Professional Documents
Culture Documents
RESEPI MASAKAN ARAB - NASI MANDHI Posted on Wednesday, February 10 @ 18:11:34 PST by tokdalang Oleh matuse68 Bahan-Bahan Ayam: 1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran ) 2 biji bawang besar ~ dihiris bulat 2 biji lemon ~ dihiris bulat Garam Sedikit pewarna kuning Aluminium foil. Cara Penyediaan Ayam: 1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit. 2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi. 3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
RESEPI MASAKAN ARAB Nasi: 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan 3 camca besar minyak sapi 4 cawan air atau secukupnya 1 biji bawang besar ~ hiris halus 3 ulas bawang putih ~ hiris halus 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis 1/3 cwn kismis Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih Sedikit pewarna kuning Garam secukup rasa.
RESEPI MASAKAN ARAB Cara penyediaan: 1. Bersihkan ikan dan dibakar sehingga masak (kalau nak rebus ikan pun boleh, rebus dgn 1-2 keping asam keping, toskan) Kemudian asingkan tulang dan ditumbuk ssehingga halus. 2. Bahan2 yg dihiris halus digoreng tanpa minyak sehingga layu dan kering. Kemudian angkat dan ditumbuk halus. 3. Goreng pula kelapa sehingga perang (saya guna kelapa kering, ianya sudah halus. Tidak perlu lagi ditumbuk). 4. Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya. Kuah/Sambal Lemak: Bahan-bahan: 1 sudu besar cili kisar (nak pedas blh tambah lagi) 2 ulas bawang putih** 1 biji bawang besar** 1 cm halia** **Semua bahan dikisar/ditumbuk 2 batang serai ~ diketuk 1 keping asam keping/gelugur 1 sudu kecil belacan (kalau ada budu letaklah 2 sudu) 250ml santan Garam dan gula Minyak untuk menumis. Cara penyediaan: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, belacan dan masak sehingga cili betul2 masak. 2. Masukkan santan dan serai, kacau dan tunggu sehingga pecah minyak. 3. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa, masak lagi hingga sepekat mana kuah yg dikehendaki. Bahan Ulam: ~ Kacang panjang, kobis, timun, bunga kantan, daun kesum, taugeh atau ulam2an lain yg sesuai. ~ Makan bersama lauk seperti telur masin, ikan/ ayam celup tepung, kerepuk ikan dan lainlain lagi.
NASI ARAB Bahan 1 kg beras bathmati [basuh dan toskan 1.5 liter air 500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan] 1 tin kecil kacang peas 1 cawan kismis 3 biji cili merah 3 biji cili hijau 1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris 1 pokok daun ketumbar ] 3 s/b minyak 5 s/b minyak sapi 2 s/b serbuk jintan manis ] 1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air bawang goreng gula garam Bahan tumis 5 ulas bawang merah ] 3 ulas bawang putih ] mayang 1 labu bawang besar ] 3 cm halia ] 2 inci kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 2 s/k jintan manis 1 s/k jintan putih
RESEPI MASAKAN ARAB Cara 1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi. 2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata. 3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh. 4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa. 5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar. 6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori
AROZ MOFALFAL (NASI ARAB) Sumber: Ummi Sharifah Hasna Bahan-bahannya 3 cawan beras basmati 5 cawan air panas (mendidih) 2 ikat suun, digunting sepanjang 2 cm 4 sudu makan mentega garam secukup rasa Untuk Hiasan hirisan badam, digoreng sehingga kuning kismis, digoreng sekejap daun pudina Cara-caranya 1. Beras basmati dibilas bersih dan direndam selama 15 minit. Kemudian ditoskan. 2. Panaskan mentega dalam periuk (D menggunakan periuk rice cooker) dengan api yang sederhana perlahan. Masukkan suun yang telah digunting tadi. Dan gaul sehingga suun bertukar kepada warna kecoklatan. 3. Masukkan air panas dan garam dan biarkan ia mendidih. 4. Masukkan pula beras dan biar airnya kering sedikit. 5. Bila airnya telah mula kering, terus alihkan periuk rice cooker kedalam rice cooker dan biarkan nasi tersebut tanak dengan sempurna. 6. Bila telah tanak nasinya gaul rata. Sedia untuk dihidangkan dan boleh taburkan dengan hirisan badam dan kismis goreng. NOTA D: D menggunakan beras basmati jenama Anakali. Beras basmati ini berbeza dari segi jenama dan penggunaan airnya jadi kena pandai kita agakkan ya. Beras basmati ini juga kuat penggunaan garamnya. Kalau masukkan sikit mungkin tak berapa terasa, jadi pandailah agak penggunaan garamnya. Bila goreng badam dan kismis tu gunakan api perlahan jadi tak cepat hangus.
RESEPI MASAKAN ARAB Saya suka buat sambal menggunakkan banyak bawang dan sambal tumis ni mengikut cara yang biasa saya masak. 150 g ikan bilis 2 biji bawang besar ~ dihiris 2 biji bawang besar** 5 ulas bawang putih** 20 tangkai lebih atau kurang cili kering ~ rebus, basuh dan toskan airnya** Sedikit belacan (secukupnya)** Air asam jawa secukupnya Garam dan gula Air secukupnya untuk kuah Minyak untuk menumis. ** Goreng bahan ** sehingga masak dan kemudian kisar sehingga hancur, jadikan pes. Cara penyediaan: 1. Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan minyak. 2. Masak semula pes bawang yang telah dibuat tadi sehingga naik/terbit minyak. 3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 4. Masukkan hirisan bawang besar dan air untuk kuah secukupnya. 5. Apabila bawang telah masak, matikan api dan masukkan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata ikan bilis dan bolehlah diangkat.
Cara penyediaan: 10
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi. 2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar. 3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula. 4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak. 5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur. Sos: ~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.
11
Vermicelli Rice
Bahan-bahan: 1 cawan vermicelli 2 cawan beras ( saya guna basmathi) ~ basuh dan toskan 4 cawan atau secukupnya air 1 sudu kecil atau secukupnya garam 5 sudu besar minyak Cara penyediaan: 1. Panaskan minyak dan goreng vermicelli sehingga kuning keemasan. 2. Masukkan vermicelli yang telah digoreng ke dalam periuk(rice cooker). Kemudian masukkan beras, garam dan air. Kacau rata. 3. Masak/tanak nasi seperti memasak nasi biasa.
12
13
14
NASI ASWAN (Resepi Chef Asmah Laili) Sumber : Aidah copy kak ummizaihadi yg sambut besday hari ni Bahan-Bahan: (yang bertanda * dalam column tu, sukatan bahan ikut 2 cawan beras) 1 kilo beras Basmati (cuci bersih dan rendam selama 10 minit) Air mengikut paras beras (* akak masak 2 cawan beras, airnya letak 3 cawan) 1 ekor ayam - potong ikut suka (*4 ketul ayam) 5 biji bawang besar - potong dadu (*akak guna 1 biji bawang besar) 8 ulas bwg putih - dicincang (*akak letak 2 ulas) 2 jari halia muda - dihiris (* akak letak 2 cm) 10 biji tomato segar - dipotong dadu (*akak kisar 2 biji tomato sederhana) 1 tin kecil tomato puree (*akak letak 2 sudu besar) 10 biji buah pelaga -dipecahkan (*2 biji) 5 kuntum bunga cengkih (*2 kuntum) 5 cm kayu manis (* 1 inci ) 1 sudu teh serbuk lada putih (*1/4 sudu teh/secubit dua) 1 cawan minyak conola - (*akak guna 2 sb. butter) 1/2 cawan hirisan daun ketumbar (* akak x hiris pun, letak je 2 3 btg gitu) 1/2 caw daun pudina (* 1 sudu besar ) garam secukup rasa 1/2 cawan bawang goreng 1/2 caw hirisan badam goreng (* akak x letak, ganti raisins) 1/2 caw gajus goreng (*akak x letak pun)
Cara-Cara:Dalam periuk (bukan rice cooker), panaskan minyak/butter, tumiskan cengkih, pelaga dan
15
RESEPI MASAKAN ARAB kulit kayu manis hingga naik aromanya. Masukkan bahan2 dadu dan masaklah selama 5 - 10 minit.3. Kemudian masukkan ayam, tomato puree, garam, lada putih , daun ketumbar dan daun pudina. (*akak letak daun ketumbar dan daun pudina, selepas ayam betul2 masak) Gaul rata hingga ayamnya 3/4 masak. (sy tambah sedikit air kerana kuahnya agak pekat). Keluarkan sosnya dan ketepikan untuk dimasukkan semula dalam nasi nanti. Tinggalkan sedikit dan masak lagi ayam hingga empuk. Tuangkan beras ke dalam periuk eletrik (rice cooker). Tuangkan air ikut sukatan, masukkan sekali sos yg dikeluarkan tadi dan kacau rata. Masukkan garam dan tanak nasi sehingga masak
16
17
RESEPI MASAKAN ARAB 50g kacang badam yg dihiris nipis(almond flakes) 2 sudubesar kismis bawang goreng Caranya: Bagi memudahkan memasakkan daging tulang supaya lembut, gunakan pressure cooker. 1.Tumis semua bahan tumis hingga wangi, kemudian masukkan rempah kurma yang dicampur dengan sedikit air.Masak sehingga naik minyak. 2.Kemudian masukkan daging, garam, susu, dan tomato bersama air melepasi daging. Tutupkan periuk, dan masak sehinggan daging lembut, lebih kurang 20 minit. 3. Hilangkan pressure dahulu kemudian masukkan beras dan air secukupnya. Biarkan sehingga nasi kering,dan masukkan kacang, daun ketumbar dan kismis.tutup periuk, dan masak lagi hingga nasi betul2 masak dengan api yg perlahan. 4. Hiaskan dengan bawang goreng. Boleh dimakan dengan air asam tomato dan juga lauk kesukaan anda... NaK makan nasi ni bersama dengan ayam kicap madu, ayam goreng rempah, air asam tomato,dan salad mediterenean.
18
19
RESEPI MASAKAN ARAB Cara: -Masukkan beras ke dalam periuk selapis demi selapis bermula dengan beras, ayam, beras, sayur selapis selapis hingga habis. -Masukkan air rebusan ayam. (saya sukat 3cawan beras=5cawan air rebusan, kalau tak cukup air rebusan tu, tambah dengan air biasa) -Masak nasi tersebut seperti biasa * apabila masak, bolehlah terlangkupkan periuk nasi ke atas dulang besar so that kita akan nampak ayam kat bawah tadi akan berada di bahagian atas. Biasa kan org arab suka makan nasi dalam dulang, so diorg akan makan dalam dulang begitu bersama 2-3org lain. Tapi disebabkan rumah saya tiada dulang bulat, maka saya tak terlangkupkan nasi itu. Cedok gitu jer dari periuk. Tapi kene hati2 masa cedok, takut hancur ayam dan sayur dalam nasi tu. Bolehlaa dimakan bersama Sos seperti resepi sos bersama nasi mandhi tu.
20
NASI ARAB BEREMPAH Bahan-bahan: 4 pot beras basmathi - cuci dan rendam, cukup untuk a family of 4, sampai dinner sekali. 3 camb minyak sapi 1 inci halia - dikisar 2 ulas bawang putih - dikisar 1 biji bawang besar - dikisar 2 kuntum bunga lawang 3-4 biji buah pelaga 1 inci kulit kayu manis 1 camt lada hitam sedikit saffron 1 tangkai daun ketumbar - dihiris 1 biji tomato - didadu 1 tin susu cair 2 kiub ayam - saya pakai knorr 5-6 ketul ayam Air - sama banyak dengan sukatan beras Secubit garam Dijadikan pes: 1 camt serbuk jintan manis 1 camt serbuk jintan putih 1 camt serbuk ketumbar 1 camb rempah kurma 1 camb rempah beriani 1 camb rempah opor
21
RESEPI MASAKAN ARAB Cara-caranya: 1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bahan kisar (bawang dan halia), dan rempah wangi (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan lada hitam) hingga garing dan wangi. 2. Masukkan pes rempah dan ditumis lagi hingga garing. 3. Masukkan ayam yang dipotong dan tambahkan air. Masukkan kuib ayam dan renehkan hingga ayam masak. 4. Bila ayam dah masak, masukkan beras, saffron, susu cair, garam, daun ketumbar dan tomato dadu. Tanak hingga masak. 5. Bila nasi dah kering, terbalikkan nasi supaya tidak melekat antara satu sama lain dan berada dalam keadaan lerai. 6. Hidangkan nasi arab dengan lauk pilihan. Saya makan dengan gulai darat daging batang pinang atau apa-apa saja lauk kegemaran. Kalau tak suka letak ayam dalam nasi arab boleh juga diletak daging. Selalunya orang arab meletak daging. Posted by Mieza Labels: NASI
22
Bahan-Bahan: 1 biji bawang besar atau 3 biji bawang kecil 3 ulas bawang putih 8 biji tomato masak yg hingga lembek diblender dengan air sehingga hancur (1 jag blender sja.) 5 biji kentang dipotong besar besar 4 batang carrot dipotong dadu 2 sdt lada hitam 1 ekor ayam dipotong 8 atau 1 kg daging dipotong besar besar di goreng 5 menit dan diberi garam secukupnya Cara membuat : Tumis bawang putih dan merah sehingga kekuningan Masukan tomat yang telah diblender Biarkan mendidih sebentar, kemudian masukan kentang dan carrot. setelah hampir matang masukan ayam dan tutup sebentar, hingga kentang betul betul matang. Kemudian masukan lada hitam dan garam secukupnya biarkan sebentar lalu matikan api. Siap untuk dihidangkan dengan nasi arab dua warna. Tambahan: Masakan ini boleh dibuat tanpa menggunakan ayam atau daging.
23
RESEPI NASI PILAF Bahan-Bahannya:1 kg beras Basmathi, rendam 30 minit dan toskan 200 g mentega berkualiti tinggi (SCS atau Golden Churn)-akak guna mentega anchor 1 batang kayu manis 2 kuntum bunga lawang 4 kuntum bunga cengkih 2 helai daun pandan, disimpul 2 biji bawang besar, cincang halus 1 inci halia, diketuk (resipi asal tak letak) 1/2 cawan kismis kuning-tak letak Sedikit garam 1/2 cawan daun pudina 1/2 cawan daun ketumbar (mat tak letak) 1/2 cawan bawang goreng Air secukupnya
Cara membuatnya:-
24
RESEPI MASAKAN ARAB 1. Panaskan mentega dalam periuk hingga cair. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan daun pandan hingga wangi. Masukkan bawang besar cincang dan halia. Goreng hingga layu. Masukkan beras dan goreng beras dengan bahan2 lain. Gaul perlahan2 untuk mengelakkan beras patah2. 2. Kemudian, alihkan bahan2 tadi ke dalam periuk nasi elektrik, tuang air secukupnya (mat guna anggaran 1 nisbah 1.3...contohnya kalau beras 1 cawan, air dia 1 1/3 cawan) dan masukkan garam, gaul rata dan masak seperti biasa. 3. Bila nasi kering, taburkan kismis dan semua jenis daun2 dan bawang goreng. Biar nasi tanak betul. Gaul perlahan menggunakan chop stick untuk mengelakkan nasi patah2. Hidang bersama lauk kegemeran masing2..
25
NASI BERIANI ARAB SELERA Bahan-bahan:Beras Basmathi Ayam Perencah beriani Arab Air Kismis Daun ketumbar Buah tomato Cili besar/merah bawang goreng dan sedikit badam jika suka. Cara memasak:1. Panaskan sepeket perencah beriani Arab dan masukkan 200gm ayam atau daging cincang.Masak selama 3 minit. 2. Masukkan 4 cawan (800ml) air bersama 3 cawan beras Basmathi yg telah dicuci dan masak nasi sehingga separuh masak. 3. Apabila nasi hampir masak,masukkan 2 biji tomato yg telah dipotong empat,2 biji cili besar/merah yg telah dipotong memanjang serta kismis.tambahkan sedikit garam. 4. Setelah nasi masak,gaulkan nasi tadi bersama setangkai daun ketumbar. 5. Hidangan ini sesuai dimakan bersama gulai kawah,gulai kurma atau kerutuk. Tips:- Untuk hiasan hidangan nasi ditabur badam dan bawang goreng.
26
Bahan-bahan: 500 gram tepung roti 1 sudu teh garam 25 gram gula halus 25 gram marjerin 5 gram pemantap roti (bread improver) 5 gram pelembut roti (bread softener) 10 gram yis segera 250-280 ml air suam Cara membuatnya: Gaul sebati tepung bersama garam dan gula halus. Masukkan marjerin bersama pemantap roti dan pelembut roti. Gaul lagi. Masukkan yis dan air sedikit demi sedikit. Uli selama 10 minit. Biarkan adunan kenyal dan tutup dengan tuala kering selama 10 minit lagi. Uli semula adunan dan bahagikan beberapa bahagian seberat 120 gram. Bentukkan bulat-bulat dan tutup dengan kain kering selama 10 minit lagi. Canaikan doh setebal 2 cm dan letakkan ke dalam loyang pembakar yang telah dioles rata dengan mentega. Bakar pada suhu 210 c selama 20 minit atau sehingga masak. Jika mahu keperangan di atasnya, bakar seketika. Sapukan mentega di atasnya untuk kelihatan cantik berkilat.
27
Roti Arab Bahan-bahan 2 sudu besar mentega 2 sudu besar minyak masak 2 sudu besar gula 300 ml air suam 6 g yis 500g tepung gandum Cara-cara 1. Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam 2. tepung di gaul dengan yis 3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental 4. Perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup 5. Uli semula dan buat bulat-bulat dalam 18 biji 6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm 7. panaskan minyak dan goreng sebiji-sebiji, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan. 8. Sedia untuk dihidangkan. Saiz hidangan : 10 orang 28
Bahan A: 250 ml dadih asli 2 camca teh perahan limau susu 1 biji bawang merah - cincang halus 4 ulas bawang putih - cincang halus 1/2 sudu teh sos Tabasco 1 sudu teh cuka 1/2 sudu teh serbuk cili 1/2 sudu teh serbuk lada hitam Garam secukup rasa 600 gram daging - hiris nipis Bahan sos: 200 ml tahini 2 ulas bawang putih - cincang halus 2 sudu teh perahan limau susu 2 sudu teh parsli cincang 125 ml air Bahan sampingan: 8 keping roti pita Hirisan tomato 1 biji bawang besar - dihiris 2 helai daun salad
29
RESEPI MASAKAN ARAB Cara penyediaan: 1) Satukan kesemua bahan A kecuali daging. Kacau hingga rata. 2) Masukkan daging, gaul rata dan perap selama 1/2 hari. Gaul sekali sekala. 3) Panggand daging hingga masak. Angkat dan ketepikan. 4) Untuk sos, satukan kesemua bahan sos kecuali sos tahini dan kacau rata. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat. 5) Sapu sos tahini pada roti pita. Isikan roti pita dengan daging yang telah dipanggang persama bahan sampingan. Sedia untuk dihidangkan.
30
Bahan-bahan: Kertas timah secukupnya 250 gram doh filo (pastry pembalut inti) 180 gram mentega, cairkan dan dibiar sejuk 90 gram kacang walnut dipanggang dan dikisar halus. 40 gram gula halus 1 camca besar serbuk kayu manis Bahan sirap: 230 gram gula pasir 150 ml air 2 sudu teh jus limau susu 1 sudu teh air mawar Cara membuatnya: Alas tin pembakar berukuran 25 cm dengan kertas timah. Oleskan sedikit mentega cair. Susun separuh filo di dalam tin pembakar (hanya potong 2 kepingan filo) Satukan walnut bersama gula dan serbuk kayu manis. Ratakan di atas filo. Atur baki filo di atasnya. Guna pisau tajam untuk potong adunan berbentuk. Tuang mentega cair di atasnya. Bakar pada suhu 175 c selama 45 minit. Ketika masih panas, tuangkan sirap. Untuk membuat sirap, didihkan semua bahan sirap kecuali air mawar. Kacau sekali sekala. Biarkan bancuhan likat dan tuangkan air mawar. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
31
Shawarma
Roti arab.. roti untuk shawarma.. Ini satu lagi resepi yg dah lama i buat tapi belum sempat nak post ...i buat resepi ni berdasarkan ape yg i tgk org buat kat kedai2 yg jual shawarma masa kat riyadh dan abu dhabi ni.... tapi bahan2 utk marinade ayam tu, i buat sendiri..cubalah... Bahan-Bahan utama: Roti arab Daging ayam yg dipanggang (seelok2nya bahagian dada) ~ dihiris Rempah shawarma (kalau tak ada, gantikan dgn serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan garam masalah-mixed spice) Sedikit yogurt 1 ulas bawang putih ~ ditumbuk 1 sudu minyak zaitun (kalau tak ada minyak masak biasa je) Garam, sedikit stok ayam dan serbuk lada hitam secukup rasa Bawang besar ~ dihiris Tomato ~ dihiris Timun ~ dihiris French fries Mayonis Cili sos
32
Cara menyediakan ayam: Ayam diperap dgn rempah shawarma,yogurt,bawang putih,minyak zaitun,serbuk lada hitam dan garam. Peraplah selama 4jam ataupun utk lebih sedap semalaman. Panggang ayam tersebut sehingga masak. Cara menyediakan shawarma: Roti disapu dgn mayonis. Kemudian letaklah hirisan ayam, bawang, tomato, french fries dan timun. Kalau nak pedas boleh ditambah cili sos. Gulungkan..Sedia dihidang..
33
Bahan: Minyak goreng Kulit: 250 g tepung terigu 50 ml air 1 butir telur ayam, kocok 1 sdm mentega, lelehkan Isi: 1 sdm mentega 75 g bawang Bombay, cincang 1 batang daun bawang, iris halus 200 g daging kambing cincang Haluskan: 3 cm kunyit 1 siung bawang putih 2 cm jahe 1 sdt garam
34
Cara membuat: # Kulit: Campur dan aduk semua bahan menjadi satu. Uleni hingga adonan kalis. # Diamkan selama 30 menit. # Gilas adonan hingga tipis. Potong ukuran 77 cm. Sisihkan. # Isi: Panaskan mentega hingga leleh. # Tumis bawang Bombay, daun bawang dan bumbu halus hingga harum. # Masukkan daging kambing, aduk hingga berubah warna dan kering. Angkat. Dinginkan. # Isi tiap potongan adonan dengan 1 sdm adonan isi. Lipat bentuk segitiga. Tekan-tekan kelilingnya hingga rapat. # Goreng dalam minyak panas di atas api sedang hingga kuning kecokelatan. # Angkat dan tiriskan.
35
Resepi Lasagna
10:29 PM admin Bahan-bahan: Kepingan lasagna secukupnya Parutan keju mozarella secukupnya Buah zaitun (slide) Bahan inti: 450g daging kisar 2 biji bawang besar (potong dadu) 3 ulas bawang putih (ditumbuk halus) 2 helai bay leaf 1 sudu teh serbuk lada hitam 3 biji buah tomato (potong dadu) 1 sudu rempah kari daging 5 sudu tomato puri 1 tin cendawan butang (dihiris nipis) garam dan gula secukup rasa 1 sudu teh mixed herbs Bahan white sauce: 600ml susu segar 3 sudu tepung jagung 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 36
RESEPI MASAKAN ARAB 3 sudu mentega sedikit mozarella Cara menyediakan inti daging: 1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk, tomato puri hingga wangi. 2. Masukkan rempah kari, bawang besar, bay leaf, dan gaul rata. 3. Masukkan daging cincang dan masak hingga berubah warna. 4. Masukkan buah tomato bersama lada hitam. Masak hingga mendidih. 5. Masukkan mixed herbs, gaul rata. 6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa, masak hingga kering tapi masih lembap. 7. Angkat dan sejukkan. Cara menyediakan white sauce: 1. Masukkan mentega dalam periuk kecil dan cairkannya. 2. Masukkan susu segar, tepung jagung dan kacau sebati. 3. Masukan secubit garam, gaul hingga bancuhan menjadi pekat. Angkat dan ketepikan. Cara menyediakan lasagna: 1. Sudu dan ratakan inti daging, tabur sedikit parutan keju mozarella. 2. Alaskan lagi dengan kepingan lasagna dan sapukan white sauce. 3. Lapiskan lagi dengan kepingan lasagna dan ratakan dengan inti daging. 4. Buat hingga siap dan lapisan akhir diakhiri dengan baki inti daging dan ditabur buah zaitun dan keju mozarella. 7. Bakar dalam oven pada suhu 150 degrees celcius, 30-35 min. Boleh dihidang panas atau suam.
37
SHABSYUKKA Ada orang panggil syabsyukka. Nak senang panggil je daging arab. Sumber : http://kucingorengemok.blogspot.com/Lee Lin (kucingorengemok) Masaknya: 2 paket daging cincang (MaDiHaA guna daging kisar ramlee je) 2 biji bawang bombay - hiris 5 ulas bawang putih - hiris lada sulah yang banyak [sampai kau tak percaya kau letak banyak tu, baru berhenti curah] - heheh, saya guna 1/2 botol, rasanya dalam 25g - rajin ke pulak nak timbang lada sulah? minyak sapi kacang pis - guna mix vege aje tomato telur hiasan- bawang goreng dan daun saderi - tak letak pun Cara2 1- Perap daging, bawang dan lada sulah sekurangnya 1-2 jam. (MaDiHaA perap semalaman dlm peti ais rak tengah) 2- Panaskan minyak sapi dan [kutip bawang besar dalam daging tadi dan] tumis bawang, kemudian masukkan daging. Kacau hingga 3/4 masak. Jangan lupa letak garam. 3- Toskan ala kadar, pindahkan ke bekas pyrex (loyang pun boleh). 4- Buat lubang dan pecahkan telur ke dalamnya. 5- Susun tomato dan tabur kacang pis. 6- Bakar hingga telur masak. Tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi. 7- Sedap hidangkan panas, makan dengan roti atau nasi putih.
38
Bahan-bahan
1 kg daging di potong nipis-nipis 4 sudu besar minyak masak 1 biji bawang besar dimayang 6 ulas bawang putih dimayang 1 liter santan 50g tomato puri Garam secukup rasa
Untuk Dikisar
5 biji tomato 300g bawang merah 100g bijan sudu teh jintan putih sudu teh jintan manis sudu teh lada sulah 1cm halia 2cm kunyit hidup
39
Langkah-Langkah 1. Perapkan daging bersama bahan yang telah dikisar selama sejam. 2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau. 3. Masukkan daging (di atas api yang perlahan hingga kering airnya) 4. Tuangkan santan, biarkan mendidih perlahan-lahan(dikacau selalu), sehingga kuah menjadi pekat dan daging menjadi empuk. 5. Masukkan tomato puri dan garam secukup rasa, biarkan mendidih, sedia untuk dihidang.
40
RESEPI ARAB -BAMIAH Bahan-Bahan 500 gm daging kambing/lembu (dipotong ikut citarasa anda) 120 gm minyak sapi 1 tin kecil susu cair (susu sejat) Bahan Kisar: 10 biji buah gajus/badam (kisar halus)* 2 sudu makan ketumbar* } 1 sudu makan jintan kasar*} 1 sudu kecil jintan halus* } ........disangai sebentar dan kisar halus 6 ulas bawang merah* } 4 ulas bawang putih* } 3 cm halia* } .........kisar halus dgn sedikit air 1 sudu kecil serbuk lada putih* Satukan bahan-bahan kisar* 300 gm bendi (dibersihkan dan dibelah tapi jgn putus) 3 biji bawang besar (dipotong dadu) 3 sudu makan sos tomato sedikit daun ketumbar 2 biji tomato (dibelah dua) garam secukup rasa secubit serbuk perasa (optional) Cara Memasak: Panaskan minyak sapi dan goreng bendi sebentar. Ketepikan. Dengan lebihan minyak itu, tumislah bahan-bahan kisar * hingga garing. Kemudian, masukkanlah daging yg telah dipotong tadi bersama-sama bawang dadu, garam & perasa (optional). Setelah itu, masukkan 2-3 cawan air. Kacau rata dan biarkan hingga daging 3/4 masak. Setelah daging hampir empuk, masukkan susu sejat dan sedikit air lagi lalu biarkan mendidih. Setelah
41
RESEPI MASAKAN ARAB daging empuk, masukkan sos tomato, daun ketumbar, dan tomato. Kacau sebentar sebelum dimatikan api.
Kalau bosan dengan satai dan gulai kambing, Anda bisa coba mengolah daging kambing dengan bumbu Timur Tengah ini. Kecuali dijamin rasanya empuk, aroma bumbunya sangat harum. Enak dimakan panas dengan sambal kecap rawit. Bahan: 500 g daging kambing cincang 2 lembar roti tawar, rendam dalam air hingga lunak, peras 5 butir bawang merah, parut halus 4 siung bawang putih, parut halus 2 sdt ketumbar bubuk 1/4 sdt adas manis bubuk 1/2 sdt jintan bubuk 1/2 sdt kunyit bubuk 1/2 sdt merica hitam bubuk 1 butir telur ayam 1 sdt garam 6 sdm minyak samin/mentega tusuk satai
42
AYAM MASAK MADU SYA Sumber : Kak Lynn Recipe2u BAHAN-BAHAN: 1/2 ekor ayam garam kunyit 1 sudu rempah kari ayam 3 ulas bawang putih 1 inch halia bawang besar - (Ayu potong bulat) cili kering - (Ayu guna 4 sudu besar cili kisar) madu - (Ayu guna 3 sudu besar) gula merah - (Ayu guna 2 sudu besar) sos/tomato puree - (Ayu guna 3 sudu besar tomato puri) air CARA-CARA: 1. Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari. 2. Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan. 3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak. 4. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing,
43
RESEPI MASAKAN ARAB tunggu kuah pekat baru masukkan ayam. 5. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.
Resepi Khudhar (Masakan Arab) Posted on Sunday, September 26 @ 12:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori Oleh: matuse68 "Bahan-bahan: 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 8 biji tomato masak - dikisar 5 biji kentang dipotong besar besar 4 batang carrot dipotong dadu 2 sudu teh lada hitam 1 ekor ayam dipotong 8 atau 1 kg daging dipotong besar besar - digoreng 5 minit Garam secukup rasa Mixed herbs Cara menyediakan: 1. Tumis bawang putih dan merah sehingga kekuningan 2. Masukan tomato yang telah dikisar, biarkan mendidih seketika masukan kentang dan carrot setelah hampir empuk masukan ayam tutup periuk reneh seketika sehingga kentang betul betul empuk masukan lada hitam, mixed herbs dan garam secukup rasa biarkan seketika tutup api. 3. Siap untuk dihidangkan dengan nasi arab dua warna atau roti."
44
TELUR MENEMEN (MASAKAN ARAB MESIR) BAHAN2: bawang besar potong dadu telur 4 biji ( pecahkan dalam bkeas n kacau rata) tomato 1 biji (potong dadu) timun 1/2 biji (potong dadu) serbuk paprika serbuk oregano (ummi pakai mixed spices yg ada semua - bay leaf, theme, dll) serbuk lada hitam ( ummi kisar sendiri) garam minyak (ummi pakai minyak zaitun) CARA2NYA: -Panaskan kuali. masukkan minyak. - setelah minyak panas, masukkan bawang besar. goreng sebentar n bila agak kekuningan masukkan telur n kacau rata. telur tu hancur xpe. - masukkan serbuk paprika, oregano, lada hitam n garam secukup rasa. - kacau rata lg. - last sekali, baru masukkan sayuran yg telah dipotong dadu. kacau rata. - sedap dihidangkan panas2 bersama roti garlic.
45
46
RESEPI MASAKAN ARAB 5. Gaulkan Burghul bersama salad dan letaklah sos salad, gaul rata.
Salad Arab
Bahan2 1/2 biji timun dipotong dadu 1/2 biji bawang besar dihiris kasar 1 biji tomato dipotong kiub sedikit daun ketumbar dihiris 1 sudu makan jus lemon 1 sudu makan minyak zaiton Cara memasak 1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk dan gaul perlahan -lahan 2. Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia utk dihidangkan
47
48
RESEPI SALAD AYAM Bahan-bahannya: 300 gram isi ayam 5 kumtum bunga kubis 6 tangkai kacang panjang 1 labu bawang besar 1 tangkai cili merah 3 sudu besar mayonis Cara-caranya: Panaskan air terlebih dahulu biarkan sehingga mendidih. Masukkan ayam,rebuskan sehingga masak,ketepikan. Masukkan kacang panjang dan kobis bunga,jangan terlalu lama.
49
RESEPI MASAKAN ARAB Satukan kacang panjang,kobis bunga dan ayam,gaulkan dengan mayonis. Gaulkan juga bawang dan hirisan lada besar sehingga mesra. Read more: http://cikmin.com/2010/08/salad-ayam/#ixzz1FQGghrnA
1/2 biji Kubis carrot setengah batang 1 biji tomato 1 Buah - pear/ apple / ape shj yang anda gemari 1/2 kotak kecil kismis 1 labu bawang besar sedikit black paper 1 sb mayonis (low fat) 1 sk serbuk cili
Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. 6. Potong kubis (Suke ati nak potong segi empat, panjang2) tapi pastikan ia halus Carrot diparut Tomato dipotong dadu Buah dipotong segi empat, jangan terlalu tebal Bawang dipotong halus/ dadu Masukkan serbuk cili, black paper dan mayonis kedalam satu bekas yang besar (untuk memudahkan proses menggaulnya)
50
RESEPI MASAKAN ARAB 7. Setelah siap dipotong, masukkan dalam satu bekas dan gaulkan bersama dengan mayonis, blackpaper dan sedikit serbuk cili sehingga sebati 8. Siap untuk dihidangkan. Selamat Mencuba
1/2 kilo daging kambing - di potong kecil,cuci dan toskan 2 tin besar Baked Beans in tomato sauce 10 tangkai cili kering * (lebihkan jika suka pedas) 1 biji bawang besar * 4 ulas bawang putih * 1/2 jari halia * minyak sapi secukupnya beberapa keping telur mata lembu roti putih atau roti perancis garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1. Kisar bahan2 bertanda* hingga halus. 2. Di dlm kuali, panaskan 3 sb minyak sapi dan goreng daging hingga empuk.Angkat dan ketepikan. 3. Panaskan lagi secukup minyak sapi dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.Masukkan daging goreng tadi dan gaul rata. 4. Masukkan Baked Beans dgn sosnye sekali dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.Kacau supaya sebati dan masak lagi 10-15 min di atas api yg kecil.Kacau sekali2,supaya dasarnya tk hangit.
51
RESEPI MASAKAN ARAB 5. Hidangkan Bokhara dgn telur mata lembu dan sedap dimakan dgn roti. 6. Bagi yg tidak sesuai dgn minyak sapi dan daging kambing,boleh gantikan dgn minyak masak dan daging lembu.
IMAM BALADI BAHAN-BAHAN: 420 gm terung bulat 6 camca besar minyak zaitun 1 biji bawang besar, dihiris 3 ulas bawang putih, dicincang 1 camca teh serbuk jintan putih 1/2 camca teh serbuk kayu manis Garam, gula secukupnya 1 camca teh serbuk red pepper 20 gm hirisan parsli 16 gm hirisan daun pudina 30 gm serbuk walnat 200 ml jus epal tanpa gula 1 camca teh gula perang Cara membuatnya 1. Kupas terung. Potong setebal 2 cm. Taburkan garam dan biar 20 minit. 2. Panaskan minyak zaitun. Goreng terung atas api sederhana hingga keperangan. 3. Angkat dan sejatkan minyaknya. 4. Keluarkan separuh minyak, tumis bawang hingga keemasan. 5. Masukkan bawang putih dan kacau.
52
RESEPI MASAKAN ARAB 6. Bubuh pula jintan, kayu manis, garam, serbuk red pepper, parsli dan daun pudina. 7. Kacau 2 minit lagi. Campurkan walnat, jus epal dan gula. 8. Bila mendidih, masukkan terung. Kacau sekali-sekala hingga terung lembut. 9. Bubuh ke dalam pinggan. Hias dengan pasli dan pudina. * Serbuk red pepper tidak sehalus serbuk cili. Kalau tiada, boleh digantikan dengan serbuk cili tapi gunakan mengikut citarasa pedas. November 15, 2007 6:16 PM
RESEPI MASAKAN ARAB rata. 6. Gaulkan dengan semua bahan lain. Hidangkan dengan ayam panggang. Nota : Dapatkan kuskus yang boleh disediakan dalam masa 4 minit. Jika tiada, ikut arahan pada paket. Resipi dari MASAKAN ARAB terbitan Alaf 21.
6 -7 tin kacang phool/ medames foul/ fava beans, 4 tin blender kasar + 3 tin diramas supaya ia sedikit berbiji-biji 1 tin kacang kuda/ garbanzo beans 5 sudu makan minyak sayuran 3 sudu makan rempah kari daging babas 1 sudu makan serbuk lada putih 200 gram daging cincang, digoreng tanpa minyak #Bahan untuk kisar# 1 sudu makan jintan halus 1/2 sudu makan jintan kasar 2 biji bawang besar 1 inci halia 4 biji bawang putih 1 cawan lada kering kisar #Bahan Hiasan# 6 biji telur, digoreng buat mata lembu setengah masak 2 biji bawang besar, didadu 4 batang lada hijau, dipotong serong 20 sen limau kasturi
54
Cara-cara
1. Panaskan minyak sayuran, tumis lada kering kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga ia naik bau. Masukkan rempah kari daging, serbuk lada putih, daging cincang, kacang phool yang telah diblender kasar dan juga diramas dan kacang kuda. Masukkan garam dan ajinamoto (jika suka). Kalau terlalu pekat boleh tambah sedikit air. Jangan terlalu banyak nanti cair tak sedap. Bila sudah mendidih, sudah sedia untuk dihidangkan. 2. Cara Menghidang Sendukkan kacang phool kedalam pinggan. Ambil satu sudu makan minyak sapi yang telah dicairkan tuangkan atas kacang phool. Ini untuk membangkitkan dan juga menyedapkan kacang phool. Taburkan sedikit bawang yang telah didadu, hirisan cili hijau dan sebutir telur goreng. Limau kasturi letakkan ditepi. Sesuai dihidangkan dengan roti perancis.
55
Bola-bola daging khas Timur Tengah ini biasa disajikan untuk hidangan pembuka. Yang unik, isinya dari daging cincang yang diberi pine nuts sehingga sangat gurih rasanya. Nikmati selagi hangat agar makin gurih rasanya. Bahan: Adonan Daging: 250 g daging sapi atau kambing tanpa lemak cincang 50 g bawang Bombay, cincang 250 g burgul (bourgul/chipped wheat) 15 g daun mint cincang garam Arabic spices *) jintan bubuk merica hitam bubuk Isi: 25 g mentega 50 g bawang Bombay cincang 100 g daging kambing/sapi cincang 15 g pine nuts
56
RESEPI MASAKAN ARAB garam Arabic spices Minyak jagung untuk menggoreng
Cara Membuat: # Isi: Tumis bawang Bombay hingga layu. # Masukkan daging dan pine nuts, aduk hingga kering. # Tambahkan garam dan bumbu. Aduk rata. Angkat dan dinginkan. # Rendam burgul dengan air hingga mengembang. # Campur dengan semua bahan menjadi satu. Proses dengan penggiling daging sebanyak dua kali sampai halus benar. # Bentuk adonan menjadi bulatan sebesar bola pingpong. # Tusuk tengahnya dengan telunjuk hingga berlubang sambil putar-putar hingga membentuk contong yang agak tipis pinggirnya. # Isi dengan 1 sdt adonan Isi lalu tutup dan bentuk menjadi bulatan yang runcing kedua sisinya. # Goreng dalam minyak panas dan banyak hingga kuning kecokelatan. # Angkat dan tiriskan. Sajikan hangat. Untuk 12 buah *) Arabic Spices, campuran rempah khas Arab dengan aroma khas. Dapat dibeli di pasar swalayan atau pasar tradisional di bagian bumbu atau rempah.
57
D'HUMMUS Bahan-bahannya 3 tin kacang kuda (dalam tin) 1/4 cawan air 1/3 cawan jus lemon 1/4 cawan tahini (pes bijan) 2 ulas bawang putih 1 sudu besar minyak zaitun garam secukup rasa Bahan untuk hiasan minyak zaitun serbuk paprika daun parsli Cara-caranya 1. Masukkan kacang kuda, air, tahini, bawang putih, minyak zaitun dan garam secukupnya dalam alat pengisar dan kisar sehingga semuanya sehingga halus. 2. Tuangkan hummus kedalam mangkuk. Tuangkan sedikit minyak zaitun diatas
58
RESEPI MASAKAN ARAB permukaan hummus, serbuk paprika dan juga daun parsli dan sedia untuk dihidangkan bersama roti arab atau roti pita.
D'BABA GANOUSH Bahan-bahannya 4 biji besar terung 1/3 cawan jus lemon 4 sudu besar tahini (pes bijan) 2 ulas bawang putih garam secukup rasa minyak zaitun daun parsli Cara-caranya 1. Cuci bersih terung. Cucuk luarnya dengan garfu dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180'C selama 30 - 40 minit atau sehingga terungnya lembut. 2. Setiap masa sewaktu membakar terung diterbalik-balikkan terungkan agar bakarnya rata. Terung akan sempurna dibakar bila luaran kulitnya kehitam-hitaman dan bila dicucuk dengan pisau dalam isinya lembut. 3. Biarkan terung sejuk, potong terung dan keruk dengan sudu isi dalamannya. Kulit terung dibuang. 4. Masukkan jus lemon, tahini, bawang putih dan garam kedalam alat pengisar dan kisar sehingga lumat. Masukkan pula isi terung dan kisar sekejap sahaja supaya bahannya semua sebati. 5. Sendukkan baba ganoush dan hidangkan dalam mangkuk. Atas permukaan di tuang sedikit minyak zaitun, serbuk paprika dan juga daun parsli. Sedia untuk dihidang dengan roti arab ataupun roti pita. Nota D: Anda boleh juga sejukkan baba ganoush yang telah disediakan terlebih dahulu. Bila telah sejuk hidangkan dan tuangkan minyak zaitun, serbuk paprika dan daun parsli. TAHINI (PES BIJAN) Bahan-bahannya 2 sudu besar bijan, disanggar 1/2 sudu teh minyak bijan 1/4 sudu teh garam
59
RESEPI MASAKAN ARAB 1/4 cawan air suam Cara-caranya Masukkan bijan, minyak bijan dan garam dialam blender dan kisar sehingga halus. Dalam pada masa yang sama masukkan air suam sedikit demi sedikit untuk membantu ia menjadi pes yang dikisar halus. Sedia untuk digunakan. Dapat 1/2 cawan.
8 oz mentega 8 oz gula (kak rus kurangkan jadi 6 oz saja) 4 biji telur 9 oz tepung( kak rus guna 4 oz tepung naik sendiri + 4 oz tepung gandum + 1 oz serbuk badam) 1/2 sudu teh baking powder 1 sudu teh esen vanilla (kak rus guna air mawar) sedikit garam halus 1 cawan halwa tomato ceri yang dipotong panjang-panjang 1/2 cawan ceri hijau didadu halus 1/2 cawan badam cincang untuk hiasan atas kek Cara membuatnya: 1. Panaskan ketuhar,lengserkan acuan dgn mentega dan tabur sedikit tepung gandum. 60
RESEPI MASAKAN ARAB 2. Pukul mentega + gula - 3 minit + garam 3. Masukkan telur sebiji-sebiji,vanilla/air mawar. 4. Ambil segenggam tepung campurkan dengan ceri hijau dan hirisan halwa tomato. 5. Masukkan tepung yang diayak.Kemudian campurkan ceri hijau +halwa tomato. 6. Tuang dalam acuan, taburkan badam cincang dan bakar 45" api 150 C.
HUMMUS Bahan-bahan
2 tin kacang kuda (chickpeas - 400g setin) 1 sudu besar tahina (sesame seed paste) jus dari 1/2 biji lemon sedikit minyak zaitun serbuk paprika untuk hiasan- xde seulas kecil bawang putih disagat halus
Cara-cara 1. Buangkan air kacang kuda, cuma simpan sedikit sahaja untuk memudahkan kacang di blend. Simpan juga sedikit kacang kuda untuk hiasan. 2. Masukkan kacang kuda, tahina, jus lemon, bawang putih, dan air dari kacang kuda tadi kedalam bekas. Gunakan hand blender untuk kisar kacang sehingga halus. 3. Untuk menghidang, masukkan hummus kedalam mangkuk. Letakkan sedikit kacang kuda yang tidak dikisar ditengahnya. Tuangkan sedikit minyak zaitun keatasnya. Taburkan serbuk paprika sekeliling mangkuk sebagai hiasan. 4. Boleh dimakan dengan roti pita. Selalunya jeruk buah zaitun, hirisan sweet onion, hirisan tomato, dan hirisan cili hijau (memang pedas cili ni) akan dihidangkan sebagai sampingan untuk hummus.
61
RESEPI MASAKAN ARAB 5. NOTA: Untuk yang tak jumpa tahina/tahini tu, saya pun tak sure apa substitute dia. Saya pernah buat tak letak tahina, ok jugak rasa dia cuma texture hummus tu tak begitu smooth. *nak buat tahina - blend bijan sangrai + minyak zaitun sampai jd mcm kerisik.
DAGING /KIBDAH TUMIS ala Mesir(Gambar Internet) Ingredients: 1/2 kg daging potong strips @ Hati lembu (Kibdah) Bahan Perap : Dark soy sauce/ mushroom sauce Gula ( hanya untuk mem balance kan rasa, sedikit saja ) Lada hitam 1 sdb bawang putih cincang 2 sdb jus limau nipis Campur semua bahan dan dimarinade selama 2 jam. Directions: Bahan lain : 1 bhg bawang besar potong memanjang 1 sdt ketumbar halus 1 sdt cumin (jintan) 1/2 sdt lada hitam caranya : Basuh daging /hati lembu sebersihnya.. Tumis daging/hati lembu dengan minyak olive secukupnya, lalu tambahkan air sebanyak
62
RESEPI MASAKAN ARAB 200 cc, kemudian masukkan bahan perap tadi, masak sampai daging empuk, dan airnya kering, masukkankan bawang besar dan ketumbar halus, jintan dan lada hitam. Masak sebentar asal bawang layu, angkat dan sajikan panas2. Biasanya disajikan dengan vegetarian mousaka..Orang Arab nie klu hati lembu dia nak yg bau2 kuat skit..baru terasa ummppp
WARAQ INAB Bahan isi: 1 dada ayam lengkap dengan kulit dan tulang 1 biji bawang besar potong dadu 3 bawang putih potong halus2 1,5 sdt mix spice (rempah curry) 1 chicken blok 2 batang daun bawang, iris ?cm 1 paprika hijau ukuran sedang, iris ?cm ?liter beras Bahan bungkus: Daun Anggur secukupnya @ kubis 1 biji lemon asam jawa sebesar ibu jari dilarutkan dengan air 100 ml minyak zaitun
63
Cara memasak: * Rebus ayam dengan 700 ml air sampai empuk, setelahsejuk siat2 isinya, air rebusan jangan dibuang. * Tumis bawang merah, bawang putih, stelah layu masukan mix spice, isi ayam yg disiat dan chicken blok, aduk sebentar lalu masukan air rebusan ayam tadi (+ 500 ml) * Setelah + 7 menit direbus, masukan daun bawang, paprika, dan beras yang sudah dicuci, biarkan sejuk seketika.Biar baki air rebusan diserap oleh beras. * Setelah sejuk, bungkus dengan daun anggur satu per satu dan susun rapat di dlm periuk, supaya gulungan daun anggur tidak mudah terbuka saat direbus. * masukkan air asam jawa yang sudah perah tadi, sampai semua bungkusan terendam. * Masukan lemon yang sudah di iris 4 bagian. * Rebus sampai air hampir kering, jangan sampai air habis, supaya daun tidak lengket dan kering. * Sebelum mematikan api siram dengan minyak zaitun, biarkan sebentar, lalu matikan api dan sajikan.
64
Kambing Panggang 2 kg kambing (bahagian kaki) Garam, serbuk lada hitam secukup rasa 1 sudu besar rosemary cincang 1 sudu besar thyme cincang 1 sudu besar tepung gandum 450 ml air 1 kiub stok daging 120 ml jus epal/kranberi Cara membuat 1. Kelar bahagian lemak kambing tetapi jangan sampai ke bahagian dagingnya. Lumur dengan serbuk lada hitam, rosemary dan thyme. Perap selama semalaman di dalam peti sejuk. 2. Letak kambing di atas rak yang diletak di dalam tin pembakar. Panggang pada suhu 200 C selama 20 minit. 3. Turunkan suhu kepada 180 C. Panggang selama 1 jam 20 minit. 4. Keluarkan kambing dari ketuhar, balut dengan foil. Biar 10 minit sebelum dagingnya dihiris nipis. 5. Untuk sos: Buangkan sebahagian lemak dari tin pembakar, tinggalkan 2 camb, letak tin di atas api perlahan. Bubuh tepung dan kacau 1 minit. 6. Tuangkan air, stok dan jus epal, kacau hingga mendidih. 7. Renihkan selama 3 minit kemudian tambah garam dan serbuk lada hitam. Angkat dan tapiskan. Hidangkan dengan hirisan kambing panggang, brokoli celur, tomato dan kentang goreng.
65
RESEPI MASAKAN ARAB 2 sudu teh garam 1 sudu teh gula Cara menyediakan: 1. Gaulkan semua bahan-bahan bersama kambing dan perapkan sekurang-kurangnya 1 jam atau sebaik-baiknya semalaman. 2. Kemudian bakar sehingga kambing masak.
67
68
Salatah : Tomato dipotong dadu, timun pun dipotong dadu, sedikit lemon di hiris dan ambil jusnya, sedikit garam. (selera melayu tambah cili merah, nenas etc) Fattush : Sama macam salatah, bezanya ditambah sedikit minyak zaitun dan sedikit lada hitam. Siap untuk di makan. (Selera melayu atas nasi tabur daun sup dan bawang dan bawang goreng).
BAHAN D: 350 gm buah kurma (cincang kasar) 350 gm buah prun (cincang kasar) 8 sudu browning 100 ml UHT krim putar CARA MENYEDIAKAN: 1. Pukul bahan A sehingga kembang dan gebu. 2. Dalam bekas yang berasingan pukul bahan B hingga kembang. 3. Ayak bahan C kecuali horlicks dan masukkan ke dalam bancuhan B dan pukul hingga kembang. 4. Akhir sekali, satukan bahan A dan D. Masukkan ke dalam acuan 8 inci x 8 inci x 3 inci. 5. Tutup dengan alumunium foil dan kukus selama empat jam dengan api yang perlahan.
70
2 ketul isi ayam (dihiris dadu kecil) 3 ulas bawang merah (dicincang) 1 ulas bawang putih (dicincang) 1 sudu besar sos cili 1 sudu besar tomato puri @ sos tomato sedikit garam dan gula 3 biji telur rebus (dibelah 4) 50 g makaroni (direbus dgn sedikit garam) 2 biji kentang rebus (dipotong dadu) 4-6 helai daun salad (dihiris) 1 biji tomato (dibuang biji dan dipotong dadu) sedikit timun (dikupas kulit, dibuang biji dan dipotong dadu) mayonis, dressing salad dan sedikit oregano leaf 1 sudu besar marjerin/mentega
Cara-cara
1. Panaskan marjerin/mentega dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau. Kemudian masukkan ayam dan kacau rata2. 2. Masukkan puri tomato dan sos cili. Kacau lagi. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat. Masukkan pula oregano leaf dan perisakan dgn garam dan gula. 3. Sediakan mangkuk/pinggan hidangan. Susunkan daun salad, tomato, telur, makaroni dan bahan2 sampingan yg lain ke dlm mangkuk/pinggan tersebut mengikut kreativiti masing2. 71
RESEPI MASAKAN ARAB 4. Tuangkan kuah salad di atasnya bersama mayonis dan dressing salad. Hidangkan.
CARA MENYEDIAKAN: Gaulkan ubi kentang bersama bawang besar, daun bawang, sedikit garam dan mayones sehingga sebati.
72
73
Cara Memasak: 1. Lumur garam dan rempah chermaula di serata permukaan ayam dan juga di bahagian bawah kulitnya. Perap ayam selama 3-4 jam di dalam peti sejuk. 2. Keluarkan ayam dari peti sejuk dan biarkan ia ke suhu bilik. 3. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan 180C selama 45 minit, dengan membalik-balikkannya setiap 20 minit. 4. Saji ayam bersama daun salad, timun, tomato, kentang, lemon dan daun pudina.
74
75