulum Sains ini juga dapat dilihat melalui keputusan Penilaian Kerja Amali (PEKA) dan juga melalui keputusan Sains dalam Ujian Penilaian
13

Sekolah Rendah (UPSR) yang pertama kalinya diadakan pada tahun 1997. Berikut adalah jadual perbandingan keputusan Sains UPSR bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan di bawah pentadbiran PPD Kuching, peringkat negeri Sarawak dengan peringkat nasional dari tahun 1997 sehingga 2011 (Jadual 1).

Pencapaian matapelajaran Sains UPSR bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan di bawah pentadbiran PPD Kuching, masih ketinggalan bila dibandingkan dengan purata pencapaian di peringkat negeri Sarawak dan nasional. Sekolah Kebangsaan di bawah pentadbiran PPD Kuching mencatatkan kelulusan 79.72% untuk mata pelajaran Sains berbanding peringkat negeri Sarawak dan nasional yang mencatatkan kelulusan 81.16% dan 86.70%, masing-masing. Manakala, Sekolah Jenis Kebangsaan di bawah pentadbiran PPD Kuching mencatatkan kelulusan 85.82% untuk mata pelajaran Sains berbanding peringkat nasional yang mencatatkan kelulusan 92.00%. Mengikut Laporan Status Penguasaan Sains Sekolah Rendah Negeri Sarawak Tahun 2000, salah satu sebabnya ialah kerana penguasaan Kemahiran Saintifik di kalangan murid masih lagi terbatas (S.C. Lau, 2000). Kemahiran Saintifik yang diberikan penekanan dalam kebanyakan pelajaran masih tertumpu kepada kemahiran peringkat rendah tertentu seperti kemahiran memerhati, mengelas, mengukur dan

Jadual 1: Peratus Kelulusan Mata Pelajaran Sains Untuk Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Jenis Kebangsaan Di Bawah Pentadbiran PPD Kuching, Peringkat Negeri Sarawak Dan Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan Sekolah Rendah Di Bawah Pentadbiran PPD Kuching, Sarawak (%). Sarawak (%) Nasional (%) Sekolah Jenis Kebangsaan Sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak (%). Sarawak (%) Nasional (%)

Tahun

14

1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011

71.80 68.10 66.60 71.50 72.30 76.80 78.21 78.35 81.61 79.04 81.39 73.99 78.01 84.16 81.16

74.90 76.00 74.30 77.50 77.80 80.80 81.72 84.20 81.40 83.70 87.30 86.70

77.97 76.91 83.83 82.50 83.03 86.71 87.01 89.56 85.82

73.40 70.00 72.00 75.10 74.90 75.30 77.93 77.79 82.64 82.36 82.84 85.97 87.24 88.85 85.10

82.40 80.00 82.70 83.80 85.10 85.90 90.53 91.42 93.30 93.70 94.90 92.00

80.36 79.36 83.65 80.05 81.37 73.70 77.81 83.07 79.72

Sumber: Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (2012)

menggunakan nombor. Kemahiran Saintifik di tahap yang lebih tinggi seperti kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir maklumat, membuat inferens, membuat hipotesis, mengawal pembolehubah, mendefinisi secara operasi, mengeksperimen dan Kemahiran Manipulatif masih belum menjadi amalan dan budaya dalam pengajaran Sains di peringkat sekolah rendah.

3.0 Objektif Kajian

15

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan Kemahiran Saintifik murid-murid sekolah rendah (tahun 4, 5 dan 6) di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak. Beberapa objektif telah dikenal pasti di dalam kajian ini iaitu:
a) Mengenalpasti tahap penguasaan Kemahiran Saintifik murid-murid sekolah rendah di

bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak.


b) Untuk mengetahui aspek Kemahiran Saintifik yang dikuasai dan tidak dikuasai oleh

murid-murid sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak.


c) Menentukan sama ada terdapat perbezaan tahap pencapaian Kemahiran Saintifik murid-

murid sekolah rendah sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak merentas jantina, umur, kelas, sekolah, pendapatan ibubapa, pendidikan ibubapa, lokasi tempat tinggal, kemudahan sumber dan prasarana, aplikasi teknologi maklumat dan masalah pengajaran pembelajaran.
d) Mengenalpasti hubungan signifikan dari segi faktor pengajaran guru, kemudahan

sumber dan prasarana, aplikasi teknologi maklumat dan masalah pengajaran pembelajaran terhadap penguasaan Kemahiran Saintifik murid-murid sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak.
e) Mengenalpasti

faktor-faktor dan masalah-masalah yang mempengaruhi tahap

penguasaan Kemahiran Saintifik murid-murid sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak. 4.0 Soalan Kajian

Kurikulum Sains sekolah rendah memberi penekanan kepada penguasaan Kemahiran Saintifik. Oleh itu, persoalan-persoalan berikut boleh ditimbulkan iaitu:

16

a) Apakah tahap pencapaian murid-murid sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD

Kuching, Sarawak dalam Kemahiran Saintifik?


f) Apakah aspek Kemahiran Saintifik yang dikuasai dan tidak dikuasai oleh murid-murid

sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak.


b) Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian Kemahiran Saintifik murid-murid sekolah

rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak merentas jantina?.


c) Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian Kemahiran Saintifik murid-murid sekolah

rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak merentas umur?.


d) Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian Kemahiran Saintifik murid-murid sekolah

rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak merentas kelas?.


e) Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian Kemahiran Saintifik murid-murid sekolah

rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak merentas sekolah?.


f) Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian Kemahiran Saintifik murid-murid sekolah

rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak merentas pendapatan ibubapa?.


g) Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian Kemahiran Saintifik murid-murid sekolah

rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak merentas tahap pendidikan ibubapa?.
h) Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian Kemahiran Saintifik murid-murid sekolah

rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak merentas lokasi tempat tinggal?.
i) Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian Kemahiran Saintifik murid-murid sekolah

rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak merentas kemudahan sumber dan prasarana sekolah?.

17

j) Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian Kemahiran Saintifik murid-murid sekolah

rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak merentas penggunaan aplikasi teknologi maklumat?.
g) Adakah terdapat hubungan signifikan dari segi faktor jantina, umur, kelas, sekolah,

pendapatan ibubapa, pendidikan ibubapa, lokasi tempat tinggal, pengajaran guru, kemudahan sumber dan prasarana, aplikasi teknologi maklumat dan masalah pengajaran pembelajaran terhadap penguasaan Kemahiran Saintifik murid-murid sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak.
h) Apakah masalah-masalah yang mempengaruhi tahap penguasaan Kemahiran Saintifik

murid-murid sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak.


i) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan Kemahiran Saintifik

murid-murid sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak.

5.0 Kesignifikan Kajian

Dapatan kajian ini boleh memberi gambaran sebenar tentang tahap pencapaian Kemahiran Saintifik murid-murid sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak. Hasil kajian ini dapat membantu para pendidik di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak untuk merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk matapelajaran Sains sekolah rendah. Bagi pihak Kementerian Pelajaran pula khususnya Pusat Perkembangan Kurikulum, pelbagai latihan dan modul boleh dirancang untuk membantu guruguru Sains memperolehi pengetahuan Kemahiran Saintifik yang lebih mantap dan matang yang secocok dengan pandangan ahli Sains bagi meningkatkan lagi penguasaan murid dalam Kemahiran Saintifik.
18

Selain daripada itu kajian ini juga diharap boleh membantu pelajar-pelajar yang terlibat untuk menilai tahap penguasaan mereka dalam Kemahiran Saintifik, seterusnya mengambil langkah-langkah yang sesuai bagi mengatasi masalah ini. Dapatan kajian ini juga diharapkan akan dapat mengubah sikap murid-murid yang sentiasa tidak mengambil berat terhadap kefahaman Kemahiran Saintifik mereka. Mereka harus menyedari bahawa Kemahiran Saintifik adalah amat penting. Jikalau tahap penguasaan Kemahiran Saintifik mereka pada tahap yang tidak memuaskan, maka ia akan mengakibatkan tahap penguasaan matapelajaran Sains mereka akan terjejas. Jika didapati bahawa tahap penguasaan Kemahiran Saintifik mereka pada tahap yang tidak memuaskan, mereka mesti mengambil langkah-langkah pemulihan dengan segera sebelum mereka melangkah ke peringkat lebih tinggi iaitu peringkat sekolah menengah.

Kajian berkenaan dengan Kemahiran Saintifik di Malaysia merupakan satu kajian penting dan akan menampung lompang dalam kajian pendidikan Sains di Malaysia. Kajian ini amat berguna dan boleh menjadi satu bidang kajian pendidikan Sains di Malaysia dan dapat dijadikan sebagai rujukan untuk para pengkaji dan para pembuat polisi terutama pihak KPM.

6.0 Batasan Kajian

Keputusan kajian ini berdasarkan ujian bertulis pelajar dan guru-guru Sains. Untuk mendapat gambaran yang lebih sah lagi, pemerhatian sebenar dan juga sesi temubual dengan guru-guru dijalankan semasa guru-guru Sains ini melaksanakan sesi amali mereka di dalam kelas.

19

Dapatan-dapatan kajian ini hanya berdasarkan kumpulan pelajar dan guru Sains di sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak ini sahaja.

7.0 Metodologi 7.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapatkan maklumat tentang penguasaan Kemahiran Saintifik dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak. Kaedah tinjauan ini menggunakan Ujian Penilaian Kemahiran Saintifik (UPKS) secara bertulis, soal selidik mengenai faktor-faktor dan masalahmasalah yang mempengaruhi penguasaan Kemahiran Saintifik, soal selidik Persepsi Guru dan Temubual Murid untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan dalam kajian ini.

Tahap penguasaan Kemahiran Saintifik ditentukan melalui skor ujian bertulis UPKS, sementara soal selidik digunakan untuk mendapat maklumat mengenai faktor-faktor dan masalah-masalah yang mempengaruhi penguasaan Kemahiran Saintifik.

7.2 Prosedur Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh manakah tahap penguasaan Kemahiran Saintifik dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di bawah

20

pentadbiran PPD Kuching, Sarawak. Faktor dan masalah yang mempengaruhi tahap penguasaan Kemahiran Saintifik murid-murid juga akan dikenalpasti.

Kajian ini akan dilaksanakan pada bulan Februari 2013 di sekolah-sekolah rendah yang terdapat di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak. beberapa langkah awal perlu diambil iaitu seperti berikut: Sebelum tinjauan dilaksanakan,

Menyiapkan instrumen kajian seperti UPKS, Borang Persepsi Guru dan Borang Temubual Murid.

Memohon kebenaran daripada Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk menggunakan sampel dari sekolah.

7.3 Alatukur Kajian

Alatan kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah: UPKS Borang Persepsi Guru Borang Temubual Murid

Kesahan UPKS diperolehi melalui perbincangan dengan pensyarah pakar di UKM dan guru-guru yang berpengalaman. Kesahan muka soal selidik diperolehi melalui kajian rintis yang akan dijalankan ke atas 40 pelajar yang dipilih.

21

a)

UPKS

Alatukur kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah UPKS. UPKS adalah merupakan ujian kertas dan pensel yang mengandungi 39 item aneka pilihan yang mana setiap item disediakan dengan empat pilihan jawapan yang mungkin. Setiap item ujian diskorkan samada betul atau salah (1 atau 0). Oleh itu, markah minimum ialah 0 dan markah maksimum pula ialah 39. Instrumen UPKS mengandungi 39 item aneka pilihan yang mengukur tahap penguasaan responden tentang Kemahiran Saintifik dari segi kemahiran membuat pemerhatian, kemahiran mengelas, kemahiran mengukur dan menggunakan nombor, kemahiran membuat inferens, kemahiran meramal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan

perhubungan ruang dan masa, kemahiran mentafsir maklumat, kemahiran mendifinisi secara operasi, kemahiran mengawal pembolehubah, kemahiran membuat hipotesis, kemahiran mengeksperimen dan Kemahiran Manipulatif. Sebanyak 39 item disediakan dalam instrumen tersebut. Item-item tersebut mewakili 13 kategori Kemahiran Saintifik (Jadual 2).

Jadual 2 : Bilangan Item Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Kemahiran Saintifik Kemahiran Membuat Pemerhatian Kemahiran Mengelas Kemahiran Mengukur Dan Menggunakan Nombor Kemahiran Membuat Inferens Kemahiran Meramal Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran Menggunakan Perhubungan Ruang Dan Masa Kemahiran Mentafsir Maklumat Kemahiran Mendifinisi Secara Operasi
22

Bilangan Item 3 item 3 item 3 item 3 item 3 item 3 item 3 item 3 item 3 item

10 11 12 13

Kemahiran Mengawal Pembolehubah Kemahiran Membuat Hipotesis Kemahiran Mengeksperimen Kemahiran Manipulatif

3 item 3 item 3 item 3 item

Bahagian yang diuji terdiri daripada bahagian A, B dan C. Bahagian A dibina bagi mendapatkan maklumat mengenai butir-butir peribadi pelajar seperti jantina, umur, kelas, sekolah, pendapatan ibubapa, pendidikan ibubapa, lokasi tempat tinggal, kemudahan sumber dan prasarana sekolah, aplikasi teknologi maklumat dan masalah pengajaran pembelajaran. Manakala Bahagian B pula terdiri daripada 39 item yang menggabungkan kemahiran membuat pemerhatian, kemahiran mengelas, kemahiran mengukur dan menggunakan nombor, kemahiran membuat inferens, kemahiran meramal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa, kemahiran mentafsir maklumat, kemahiran mendifinisi secara operasi, kemahiran mengawal pembolehubah, kemahiran membuat hipotesis, kemahiran mengeksperimen dan Kemahiran Manipulatif. Soalan bahagian ini adalah berbentuk objektif. Sementara Bahagian C pula adalah soal selidik mengenai faktor-faktor dan masalah-masalah yang mempengaruhi penguasaan Kemahiran Saintifik responden. bahagian adalah seperti di bawah. Penerangan bagi setiap

Bahagian A: Maklumat peribadi murid :

Bahagian ini dibina untuk mendapatkan maklumat latar belakang murid. Item-item dalam bahagian ini ialah jantina, umur, kelas, sekolah, pendapatan ibubapa, pendidikan ibubapa, lokasi tempat tinggal, kemudahan sumber dan prasarana sekolah, aplikasi teknologi maklumat dan masalah pengajaran pembelajaran.
23

Bahagian B: UPKS (Objektif) :

UPKS di dalam bahagian ini terdiri daripada 39 item secara keseluruhannya. Responden dikehendaki menjawab 39 item aneka pilihan yang merangkumi 13 kategori Kemahiran Saintifik. Setiap Kemahiran Saintifik diwakili oleh 3 soalan. Kesemua 39 item perlu dijawab dalam masa 60 minit. Soalan-soalan berdasarkan Kemahiran Saintifik yang terdiri daripada kemahiran membuat pemerhatian, kemahiran mengelas, kemahiran mengukur dan

menggunakan nombor, kemahiran membuat inferens, kemahiran meramal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa, kemahiran mentafsir maklumat, kemahiran mendifinisi secara operasi, kemahiran mengawal pembolehubah, kemahiran membuat hipotesis, kemahiran mengeksperimen dan Kemahiran Manipulatif. Itemitem yang dibina adalah berbentuk objektif. Untuk bahagian ini, setiap jawapan yang betul akan diberikan satu markah. Selepas itu, markah keseluruhan bahagian ini dijumlahkan. Markah-markah ini ditukarkan menjadi peratus. Berdasarkan markah peratus, pengkaji membahagikan kepada tiga bahagian sama rata. Markah atau skor 0 - 33.33 dikategorikan sebagai rendah, 33.34 66.66 dikategorikan sebagai sederhana dan 66.67 100 dikategorikan sebagai tinggi. Kategori ini digunakan untuk menerangkan tahap penguasaan keseluruhan Kemahiran Saintifik (Jadual 3). Tahap penguasaan mengikut setiap Kemahiran Saintifik diperjelaskan melalui bilangan dan peratus respon jawapan yang betul. Ini bersesuaian dengan beberapa kajian sebelum ini yang mengukur tahap penguasaan berdasarkan peratus responden yang betul.

24

Jadual 3 : Tahap Penguasaan Kemahiran Saintifik Asas Skor 0 - 33.33 33.34 66.66 66.67 100 Tahap Penguasaan rendah sederhana tinggi

Dalam Bahagian B, mengandungi pernyataan tentang pengalaman pengajaran dan pembelajaran dan masalah dihadapi dalam Kemahiran Saintifik. Ia ditentukan melalui soal selidik skala Likert. Item-item mempunyai skala respon lima mata (Jadual 4).

Jadual 4: Skala Likert Bil 1. 2. 3. 4. 5. Skala Likert Sangat setuju Setuju Tidak Pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju Singkatan SS S TP TS STS Markah 5 4 3 2 1

Terdapat 34 item berstruktur telah dibina khusus untuk mengenal pasti faktor-faktor dan masalah-masalah yang mempengaruhi penguasaan Kemahiran Saintifik (Jadual 5). Pengalaman pengajaran dan pembelajaran di sekolah dibahagi kepada 3 faktor iaitu faktor pengajaran guru,
25

faktor kemudahan sumber dan prasarana dan faktor aplikasi teknologi maklumat. Selain itu masalah berkaitan pengajaran dan pembelajaran juga dibina agar soal selidik ini dapat memberikan gambaran sebenar penguasaan Kemahiran Saintifik. Dengan menjumlah semua item-item, faktor dan masalah pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Saintifik dapat diukur berdasarkan penjumlahan nilai skor. Disamping itu soal selidik terbuka juga disediakan untuk mengumpul makjlumat yang lengkap tentang faktor-faktor dan masalah-masalah yang mempengaruhi penguasaan Kemahiran Saintifik. Item-item ini meminta responden memberi pandangan dan cadangan tentang faktor-faktor dan masalah-masalah yang dikemukakan.

Jadual 5: Faktor dan masalah pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Saintifik Asas
Faktor dan masalah pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Saintifik Asas Bilangan

___________________________________________________________________________

Pengajaran guru Kemudahan sumber dan prasarana Aplikasi Teknologi Maklumat Masalah pengajaran dan pembelajaran 4

10 10

10

Jumlah 34 __________________________________________________________________________

7.4 Populasi dan Sampel Kajian

26

Populasi merupakan jumlah keseluruhan kumpulan yang hendak dikaji. Sampel ialah individu-individu yang menjawab soalan-soalan penyelidikan (Shaharom Bin Noordin & Nur Laili Binti Lockman, 2011).

Kajian ini dijalankan terhadap semua murid Tahun 4 sehingga Tahun 6 di sembilan buah sekolah rendah di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuching, Sarawak. Sampel kajian melibatkan 1530 orang murid yang dipilih secara rawak iaitu 15% daripada 66 buah sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak (Jadual 6). Maklumat tentang sampel dan populasi diperolehi dari data emis KPM bagi tahun 2012. Kajian ini hanya melibatkan murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak. Jadual 6: Bilangan Murid Sekolah Rendah Di Bawah Pentadbiran PPD Kuching, Sarawak Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Sekolah SK 1 SK 2 SK 3 SK 4 SK 5 SK 6 SK 7 SK 8 SK 9 Jumlah Jumlah 170 170 170 170 170 170 170 170 170 1530

7.5 Penganalisaan Data

27

Setiap soalan Sains menguji 13 Kemahiran Saintifik iaitu: (i) kemahiran membuat pemerhatian, (ii) kemahiran mengelas, (iii) kemahiran mengukur dan menggunakan nombor, (iv) kemahiran membuat inferens, (v) kemahiran meramal, (vi) kemahiran berkomunikasi, (vii) kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa, (viii) kemahiran mentafsir maklumat, (ix) kemahiran mendifinisi secara operasi, (x) kemahiran mengawal pembolehubah, (xi) kemahiran membuat hipotesis, (xii) kemahiran mengeksperimen dan (xiii) Kemahiran Manipulatif.

Semua data yang diperolehi dianalisa menggunakan program SPSS 11.0. Terdapat 2 kaedah analisa statistik digunakan bagi mencapai objektif kajian dan juga hipotesis kajian iaitu kaedah diskriptif dan kaedah kuantitatif (Jadual 7).

Di peringkat awal analisa data, taburan data dihuraikan secara diskriptif iaitu dalam bentuk frekuensi, peratusan dan min. Sementara, statistik kuantitatif digunakan untuk menentukan samada hipotesis yang dibina diterima atau ditolak. Analisa Ujian-T Sampel Bebas atau Ujian Non-Parametrik Mann-Whitney U dan analisa ANOVA Sehala atau Ujian Non-Parametrik Kruskal-Wallis H digunakan untuk menguji hipotesis.

Bil 1

Jadual 7: Pengujian Kajian Yang Digunakan Bagi Pencapaian Objektif Khusus Kajian. Objektif Statistik Mempamerkan taburan responden mengikut ciri-ciri demografik Mempamerkan taburan tahap penguasaan KPS asas responden
28

Deskriptif (frekuensi, peratusan) Deskriptif

dari segi kemahiran membuat pemerhatian, kemahiran menjalankan komunikasi, kemahiran mengelas, kemahiran mengukur, kemahiran meramal, dan kemahiran membuat inferens. 3 Membandingkan tahap penguasaan KPS asas responden berdasarkan sekolah

(frekuensi)

Kuantitatif (Analisa ANOVA Sehala/ Ujian NonParametrik KruskalWallis H) Kuantitatif (Analisa Ujian-T Sampel Bebas/ Ujian Non-Parametrik MannWhitney U)

Membandingkan tahap penguasaan KPS asas responden berdasarkan jantina

7.6 Rangka Jadual Kerja (Carta Gantt)

Kajian kuantitatif ini meninjau tahap penguasaan Kemahiran Saintifik dalam kalangan murid sekolah rendah di sebelas sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak. Kajian ini dijalankan selama 35 bulan bermula dari bulan Februari 2012 sehingga Disember 2014. Penulisan untuk Chapter satu hingga tiga dilakukan pada bulan Mei hingga Disember 2012 iaitu untuk tempoh selama lapan bulan. Manakala, pengumpulan data kajian dijalankan juga untuk tempoh lapan bulan (Januari hingga Ogos 2013) di sebelas buah sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Kuching, Sarawak. Penulisan untuk Chapter empat hingga lima pula dilakukan pada bulan September 2013 hingga Oktober 2014 iaitu untuk tempoh selama 14 bulan. Rangka jadual kerja bagi kajian ini ditunjukkan dalam Carta Gantt seperti dalam Jadual 8.

29

Jadual 8: Rangka Jadual Kerja (Carta Gantt) Kajian Cadangan TAHUN 2012 BULAN Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November AKTIVITI

Chapter 1,2 & 3

Pengumpulan Data & Lawatan Ke Sekolah

2013

30

Chapter 4 & 5

RUJUKAN:

Abu Hassan bin Kassim (2001). Pendidikan Amali Sains: Kemahiran Saintifik. Johor : UTM. Abu Hassan bin Kassim & Rohana bte Hussin (2003). Tahap penguasaan KPS dan hubungannya dengan pencapaian kimia di kalangan pelajar tingkatan empat daerah Johor Bahru. Kertas Kerja dibentang dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan pada 19 hingga 21 Oktober 2003, anjuran Fakulti Pendidikan, UTM, di Hotel Puteri Pan Pacifik. Ahmad Hozi H. A. Rahman (2011). Kurikulum Baru Sains dan Matematik Sekolah Rendah Tahun 2003. Kertas kerja yang dibentangkan semasa Konvensyen Pendidikan Sains dan Matematik Sekolah Rendah Luar Bandar. Negeri Sembilan : KPM. Anizah bt. Asimin (2004). Mengkaji tahap Kemahiran Pelajar Dalam Mengendaklikan dan Menggunakan Alat Pengukur Dalam Makmal Sains Di Sekolah Menengah Sekitar Inanam. Universiti Teknologi Malaysia : Projek Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pendidikan (Sains). (Tidak Diterbit). Ismail Jusoh (2001). Sedutan Dapatan Projek Penyelidikan Pendidikan Di Simunjan: Pengajaran Dan Penakulan Saintifik. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Sains & Matematik Sarawak. Kuching : MPBL Kamisah Osman, Zanaton Haji Iksan dan Lilia Halim, (2007). Sikap terhadap Sains dan Sikap Saintifik di kalangan Pelajar Sains. Jurnal Pendidikan (UKM). 32. pp. 39-60. Kartini Abdul Mutalib et.al, (2010). Science Process Skills Knowledge And Attitude Among Primary School Science Teachers In Daerah Manjung Perak: A Pilot Study. Perak : IPG Kampus Ipoh.

31

Pengesahan Tesis & Viva

Disember Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember

2014

KPM (2000). Proses Pengajaran Guru Sains Kepada Pelajar Berpencapaian Rendah Dalam Mata Pelajaran Sains. Kuala Lumpur: BPPDP. Lau Shin Chai (2001). Status Penguasaan Kemahiran Sains Sekolah Rendah Negeri Sarawak 2000. Konvensyen Guru-Guru Sains Dan Matematik. Kuching: Jabatan Pendidikan Sarawak. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2008). Assessment Guide: Science Practical Work Assessment (PEKA) UPSR. Putra Jaya: KPM. Lembaga Peperiksaan (1997). Sains: Panduan Penilaian Kerja Amali (PEKA). Kuala Lumpur: KPM. Mohamad Fadzil Bin Che Amat (2008). Kesan Kaedah Inkuiri Koperatif Berbantukan Multimedia Ke Atas Prestasi KPS Bersepadu, Pemikiran Saintifik Dan Sikap Dalam Sains Dalam Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Kebangsaan. USM : Tesis Sarjana Muda (Tidak Diterbit). Mohd Najib Ghafar & Abdul Rauf Ibrahim (2011). Penilaian Hubungan Tahap Penguasaan Konsepsi Sains Dengan Tahap KPS Guru Peringkat Menengah Rendah. Journal of Science and Mathematics Educational. 3. Pp. 1-19. Nur Laili Binti Lockman (2008). Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal Dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Kimia. UTM : Tesis Sarjana Muda (Tidak Diterbit). Padilla (1980). Test Of Integrated Science Process Skills For Science Students. Journal of Science Education. 64(5). Pusat Perkembangan Kurikulum. (1994). Modul 2. PULSAR Kemahiran Saintifik. Kuala Lumpur: KPM. Rohani Ahmad Tarmizi (1996, September). Kemahiran Sains pelajar KBSM. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM: Isu dan hala tuju strategik ke arah abad 21. Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur. Sharifah Nor Ashikin S.A. Rahman dan Rohaida Mohd Saat (2005). Keberkesanan Program PEKA dalam Penguasaan KPS Bersepadu. Jurnal Pendidikan (UM). 25 (Malay Language Version). pp. 65-77. Shaharom Bin Noordin & Nur Laili Binti Lockman (2011). Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal Dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Kimia. Johor: UTM. Shaharom Bin Noordin & Sharfuddin Bin Abdul Shukor (2009). Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data Dan Mentafsir Data Dalam Kalangan Pelajar Tahun Empat Pendidikan Sains. Johor: UTM. Tan Ming Tang & Chin Teoi Peng (2001). Satu Tinjauan Awal Konsepsi KPS Di Kalangan Guru Sains PKPG 14 Minggu Di Maktab Perguruan Batu Lintang. Kuching: MPBL.

32

Thangavelo Marimuthu, Azman Jusoh dan Rodziah Ismail. (). Amalan Dan Masalah Pelaksanaan Strategi Inkuiri-Penemuan Di Kalangan Guru Pelatih Sains Semasa Praktikum: Satu Kajian Kes. Kedah: MPSAH. Tay Chong Seng dan Mohammad Yusof Arshad. (2008). Interaksi Verbal Pengajaran dan pembelajaran Sains Sekolah Rendah. Dibentang di Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains Dan Matematik. Anjuran Bersama Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, UTM & JPN Johor. Teoh Chin Keong (2008). Kefahaman Murid Sekolah Rendah Terhadap Konsep Jirim. UTM : Tesis Sarjana Muda (Tidak Diterbit). Yeam Koon Peng (2007). Tahap Pencapaian Dan Pelaksanaan KPS Dalam Kalangan Guru Pelatih. USM : Tesis Sarjana Muda (Tidak Diterbit).

33

You might also like