You are on page 1of 21

EDU 3108

ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Nordin Tahir JIP, IPG Kampus Ipoh

TAJUK 3
ISU-ISU ETIKA GURU

8/2/2011

Nordin Tahir

Akauntabiliti Guru
Akauntabiliti atau kebertanggungjawaban seseorang guru difokuskan kepada tiga aspek iaitu tanggungjawab terhadap profesion perguruan, tanggungjawab terhadap negara dan tanggungjawab terhadap sekolah, masyarakat dan diri sendiri. Sebagai pendidik, guru bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan iaitu menyalur atau menyampaikan kurikulum yang telah disediakan kepada murid-murid dengan kaedah pengajaran yang berkesan.

8/2/2011

Nordin Tahir

Integriti Guru
INTEGRITI - mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. Ia juga merangkumi keikhlasan, keterbukaan, amanah, berpegang kepada prinsip, sukar dipengaruhi dan boleh dipercayai.

8/2/2011

Nordin Tahir

Integriti Guru
Institut Intergriti Malaysia (2004), Kualiti unggul yg wujud secara keseluruhan & padu kpd individu & organisasi. Intergriti berlandaskan etika & cerminan etika dlam tindakan sehari-hari. Sebagai penjawat awam, intergriti guru bermakna bhw guru perlu melaksanakan amanah & kuasa yg dipertanggungjawabkan mengikut kepentingan umum. Perlu telus & tulus, memikul t/jawab terhadap ketua, org bawahan & kpd pihak lain. Penjawat awam tidak boleh menyalahgunakan kuasanya utk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kroni.
8/2/2011 Nordin Tahir 5

Integriti Guru (PIPP)


Dalam teras Membina Negara Bangsa, integriti menjadi asas kepada pembentukan masyarakat negara bangsa yang hendak dilahirkan. Masyarakat Bangsa Malaysia yang ingin diwujudkan dalam teras ini adalah sebuah masyarakat yang mempunyai ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara. Melalui teras Membangunkan Modal Insan, hasrat kementerian adalah untuk melahirkan masyarakat yang berpegang kepada sistem nilai, berdisiplin, bersahsiah mulia, berakhlak tinggi dan mempunyai jati diri yang kukuh. Dalam teras Memperkasa Sekolah Kebangsaan, integriti disentuh dalam konteks amanah kepimpinan sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar bagi mewujudkan sekolah npersekitaran kondusif kepada setiap warganya.
8/2/2011 Nordin Tahir 6

Integriti Guru
Dalam teras Merapatkan Jurang Pendidikan, integriti merupakan asas kepada kecekapan sistem penyampaian bantuan dan pembelaan terhadap golongan yang miskin, berkeperluan khas dan yang tinggal di lokasi yang lebih terkebelakang dan terpencil. Dalam teras Memartabatkan Profesion Keguruan, integriti merupakan dorongan dalaman agar guru melaksanakan amanah mendidik anak bangsa sebaik-baiknya serta berusaha meningkatkan keupayaan diri. Manakala dalam teras terakhir, iaitu teras Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan, integriti wajar menjadi pegangan kepada kepimpinan sekolah kluster agar autonomi yang diberikan dapat digunakan dengan penuh berakauntabiliti.yang cemerlang, beraspirasi nasional dan yang mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan.

8/2/2011

Nordin Tahir

Kesantunan Guru
Perlakuan atau t/laku yg mampu menjalin hubungan yg baik antara satu sama lain dan menjadikan sesuatu pergaulan itu berada dlm keadaan harmoni & mesra. Perlakuan verbal & non verbal Zaaba (Jurnal Malayan Branch, 1950), - Pengawalan suara penting:- tidak boleh menjerit & meninggikan suara - Tidak membolot sidang perbualan & - Bercakap terlalu banyak ttg diri sendiri - Memuji diri sendiri
8/2/2011 Nordin Tahir 8

Kesantunan Guru
Merupakan tatacara berkomunikasi secara lisan. Ketika berkomunikasi, guru harus mengikut norma-norma budaya yg ada dlm masyarakat setempat. Kesantunan berbahasa bagi guru termasuklah:- Kata2 jujur, ikhlas & benar - Intonasi suara yg sesuai & menjauhi intonasi tinggi - Memilih penggunaan kata ganti nama diri serta sapaan yg tepat & menghormati pihak yg mendengar - Tidak membolot perbualan & tidak mencelah percakapan org lain - Mementingkan diri dan pandangan sendiri shj. - Menggunakan kata2 tersirat & tidak menyinggung - Perlakuan lain spt gaya berpakaian, cara duduk, cara berhubung dgn pihak lain spt senyum, salam menyapa & beramah tamah.
8/2/2011 Nordin Tahir 9

Ciri Kesantunan Guru


Ikhlas, jujur, baik hati, penyayang & sanggup berkorban. Bersyukur & bert/kasih atas nikmat yg diperoleh. Berani, tegas & mampu membetulkan perkara keji yg berlaku. Menghargai & menghormati pihak lain Tidak menyakiti hati pihak lain Peramah, pemurah & bersedia membaiki kelemahan diri

8/2/2011

Nordin Tahir

10

Kepedulian Guru
Hall, George & Rutherford, 1977: Perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikan kepada sesuatu isu/tugas Van den Berg & Ros ( 1999): Persoalan2 keraguan & kemungkinan tentangan pihak guru apabila menghadapi situasi baharu atau tuntutan yg kian mencabar. Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya. Havelock (1995): Merupakan kuasa2 yg akan menggerakkan suatu proses perubahan yg terancang.

8/2/2011

Nordin Tahir

11

Kepedulian Guru
Guru perlu : a) Sedar atas perubahan b) Minat pada perubahan c) Mengenali pembawa perubahan d) Mengurus perubahan e) Menilai kesan perubahan f) Bekerjasama dengan rakan g) Membuat penambahbaikan Tumpuan perhatian terhadap pelajar Memenuhi keperluan pelajar Mementingkan perkembangan pelajar dr segi rohani, intelek, emosi & jasmani Mengeratkan hubungan dgn pelajar, prihatin & mendengar pandangan pelajar Mewujudkan suasana kondusif, memahami pelajar secara individu, berempati & memenuhi keperluan akademik & emosi pelajar
8/2/2011 Nordin Tahir 12

Fuller, Parsons & Watkins (1974) mengkategorikan kpd 3 prgkat:i. Penyempurnaan diri ii. Tugas-tugas pengajaran iii. Impak pengajaran Kepedulian dari segi penyempurnaan diri - urus hal kehidupan seharian - jangan sampai masalah kehidupan mengganggu tugas Kepedulian terhadp tugas pengajaran - ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban p & p - bimbang terhadap perasaan murid terhadap guru Kepedulian terhadap impak pengajaran - yakin terhadap kebolehan pelajar - guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan

Kepedulian Guru

8/2/2011

Nordin Tahir

13

Penampilan Guru
Stewart (2005) Tret-tret perwatakan & personaliti yg dianggap perlu utk kejayaan sebagai seorg guru spt t/jwb, kreativiti, empati & profesionalisme. Ciri-ciri peribadi yg dimiliki oleh guru spt sikap, kepercayaan, minat, apresiasi dan nilai-nilai. Penting bagi pendidik guru mengetahui & memahami penampilan guru yg efektif supaya mrk dpt mencipta pengalaman yg akan membantu membentuk ciri-ciri pelajar serta membantu pelajar meneroka penampilan utk mengajar. Crick et al., (2004) - Penampilan merangkumi gabungan pengalaman lampau, hubungan sosial, nilai, sikap & kepercayaan.

8/2/2011

Nordin Tahir

14

Penampilan Guru
Howard (2007) Menghuraikan 4 ciri utama penampilan & sahsiah guru yg dpt menghasilkan pembelajaran yg lebih baik iaitu:i. Penampilan utk perbezaan - Guru perlu mempunyai tahap keterampilan berasaskan budaya iaitu satu kebolehan mengenalpasti & mengiktiraf pelbagai realiti yg wujud dlm b/darjah yg mempunyai pelbagai budaya. - Guru perlu tahu menangani perbezaan bangsa, agama, jantina, warna kulit, konservatif atau liberal dsbnya. ii. Penampilan utk berdialog - Mempunyai keinginan & minat utk meneroka persamaan & perbezaan antara individu. - Dpt mengenalpasti 2 jenis dialog iaitu dialog profesional antara rakan sejawat & dialog di dlm b/darjah antara guru & murid.

8/2/2011

Nordin Tahir

15

Penampilan Guru
iii. Disilusi (Disillusionment) - Guru yg dpt meneroka & mengenepikan ilusi (khayalan) adalah lebih responsif dari segi budaya dlm persekitaran yg pelbagai. iv. Demokrasi - Guru yg efektif dpt mengenalpasti kepentingan demokrasi & memberikan peluang yg sama kpd pelajar utk melibatkan diri dlm pelbagai aktiviti p & p.

8/2/2011

Nordin Tahir

16

Berniaga Di Sekolah
Guru sepatutnya melaksanakan t/jwb sebagai pendidik dlm b/darjah & bukannya menjlnkan perniagaan di sekolah. Guru yg berniaga di sekolah melanggar etika perkhidmatan awam & guru terikat dgn Perintah Am yg bertujuan mengawal tingkah laku & etika pekerja dlm perkhidmatan awam. Guru yg ghairah berniaga di sekolah sehingga mengabaikan t/jwb mrk perlu diberi teguran oleh pihak pentadbir & mengambil tindakan sewajarnya agar tidak menjejaskan profesion perguruan.

8/2/2011

Nordin Tahir

17

Kerjaya Sambilan
Pendidik tergolong sebagai penjawat awam & tertakluk kpd peraturan Perintah Am Kerajaan. Penjawat awam perlu memohon kebenaran utk melakukan kerja sambilan bagi menambah pendapatan. Kelulusan hanya diberikan jika kerja sambilan itu tidak bercanggah dgn peraturan yg ditetapkan spt tidak dilakukan dlm waktu bekerja & tidak menjejaskan tugas.

8/2/2011

Nordin Tahir

18

Pengurusan Masa
Good (1973), - Perancangan masa yg berkesan sama ada secara harian, mingguan atau jangka masa panjang utk pelbagai aktiviti spt kuliah, belajar, riadah, t/jwab peribadi & rehat. Melibatkan 2 dimensi:- Pengurusan masa utk diri guru sendiri - Menanamkan aspek kepentingan mengurus masa kpd pelajar.

8/2/2011

Nordin Tahir

19

Pengurusan Kewangan
i. Cara menguruskan kewangan semasa bertugas - Kutipan wang SUWA (Sumber Wang Awam) spt yuran pelajar, derma, sumbangan orang ramai, sewa harta sekolah spt kantin, bas & pelbagai hasil jualan drp projek2 sekolah. - Guru perlu mempunyai akauntibiliti terhadap wang yg dikutip. Cara menguruskan kewangan diri sendiri & keluarga - Mengamalkan sifat kesederhanaan & berhemat. - Berwaspada ketika berbelanja, tidak mengamalkan gaya hidup yg boros & suka bermegah. - Harus tahu membezakan antara keperluan & kemewahan. - Berbelanja secara berhemat sesuai dgn kemampuan diri. - Perlu menabung utk masa depan diri & keluarga.

ii.

8/2/2011

Nordin Tahir

20

Tutorial
Kongsi cerita/isu-isu guru melanggar etika keguruan dengan rakan sekelas anda. Bincang sebab-sebab berlaku ketidakpatuhan etika keguruan. Cadangkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku kepada seorang guru yang gagal mematuhi etika, akauntabiliti dan integriti. Bincang/dapatkan maklumat isu-isu melibatkan penyalahgunaan masa dan wang yang mungkin berlaku di sekolah. Cadangkan cara cara mengatasi masalah tersebut.
8/2/2011 Nordin Tahir 21

You might also like