Professional Documents
Culture Documents
Definisi Bertil Malmberg (1968)(seorang ahli fonetik Perancis) Fonetik ialah pengkajian bunyi-bunyi bahasa. Iaitu pengkajian yang lebih memberatkan pelahiran bahasa dan bukan kandungannya (yg. dipentingkan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan dan bukan makna yang cuba disampaikan).
J.D.OConnor (1973)
Phonetics is concerned with the human noises by which the message is actualized or given audible shape: the nature of those noises, their combinations, and their functions in relation to the message.
Fonetik ialah Ilmu yang bersangkutan dengan bunyi-bunyi bising yang dihasilkan oleh manusia. Bunyi bunyi yang dapat didengar ini kemudiannya diberi bentuk (fonem) yang biasa terdapat dalam bahasa masyarakat itu sendiri.
Organ Pertuturan
Organ Pertuturan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak
Organ Pertuturan
9. Hujung lidah 10. Hadapan lidah 11. Tengah lidah 12. Belakang lidah 13. Akar lidah/Epiglotis 14. Larinks 15. Pita suara 16. Rongga tekak/farinks
Organ Pertuturan 17. Rongga Hidung 18. Rongga mulut 19. Rahang 20. Tenggorok
Mekanisma Arus Udara Pengenalan: Kajian fungsi alat-alat artikulasi dalam artikulasi bunyi bahasa (fonetik fisiologi) seperti saluran suara (vocal tract) dan organ-organ artikulasi (articulatory organs) merupakan bidang fonetik artikulasi. Arus pengaliran udara dari paru-paru (lungs) melalui trakea (trachea) larinks (larynx) dan salur udara.
Semua penghasilan bunyi bahasa bersifat egresif pulmonik udara dari paru-paru ke luar. Ada penghasilan bunyi bahasa bersifat ingresif pulmonik - udara dari rongga mulut disedut masuk ke paru-paru.
Artikulasi
Apabila velum direndahkan, udara mengalir melalui kedua-dua rongga iaitu rongga oral dan
rongga hidung (nasal oral). Bunyi yg terhasil ialah bunyi-bunyi nasal atau bunyi sengau.
Rabung mulut terdiri daripada alveolar, lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak (uvular).
e. Hubungan di antara aktif dan pasif alat-alat artikulasi boleh dispesifikasikan: i. Titik artikulasi (place of articulation) ii. Artikulasi cara (manner of articulation)
Titik Artikulasi Penghuraian tentang daerah-daerah penghasilan bunyi-bunyi fonem. Antara titik artikulasi adalah: i. Bunyi bilabial: penyempitan aliran udara di antara bibir bawah dengan bibir atas, cth. bunyi /p/, /b/ ii. Bunyi labio-dental: penyempitan aliran udara di antara bibir bawah dan gigi atas, cth.bunyi /f/, /v/.
iii. Bunyi dental: penyempitan aliran udara di antara hujung lidah dengan gigi atas, cth. bunyi //, // iv. Bunyi alveolar: penyempitan aliran udara di antara badan lidah atau hujung lidah dengan gigi-gusi, cth. bunyi /s/, /z/, /t/, /d/ v. Bunyi palato-alveolar: Penyempitan aliran udara di antara badan lidah dengan gusi, cth. bunyi //
vi. Bunyi palatal: penyempitan aliran udara di antara depan lidah dengan lelangit keras, cth. bunyi /y/, /c/, /j/, // vii. Bunyi velar: penyempitan aliran udara di antara belakang lidah dengan anak tekak, cth. bunyi /k/, /g/, /x/, // viii. Bunyi glotis: halangan aliran udara berlaku di antara ruang pita suara (glotis) dan dilepas secara tiba-tiba, cth.bunyi /h/, //
Artikulasi cara Perbezaan tiga kadar penyempitan aliran udara ialah penyempitan total, approsimen sempit dan approsimen terbuka. Tiga ketegori konsonan iaitu hentian, frikatif dan approsimen adalah untuk mengenal pasti cara bunyi diartikulasikan.