You are on page 1of 2

DISSCUSSION

MOMAR 2012 atau lebih dikenali MORTAR MASTER 2012 merupakan peralatan yang telah diubahsuai daripada peralatan yang yang wujud sebelumnya tetapi kurang efektif berbanding MOMAS 2012. Terdapat pelbagai masalah yang dapat diselesaikan dengan menggunakan MOMAS.Antara masalah yang wujud selama ini ialah masalah peralatan berat. Momas merupakan peralatan yang mudah dan ringan untuk dibawa ke mana-mana pada bila-bila masa.kebanyakan projek atau pekerjaan menggunakan peralatan yang berat dan sukar untuk dibawa atau dialihkan ke sesuatu tempat yang dikehendaki, Dengan itu masa operasinya akan mengalami kehilangan.Peralatan yang berat juga membolehkan risiko atau hazard yang tinggi terhadap pekerjanya apabila menerima impak. Segala masalah itu dapat diselesaikan dengan penciptaan MOMAS 2012 dimana berat bersihnya hanya 2.350 kilogram sahaja.

Selain ringan MOMAS juga merupakan peralatan yang paling murah berbanding peralatan jentera yang mahal dimana harganya dalam lingkungan beribu-ribu Ringgit . Harga yang mahal dapat mengurangkan pengunaan sesuatu peralatan atau langsung tidak digunakan.masal itu dapat diselesaikan dengan penciptaan MOMAS 2012 dimana harganya hanya RM 150 serta memuaskan hati kesemua pihak pengguna.Selain daripada murah MOMAS 2012 juga mengeluarkan hasil dalam keadaan yang kemas dan cantik untuk dilihat.ini adalah kerana secara manualnya dimana ikatan bata memerlukan peralatan tambahan untuk meratakan atau untuk mencantumkan mortar dan bata.dengan cara manual penglihatan ikatan bata tidak kemas dan cantik kerana peralatan yang digunakan tidak canggih atau tidak sesuai seperti yang dikehendaki oleh permintaan sesuatu projek atau pembinaan.Dengan itu,penciptaan MOMAS membuktikan bahawa ianya dapat mengikat bata dalam keadaan yang kemas dan cantik lagi memuaskan kesemua pihak.Ikatan bata yang kemas dan cantik dapat meningkatkan kualiti produk dan meningkatkan permintaan kepada pengunaan peralatan itu.

Selain daripada kemas MOMAS 2012 juga dapat menjimatkan masa pengguna.Hal ini demikian kerana dahulunya pengikatan bata digunakan dengan cara manual yang mana peralatan yang digunakakn tidak berapa sesuai menyebabkan masa untuk mengikat bata meningkat.menyebabkan penamatan kerja itu mengalami kelewatan. Sesuatu kerja hendaklah diselesaikan mengikut tarikh yang ditentukan oleh pihak penguasa.Apabila sesuatu kerja itu mengambil masa yang lama untuk menghabiskan maka ia akan menyebabkan pihak penguasanya berasa tidak puas hati dan kurang senang.hal ini dapat diselesaikan dengan penciptaan MOMAS 2012 dimana ianya hanya dapat mengikat bata dalam masa 5 minit sahaja untuk mengikat sebanyak 16biji bata berbanding pengikatana secara manual yang mana mengambil masa selama 6minit 30 saat untuk mengikat 16 biji bata.

Selain itu, MOMAS 2012 juga melibatkan jumlah tenaga kerja yang paling minumum untuk dikendalikan i berbanding secara manual dimana memerlukan lebih daripada seorang pekerja yang mana pekerja-pekerja itu dibahagikan kepada beberapa bahagian kemudian diarahkan untuk melaksanakan kerjanya seperti yang telah diarahkan oleh pihak penguasanya. Hal ini menyebabkan pembayaran gaji bagi pengambilan pekerja juga meningkat dan mungkin mengurangkan keuntungan kesemua pihak.Oleh itu, MOMAS 2012 diciptakan khas untuk mengurangkan pengambilan pekerja dalam jumlah yang banyak dimana MOMAS perlu dikendalikan oleh seorang pekerja sahaja.Ini dapat memuaskan pelbagai pihak yang terlibat dengan projek berkenaan.MOMAS secara keseluruhannya telah menentangi pelbagai rintangan yang telah dihadapi dalam kerja mengikat bata dan menjadi peralatan yang efektif dan inovatif dalam bidang kejuruteraan awam.

You might also like