You are on page 1of 16

merujuk

kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan tempat bekerja yang teratur, urusan yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman dengan berkesan.

Disiplin adalah satu keperluan kepada pelajar supaya dapat berfungsi dengan baik.
(Charles H.Madsen & Clifford K. Madsen, 1970)

Peraturan 4, dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu, mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.
Walau bagaimana pun, di bawah peraturan-peraturan tersebut Guru Besar diperuntukkan untuk menurunkan kuasa disiplin dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu dan dalam menurunkan kuasa itu tertakluk kepada syarat-syarat atau hadhad yang difikirkannya patut.

Disiplin

merupakan satu bentuk kawalan sosial untuk mewujudkan suasana yang tenteram dan teratur samada dalam masyarakat ataupun sekolah. Dengan adanya disiplin, masyarakat dapat hidup dalam dengan aman,tenteram,harmoni dan melancarkan segala aktiviti harian. (Ang Jit Eng, 2007)

Disiplin

terbahagi kepada empat jenis yang utama iaitu:- Disiplin arahan guru - Disiplin arahan kerja - Disiplin arahan kumpulan - Disiplin arahan diri

Disiplin arahan guru adalah cara dan tugas guru menentukan arahan dan peraturan, mengawal dan memastikan setiap pelajar mematuhinya. Tindakan akan diambil kepada pelajar yang melanggar sebarang peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai pengurus bilik darjah, guru bertanggungjawab dalam merancang, mengelola, mengarah dan mengawal hal-hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar.

Disiplin arahan kerja wujud apabila sesuatu tugasan yang diberikan diberikan oleh guru kepada murid dan perlu diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Disiplin ini dibentuk berdasarkan kesedaran keperluan dan tanggungjawab dan mempunyai kebaikan kepada pelajar-pelajar yang mematuhi arahan dan dapat menyiapkan tugasan mengikut jadual yang ditetapkan.

Disiplin arahan kumpulan merujuk kepada disiplin yang dihasilkan daripada kawalan rakan-rakan dalam kumpulan yang sedia ada atau kumpulan yang dibentuk untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

Disiplin arahan diri berlaku apabila pelajar dapat mematuhi peraturan sekolah secara sukarela. Disiplin ini diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peratuan-peraturan sekolah adalah untuk kebaikan pelajar sendiri. Ia wujud secara tidak sedar apabila pelajar telah mencapai tahap kematangan iaitu boleh berfikir secara rasional.

Tatacara disiplin sekolah masa kini dibentuk berlandaskan kepada Ordinan Pelajaran 1957 dan Pekeliling-pekeliling khtisas yang diedarkan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Sekolah,Kementerian Pelajaran sejak tahun 1968. Peraturan-peraturan Pelajar(Disiplin sekolah) dibawah Ordinan Pelajaran 1957 menghuraikan tanggungjawab dan kuasa Pendaftar Besar serta Guru Besar atau pengetua dalam menjaga disiplin sekolah,disamping mengambil tindakan terhadap pelajar yang melibatkan diri dalam politik. Sejak tahun 1968,beberapa puluh Surat Pekeliling Ikhtisas mengenai disiplin sekolah daripada Kementeria Palajaran telah diedarkan kepada semua sekolah di seluruh Negara dengan tujuan memberi garis panduan kepada pihak sekolah supaya mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar yang melanggar disiplin sekolah yang tertentu.Diantara jenis salah laku disiplin sekolah dan tindakan yang disebut dalam surat-surat pekeliling itu ialah:Pembungan murid-murid dari sekolah kerana kelakuan jenayah,seperti membawa senjata-senjata yang merbahaya,menghisap rokok,meminum arak,melibatkan diri dalam kongsi gelap,mencuri,mengancam pelajar lain dan melawan pihak berkuasa. Peraturan hukuman dera Peraturan asrama sekolah Disiplin murid-murid menghisap rokok Salah guna dadah : Garis panduan untuk guru dan Guru Besar Potongan rambut murid Pakaian murid lelaki dan perempuan Larangan bermain bahan letupan Tatatertib perhimpunan sekolah

KESALAHAN RINGAN

Murid

yang melakukan kesalahan ringan akan diberi amaran dan rekod kesalahan.

CONTOH-CONTOH KESALAHAN RINGAN

Menyimpan misai,janggut dan jambang


Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu Bermain dalam bilik darjah,koridor atau kawasan yang dilarang Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat ) tanpa kebenaran Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Mamasuki atau tidak mematuhi peraturan makmal/bengkel/bilik khas. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam Memasuki bilik khas tanpa kebenaran Melakukan pembaziran air dan elektrik Makan dan minum di dalam bilik darjah Tidak memakai pakaian sekolah dengan lengkap Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawqa buku,tidak membuat kerja sekolah, tidak memberi perhatian dan lain-lain) Datang lewat ke sekolah Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal Bising didalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah Berjalan-jalan tanpa kebenaran Tidak membuat gerakkerja yang ditugaskan Mengganggu kawasan Mengganggu guru Mengotorkan kelas Tidak duduk setempat Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini

KESALAHAN SEDERHANA Murid yang melakukan kesalahan sederhana akan dihukum dengan rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan ) dan rekod kesalahan. CONTOH-CONTOH KESALAHAN SEDERHANA Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Tidak amanah,menipu,berbohong dan meniru ketika ujian/peperiksaan Ponteng sebarang acara rasmi Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata sekolah,negeri dan kebangsaan Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skin head atau berwarna Menconteng pada harta benda sekolah Memakai barang kemas keterlaluan,seperti menindek telinga dan memakai subang berlebihan daripada satu pada cuping telinga. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

TATACARA MENYELESAIKAN MASALAH DISIPLIN


1. 2. 3. 4. 5.

Kaji masalah disiplin. Elakkan diri daripada nafsu marah Berikan peluang kepada murid membuat penjelasan Memberi nasihat murid itu sedar Kes berulang,boleh merujukkan kes disiplin kepada guru disiplin atau guru bimbingan dan kaunseling Masalah disiplin yang berat,berkaitan dengan memeras ugut, kegiatan haram,penyalahgunaan dadah, memcuri, politik, melawan pihak berkuasa,mencederakan orang dengan senjata atau merosakkan harta benda,guru hendaklah melaporkannya kepada Guru Besar atau Pengetua dengan serta merta.

6.

TINDAKAN DISIPLIN DI DALAM KELAS


1.

Memberi amaran atau nasihat kepada murid yang melanggar disiplin sekolah
Jika kes melanggar disiplin adalah ringan,guru boleh menghukum murid dengan menyuruhnya berdiri atau mengasingkannya daripada rakan sebaya.

2.

3.

Jika kes melanggar disiplin sekolah adalah berat,guru hendaklah menghantar murid berkenaan kepada Guru Besar atau Pengetua untuk memberi nasihat atau hukuman yang sewajarnya.

You might also like