You are on page 1of 7

Komunikasi berkesan

KOMUNIKASI BERKESAN
Komunikasi merupakan nadi yang menghidupkan

sesebuah organisasi. Namun ia bukannya proses yang mudah untuk mencapai keberkesanannya. Apa yang menjadi halangan ialah seperti anggapan umum terhadap penyampai, gangguan emosi penyampai atau penerima, gangguan fizikal atau persekitaran, bahasa yang digunakan, perasangka dan kurang percaya di antara penyampai dan penerima.

Komunikasi adalah segala-galanya dalam perhubungan sesama manusia


Seseorang pemimpin dari sebuah syarikat mega hingga ke institusi keluarga akan menjadi pemimpin yang berkualiti sekiranya ia mampu menterjemah idea dalam komunikasi yang paling berkesan.

Kegagalan pemimpin dalam melontar secara jelas dalam menyampaikan hasrat dan matlamat organisasi atau keluarga akan menjadi batu penghalang kepada perhubungan akrab, kerjasama dan semangat pengorbanan pengikut kepada organisasi dan pengorbanan pengikut kepada pemimpin.

Pemimpin perlu membentuk diri agar mempunyai ciri-ciri yang dapat membantu keberkesanan komunikasi
Pemimpin perlu meningkatkan kredibiliti diri agar dipercayai. Justeru itu mesej yang ingin disampaikan bukan hanya didengari tetapi diyakini.
Memilih media serta medium yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu mesej. Mampu mempupuk iklim komunikasi yang sihat seperti bersikap terbuka, mempunyai kemahiran bercakap dan mendengar dengan baik agar komunikasi akan berlaku dengan selesa. Membiasakan komunikasi dengan empati iaitu mampu meletakkan diri di tempat pendengar. Dengan ini pemimpin akan lebih peka kehendak dan keperluan pendengar.

Pemimpin perlu faham keperluan berkomunikasi


Komunikasi amat penting bagi mendapatkan kerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas atau program. Pemimpin yang hebat bukan hanya mampu memberi arahan akan tetapi boleh memotivasi organisasi bawahannya dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Komunikasi dapat memastikan keputusan pemimpin dapat dilaksanakan dengan berkesan. Keputusan yang tepat dan diyakini membuatkan organisasi jelas dengan kehendak pemimpin dan secara tidak langsung memberi impak kepada hasil keputusan yang telah dibuat.

Rumusan
Komunikasi mempunyai peranan penting dalam kejayaan sesebuah organisasi. Pemimpin organisasi yang berkualiti mesti bijak berkomunikasi dan sentiasa berusaha mempertingkatkan keberkesanan komunikasi dalam kepimpinannya agar dapat mencapai hasrat dan matlamat dirinya dan organisasi. Komunikasi berkesan akan memberi implikasi positif kepada organisasi. Manakala, jika sebaliknya komunikasi tetap akan berlaku tetapi akan mencetuskan perkara-perkara seperti keputusan dan penyelesaian kepada sesuatu perkara sukar di capai atau tidak tercapai, tiada kerjasama dalam organisasi dan yang penting kredibiliti individu sebagai seorang pemimpin akan tercalar.

Rujukan
Che Siah bte Romle 1994 KOMUNIKASI BERKESAN

DALAM ORGANISASI : TINJAUAN MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PEGAAI-PEGAWAI AWAM Institut Tadbir Awan Negara http://adzihamid.blogspot.com/2012/05/peranan-danimplikasi-komunikasi-dalam.html http://hayudinmsr.blogspot.com/2010/04/komunikasi -dalam-organisasi.html Baharom Mohamad, Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim 2009 KEPIMPINAN PENDIDIKAN BERKESAN Institut Kepengetuaan, Kampus Kota, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

You might also like