You are on page 1of 2

Definisi dan konsep Perlembagaan Persekutuan.

Perkara yang menyentuh isu bahasa, agama, bumiputera dan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Malaysia menjadi faktor penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat dan utuh di kalangan rakyat Malaysia. Perkara-perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada kaum bukan bumiputera.

Bagi sebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Dalam konteks Perlembagaan Islam, negara Islam pertama iaitu Madinah di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. telah membentuk Sahifah Madinah bagi melicinkan pentadbiran negara Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum. Definisi Perlembagaan Satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung jawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. Satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan. Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Merupakan kontrak sosial yang telah disepakati semasa menggubal undang-undang. Unsur-unsur tradisi ini meliputi: 1. Bahasa 2. Agama 3. Kedudukan istimewa orang Melayu & Bumiputera Sabah Sarawak 4. Pemerintahan Beraja Unsur-unsur tradisi adalah faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia & memupuk persefahaman ke arah perpaduan.

-Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara -Dilindungi di bawah Akta Hasutan. -Dianggap sebagai isu sensitif -Dilarang dijadikan isu perbincangan awam

You might also like