You are on page 1of 20

Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia di semenanjung Tanah Melayu didiami oleh orang Melayu dan

Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik mewujudkan pula kepelbagaian Corak masyarakat Malaysia seperti ini

budaya, bahasa, agama dan adat resam.

berlaku adalah disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan serta perubahan struktur politiknya.

Perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia pada awal abad ke-18 disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di Tanah Melayu mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang menyebabkan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Sebelum penjajahan barat, migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India ialah aktiviti ekonomi dan perladangan.

M.G. Smith menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik

pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama.

Masyarakat majmuk di Malaysia wujud daripada pelbagai kaum dan etnik. Setiap etnik mempunyai keunikan sosiobudaya tersendiri. Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Etnik ialah kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi, orientasi politik, hiburan dan sebagainya. Etnik dikelaskan melalui perbezaan budaya, demografi dan sempadan geografi. Contohnya Sabah, Sarawak dan Semenanjung di Malaysia. Berikut merupakan rajah pecahan etnik-etnik di Malaysia.

Melayu Anak Jati

Suku Johor, Suku Kedah, Suku Kelantan, Suku Orang Laut, Suku Pahang, Suku Patani, Suku Perak, Suku Terengganu

Melayu Anak Dagang Melayu

Suku Aceh, Suku Banjar, Suku Batak, Suku Boyan (Bawean), Suku Bugis, Suku Cham, Suku Jambi (Melayu Jambi), Suku Jawa, Suku Kampar (Melayu Kampar, Suku Kerinci, Suku Mandailing, Suku Minangkabau, Suku Rawa, Suku Riau (Melayu Riau), Suku Utsul (Cham Hainan)

Melayu Kacukan

~Melayu Arab ~Melayu Cina - tidak termasuk Cina-muslim. ~Melayu India - tidak termasuk India-muslim dan Mamak.

Malaysia

Semenanjung

Orang Asli

Semang(Negrito), Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq, Bateq, Senoi, Temiar, Semai, Semoq Beri, Jah Hut, Mahmeri, Che Wong, Melayu Proto (Melayu Asli), Orang Kuala, Orang Kanaq, Orang Seletar, Jakun, Semelai, Temuan.

Serani lain-lain Siam Malaysia

KADAZANDUSUN
MURUT PAITAN BONGGI IDAHAN MELAYU BRUNEI BAJAU LUNDAYEH IBAN KEDAYAN BISAYA

Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Dusun Labuk, Dusun Kimaragan, Dusun Tobilung, Dusun Segama / Subpan,Dusun Tambanuo, Dusun Tambunan, Dusun Tatana, Kadazan Papar,Kadazan Penampang,Tagahas, Tangara, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Bagahak

Iranun, Bajau, Suluk, Ubian,Binadan

SABAH

KIMARANG RUMANAU MINOKOK TIDUNG BUNDU KIMENSI LOBOU ORANG ULU FILIPINO KOKOS

JAWA
BANJAR BUGIS

SARAWAK

IBAN
MELAYU SARAWA K MELANAU BIDAYUH BISAYA KEDAYAN

ORANG ULU Kayan, Kenyah, Kajang, Kejaman, Punan, Ukit. Penan, Lun Bawang, Lun Dayeh, Murut, Berawan, Kelabit

Suku Brunei (Melayu Brunei), Suku Dayak-Muslim, Suku Melayu (Melayu Sumatera)

Biatah - Padawan, Bukar/Sadong - Serian, Jagoi/Singai - Bau, Selakau/Lara - Lundu

KAUM-KAUM LAIN DI MALAYSIA

CINA

INDIA

PERANAKAN

YAHUDI MALAYSIA

Suku Hokkien, Suku Hakka, Suku Kantonis, Suku Hainan, Suku Hoklo, Suku Hui, Suku Henghua, Suku Peranakan, Suku Teochew

Suku Tamil, Suku Bengali, Suku Gujerati, Suku Malayali, Suku Sinhala, Suku Telugu, Suku Punjabi

Baba dan Nyonya

Chetty

Kesemua entik di Malaysia unik dan menarik namun fokus dalam tugasan ini ialah dua kaum/etnik iaitu kaum peranakan baba dan nyonya di Semenanjung Malaysia dan etnik Bisaya di Sabah.

Bahasa -Bahasa Baba(dialek Melayu) Agama -Agama tradisional Cina/Buddha Perayaan -Tahun Baru Cina -Perayaan Tanglong Sejarah Asal Usul Kaum Peranakan Baba Dan Nyonya

Adat Resam Perkahwinan: -mengamalkan perkahwinan tradisional Cina Sistem Sosial


Pakaian -perempuan:kebaya dan kain sarung -kasut manik Makanan -masakan "Nyonya" yang menggunakan rempah masakan Melayu. Hiburan -nyanyian lagu dong dang sayang dan tarian pada majlis perkahwinan

Kaum di Semenanjung Malaysia: Kaum Peranakan Baba Nyonya

Masyarakat Baba Nyonya dikenali juga sebagai kaum peranakan dan mereka merupakan kaum minoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan.

Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu. Pada mulanya mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan dan berkahwin dengan wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan disebut Nyonya.

Ada sumber yang menyatakan pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah

menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya. Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan.

Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Namun begitu, banyak sumber menyatakan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan, hal ini mungkin akan lari daripada faktor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim.

Masyarakat Baba Nyonya adalah pertembungan antara dua budaya, Melayu dan Cina, yang menjadi sebahagian daripada lambang keunikan kebudayaan Melaka serta satu faktor yang menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke negeri ini. Utusan Malaysia 20 Mac 2008.

Kaum Baba Nyonya yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam

pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien.

Agama yang dianuti kebanyakan kaum Baba Nyonya ialah agama Agama tradisional Cina dan Buddha. Mereka meraikan meraikan perayaan Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung. Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakan

dididik oleh Inggeris, akibat daripda penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan gologan tersebut mudah menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah

menerap budaya Inggeris dan berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka memeluk agama Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai Kings Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British. Kebanyakan generasi muda kaum Baba Nyonya kini menganuti agama Kristian.

Adat resam oleh Kaum Baba Nyonya dipengaruhi unsur adat resam Melayu dan Cina. Sistem kekeluargaan mereka masih kekal bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China tetapi tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun tidak diamalkan. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain seperti adat

istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu.

Banyak

pantang

larang

dan

kepercayaan

masyarakat

Melayu

telah

diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat Melayu. Contohnya masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi

percaya kepada pawang dan bomoh. Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi sentiasa menangis dengan tidak henti-henti. Mereka percaya bahawa anak mereka telah disampuk dengan jin ataupun hantu. Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong menghalau atau membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka.

Masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau Chicken Pox, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi.

Selain itu juga, ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu tersebut dikatakan syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi, antaranya pisau untuk menakutkan hantu.

Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki Baba lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke China untuk mencari suami. Orang Peranakan biasanya berkahwin

dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya paling menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri.

Lamaran memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman. Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina

merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura. Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang

dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing dengan perlahannya. Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.

Kaum Baba Nyonya berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Pakaian Nyonya serupa dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu terdiri daripada baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang.

baju kebaya nyonya dan batik sarung

Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Pada mulanya, manik-manik yang diperlukan untuk

menghiasi kasut manek berasal dari Eropah, tetapi lama-kelamaan banyak diperoleh dari Jepun. Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga

Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit.

Kesan dari pengaruh Melayu, lahirnya masakan "Nyonya" yang menggunakan rempah masakan Melayu. Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana mempunyai persamaan dengan masakan masyarakat Melayu. Mereka makan dengan tangan dan masakan gulai adalah menjadi kegemaran masyarakat ini. Masakan seperti masak lemak, asam

pedas, dan sambal belacan menjadi kegermaran seharian.

Hasil penyelidikan telah menggambarkan masyarakat Baba dan Nyonya berlatarkan kehidupan mereka dengan budaya Melayu terutamanya Dondang Sayang yang dilagukan dalam upacara-upacara yang tertentu sahaja dan ketika diperlukan. Contohnya dalam majlis perkahwinan kaum Baba Nyonya diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Bagi generasi kini, muzik yang berunsurkan tradisional seperti pantun atau keroncong yang popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya seketika dahulu kini telah berkurangan.

Bahasa - bahasa Bisaya Agama -Islam Perayaan -Adau Janang Gayuh pada 15 Julai setiap tahun Adat Resam -Jika langkah bendul atau kataliban berlaku, pihak lelaki perlu membayar denda Pakaian - pakaian hitam untuk Tarian Liliput - pakaian pengantin tradisonal Makanan -ambuyat Hiburan -Tarian Liliput Tarian Sayau Bagarus dan Tarian Bubu -alat tradisional kulintangan Bisaya

Sejarah Asal Usul Etnik Bisaya

Sistem Sosial

Menurut kepercayaan orang tempatan, perkataan Bisaya berasal daripada sebutan Mabisa Iya yang membawa maksud seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah serta cantik. sehingga hari ini. Sebutan itu kemudian bertukar kepada Bisaya

Beyer H.O pada 1926, Hester E.D pada 1954 dan Harrison pada 1956 ialah perkataan Bisaya kemungkinan berasal daripada Empayar Srivijaya (Sonza, 1972). John Carol menyatakan perkataan Bisaya berasal daripada pahlawan yang bernama Sri Visaya (1960). Derek Headly (1950) pula menyatakan Sultan Brunei ketika kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan baginda menyebut: Bisai-Yah! yang bermaksud betapa cantiknya ketika melihat gadis di situ. Antara keunikan etnik Bisaya yang diakui ramai adalah fizikal mereka yang tampak seperti orang Cina atau mungkin campuran Filipina.

gadis Bisaya

Majoriti 50,000 etnik Bisaya bertapak di Beaufort, Sabah. Di Beaufort, etnik ini mendiami kawasan Klias dan sepanjang tebing Sungai Padas. Namun, peninggalan sejarah serta cerita mengenai mereka lebih tepat diperoleh daripada masyarakat di Beaufort kerana beberapa lokasi sekitar daerah itu menjadi titik tolak perkembangan malah kisah mengenai kehebatan masyarakat Bisaya di Sabah.

Sejarah etnik Bisaya bermula lebih kurang pada abad ke-13.

Kaum Bisaya

mempunyai ketua yang digelar sebagai Sultan Awang Alak Betatar bin Bonian Mas Kayangan. Baginda dikatakan telah memeluk agama Islam dan menukarkan namanya dengan gelaran sebagai Sultan Mohammad Shah pada tahun 1363 Masihi. Peringkat awal kaum Bisaya memeluk Islam adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Sehingga kini etnik Bisaya di Sabah merupakan penganut Islam yang taat. Etnik Bisaya di Sabah adalah berbeza dengan Bisaya di Sarawak yang

kebanyakan mereka beragama Kristian.

Pada tahun 1370 Masihi, baginda Sultan Mohammad Shah telah melantik anak lelaki baginda yang bernama Sultan Awang Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar menjadi pemerintah negeri Borneo ketika itu manakala baginda Sultan Mohammad Shah telah berhijrah ke negeri Brunei dan menjadi pemerintah selaku Sultan Brunei beragama Islam yang pertama memerintah negeri Brunei pada tahun tahun yang sama.

Pemerintahan Sultan Awang Koyoh berpusat di Sungai Klias yang digelar sebagai Kota Klias pada ketika itu dan nama tersebut kekal sehingga ke hari ini. Setelah baginda mangkat iaitu lebih kurang pada tahun 1621 Masihi, pemerintahan baginda telah diwarisi oleh anak baginda yang bergelar Sultan Panglima Orang Kaya Kaya Setia Pahlawan Awang Kassim pada ketika itu dan mangkat lebih kurang pada tahun 1855 Masihi. Tempat baginda telah diwarisi oleh anak lelaki baginda yang

bernama Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil yang kemudiannya mangkat pada tahun 1961 Masihi.

Jika diteliti bahasa Bisaya menunjukkan persamaan lebih dekat dengan bahasa Melayu. Orang Bisaya ramah dan berbudi bahasa. Etnik Bisaya hidup dalam kawasan kampung terancang dan menjalankan aktiviti pertanian. Ada yang mengusahakan

produk sagu kerana hampir semua masyarakat Bisaya gemar memakan sagu, malah menjadikannya sebagai makanan asasi menggantikan nasi iaitu ambuyat merupakan sajian makanan tradisional yang menyelerakan.

Cara penyediaan ambuyat ini tidaklah sukar kerana bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah iaitu tepung sagu dan ia boleh dicecah dengan kuah mengikut cita rasa masing-masing. Ambuyat dihasilkan dengan tepung sagu digaul bersama air panas yang mendidih hingga menjadikannya kental dan kembang. Ambuyat ini pada kebiasaannya dimakan menggunakan kayu sepit. Penggunaan kayu sepit adalah bagi membolehkan ambuyat yang kental itu dipusing dan terbelit pada kayu tadi.

Penyediaan kuah atau cecah untuk dimakan bersama ambuyat adalah satu kemestian kerana rasa ambuyat agak tawar dan ia lazat dimakan ketika masih panas. Namun, kelazatan ambuyat bergantung kepada keenakan jenis kuahnya. Ada yang memakan ambuyat dengan kari atau air rebus putih ikan tongkol, tenggiri dan senangin yang dicampur sayur dan cili merah. Ambuyat amat menarik kerana tidak perlu dikunyah sebaliknya ia perlu terus ditelan begitu sahaja.

Sama juga dengan suku kaum lain di Sabah, etnik Bisaya mempunyai tarian tradisinya tersendiri. Antara tarian tersebut adalah Tarian Sayau Bagarus, Tarian Bubu dan Tarian Liliput.

Liliput merupakan tarian bagi etnik Bisaya di daerah Beaufort. Liliput ditarikan secara berpusing-pusing. Tarian ini biasanya ditarikan semasa upacara menghalau roh jahat daripada badan seseorang dan mengembalikan semangatnya. Tarian ini

dijalankan oleh seorang bomoh dan pembantu-pembantunya dengan bergerak mengelilingi pesakit sambil membaca jampi serapah. Setelah selesainya acara

tersebut, pasangan penari akan mengelilingi pesakit sambil menari Tarian Liliput sehingga pesakit sedar atau sembuh. Upacara ini hanya akan ditamatkan setelah

semangat orang itu kembali ke badannya. Penari bagi tarian ini memakai pakaian hitam dan diiringi dengan alat-alat muzik seperti gong, kulintang, gendang dan canang.

Tarian Liliput

Tarian Sayau Bagarus

Proses mendapatkan sagu ini telah mengilhamkan etnik Bisaya mencipta Tarian Sayau Bagarus. Tarian tersebut menunjukan 5 cara mereka mendapatkan sagu, iaitu menebang pokok rumbia, membuka kulit, mangarus, menginjak dan menyaring. Tarian ini terkenal dengan iringan muzik gong, kulintang dan canang. Etnik Bisaya juga mempunyai tariannya sendiri, iaitu Tarian Bubu yang biasanya dipersembahkan semasa upacara perkahwinan, pertunangan dan jamuan masuk rumah baru.

Bagi penganut Islam kaum Bisaya, upacara perkahwinan mereka telah dipengaruhi oleh ugama Islam selain dari elemen pakaian tradisi mereka. Banyak

perkara dianggap menyusahkan dalam proses perkahwinan etnik Bisaya seperti tempoh merisik tiga hari dan keluarga lelaki perlu tinggal cuci kawah selepas majlis.

Tempoh memberi kata putus selepas adat merisik dibuat menjadi petunjuk sama ada pihak perempuan sudi atau tidak menerima lelaki sebagai menantu. Jika dalam masa tiga hari keputusan dapat dibuat, tandanya mereka bersetuju tetapi jika sudah memasuki tempoh seminggu maka boleh dianggap lelaki itu tidak bernasib baik. Adat ini biasanya dilakukan sebagai satu peringkat awal sebelum peminangan secara rasmi dibuat dan perbincangan selanjutnya mengenai jumlah berian (hantaran) diputuskan. Etnik Bisaya juga tidak banyak bezanya dengan orang Melayu dalam menentukan jumlah hantaran.

Dahulu, hantaran kahwin tidak sampai RM1,000 tetapi kini sesiapa yang mahu berkahwin dengan gadis Bisaya perlu menyediakan paling kurang pun RM6,000 dan ada yang boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Faktor yang paling utama ialah taraf pendidikan,kedudukan dan kerjaya perempuan itu. Jika tidak bekerja, nilai hantarannya adalah kira-kira RM6,000. Wang hantaran pula biasanya perlu diserahkan semuanya sebulan sebelum majlis perkahwinan. menyarung cincin dan bertukar dulang hantaran. Ketika bertunang, cukup dengan

Pada zaman dahulu ada adat paling utama selepas majlis perkahwinan iaitu pasangan pengantin perlu tinggal selama tiga hari di rumah keluarga pihak perempuan sebelum ke rumah keluarga lelaki untuk tinggal pula di situ selama seminggu dan kemudian berpatah balik ke rumah perempuan untuk tiga hari lagi. Paling unik dalam adat perkahwinan etnik ini ialah penggunaan gulungan rokok daun yang perlu diselit di mulut pasangan pengantin sepanjang tempoh bersanding. Sehingga kini masih ada yang mengamalkan adat itu tetapi menggunakan rokok tembaga yang berukir cantik sebagai pengganti gulungan rokok daun.

Pelamin juga tidak ada dalam adat Bisaya kerana dulu pengantin hanya bersanding di atas kotak kayu yang dihias cantik. Konsep perkahwinan dalam

masyarakat ini agak ringkas dan tidak banyak berbeza dengan orang Melayu mungkin kerana mereka juga beragama Islam.

Etnik Bisaya juga mengamalkan sistem yang melindungi sesuatu ikatan perkahwinan dengan meletakkan syarat sekiranya berlaku perceraian yang berpunca daripada pihak wanita maka wang hantaran perlu dipulangkan sebanyak dua kali ganda. Namun jika lelaki yang meminta perceraian, wang hantaran dianggap hangus. Perubahan dalam adat perkahwinan masyarakat Bisaya antara lain adalah disebabkan berlaku perkahwinan campur dan perubahan zaman selain mengelakkan kos yang sangat tinggi jika kekal dengan cara lama.

Langkah bendul atau kataliban (berkahwin dengan adik sedangkan kakaknya belum berkahwin) dalam masyarakat Bisaya adalah sesuatu yang dianggap serius kerana sehingga hari ini. Pihak lelaki perlu membayar denda seperti sepersalinan

pakaian kepada kakak pengantin perempuan sekiranya berlaku sebegitu. Namun, kini nilai denda itu digantikan dengan duit di mana pengantin lelaki perlu membayar RM100 untuk seorang kakak.

Gotong-royong dilakukan sepenuhnya dalam perkahwinan Bisaya. Lebih unik, beberapa hari sebelum kenduri kahwin keluarga pihak lelaki perlu hadir di rumah bakal pengantin perempuan untuk membantu kerja persiapan. Sekiranya tidak hadir, denda akan dikenakan seperti tidak dibenarkan naik ke rumah ketika majlis perkahwinan.

Menambah keunikan majlis perkahwinan dalam adat Bisaya ialah tetamu tidak boleh makan selagi pengantin lelaki belum sampai. Majlis jamuan biasanya bermula selepas majlis persandingan dan dilakukan secara berhidang. Kerja cuci kawah dan mengemas sisa daging kerbau adalah kerja pengantin lelaki.

pakaian pengantin masyarakat Bisaya

Etnik Bisaya mempunyai persembahan badaup dan kulintangan, iaitu alat muzik yang digunakan ketika bagandang membabitkan beberapa jenis alat muzik seperti gong dan caklempong. Lagu rakyat yang masih dinyanyikan sebahagian orang Bisaya iaitu badaup yang dianggap paling popular menjadi irama yang dimainkan terutamanya dalam pesta menuai padi pada setiap kali tibanya musim atau hari keramaian seperti ketika menyambut Adau Janang Gayuh pada 15 Julai setiap tahun dan juga ketika mendodoi anak. Badaupdinyanyikan oleh wanita dan sehingga kini masih ada

kumpulan badaup bergerak aktif dalam masyarakat Bisaya. .

Bedaup

Kulintang

Selain muzik, Bisaya terkenal dengan pelbagai jenis permainan tradisi. seperti pulas jari (mitompulas), gusti kaki (mibinti) dan gusti tangan (miambit) yang menonjolkan imej kekuatan masyarakat itu sejak dulu. Kaum Bisaya mempunyai

kraftangan mereka sendiri yang berkaitan dengan kegunaan harian seperti menanam padi, mengangkat bahan-bahan harian, membuat sagu dan menangkap ikan. Antaranya bubu salihid, kalambigas dan lasok.

Etnisiti bermaksud rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnisiti kedua-dua kaum Baba Nyonya dan etnik Bisaya jelas dilihat melalui perkahwinan. Orang Peranakan atau kaum Baba Nyonya biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Begitu juga dengan etnik Bisaya tambahan lagi dengan adanya adat paling utama selepas majlis perkahwinan iaitu pasangan pengantin perlu tinggal selama tiga hari di rumah keluarga pihak perempuan sebelum ke rumah keluarga lelaki untuk tinggal pula di situ selama seminggu dan kemudian berpatah balik ke rumah perempuan untuk tiga hari lagi. Namun, generasi kini sudah mengamalkan perkahwinan campur di mana kaum atau etnik ini berkahwin dengan kaum atau etnik lain.

Prejudis tidak jelas dilihat dalam kedua-dua etnik dan kaum ini.

Prejudis

bermaksud pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka.

Streotaip pula bermaksud kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik atau gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik. Contoh streotaip ialah banyak perkara dianggap

menyusahkan dalam proses perkahwinan etnik Bisaya seperti tempoh merisik tiga hari dan keluarga lelaki perlu tinggal cuci kawah selepas majlis ( laporan Azrul Affandi Sobry dalam akhbar Berita Harian Online pada 12.10.2010). Manakala bagi kaum Baba Nyonya, lelaki kaya kaum Baba Nyonya paling menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri.

Perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata atau prasangka yang wujud di kalangan etnik disebut sebagai diskriminasi. Contoh diskriminasi yang wujud di kalangan etnik Bisaya ialah pemberian wang hantaran. Faktor yang paling utama penentu jumlah wang hantaran ialah taraf pendidikan,kedudukan dan kerjaya perempuan itu. Orang Peranakan atau kaum Baba Nyonya pula biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Diskriminasi kaum cukup jelas digambarkan dengan perbezaan darjat yang diambil kira dalam menentukan sesuatu perkahwinan dalam kaum Baba Nyonya ini.

You might also like