You are on page 1of 10

Pengujian Pengukuran Penilaian

Konsep dan Pengertian Pengujian, Pengukuran & Penilaian


Apakah yang dimaksudkan dengan Pengujian ? Satu proses yang menggunakan satu tugasan (task) atau satu siri tugasan untuk (task) memperoleh pemerhatian sistematik yang diandaikan mewakili ciri-ciri atau atribut pendidikan atau psikologi. ( Sax, 1997) Apakah yang dimaksudkan dengan Pengukuran ? Satu proses di mana nombor2 diberi (biasanya dikenali sbg skor) untuk menunjukkan kuantiti ciri atau atribut seseorang atau sesuatu objek, mengikut rukum-rukum tertentu; Nombor2 yang diberi itu mengekalkan pertalian sebenar yang terdapat antara orang2 daripada segi atribut yang diukur itu. Apakah yang dimaksudkan dengan Penilaian ? Satu proses yg menentu dan mengumpul-kan maklumat drpd pelbagai punca bagi membuat perbandingan dengan kriteria berkenaan supaya penghakiman mengenai kebaikan, nilai atau kesan seseorang atau sesuatu objek dapat dilakukan. Ini bertujuan untuk membuat keputusan dan memenuhi keperluan akauntabiliti. Fungsi Pengujian Menyediakan tugasan (task) untuk pelajar menunjukkan tingkah laku tertentu; Kekuatan dan kelemahan pelajar dalam melakukan sesuatu tugasan yg diperhatikan akan memberi maklum balas mengenai keberkesanan pengajaran dan tahap pembelajaran. Fungsi Penilaian Pemerhatian tentang tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajar dalam melaksanakan sesuatu tugasan (task) dan maklumat yang dikumpulkan dari pelbagai punca lain (task) membolehkan penghakiman dibuat, sama ada semasa atau selepas proses pengajaran-pembelajaran, tentang keberkesanan pengajaran-pembelajaran; Maklum balas yang diperoleh dalam proses penilaian boleh digunakan untuk penambah-baikan proses pengajaran-pembelajaran. Teknik2 Pengumpulan Maklumat Penilaian yang baik adalah penilaian yg dibuat berdasarkan makalumat yang sah;

Alat2 yang digunakan untuk mengumpul maklumat termasuklah: Dqbc07/05 1

Pengujian Pengukuran Penilaian

Ujian; Soal selidik; Senarai semak; Skala kadar; Rekod anekdot; Sosiogram. SOAL SELIDIK Contoh: Soal Selidik Tabiat Belajar Soal selidik ini bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai tabiat belajar bagi Geografi di kalangan pelajar. Bagi setiap soalan sila jawab dengan menandakan ( ) pada ruang yang disediakan. disediakan. 1. Berapa banyakkah buku geografi, selain daripada buku teks, anda memiliki ? a) _______ Tiada b) _______ 1 c) _______ 2 d) _______ 3 e) _______ 4 atau lebih Sekiranya jawapan anda kepada Soalan (1) ialah Tiada, sila teruskan menjawab Soalan (3). 2. Secara purata, berapa kalikah dalam seminggu anda merujuk / menggunakan bukubuku itu ? a) _______ b) _______ c) _______ d) _______ e) _______ 0 1 2 3 4 atau lebih

3. Adakah anda mempunyai bilik khas untuk anda belajar di rumah ? a) _______ Ya b) _______ Tidak 4. Di antara huraian berikut yang manakah paling tepat menghuraikan tempat belajar di rumah anda ? a) _______ b) _______ c) _______ Sentiasa bising Sentiasa sunyi Kadang-kadang sunyi & kadang-kadang bising

5. Pernahkah mana-mana ahli keluarga anda mengikuti kursus ijazah dalam bidang

Dqbc07/05

Pengujian Pengukuran Penilaian geografi ? a) _______ Ya b) _______ Tidak c) _______ Tidak tahu Sekiranya jawapan anda kepada Soalan (5) ialah Tidak atau Tidak tahu, sila teruskan menjawab Soalan (7). 6. Adakah ahli keluarga itu tinggal bersama dengan anda sekarang ? a) _______ Ya b) _______ Tidak

7. Adakah anda mencatat nota dalam bilik darjah ? a) _______ Ya b) _______ Tidak

Sekiranya jawapan anda kepada Soalan (7) ialah Tidak, sila teruskan menjawab Soalan (10). 8. Adakah buku nota anda senang dibaca (difahami) ? a) _______ Ya b) _______ Tidak

9. Apabila anda membuat nota mengenai bahan bacaan geografi, adakah anda salin bulat-bulat bahagian yang berkaitan tanpa modifikasi ? a) _______ Ya b) _______ Tidak c) _______ Saya tidak membuat nota daripada bahan bacaan geografi Adakah anda menyediakan jadual waktu yang tetap untuk belajar geografi ? ? a) _______ Ya b) _______ Tidak

11. Berapa jamkah dalam seminggu anda belajar geografi (tidak termasuk masa di sekolah) ? a) _______ b) _______ c) _______ d) _______ e) _______ 1 jam atau kurang 1 jam 1 min. 3 jam 3 jam 1 min. 5 jam 5 jam 1 min. 7 jam 7 jam 1 min. atau lebih

12. Secara purata, berapa jamkah dalam sehari anda belajar semua mata pelajaran

Dqbc07/05

Pengujian Pengukuran Penilaian termasuk geografi ( tidak termasuk masa di sekolah ? a) _______ b) _______ c) _______ d) _______ e) _______ 1 jam atau kurang 1 jam 1 min. 2 jam 2 jam 1 min. 3 jam 3 jam 1 min. 4 jam 4 jam 1 min. atau lebih

SENARAI SEMAK Huraian Mengandungi senarai tingkah laku, trait atau ciri-ciri untuk ditanda bagi menunjukkan sama ada sesuatu tingkah laku, trait atau ciri dapat diperhatikan; Satu poin diberi untuk setiap perkara yang diperhatikan; Palilng sesuai digunakan untuk mengukur tingkah laku kompleks yang dapat bahagikan kepada bahagian-bahagian yang lebih spesifik; Pengukuran yang dihasilkan mempunyai ciri skala ordinal . Contoh: Senarai Semak Tingkah Laku Afektif Mengenai Prestasi Kerja

Nama Pelajar: Tarikh: Pelajar: Pemerhati:.. Pemerhati:.. Tingkah Laku Tanda Jika Ada

Penuh semangat _________ Rela kerja dalam kumpulan _________ Sanggup bekerja tanpa penyeliaan _________ Boleh dipercayaai _________ Siapkan kerja dengan cepat _________ Keinginan untuk memperbaiki kerja _________ Mengambil berat tentang keselamatan orang lain _________

SKALA KADAR

Dqbc07/05

Pengujian Pengukuran Penilaian

Huraian Mengandungi senarai tingkah laku, trait atau ciri-ciri untuk dirakamkan penghakiman tentang setakat mana tingkah laku, trait atau ciri bagi sesuatu objek tertentu dapat diperhatikan; Membolehkan pemerhati menunjukkan perbezaan tentang status atau kualiti sesuatu yang dinilai; Terdapat dua jenis skala kadar yang popular: (i) Skala Kadar Numerik (ii) Skala Kadar Grafik (i) Skala Kadar Numerik Nombor-nombor yang diberi menunjukkan nilai-nilai sesuatu sifat. Huraian diberi untuk menjelaskan pengertian nombor-nombor berkenaan; Pemerhati menanda (pangkah atau bulatkan) salah satu daripada nombor dalam skala untuk menunjukkan pemerhatiannya; Contoh: Skala Kemahiran Bertutur 1 2 Amat tidak fasih dan amat tidak lancar (ii) Skala Kadar Grafik Satu garis ufuk mewakili kontinum (continuum) sifat bagi sesuatu objek /operasi / (continuum) hasil / projek yang diperhatikan; Pemerhati menanda pada garis ufuk (kontinum) untuk menunjukkan penghakiman tentang kualiti sifat yang diperhatikan. Contoh: Skala Kemahiran Bertutur . Amat tidak fasih dan amat tidak lancar Contoh: Skala Kadar Dqbc07/05 3 4 5 Amat fasih dan amat lancar

. Amat fasih dan amat lancar

Pengujian Pengukuran Penilaian

Tingkah Laku Afektif Mengenai Prestasi Kerja Nama Pelajar: Tarikh: Pelajar: Pemerhati:.. Pemerhati:.. Tingkah Laku Tidak Pernah Penuh semangat 1 Rela kerja dalam kumpulan 1 Sanggup bekerja tanpa penyeliaan 1 Boleh dipercayaai 1 Siapkan kerja dengan cepat 1 Keinginan untuk memperbaiki kerja 1 Mengambil berat tentang keselamatan orang lain 1 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 4 4 4 4 4 4 4 Selalu 5 5 5 5 5 5 5

REKOD ANEKDOT Huraian Satu huraian terperinci mengenai satu kejadian atau peristiwa spesifik dan penting berkaitan dengan tingkah laku seseorang individu. Peristiwa atau kejadian ini berlaku pada sesuatu situasi tertentu. Untuk berfungsi sebagai alat penilaian, sesuatu anekdot harus mempunyai ciri-ciri berikut: Ia menghuraikan dengan tepat apa yang diperhatikan; mengasingkan kejadian sebenar yg diperhatikan daripada perasaan dan tafsiran pemerhati; Ia direkodkan serta merta supaya ralat mengingat semula dapat dielakkan; Ia merekodkan pemerhatian mengenai hanya satu kejadian tingkah laku sahaja; Ia merekodkan pemerhatian secara objektif; Ia hanya menghuraikan kejadian yang penting dan yang relevan dengan perkembangan tingkah laku murid.

Contoh: REKOD ANEKDOT

Dqbc07/05

Pengujian Pengukuran Penilaian

Nama Pelajar:. Pelajar:. Nama Pemerhati:.. Pemerhati:.. Tempat Kejadian: . . Huraian Kejadian:

Tarikh: . . Masa: .. ..

Ismail Junid adalah seorang murid lelaki yang baru dipindah ke kelas ini. Dia adalah seorang budak yang badannya besar. Sebentar sebelum waktu rehat, dia berkelahi dengan Mohd Ali mengenai soal siapa harus menjadi penjaga gol pasukan bola sepak kelas. Dia menumbuk meja sambil menjerit. Dia menunjukkan penumbuknya kepada Yunus dan suruh dia diam. Beberapa minit kemudian, dia menolak Kasim yang jatuh dan menangis. Maklumat Lain Yang Relevan : Tafsiran / Komen Pemerhati: Pemerhati:

SOSIOGRAM Sosiogram adalah satu gambarajah yang menunjukkan hubangan antara ahli-ahli sesuatu kumpulan sosial. Pembinaan Sosiogram Dalam menyediakan satu sosiogram, setiap ahli dalam sesuatu kumpulan sosial diberi satu senarai ahli kumpulan itu dan diminta menandakan ahli lain yang manakah menjadi pilihan pertama, kedua, dan ketiga ( dan sebagainya) untuk mengambil pertama, kedua, bahagian dalam sesuatu aktiviti sosial dalam kumpulan; Satu Sosiometrik Matriks kemudian disediakan Satu Sosiometrik Matriks kemudian disediakan

CONTOH SOSIOMETRIK MATRIKS

Dqbc07/05

Pengujian Pengukuran Penilaian

A Ahli Yang Mamilih Bilangan Pilihan Diterima A B C D E 1 1 2 3

B 1

Ahli yang Dipilih C D 3 2 2 3 1 2 1 3 4 2 3

E 2 3 3 3

** A, B, C, D & E adalah ahli dalam sesuatu kumpulan sosial. sosial. CONTOH SOSIOGRAM 3 E 2 2 1 3 1 B 1 2 2 A 1 2 3 C 3 D 1

SKALA PENGUKURAN

Dqbc07/05

Pengujian Pengukuran Penilaian

Skala Nominal; Skala Ordinal; Skala Sela; Skala Nisbah Skala Nominal Objek-objek dikategorikan dan kategori-kategori dilabelkan dengan nombor; nombor; Nombor yang diberi kepada sesuatu kategori, TIDAK membayangkan sifat-sifat yang diperolehi oleh kategori itu; itu; Nombor yg berbeza hanya menunjuk-kan kategori-kategori itu adalah berbeza daripada segi kualiti. Skala Ordinal Pemerhatian-pemerhatian disusun mengikut magnitud atau saiz bagi menentukan pangkatnya (ranks); Pangkat numerik hanya menunjukkan pemerhatian yang manakah lebih besar dan TIDAK menunjukkan setakat mana sesuatu pemerhatian itu lebih besar daripada yang lain. Skala Sela Nilai numerik yang diberi kepada sesuatu yg diukur itu menunjukkan susunan pangkat (rank-order); rank-order); Jarak-jarak numerik yg sama pada skala menunjukkan jarak-jarak yg sama bagi sifat yg diukur; Poin sifar ditetapkan secara arbitrari (iaitu, tidak mengikut hukum spesifik); spesifik); Poin sifar tidak menunjukkan ketiadaan sifat pada sesuatu yg diukur itu; Sesuatu sela di antara dua poin mempunyai makna yang same di sepanjang skala. Skala Nisbah Selain daripada mempunyai semua sifat yang terdapat pada skala sela, skala ini juga mempunyai poin sifar mutlak. Nisbah antara ukuran mempunyai makna; Contoh: Tinggi, berat, kelajuan diukur pada skala nisbah. Tinggi, berat, Soalan Untuk Membantu Pembelajaran:

Dqbc07/05

Pengujian Pengukuran Penilaian

1. Apakah ciri-ciri utama yang membezakan pengujian daripada penilaian ? 2. Apakah cirri-ciri utama yang membezakan pengukuran daripada penilaian ? 3. Bolehkah anda setuju bahawa penilaian yang dibuat berdasarkan ujian adalah lebih objektif ? Sila berikan sebab mengapa anda setuju atau tidak setuju. 4. Huraikan mengapa maklumat yang diperolehi dengan skala kadar adalah lebih tepat berbanding dengan senarai semak ? 5. Apakah kekuatan penggunaan rekod anekdot dalam merakamkan pemerhatian berbanding dengan penggunaan skala kadar ? 6. Apakah maklumat yang dapat diperoleh dengan menggunaka sosiogram ? 7. Nyatakan satu ciri yang terdapat dalam pengukuran yang menggunakan skala nisbah tetapi tidak terdapat dalam pengukuran yang menggunakan skala sela ?

Dqbc07/05

10

You might also like