You are on page 1of 8

DI PENGKALAN PETAH,BACHOK,KELANTAN

NAMA :__________________________________________________

KELAS :_________________________________________________

SEKOLAH :______________________________________________

NAMA GURU :___________________________________________

TARIKH HANTAR :_______________________________________

TAJUK HALAMAN

1) Penghargaan 2) Pendahuluan 3) Objektif Kajian 4) Kawasan Kajian 5) Kaedah Kajian 6) Dapatan Kajian 7) Rumusan 8) Lampiran 9) Rujukan 10) Bukti

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan projek ini dengan sempurnanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua Maahad Amir Indra Petra iaitu Haji Safian Bin Yusoff yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini . Saya juga ingin berterima kasih kepada En.Haji Baharuddin Bin Ab Rahman iaitu guru Geografi saya yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang kajian ini dijalankan. Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu saya iaitu Halimah Binti Awang yang telah memberikan sokongan,dorongan dan bantuan dari bentuk kewangan kepada saya untuk menyiapkan kerja kerja kursus geografi ini .Tidak ketinggalan ribuan terima kasih kepada tiga orang rakan sekelas saya iaitu Muhammad Shahidan Bin Abdul Aziz, Nik Luqman Hakim bin Muhammad dan Ahmad Aiman Bin Che Lokman yang telah berkerjasama bersama saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.

Saya telah memilih untuk membuat tajuk kajian tentang perniagaan runcit iaitu pasar malam yang diadakan pada setiap hari Khamis di Pengkalan Petah . Saya pilih tajuk ini kerana pasar malam itu berdekatan dengan rumah saya. Saya telah menjalankan kajian lapangan di kawasan pasar malam itu secara berkumpulan , iaitu dengan tiga orang rakan sekelas. Kami telah membahagikan tugasan kami kepada dua bahagian . saya dan Luqman mengkaji satu bahagian , manakala Shahidan dan Aiman mengkaji bahagian lain . Dengan bekerjasama , kami dapat menjimatkan masa dan memudahkan kajian lapangan . Maklumat dan data yang diperoleh telah saya gunakan untuk menulis laporan lengkap secara individu . Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Februari sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan.

ANTARA OBJEKTIF KAJIAN INI ADALAH : 1) Mendefinasikan konsep dan jenis perniagaan runcit di pasar malam Pengkalan Petah. 2) Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di Pengkalan Petah . 3) Menghuraikan dan menjelaskan factor yang mempegaruhi perniagaan runcit di Pengkalan Petah . 4) Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit di Pengkalan Petah . 5) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan-kesan negative perniagaan runcit di Pengkalan Petah . 6) Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit di Pengkalan Petah .

Saya tinggal di Kampung Kemasin kajian ini telah dijalankan di Pengkalan Petah , Bachok , Kelantan . Jarak kawasan kajian dari kampung saya ialah 800 meter . Saya hanya berbasikal ke tempat kajian dan perjalanan ini mengambil masa 8minit sahaja . Pengkalan Petah ini mempunyai bentuk muka bumi yang agak rata dan rendah . Pasar minggu ini diadakan pada setiap hari Khamis bermula 5.00 Petang hingga 9.30 malam . Lokasi pasar minggu ini ialah di Pengkalan Petah , Bachok , Kelantan . Kawasan kajian saya terletak Barat Kampung Kemasin . Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 5 km dari Bandar Bachok . Pekerjaan utama penduduk di kawasan kajian ialah dalam sector pertanian dan sesetengahnya bekerja dalam sektor nelayan .

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat dan data . Antaranya ialah :

1. Pemerhatian = Saya telah membuat pemerhatian di pasar malam ini untuk mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan . Saya juga telah memerhati ciri-ciri fizikal di kawasan kajian seperti bentuk muka bumi . 2. Temu bual = Menemu bual penjual di pasar malam dan beberapa orang penduduk kampung 3. Soal selidik = Menemu -ramah seramai 25 orang responden yang terdiri daripada penduduk kampung di sekitar kawasan kajian . 4. Rujukan = Selain itu , saya juga membuat rujukan di pepustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan tetang kawasan kajian .

You might also like