You are on page 1of 2

PENGGUNAAN KAEDAH KARTUN ANIMASI DAPAT MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID DALAM MATA PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN

ABSTRAK

Penyelidikan ini dijalankan bagi meningkatkan minat dan kefahaman murid dalam subjek Kajian Tempatan dengan menggunakan teknik kartun animasi. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 8 orang murid Tahun 4 Einstein yang memperolehi markah rendah dalam ujian sebelum intervensi. Data dikumpulkan melalui ujian sebelum intervensi, ujian selepas intervensi, soal selidik dan juga pemerhatian. Hasil analisis data mendapati bahawa murid-murid ini menunjukkan jumlah peningkatan min markah yang tinggi dalam ujian selepas intervensi, 67% berbanding ujian sebelum intervensi 52%. Kaedah pemerhatian juga telah dibuat untuk melihat perubahan tingkah laku murid-murid. Soal selidik juga digunakan bagi meninjau pandangan murid-murid terhadap penggunaan kaedah kartun animasi tersebut. Berdasarkan analisis kajian, didapati tingkah laku murid telah berubah daripada yang negatif kepada yang lebih positif dan prestasi mereka dalam subjek Kajian Tempatan juga telah bertambah baik. Keputusan kajian menunjukkan bahawa teknik kartun animasi telah dapat meningkatkan minat, kefahaman dan pencapaian murid-murid dalam subjek Kajian Tempatan.

Objektif Kajian Objektif Khusus

Untuk meningkatkan minat murid belajar mata subjek Kajian Tempatan dengan menggunakan kaedah kartun animasi.

Untuk meningkatkan kefahaman murid dalam subjek Kajian Tempatan dengan menggunakan kaedah kartun animasi.

Untuk menjadikan suasana pembelajaran subjek Kajian Tempatan lebih menyeronokkan.

Dapatan Kajian Persoalan Kajian 1. Adakah kaedah kartun animasi dapat membantu meningkatkan minat murid dalam pembelajaran subjek Kajian Tempatan? Dapatan Analisis daripada item soal selidik menunjukkan bahawa 8 orang responden ini setuju bahawa kaedah kartun animasi dapat menarik minat mereka dalam subjek Kajian Tempatan. Kelapan-lapan responden ini juga menyatakan bahawa subjek Kajian Tempatan tidak membosankan sekiranya kaedah kartun animasi digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kesemua responden ini sendiri mengakui bahawa mereka memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah kartun animasi. Analisis ujian sebelum dan selepas intervensi menunjukkan perubahan yang ketara dalam tahap pencapaian murid. Dalam ujian sebelum intervensi kelapan-lapan responden ini masing-masing telah mendapat gred C sahaja. Manakala data ujian selepas intervensi pula, didapati 12% murid telah mendapat gred A, 76% murid telah mendapat gred B dan 12% lagi masih dapat gred C. Perbezaan min markah markah yang dikenalpasti dalam ujian sebelum intervensi ialah sebanyak 52% dan dalam ujian selepas intervensi 67%. Analisis daripada senarai semak pemerhatian menunjukkan bahawa tingkah laku negatif yang kerap dilakukan oleh murid tidak berulang lagi. Apabila kartun animasi digunakan murid berasa sangat seronok di mana ramai yang menunjukkan tingkah laku seperti tersenyum, bersorak, bertepuk tangan dan sentiasa menumpukan perhatian kepada kartun animasi yang memberi penerangan pelajaran. Seramai 8 orang responden kajian ini telah mengangkat tangan dan menjawab kepada semua soalan yang diutarakan semasa dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

2. Adakah penggunaan kartun animasi dapat meningkatkan kefahaman murid dalam subjek Kajian Tempatan?

3. Adakah penggunaan kartun

animasi dapat menjadikan suasana pembelajaran subjek Kajian Tempatan lebih menyeronokkan?

You might also like