You are on page 1of 3

AMERICAN EXORCIST-IN-TRAINING SHARES HIS EXPERIENCE

PELATIH PENGUSIR SETAN DARI AMERIKA MENGONGSIKAN PENGALAMANNYA


ROME, Itali (CAN) Saya tidak pernah terfikir saya akan melakukan perkara ini, tidak, kata seorang paderi yang sedang dalam pertengahan usianya - tidak menjangkakan jalan yang akan menjadikannya sebagai seorang pengusir setan bermula apabila beliau sedang merayakan Misa pertamanya sebaik selepas ditahbis 15 tahun yang lalu. Saat konsekrasi Darah Tersuci saya memohon kepada Tuhan untuk mencurahkan Darah-Nya ke atas para belia dan membantu mana-mana pemuda yang mungkin ada panggilan untuk menjadi paderi, katanya 25 Julai. Reaksi serta-merta dari seorang budak lelaki berumur 13 tahun telah mengejutkan paderi muda itu, dia rebah ke belakang dan mula menggeram (suara garau). Dan saya berfikir, Saya tidak menjangkakan perkara ini! Beberapa tahun kemudian, beliau merupakan salah seorang daripada generasi baru pengusir setan yang sedang dalam latihan, berikutan daripada keputusan uskup-uskup Amerika Syarikat pada November 2010 untuk menambah bilangan pengusir setan, yang mungkin serendah 50 orang ketika itu. Paderi ini, yang berasal dari Barat Tengah Amerika Syarikat, mengatakan perkara ini kepada CAN dengan dasar tanpa nama untuk mengelakkan dirinya daripada dilambakkan dengan soalan. Dia menerangkan bahawa, kami telah menyediakan struktur untuk memastikan mereka yang memerlukan bantuan mendapatnya. Beliau sekarang berada di Roma, dihantar oleh uskupnya untuk mempelajari hasil kerja enam pegawai pengusir setan dari Diosis Roma. Dalam terma praktikal, ini bermaksud beliau terlibat dengan lebih kurang 3 pengusiran dalam sehari. Lingkungan pembelajaran tersebut telah menjadi terjal/curam. Tiada dua kes yang sama. Ini telah menjadi pendidikan yang sebenar bagi saya. Bacaan upacara pengusiran bukanlah formula silap mata, katanya. Bukan iblis atau pengusir setan yang berada di tengah-tengah perkara ini tetapi peribadi yang sangat menderita dan dia perlu pembebasan tertentu melalui Kristus. Sebagai kajian istilah yang betul, adakah ianya demon (makhluk halus yang jahat) atau devil (iblis)? Demon diambil dari bahasa Greek manakala devil dari bahasa Latin, kedua-duanya adalah ok, dia menerangkan. Apa yang kita hadapi adalah malaikat-malaikat yang jatuh, yang pada mulanya dicipta baik. Paderi-paderi gereja awal, termasuk St Jerome dan St Augustine, membuat spekulasi bahawa malaikat-malaikat ini memberontak kerana wahyu kepada mereka mengenai rancangan inkarnasi dan penolakan mereka atas fahaman bahawa Allah, yang adalah Roh Suci dan tidak terhad (tidak terhad), akan menjadi seorang manusia. Untuk alasan ini, paderi itu menafsir, mereka mempunyai tarikan mengenai tubuh fizikal dan membuat manusia menderita. Jadi, sebaik sahaja upacara itu dimulakan, biasanya dia (malaikat memberontak) akan mula menunjukkan dirinya di dalam orang yang menderita itu dengan pelbagai cara

keganasan, mengubah muka, mengubah suara yang berbeza, kata beliau, mengenang kembali pengusirannya yang terbaru. Dia hanya mahu mengugut, dan kamu pada asasnya perlu menafikannya dan berkata Hei, sayalah yang sepatutnya memberi arahan di sini, kawan katanya sambil ketawa. Pengetahuan malaikat oleh Makhluk halus jahat ini, katanya, juga bermaksud yang mereka sedar bahawa Allah hanya membenarkan aktiviti kejam itu untuk membawa penyelamatan manusia melalui penderitaan penebusan (expiating suffering). Orang-orang yang menderita ini akan menjadi santo-santi (melalui) persembahan pengorbanan yang mana akan diterima oleh Allah dan memberkati sebahagian besar dari Gereja seluruh dunia. Apabila kamu mengingatkan Iblis tentang perkara itu, ia membuatkan dia menjadi sangat marah, kerana dia tahu dia hampir kalah dan oleh sebab itu dia mahu dapatkan apa saja yang boleh, selagi dia mampu. Jika dia tidak dapat memenangi jiwa orang itu, dia sekurang-kurangnya mahu membuatkan hidup orang itu sengsara. Jadi seorang pengusir berbual dengan si iblis? Ya, saya tanya mereka beberapa siri soalan: siapa nama mu? kerana bilamana kita menggunakan namanya untuk memerintah ianya dapat melemahkan setan itu. Sekali saja makhluk halus itu memberitahu namanya, pengusir itu akan menyuruhnya untuk keluar dan mungkin juga bertanya bagaimana ia dapat merasuk dan bila ia mahu pergi dari badan orang itu. Akhirnya, seperti saja setan-setan itu dilatih untuk mengatakan ayat yang sama, Saya tidak akan pernah mahu pergi, tetapi mereka akan keluar juga suatu hari nanti! Kuncinya ialah memendekkan tempoh dialog, kata pelatih pengusir setan itu. Anda tidak perlu menanyakan soalan-soalan kerana ingin tahu, perbuatan ini tidak sihat. Dapat juga memasukkan perkara-perkara yang yang boleh memalukan makhluk halus tersebut, seperti meminta pertolongan daripada santo-santa, malaikat-malaikat pelindung dan yang paling ditakuti antara semuanya Bonda kita. Dan selepas itu kita benar-benar dapat melihat adanya perubahan pada kelakuan makhluk halus tersebut. Permainan akhir itu selalunya datang apabila iblis mulai mendedahkan dirinya melalui kemarahan dan letusan-letusan kekejaman, bila biasanya akan ada buih-buih keluar melalui mulut. Dalam kes sumpah jampi yang dimusnahkan, orang tersebut akan mula memuntahkan benda-benda yang digunakan dalam sumpah jampi (kutuk) atau, muntah atau air liur tersebut bertukar warna daripada jernih kepada ada warna. Selepas itu, pengusir itu mengetahui (dari makhluk halus) Saya menghentam rumah, bahawa ini (rumah) sangat efektif dan juga adalah tanda-tanda yang baik. Ianya sangat tidak baik untuk dilihat, tetapi Anda tahu yang saya menjadi efektif di sini (rumah). Pelatih pengusir setan dari Amerika menerangkan bahawa sebab berlakunya pengaruh makhluk halus adalah berlainan antara kes dan kesan daripada penglibatan dalam perbuatan jahat juga berubah-ubah dengan setiap kes. Tetapi satu faktor asas yang biasa menyebabkan orang terbuai dengan Iblis ialah lukaluka dalam di dalam kehidupan mereka dan, di atas semuanya, yang disebabkan perkara di

dalam keluarga mereka, khususnya bilamana ibu bapanya membuat keputusan yang sangat buruk / tidak tepat dan dengan berbuat demikian telah menjemput pengaruh jahat ke dalam rumah mereka. Beliau menyenaraikan perkara-perkara demikian seperti tidak setia dalam perkahwinan, pengguguran bayi, membuat perkara yang menyebabkan perpecahan keluarga. Apakah keluarga itu? dia bertanya secara retorik, Sebuah keluarga adalah satu ikon (yang dianggap sebagai keramat); ia adalah sebuah imej Tritunggal Mahakudus, dan oleh kerana itu sang iblis benci kepada keluarga. Catholic Sabah 02 September 2012 M/s 5

You might also like