You are on page 1of 4

Muzium Negara

Sejarah permuziuman di Malaysia bermula pada tahun 1883 apabila pemerintah British menubuhkan Muzium Perak di Taiping. Ini diikuti dengan penubuhan Muzium Sarawak di Kuching pada tahun 1888 dan kemudiannya Muzium Selangor pada tahun 1899. Pada tahun 1910, pengurusan Muzium Perak dan Muzium Selangor disatukan di bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930, pengurusan tersebut dipisahkan semula sebagai satu langkah di bawah sistem disentralisasi oleh pemerintah British. Sebahagian daripada bangunan Muzium Selangor telah roboh disebabkan pengeboman yang dilakukan oleh Tentera Udara Pihak Perikatan pada 10 Mac 1945. Akibatnya, sebahagian besar artifak telah musnah. Pada tahun 1959, sejurus selepas kemerdekaan, kerajaan melantik seorang arkitek iaitu Encik Ho Kok Hoe untuk mereka bentuk Muzium Negara yang akan dibina di atas bekas tapak Muzium Selangor. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Yang diPertuan Agong ke-III Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963

1 | tempat-tempat bersejarah

A Famosa
Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja
berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah kata penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah // Famosa (bunyinya lebih kurang "ah").

2 | tempat-tempat bersejarah

Astana
Astana adalah sebuah istana di Kuching, Sarawak, di tepi utara Sungai Sarawak, di seberang daerah pelabuhan Kuching. Tempat ini adalah kediaman rasmi dari Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Gabernor Sarawak. Nama tempat ini adalah variasi dari kata 'istana'.[1] Istana ini biasanya tidak terbuka untuk umum, meskipun taman ini dapat dijangkau dengan naik perahu di Sungai Sarawak.

3 | tempat-tempat bersejarah

4 | tempat-tempat bersejarah

You might also like