You are on page 1of 4

PEMBANGUNAN ATLET PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN Pembangunan sukan di kalangan pelajar bermatlamat melahirkan pelajar yang yang mempunyai

ciri yang unggul dan sentiasa berdaya saing. Bagi mencapai matlamat ini, Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT) telah dilancarkan dan mensasarkan objektif berikut: Menjadikan IPT sebagai pemangkin kepada pembangunan kecemerlangan sukan negara Mewujudkan budaya bersukan di IPT ke arah memperkasakan modal insan seimbang dan berkualiti dalam pencapaian akademik dan penglibatan bidang sukan Sasaran untuk melahirkan sekurang-kurangnya 30% atlit negara adalah terdiri daripada atlit IPT atau "The Thinking Athletes" 7 Kluster DPSIPT Pelaksanaan dasar ini akan menggerakkan perancangan dan pelaksanaan agenda pembangunan sukan di IPT dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan sistematik melalui fokus kepada tujuh (7) kluster berikut:

Program Pembudayaan Sukan Program Pembangunan Infrastruktur Sukan Program Pembangunan Pusat Kecemerlangan Sukan Skim Kecemerlangan, Kebajikan, Insentif dan Penyelidikan Sukan (SKIPS) Program Pembangunan Akademik Atlit Program Promosi dan Jaringan Kerjaya Program Pembangunan Pengajian Sukan di IPT Insentif Biasiswa Sukan Bertepatan dengan usaha menggalakkan kecemerlangan sukan atlet IPT, inistiatif menawarkan Biasiswa Sukan kepada atlit IPT yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam sukan yang diceburi serta mendapat pengiktirafan Majlis Sukan Negara (MSN) telah dilaksanakan. Sejak penawaran Biasiswa Sukan dibuka bermula pada 2006 hingga 2010, seramai 356 atlet telah diperakukan sebagai penerima Biasiswa Sukan KPT.

FUNGSI UNIT PERSEDIAAN ATLET

Merancang, mengatur dan melaksana serta menilai prestasi atlit bagi sukansukan terpilih untuk prestasi tinggi. Merancang, mengatur, melaksana dan menilai program pembangunan Sukan Prestasi Tinggi pada semua tahap bagi semua jenis sukan. Memantau dan meneliti keberkesanan semua program persatuan yang terlibat dengan sukan prestasi tinggi dari semasa ke semasa. Bertanggungjawap membantu persatuan atau pasukan dari aspek penyediaan jurulatih, venue latihan, kelengkapan latihan dan kelengkapan lain yang dikira perlu. Memantau program latihan dan kejohanan pendedahan disemua peringkat dan menyediakan laporan. Membantu mengumpul data-data maklumat atlit, pegawai sukan bagi tujuan rekod-rekod dan statistic atlit dan pasukan. Memantau dan mengambil tindakan untuk membantu pasukan-pasukan yang bermasalah.

PEMAKANAN SEIMBANG

Definisi Pemakanan Seimbang Aplikasi strategi pemakanan untuk menggalakkan kesihatan, mengadaptasi pemakanan kepada latihan, mengurangkan masa pemulihan dan meningkatkan prestasi latihan.

Pemakanan sukan terbahagi kepada dua aspek iaitu: 1. Pemakanan bagi latihan 2. Pemakanan bagi pertandingan

Kepentingan pemakanan sukan 1. Atlet mengetahui kesan pemakanan terhadap kesihatan mereka 2. Atlet boleh menentukan jumlah cecair, nutrien dan tenaga yang diperlukan. 3. Membantu meningkatkan prstasi atlet. 4. Mengurangkan pertandingan. risiko mendapat kecederaan semasa latihan dan

5. Tubuh badan dengan keperluan nutrient-nutrien essential

Pemakanan sebelum latihan dan pertandingan 1. Memastikan glikogen tubuh berada pada tahap optimum bagi melambatkan kelesuan. 2. Pengambilan makan mestilah 2-4 jam sebelum latihan atau pertandingan bermula. 3. Jumlah karbohidrat adalah antara 200-300 gram protein pada kadar sederhana dan lemak pada kadar rendah. 4. Makanan mestilah mudah dihadam.

Pemakanan semasa latihan dan pertandingan

1. Melengkapkan simpanan karbohidrat sebagai tambahan untuk otot-otot yang bekerja. 2. Dapat mengekalkan glukosa dalam darah. 3. Atlet perlu mengambil makanan berkabohidrat pada setiap jam semasa berlatih dan bertanding pada kadar 30-60 gram. 4. Atlet juga boleh mengambil minuman yang membekalkan karbohidrat.

You might also like