You are on page 1of 15

EDU 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK

PORTFOLIO
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
KUMPULAN EL-S03

DISEDIAKAN OLEH NAMA JURAYAH @ JANE BOTOHONG NO. ID D20102042506 NO. TELEFON 016-8392877

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. GOH SWEE CHOO

TARIKH SERAH: Disember 2011/ minggu ke 11 ============================================================

ISI KANDUNGAN
Halaman 1.0 REFLEKSI UNIT PEMBELAJARAN: 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 1.10 2.0 2.1 Perkembangan pendidikan di Malaysia ke arah pembangunan insan dan negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Huraian dan penghayatan Falsafah Pendidikan Guru: Pemikiran dan amalan profesion keguruan Dasar-dasar dan halatuju pendidikan di Malaysia Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia Kurikulum sebagai wahana menterjemahkan Falsafah Pendidikan kebangsaan Reka bentuk kurikulum di Malaysia Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan Etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia Akta Pendidikan 1996 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.

ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN

2.2

=================================================================

JAWAPAN REFLEKSI SETIAP UNIT

REFLEKSI UNIT PELAJARAN


UNIT TAJUK

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini menerangkan tentang sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia sejak sebelum penjajahan Inggeris lagi. Di mana, pendidikan sentiasa berubah mengikut era pembangunan masa itu. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep 1. 2. 3. 4. 5. Penjelasan

Falsafah pendidikan Kebangsaan

Menjadi teras sistem pendidikan kebangsaan.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan
anda.

Semua warga guru negara ini wajib mengetahui sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia supaya guru-guru tahu arah tuju pengajarannya di sekolah. REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK

2.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK): HURAIAN DAN PENGHAYATAN.

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini menerangkan maksud, definisi, cabang dan sebagainya mengenai falsafah barat, falsafah islam dan hubungkaitnya dengan falsafah pendidikan kebangsaan di Malaysia. Unit ini juga menekankan kepentingan perpaduan yang cuba diserapkan dalam FPK.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya


Konsep 1. 2. 3. 4. 5. Penjelasan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Barat Falsafah Pendidikan Islam

Suatu pendidikan yang berterusan dan seimbang dari semua sudut. Mempunyai dua aliran umum iaitu aliran tradisional dan aliran moden Melibatkan latihan akal dan rohani.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan
anda.

Pemahaman sebenar mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu dikuasai oleh setiap guruu supaya mempunyai landasan yang sebenar dalam pelaksanaan peangajarannya. REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK

3.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) : PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini menerangkan mengenai Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan kaitan atau persamaannya dengan Pendidikan Kebangsaan. Unit ini juga menghuraikan cabaran-cabaran perguruan, keguruan dan cabaran profesion keguruan terhadap keperluan masyarakat.
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep 1. 2. 3. 4. 5. Penjelasan

Standard Guru Malaysia Piawaian yang menggariskan kompetensi professional yang perlu di capai oleh guru-guru Malaysia.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan
anda.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru(FPG) saling berkaitan. Pembentukan, proses dan matlamat pendidikan ditentukan oleh FPK dan hala tuju pembinaan watak guru pula ditentukan oleh FPG REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK

DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini menerangkan hala tuju pendidikan di Malaysia yang berkaitan dengan kawalan, kebajikan, inovasi dan solusi. Berbagai dasar diwujudkan dari semasa ke semasa bagi mencapai tujuan dasar ini. Unit ini juga menerangkan perkembangan dasar-dasar pendidikan di Malaysia semenjak pendidikan erah masyarakat Melayu tradisional sehinggalah pendidikan untuk kemajuan pada abad ke 21 iaitu memperkasakan pendidikan. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep 1. 2. 3. 4. 5. Penjelasan

Dasar Bahasa Kebangsaan Dasar Perpaduan Nasional Dasar Pembangunan Insan

Sebagai bahasa rasmi Malaysia Untuk perpaduan Mewujudkan masyarakat yang mapan.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan
anda.

Penerangan mengenai dasar pendidikan serta perlaksanaannya dalam unit ini merupakan satu mesej secara tak langsung bahawa seseorang pendidik mesti mengikuti dasar semasa yang di sarankan oleh kerajaan untuk diserapkan dalam pengajaran. Guru-guru adalah pelaksana dan perlu akur dengan dasar yang telah dibuat. REFLEKSI UNIT PELAJARAN

UNIT

TAJUK

5.

RANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini menerangkan mengenai Rancangan Malaysia (RM) yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan di Malaysia dan Pelan Induk Pembangunan Pendidkan (PIPP) yang bermatlamat untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Unit ini juga menerangkan enam strategik yang dikenalpasti oleh KPM bagi mengukuhkan pendidikan negara.
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep 1. 2. Penjelasan

Rancangan Malaysia (RM) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

Garis panduan rancangan pembangunan pendidikan yang ingin dicapai dalam tempoh lima tahun.

3. 4. 5.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan
anda.

Unit ini memberi penjelasan bahawa pendidikan di Malaysia bersifat dinamis dan sentiasa berkembang. Saya yakin pendidikan di Malaysia mampu bersaing dengan pendidikan diperingkat global. REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK

6.

KURIKULUM SEBAGAI WAHANA MENTERJEMAH FALSFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK).

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini menerangkan mengenai Kurikulum dalam pendidikan di Malaysia mengandungi elemen dan komponen seperti kandungan, kaedah dan penilaian. Dimana didalamnya mengandungi matlamat, rancangan, produk dan proses. Unit ini juga menrangkan jenis-jenis kurikulum yang terdapat dalam pendidikan di Malaysia seperti kurikulum formal dan kurikulum tidak formal.
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep 1. Penjelasan

2.

3. 4. 5.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Falsafah Pendidikan kebangsaan

Untuk mengisi proses transformasi sistem pelajaran Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa khas untuk sekolah rendah Untuk mengisi proses transformasi sistem pelajaran Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa khas untuk sekolah menengah. Suatu pendidikan yang berterusan dan seimbang dari semua sudut.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan
anda.

Melalui pembacaan di unit ini saya dapat mempelajari takrif kurikulum dan perlaksanaanperlaksanaan kurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK

7.

REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA.

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini menerangkan tentang perkembangan kurikulum, sistem-sistem pendidikan Malaysia, kelemahan dan kelebihan kurikulum Malaysia. Ia juga menerangkan perbandingan teori-teori pembelajaran dalam kurikulum Malaysia.
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan

1.

2.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Untuk mengisi proses transformasi sistem pelajaran Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa khas untuk sekolah rendah Untuk mengisi proses transformasi sistem pelajaran Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa khas untuk sekolah menengah.

3. 4. 5.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan
anda.

Melalui penerangan dalam unit ini saya saya faham bahawa sebagai pendidika perlu memainkan peranan dalam perkembangan kurikulum dalam tiga perkara iaitu perancang, pelaksana dan penilai. REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK

8.

PENTERJEMAHAN DAN PENTAFSIRAN KURIKULUM KEBANGSAAN.

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini menerangkan tentang kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah dari sudut peranan kurikulum, amalan kurikulum dan objektif pengajaran pembelajaran di bilik darjah. Unit ini juga menerangkan penterjemahan kurikulum sekolah kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta hubungkait antara penulisan RPH dengan pembelajaran murid.
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep 1. Penjelasan

Kurikulum kebangsaan

2. 3. 4. 5.

Kurikulum Sekolah Falsafah Pendidikan kebangsaan

Suatu program pendidikan yang termasuk dalam kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seimbang. Melibatkan segala perancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah. Suatu pendidikan yang berterusan dan seimbang dari semua sudut.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan
anda.

Untuk menghasilkan suatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah bermatlamat. Dimana sebelum sesi pengajaran bermula, rancangan mengajar sudah disediakan dengan menyatakan objektif , aktiviti dan maklumat lain dengan jelas. REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK

9.

ETIKA KEGURUAN DAN PERATURAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

2. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Dalam unit ini menerangkan tentang ciri-ciri guru profesional, etika profesionalisme keguruan, nilai-nilai utama etika perkhidmatan, etika kerja Kementerian Pelajaran dan kod etika keguruan. Unit ini juga menerangkan tatasusila profesion keguruan Malaysia dan kepentingan kod etika keguruan.
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep 1. 2. 3. Penjelasan

Etika Profesion Perguruan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Kod Etika Profesion Keguruan Malaysia (KEPK)

Garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin perkhidmatan. Suatu nilai-nilai utama etika kerja perkhidmatan awam yang dikeluarkan oleh Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN). Sebagai garis panduan guru yang berada digarisan hadapan pembangunan negara.

4. 5. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Bab ini sesuai dibaca, difahami dan dan diaplikasikan oleh semua guru-guru supaya misi pembangunan kerajaan terhadap pendidikan tercapai. Bab ini banyak mengupas tentang nilainilai etika keguruan, perkara-perkara yang dilarang atau tidak dibenarkan dan serta ciri-ciri guru berkualiti. REFLEKSI UNIT PELAJARAN

UNIT

TAJUK

10.

AKTA PENDIDIKAN 1996

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini menerangkan tentang asas pembentukan Akta Pendidikan 1996 semenjak penggubalan Dasar Ekonomi Baru. Banyak implikasi telah dilaksanakan melalui akta pendidikan ini antaranya pengiktirafan pendidikan prasekolah, pendidikan wajib bagi pendidikan rendah dan peruntukan kuasa Menteri Pelajaran. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep 1. 2. 3. 4. 5. Penjelasan

Dasar Ekonomi Baru Penyata Razak 1956 Laporan Rahman Talib 1960 Akta Pelajaran 1961

Digubal untuk menjadi acuan merombakdan merencana pentadbiran negara. Menjadi asas kepada penggubalan Ordinan Pelajaran 1957. Membawa kepada pembentukan Akta Pelajaran 1961 Menggariskan beberapa perkara utama yang mementingkan pembangunan pendidikan di Malaysia.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan
anda.

Profesion Perguruan di Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara khususnya pembangunan modal insan. Saya sangat bangga menjadi sebahagian daripada warga pendidik. ====================================================================

ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN


2.1 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.

2.2

Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.

NAMA

: JURAYAH @ JANE BOTOHONG

NO. MATRIK : D042506 TAJUK : ESEI ILMIAH

SOALAN: 2.1 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.

ESEI (a):
Guru bermaksud seseorang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Guru diketuai oleh guru besar sekolah atau pengetua sekolah. Di Malaysia guru dilatih secara formal di maktab-maktab perguruan dan di universiti tempatan. Profesion perguruan berkait rapat dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru. Profesion perguruan antara jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia. Golongan guru perlu bertanggungjawab memastikan martabat perguruan sentiasa dihormati dan dapat merialisasikan misi pendidikan Negara. Mengikut Kamus Dewan, profesion ialah pekerjaan yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Keguruan bermaksud tugas dan tanggungjawab dan kerjaya sebagai guru. Etika pula bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau tingkahlaku atau kesusilaan. Dari sudut islam, etika berkaitan dengan tingkahlaku yang betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Etika Profesion pula bermaksud semua garis panduan bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban dan tingkah laku profesion dalam masyarakat. Dalam konteks unit 9 yang bertajuk etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia, Kementerian Malaysia telah menggariskan sifat dan kualiti guru yang professional seperti bersemangat tinggi dalam perkhidmatan, bermatlamat yang jelas, kemahiran mengurus bilik darjah,kebolehan komunikasi yang baik, jangkaan yang tinggi terhadap murid, berupaya member yang terbaik, pengetahuan tentang kurikulum dan subjek yang diajar secara mendalam serta hubungan berkualiti dengan pelajar ibu bapa,

masyarakat dan majikan. Ciri-ciri kualiti guru ini telah dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysiasebagai sifat-sifat guru yang unggul. Etika Profesionalisme Keguruan Unit ini menerangkan tentang etika profesionalisme keguruan yang merupakan salah satu cabang falsafah yang membincangkan tentang nilai-nilai etika dan estetika. Ia melibatkan tingkah laku manusia yang dinilai dari aspek lahiriah dan batiniah. Etika keguruan ini digubal untuktujuan membentuk satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, Negara dan rakan sejawat serta profesion. Dimana, setiap guru yang sedang berkhidmat wajib akur dan tidak melanggar etika ini. Sebagai penjawat awam, guru-guru perlu mematuhi nilai-nilai utama etika kerja perkhidmatan awam yang dikeluarkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Nilai-nilai ini sepatutnya ada dalam diri seorang guru bagi meningkatkan perkhidmatan keguruan seperti ikhlas, benar, amanah, tekun, bersyukur, taat, setia, dedikasi, bijaksana, sederhana, penyayang,bekerjasama dan berbudi pekerti. Jika nilai-nilai ini Berjaya diamalkan, guru-guru akan menjadi seorang yang berperibadian cemerlang dalam perkhidmatan keguruannya. Terdapat dua puluh dua Kod Etika Profesion Keguruan Malaysia yang menjadi garis panduan guru membantudalam pembangunan Negara. Ini kerana setiap pergerakan guru, tutur kata guru dan tindakan guru akan sentiasa menjadi perhatian dan ikutan pelajar. Inilah sebabnya, guru wajib mengikuti Kod Etika Profesion Keguruan yang digubal khas ini. Berpandukan kod etika ini guru-guru tahu dengan jelas peranan dan tanggungjawab, tahu keunikan etika keguruan di Malaysia, sebagai bahan semakan, dapat meningkatkan imej profesion keguruan dan dpat membimbing guru mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi. Akauntabiliti Keguruan Akauntabiliti Keguruan ini membawa maksud bertanggungjawab pada seseorang atau bertanggungjawab pada sesuatu (Kamus Dwibahasa). Ia suatu tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh guru. Tanggungjawab tersebut merangkumi guru terhadap murid, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan Negara. Terdapat lima kategori akauntabiliti guru iaitu akauntabiliti guru terhadap pelajar, akauntabiliti guru terhadap sekolah, akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan Negara. Akauntabiliti guru terhadap

profesion keguruan dan akauntabiliti guru terhadap diri sendiri. Dengan memahami prinsip akauntabiliti ini guru akan faham tanggungjawabnya yang sebsenar serta menghayati nilai-nilai etika ini. Peraturan dalam pendidikan Pegawai awam yang yang bekerja sebagai guru terikat dengan peraturan-peraturan dalam pendidikan. Misalnya, peraturan-peraturan pegawai awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993 Pindaan 2002). Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pegawai awam yang melanggar peraturan supaya menjadi panduan dan pengajaran kepada orang lain. Dari sudut lain pula, pegawai dibekalkan kuasa dalam menjalankan tugas. Tujuan perlaksanaan peraturan ini supaya penjawat awam nelaksanakan tugasnya dengan cekap, amanah dan bertanggungjawab, supaya dapat meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan diri sendiri, supaya berjaya memelihara imej dan reputasi perkhidmatan awam dan supaya pegawai yang bersalah dapat diberi pengajaran dan hukuman. Peraturan-peraturan kelakuan dan tatatertib ini sentiasa dikemaskini mengikut keperluan semasa. Dalam peraturan ini telah dinyatakan hukuman-hukuman mengikut kategori dan kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh penjawat awam. Antara jenis larangan-larangan kepada penjawat awam ialah gangguan seksual, bekerja di luar tanpa kebenaran majikan, cara berpakaian yang tidak kemas, penyalahgunaan dadah dan banyak lagi kelakuan yang dilarang telah diterangkan dengan jelas. Kesimpulannya, peraturan-peraturan kelakuan dan tatatertib bagi pegawai awam bertujuan untuk mencegah perlakuan yang melanggar peraturan, memperingatkan para penjawat awam agar sentiasa mengikut etika kerja yang betul dan pengajaran yang boleh dijadikan iktibar kepada pegawai lain. Berpandukan Kod Etika profesion keguruan Malaysia dan etika kerja serta penguatkuasaan peraturanperaturan kelakuan dan tatatertib membantu meningkatkan peratus keberkesanan pembangunan modal insan sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan. =================================================================== SOALAN: 2.2 Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran. ESEI (b):

Terdapat banyak cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan nilai Etika Profesion Keguruan ini. Ini kerana terdapat sekolah yang baik dan sekolah yang tidak baik dalam semua aspek. Jika seseorang guru mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya, maka dia sebenarnya telah gagal menjalankan tugas dengan baik dan gagal melahirkan modal insane seperti yang dikehendaki oleh kerajaan. Ini juga secara tak langsung telah menjatuhkan martabat profesion perguruan. Sifat penjawat awam yang menilai akauntabiliti terhadap tugas ini dari sudut negative juga akan menjadi cabaran untuk mengaplikasikan nilai etika ini seperti moral guru tersebut rendah, dia mempunyai tanggungan hutang yang serius, penyalah-gunaan dadah dan sebagainya. Guru-guru masa kini menghadapi berbagai cabaran masalah etika. Misalnya, terpaksa berperanan untuk melahirkan masyarakat pemikir dalam keadaan yang cukup mencabar, terpaksa berdepan dengan akautabiliti guru dengan akauntabiliti pihak-pihak berkepentingan dalam pendidikan, diarah menjalankan tugas mendidik dalam bidang yang ia tidak mahir dan sebagainya. Fenomena ini memerlukan guru memiliki paras kebolehan tinggi, mahir dalam bidangnya dan sentiasa diberi latihan yang diperlukan oleh pendidik mengikut kategori atau peringkat tugas. Seorang pendidik yang berkebolehan juga seharusnya rapat dengan pelajar-pelajarnya. Seseorang yang ingin menjadi guru perlu melengkapkan diri dengann ilmu melalui latihan perguruan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Walaupun seseorang itu telah menerima latihan keguruan tetapi guru itu sepatutnya mempunyai sifat dalaman sahsiah baik yang sedia ada dan dapat dihormati serta dicontohi oleh pelajar. Ini kerana guru berperanan menjadi pengganti ibu bapa di sekolah, penasihat dan pembimbing dalam pembentukan sahsiah pelajar. Tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh guru ini merupakan satu cabaran yang cukup mencabar dan mestikan dilaksanakan sebagai satu amanat wajib dari kerajaan kepada guru-guru. Oleh itu seorang guru mesti sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu keguruan tanpa mengira usia dan tempoh berkhidmat supaya berjaya menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan dan sahsiah yang baik kepada pelajar dan masyarakat. Bagi mengamalkan nilai-nilai etika keguruan ini bukan hanya memerlukan penghayatan dan kefahaman seseorang guru terhadap etika itu tetapi guru itu juga berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara berfikiran kritis dan kreatif. Ini kerana seorang guru banyak terlibat sebagai pentadbir,pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya di sepanjang tempoh perkhidmatannya. Kesimpulannya, bagi mamartabatkan profesion perguruan guru perlu sentiasa menambah belbagai jenis ilmu dan sentiasa berusahan menguasai kemahiran yang lebih tinggi lagi supaya dapat mengatasi

masalah-masalah dan cabaran demi cabaran yang wujud dari tuntutan perubahan kurikulum yang sentiasa bergerak maju ke hadapan. Disamping itu Kementerian Pendidikan juga perlu bersungguh-sungguh menjadikan profesion perguruan satu profesion yang dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat. BIBLIOGRAFI 1. Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. 2. 3. Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Rahmat ismail. (2000), Siri Motivasi dan Kecemerlangan Utusan Menggengam Bara satu pendekatan untuk memotivasi dan menyerlahkan keunggulan diri. Kuala Lumpur :Utusan Publications& Distributors Sdn Bhd. 4. Sonia blandfred. Penterjemah:Bahariah Yusuf (1999). Pengurusan peringkat pertengahan di sekolah. Kuala Lumpur: Rhythm Distributor SDN BHD.

You might also like