You are on page 1of 6

Wednesday, 13 April 2011

BAB 1 : PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA


1.1.PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN A. DEFINISI -Perniagaan boleh dimaksudkan sebagai aktiviti membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan dngan bermotifkan keuntungan. -contohnya : seorang peniaga membeli satu kotak biskut dengan purata harga 0.40 sen sebungkus dan menjualnya semula dengan harga 0.80 sen kpd pelanggan maka dia memperoleh untung kasar sebanyak 0.40 sen bagi setiap bungkus.

4 UNSUR PENTING DALAM PERNIAGAAN I)Memuaskan keperluan dan kehendak -pengguna mempunyai kepeluan asas spt makanan , minuman .tempat tinggal , dan pakaian. -kehendak pengguna berubah mengikut citarasa individu sendiri. -contohnya : Fesyen pakaian berubah mengikut citarasa dan trend gaya terkini. II)BARANGAN DAN PERKHIDMATAN -barangan ialah produk fizikal spt kereta atau baju yang di keluarkan untuk pengguna dan perniagaanperniagaan lain. -Contohnya : Insurans , Doktor , dan peguam. III)PERTUKARAN NILAI -merujuk kepada segala aktviti urus niaga dengan pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual sebagai pulangan pada produk yang didapatinya. -melibatkan pertukarang wang contohnya : jika beli sekilo gula dia harus bayar satu nilai tertentu kepada pekedai. IV)KEUNTUNGAN PERNIAGAAN -Matlamat utama semua perniagaan -kayu pengukur kejayaan dan ganjaran bagi sesuatu perniagaan yang bersaing di pasaran. - Diperoleh setelah segala kos pengeluaran,kos operasi, dan cukai ditolak daripada jumlah pendapatan.

B. PERBEZAAN ANTARA ORGANISASI PERNIAGAAN DAN BUKAN PERNIAGAAN ORGANISASI PERNIAGAAN

Terlibat dalam pengeluaran dan penjualan dengan objektif mendapat keuntungan. Berdaftar dengan pejabat pendaftar perniagaan atau pendaftar syarikat. pembiayaan daripada rakan kongsi, simpanan peribadi, atau pinaman dari institusi kewangan.

ORGANISASI BUKAN PERNIAGAAN


Memenuhi keperluan awam tanpa memikirkan keuntungan. Berdaftar dengan pejabat pendaftar pertubuhan. pembiayaan melalui yuran keahlian, derma, dan, kutipan daripada orang awam dan sektor swasta.

DEFINISI KEUNTUNGAN

Baki pendapatan setelah ditolak semua perbelanjaan pengeluaran dan pemasaran produk ditolak daripada jumlah pendapatan.

C. PERNIAGAAN DAN UNTUNG


Keuntungan menjadi matlamat utama sesebuah oraganisasi perniagaan kerana keuntungan merupakan kayu pengukur kejayaan organisasi tersebut. keuntungan merupakan ganjaran bagi sesebuah perniagaan yang mampu bersaing di pasaran. keuntungan penting bagi tujuan pertumbuhan sesebuah organisasi perniagaan. keuntungan syarikat ilah salah satu sumber pendapatan kerajaan.

D. PERNIAGAAN DAN EKONOMI


Perniagaan adalah faktor penting dalam ekonomi sesebuah negara kerana aktiviti perniagaan dpt meningkatkan pendapatan sesebuah negara tersebut. ia bermaksud, apabila prestasi perniagaan itu baik, keadaan ekonomi juga akan menjadi baik, dan sebaliknya. aktiviti perniagaan yamg dikawal rapi akan membantu mengurangkan kadar inflasi dan akan menyumbang ke arah kestabilan ekonomi sesebuah negara.

E. PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT


memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat. menyediakan peluang-peluang pekerjaan. memberikan kesan positif ke arah pembangunan infrastruktur. menjalankan tanggungjawab sosial spt memeberikan perhatian keppada kebaikan masyarakat. Misalnya, melindungi persekitaran dan memberikan sumbangan derma kepada badan-badan kebajikan. membuat bayaran cukai keuntungan kpd kerajaan agar keuntungan tersebut dpt digunakan oleh kerajaan untuk melakukan pembangunan.

F. FAKTOR PENGELUARAN -Sumber yang dugunakan dalam proses pengeluaran ialah :


TANAH : merupakan sumber alam yg berharga atau produktif yg boleh digunakan utk pengeluaran barangan atau perkhidmatan. BURUH : sumber manusia yg diperlukan utk menukarkan bahan-bahan mentah kpd barangan atau perkhidmatan.Buruh dapat dikelaskan kpd buruh mahir, separuh mahir, dan tidak mahir. MODAL : Merujuk kpd bentuk kewangan, bahan mentah, peralatan, kelengkapan, jentera, atau bangunan yang digunakan untuk pengeluaran barangan atau perkhidmatan. USAHAWAN : Merupakan orang yg merancang aktiviti perniagaan dengan menggabungkan dan menggunakan kombinasi faktor-faktor pengeluaran yang ada.

G. KEPERLUAN DAN KEHENDAK 1. KEPERLUAN


Keperluan merujuk kepada sesuatu kemestian yang terhasil secara semulajadi dlm diri manusia tetapi boleh di pengaruhi oleh aktiviti pemasaran. membolehkan manusia hidup pd tahap keselesaan yang minimum. keperluan meliputi keperluan fisiologi, keselamtan, sosial, penghargaan diri, dan pencapaian hasrat diri. Contohnya : tempat tinggal, makanan, pakaian, dan kesihatan.

2. KEHENDAK

Kehendak ialah satu benyuk keinginan manusia yang dibentuk oleh budaya dan personaliti seseorang individu.

membolehkan manusia menjadi lebih selesa dan seronok. kehendak adalah terhad dan berbeza antara individu. Contohnya : rumah banglo dan pakaian berjenama.

H. PROSES PERNIAGAAN

Proses perniagaan merupakan satu siri kerja mengikut peringkat yg perlu diikuti dalam menghasilkan barangan atau perkhidmatan. proses perniagaan melibatkan 3 peringkat iaitu : 1)menerima input untuk membangunkan barangan atau perkhidmatan. 2)memproses input untuk menguruskan permintaan. 3)mengeluarkan baranganatau perkhidmatan utk memenuhi pesanan.

proses ini mewujudkan nilai tambahan kpd input sehinggalah terhasilnya output. output sama ada dalam bentuk produk atau perkhodmatan akan dijual untuk mendapatkan keuntungan atau pulangan ke atas pelaburan.

I. PERNIAGAAN MASA KINI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN MASA HADAPAN


Boleh di bahagikan kpd perniagaan dm negeri dan luar negeri. perniagaan dalam negeri termasuk runcit dan borong. perniagaan luar negeri terdiri daripada eksport, import, dan entreport. perkembangan aktiviti perniagaan masa kini boleh dilihat melalui peningkatan kualiti kehidupan manusia semakin hari semakin baik. aktiviti perniagaan masa hadapan tidak di batasi oleh sempadan tertentu iaitu 'dunia tanpa sempadan'. urus niaga pd masa hadapan boleh dijalankan secara global sepanjang masa sama ada di dalam atau luar negeri. perniagaan masa hadapan lebih bergantung pada penguasaan sistem teknologi maklumat. perdagangan elektronik , internet, dan kad pintar yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat, sesebuah syarikat atau peniaga boleh melakukan urus niaga jual bei di mana-mana sahaja didunia ini.

CABARAN PERNIAGAAN MASA HADAPAN : 1. 2. 3. 4. 5. kekurangan sumber tenaga yang smakin ketara. pentingnya perniagaan di peringkat antarabangsa. cabaran teknologi. meningkatkan produktiviti. pentingnya tanggungjawab sosial di kalangan syarikat perniagaan.

1.2. PERSEKITARAN PERNIAGAAN A.PERSEKITARAN UMUM Terdapat beberapa elemen-elemen : 1. 2. 3. 4. 5. 6. ekonomi persaingan politik dan perundangan fizikal teknologi sosiobudaya

B.PERSEKITARAN TUGAS

PELANGGAN PEMBEKAL PEMBIAYA DAN PEMODAL PESAING KERAJAAN PEKERJA KOMUNITI SETEMPAT

1.3.ENTITI PERNIAGAAN A. Empat bentuk perniagaan : 1. Tunggal -sejenis perniagaan yang dimiliki dan dikawal oleh seoranh individu. 2. Perkongsian - sejenis perniagaan yg di bentuk secara gabungan dan persetujuan antara dua atau lebih individu dengan tujuan mendapat keuntungan. 3. syarikat -satu unit perniagaan yg terdiri daripada individu-individu yg menyumbangkan modal dalam bentuk saham biasa dan bersetuju untuk berkongsi untung dan rugi. 4. koperasi -satu organisasi perniagaan yang ditubuhkan secara sukarela untuk menjaga kepentingan ahli-ahlinya berdasarkan kpd falsafah kerjasama.

B. Perniagaan jenis Huluan dan Hiliran

HULUAN melibatkan perniagaan yg menghasilkan keluaran daripada sumber-sumber semulajadi spt bahan galian tanaman, da ternakan.Contohnya petroleum, kayu balak, sus dan daging lembu. HILIRAN melibatkan kegiatan permiagaan yg berkaitan dgn aktiviti perniagaan jenis huluan.Contohnya industri yg memproses kayu balak utk menjadi papan lapis dan kilang yg memproses susu lembu utk menjadi mentega.

You might also like