You are on page 1of 37
HADITH DAIF DALAM KHUTBAH JUMAAT : KAJIAN TERHADAP KHUTBAH-KHUTBAH YANG DIKELUARKAN OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (DARI TAHUN 1995-2000) ROSHIMAH BT. SHAMSUDIN DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA USULUDDIN BAHAGIAN II (SECARA BERKURSUS DAN DISERTASI) JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITH BAHAGIAN PENGAJIAN USULUDDIN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA. KUALA LUMPUR 2002 ABSTRAK Dalam memelihara kesucian hadis nabi S.A.W., setiap individu muslim memikul tanggungjawab yang besar untuk memastikan kesahihan sesebuah hadis sebelum menyampaikannya kepada umum. Ini kerana terdapat satu Kategori hadis yang dikenali sebagai hadis daif yang amat memerlukan sikap bethati-hati apabila berinteraksi dengannya. Ini disebabkan hadis daif tidak boleh dijadikan hujah yang kuat dalam persoalan agama sebagaimana kekuatan yang dimiliki oleh hadis sahih dan hasan. Oleh yang demikian, penyebarannya melalui khutbah Jumaat dilihat sebagai suatu ancaman serius terhadap ketulenan hadis nabi S.A.W. Oleh itu, kajian ini merupakan suatu usaha untuk menyingkap kewujudan hadis-hadis daif dalam khuibah Jumaat dengan melakukan analisis terhadap teks-teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAINK). Bab Pengenalan menyentuh pérmasalahan dan kepentingan kajian. Bab ini juga mengemukakan tinjauan terhadap kajian kajian terdahulu serta metodologi yang digunakan dalam kajian ini, Bab kedua memfokuskan perbincangan berkaitan hadis daif dan subtopiknya seperti definisi, metode periwayatan dan kategori hadis daif. Manakala bab ketiga menumpukan perbahasan tentang khutbah Jumaat termasuklah definisi, syarat, rukun, sunat, makruh dan haram ketika khutbah, Diikuti seterusnya dengan bab keempat yang dikhususkan perbincangan tentang MAINK secara sepintas lalu metiputi sejarah penubuhan, objektif, peranan dan proses penyedian teks khutbah Jumaat. Pada dasarnya, kajian ini merupakan suatu percubaan untuk menganalisis hadis-hadis yang terdapat dalam khutbah Jumaat melalui proses tahkrij al-hadith untuk mengetahui hukumnya, Bab terakhir mengemukakan rumusan dan kesimpulan hasil kajian ini,

You might also like