You are on page 1of 1

Dapatan Kajian

Jenis Kegiatan Manusia

a) Pembinaan rumah dan bangunan Keadaan di Damansara Jaya sibuk kerana banyak aktiviti manusia dijalankan di Damansara Jaya. Terdapat pelbagai jenis rumah seperti rumah teres dua tingkat, rumah banglo dan rumah kembar dua yang didirikan. Terdapat juga kedai yang dibina rapat-rapat dan terancang di Damansara Jaya. Sesetengah orang pula melakukan pengubahsuaian rumah. b) Pembinaan jalan raya Jalan raya dan lebuh raya dibina untuk memudahkan perhubungan dan pergerakan oleh penduduk di Damansara Jaya. Lebuh raya yang dibina ini boleh mengurangkan kesesakan dan juga meningkatkan taraf hidup serta keselesaan penduduk di Damansara Jaya. Lebuh raya di sini adalah seperti Lebuh Raya Sprint dan Lebuh Raya Damansara-Puchong. c) Kegiatan premis permiagaan Terdapat pelbagai jenis kegiatan perniagaan di Damansara Jaya. Kompleks beli belah Atria terkenal di Petaling Jaya. Antara kegiatan perniagaan di Damansara Jaya ialah pejabat pos, kedai serbaneka, kedai makan dan lain-lain. Ini memberikan kemudahan kepada penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan, perkhidmatan dan lain-lain. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana mempunyai pelbagai kemudahan di Damansara Jaya.

You might also like