You are on page 1of 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK PENDIDIKAN KHAS

Tarikh Masa Kelas Bilangan Murid

: 8 Ogos 2011 : 8.15 pagi 8.45 pagi : Al Falah : 5 Orang : Kefungsian lemah : 2 orang slow learner : Kefungsian sederhana : 3 Orang slow learner

Tajuk Sub Topik Kemahiran Pengetahuan Sedia Ada Hasil Pembelajaran

: Operasi Tolak : Menyatakan situasi tolak dalam bahasa harian : Membolehkan murid menolak nombor : Murid sudah boleh menambah nombor : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid akan dapat : Kump.Aras Lemah : 1. Mengecam simbol tolak tanpa bantuan daripada guru 2. Mengenalpasti fungsi simbol tolak tanpa bantuan guru Kump. Aras Sederhana: 1. Mengenalpasti fungsi simbol tolak tanpa bantuan guru 2. Menolak nombor satu digit dengan satu digit

Perentasan Kurikulum

: Bahasa Melayu , Kemahiran manipulatif , Pendidikan Seni : Mendengar arahan , kerjasama , berhati hati : Memanipulasi pengetahuan dan aplikasi kemahiran : Motor halus , seni , muzik : Tali rafia , Hasilan doh , pembilang ( straw , gumpalan surat khabar ) , hasilan bahan konkrit , kad bernombor

Penerapan Nilai KBKK Unsur Terapi Bahan Bantu Mengajar

Langkah Permulaan / Set Induksi ( 2min )

Isi Kandungan Menyediakan murid untuk pembelajaran

Aktiviti Guru membentuk satu bulatan sederhana kecil menggunakan tali .

Catatan Bahan bantu mengajar / BBM : Seutas tali rafia Kaedah : Penerangan dan simulasi Nilai : Mendengar penerangan , fokus

Guru memanggil 3 orang untuk masuk ke dalam bulatan tersebut . Guru memilih salah seorang daripada murid yang berada dalam bulatan dan mengeluarkannya dalam bulatan berkenaan . Kemudian diikuti lagi dengan seorang murid . Guru menyebut mengenai konsep pengasingan , pengeluaran yang berfokus kepada penolakan .

perkembangan Langkah 1 ( 8 min )

Memperkenalkan konsep tolak

Guru menunjukkan bahan konkrit yang menyerupai simbol tolak kepada murid .

Bahan bantu mengajar/ BBM : Bahan konkrit ( simbol tolak ) , kad bernombor , pembilang ( gumpalan surat khabar ) Kaedah : Penerangan , demonstrasi , soal jawab

Guru menerangkan dan menekankan kepada murid bahawa bahan tersebut adalah simbol tolak

Langkah

Isi Kandungan

Aktiviti Guru menunjukkan kombinasi nilai nombor dengan simbol tolak dan menerangkan fungsi simbol tolak dalam Matematik .

Catatan Nilai : Mendengar arahan / keterangan ,keyakinan diri .

Guru menggunakan pembilang ( gumpalan surat khabar ) mewakili nilai nombor untuk melakukan operasi tolak .

Guru menjelaskan kepada murid mengenai konsep pengasingan pembilang . Guru menyoal murid dengan memberikan soalan mudah satu digit operasi tolak , dan murid dikehendaki menjawab soalan menggunakan pembilang yang disediakan dengan bantuan guru. Pengulangan pengiraan dilakukan bagi murid yang melakukan kesalahan pengiraan .

Langkah Langkah 2 ( 8 min )

Isi Kandungan Aplikasi pengetahuan dan kemahiran menolak Permainan Puzzle

Aktiviti

Catatan

Guru menjalankan aktiviti aplikasi mengikut aras / Bahan bantu mengajar / BBM : Hasilan doh , kad tahap murid . bernombor , puzzle , Aras lemah : Melakukan aktiviti penghasilan doh straw . Guru memberi soalan operasi tolak Kaedah : Latih tubi menggunakan kad bernombor , murid akan cuba untuk menghasilkan bentuk soalan operasi tolak Unsur terapi : terapi seni , motor halus berkenaan Nilai : Mendengar arahan , keyakinan diri

Murid diminta untuk menghasilkan pelbagai bentuk soalan operasi tolak .

Aras sederhana : Murid menjawab soalan operasi tolak menggunakan permainan puzzle .

Murid bergilir gilir menjawab setiap soalan yang dinyatakan sehingga membentuk ruangan puzzle yang lengkap . Murid boleh menggunakan pembilang straw untuk mengira nilai nombor mengikut soalan yang dikemukakan . Guru melihat cara pengiraan murid menggunakan straw semasa mengasingkan atau menolak pembilang .

Langkah Langkah 3 ( 8 min )

Isi Kandungan Aktiviti pengukuhan Permainan Penyelesaian Matematik

Aktiviti Setiap murid dikehendaki memakai kad gantung yang mempunyai nilai nombor yang berbeza .

Catatan BBM : Kad gantung bernombor , beberapa buah kerusi , laptop , speaker , audio , pembilang straw . Kaedah : Bermain ,

Guru melaksanakan permainan Musical Chair . Muzik dipasang , dan murid akan bergerak mengelilingi beberapa susunan kerusi yang membentuk bulatan . Apabila muzik berhenti , murid akan berebut untuk mendapatkan kerusi . Murid yang tidak berjaya mendapatkan kerusi , diminta untuk menjawab soalan operasi tolak . Contoh soalan :

Unsur terapi : terapi bermain , terapi muzik Nilai : Fokus , mendengar dengan teliti , tolak ansur , kerjasama, kesabaran

Murid tersebut hendaklah mencari jawapan mengikut nilai nombor yang ada pada kad gantung yang diapakai oleh rakan lain . Selepas murid menjawab soalan dengan betul , permainan musical chair akan dimulai semula . Guru sebagai pemerhati dan memastikan murid dapat menjawab soalan dengan betul .

Langkah Penutup ( 3min )

Isi Kandungan Merumus pembelajaran

Aktiviti Guru merumuskan tajuk pembelajaran dengan mengadakan sesi soal jawab ringkas bersama murid . Murid yang dapat menjawab soalan dengan betuk , akan diberi ganjaran .

Catatan Kaedah : Soal jawab Nilai : Motivasi , mendengar arahan , kesabaran , fokus

Refleksi : ..

You might also like