You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG YAMAN, 34520 BATU KURAU PERAK

BAHASA MELAYU TAHUN 5 Tema : Keselamatan Tajuk : Berwaspada di Jalan Raya

SET INDUKSI
Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

LANGKAH 1 LANGKAH 2 LANGKAH 3


i- Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat

majmuk dalam sesuatu penulisan teks

ii- Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang tepat

PENUTUP

Guru menunjukkan bahan 3D isyarat lalu lintas jalan raya kepada muridmurid. Guru bersoal jawab dengan murid tentang slide isyarat lalu lintas yang ditayangkan.

Klik di sini :

LANGKAH 1
Guru menayangkan video Akibat Cuai di Jalan Raya kepada murid. Murid melihat video yang ditayangkan. Klik untuk menonton video :

Guru meminta murid menyenaraikan kesalahan pengguna jalan raya yang terdapat dalam video Guru meminta murid-murid membentangkan senarai kesalahan pengguna jalan raya yang terdapat dalam video tersebut di hadapan kelas secara individu

LANGKAH 2
Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada enam orang dalam sesuatu kumpulan. Guru menayangkan gambar-gambar kesalahan pengguna jalan raya. Klik di sini :

Guru meminta murid membina ayat tunggal atau ayat majmuk berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Guru meminta wakil dari setiap kumpulan menulis contoh ayat tunggal atau ayat majmuk yang dibina di papan tulis.

Guru dan murid berbincang mengenai kesalahan-kesalahan tatabahasa yang dilakukan dalam binaan ayat.

LANGKAH 3
Guru menyusun kad-kad perkataan secara tak tersusun. Guru meminta setiap kumpulan menyusun semula kad-kad perkataan tersebut sehingga membentuk ayat yang betul. Kumpulan terpantas menyelesaikan susunan ayat tersebut dikira sebagai pemenang.
Klik di sini untuk melihat contoh permainan bahasa :

PENUTUP
Guru membuat aktiviti pengukuhan kepada murid berkaitan dengan padanan simbol isyarat di jalan raya dengan maksudnya Guru merumuskan isi pelajaran Guru menerapkan nilai-nilai murni kepada murid * berhati-hati * bertanggungjawab Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid sebagai latihan tambahan

Klik di sini : LEMBARAN KERJA

HAK CIPTA TERPELIHARA : Kanankiri production PISMP Semester 4 Bahasa Melayu (A)

You might also like