You are on page 1of 25

AKAUNTABILITI DAN REFLEKSI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Apa dia Akauntabiliti?


Pengasingan antara kuasa dan tanggungjawab Public Interest Public Accountability Money Pertanggungjawaban Accountability

ke atas sesuatu yang diamanahkan MEWUJUDKAN KOMITMEN DIRI

KOMPONEN AKAUNTABILITI
AKAUNTABILITI KEWANGAN AKAUNTABILITI UNDANGUNDANG AKAUNTABILITI AWAM AKAUNTABILITI POLITIK

APA BEZANYA?
DIPERTANGGUNGJ AWABKAN DAN MEMPERTANGGUN GJAWABKAN

AKAUNTABILITI BERSAMA
KEMAJUAN BERSAMA TANGGUNGJAWAB BERSAMA PENCAPAIAN OBJEKTIF BERSAMA TANGGUNGJAWAB DALAMAN DAN LUARAN

Apa dia Refleksi?


Refleksi merujuk kepada gambar atau bayangan dalam cermin, pembalikan, renungan, kenangan atau pernyataan fikiran dalam bentuk tulisan atau percakapan.
Kamus Dewan

What is reflection in the teaching context? Knowles, J.G., Cole, A. L dan Presswood, C.S ( 1994 ) state that: Reflection in the teaching

context refers to the process of inquiring any habit/ behavoiur critically and continuously refining it.

Dewey (1975)
Pemikiran reflektif ialah pemeriksaan yang dilakukan secara aktif, teliti dan bersungguh-sungguh terhadap kepercayaan atau sesuatu yang didakwa sebagai pengetahuan, berdasarkan asas-asas yang menyokong dakwaan itu serta terhadap rumusan yang terhasil daripada pemeriksaan itu

Richard, J.C
Refleksi merujuk kepada aktiviti atau proses yang melibatkan sesuatu pengalaman dikutip, diberi pertimbangan dan dinilai untuk sesuatu tujuan.

Refleksi merupakan usaha penuh sedar seseorang individu memaknakan pengalamannya ke arah membantu meningkatkan celik akal mengenai kepercayaan, sikap, pengetahuan dan amalan sendiri yang melibatkan proses merenung, menganalisis, membuat justifikasi serta mengemukakan cadangan dan tindakan untuk membaiki diri.

RUMUSAN

Proses Penilaian Kendiri


Pengalaman/ Mengimbas kembali Pengalaman Peristiwa Dan Bertindak balas kepada pengalaman Perspektif Baru/ Perubahan -Sikap -Perlakuan -Kesediaan berubah

Peristiwa

(Pengajaran
Perlakuan
Idea Perasaan

Pembelajaran

Pengalaman atau peristiwa


Perlakuan pengajaran Gerak balas, tindakan,perlakuan dan kefahaman murid

Imbas Kembali Pengalaman


Imbas kembali episod pengajaran tanpa penjelasan/penilaian Meneliti maklumat-maklumat oleh rakan sebaya, guru pembimbing dan pensyarah pembimbing

Bertindak Balas kepada Pengalaman/Peristiwa


Gp memperinci pengalaman pengajaran Menyoal diri mengenai peristiwa tersebut Menilai peristiwa berdasarkan objektif - untuk itu: gp guna pengetahuan teori indikator pengajaran berkesan

Soalan-soalan refleksi
Apakah perasaan saya tentang pengajaran yang baru lepas? Sejauh manakah objektif tercapai? Apakah contoh-contoh lain yang boleh membantu pembelajaran lebih berkesan? Apakah perkara-perkara yang patut saya lakukan supaya dapat menarik dan mengekalkan minat murid?

Pembelajaran
Matlamat dan objektif pendidikan Mata pelajaran diajar Sifat, tingkah laku dan pembelajaran murid Sumber pengajaran yang digunakan Proses pedagogi yang diamalkan Kebolehan, kelebihan, kekuatan dan batasan diri.

Elemen Penulisan Reflektif


Peristiwa/Pengalaman Bisikan Hati Persepsi dan Falsafah diri ke atas Peristiwa/Pengalaman Kefahaman/Kesedaran Baru Cadangan untuk Memperbaiki Rancangan Tindakan akan Datang

Penilaian Kendiri Guru Pelatih


Pengajaran Bahasa Melayu ini dijalankan di Tingkatan 4 (C)- sebuah kelas yang dikategorikan kelas lemah. Saya telah cuba menyesuaikan pengajaran saya ini dengan tahap kebolehan pelajar, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh guru tingkatan ini. Pada keseluruhannya saya kurang berpuas hati dengan pengajaran saya hari ini. Objektif pengajaran tidak tercapai sepenuhnya. Kebanyakan pelajar pasif dan ada yang tidak memberikan perhatian kepada pengajaran saya walaupun saya tahu mereka adalah pelajar yang sangat lemah. Saya telah cuba melibatkan mereka dengan menyoal mereka, mengarahkan mereka memberi perhatian serta memberi perhatian kepada mereka semasa membuat latihan dalam kelas; keadaannya tidak banyak berubah. Bagi saya memupuk minat pelajar dan menjadikan mereka terlibat secara aktif perkara mudah. Masa saya membuat pemerhatian guru pembimbing, saya lihat pelajar-pelajar aktif dan memberi perhatian kepada pengajaran guru. Keadaan yang saya alami ini mungkin kerana saya kurang mesra dengan pelajar berbanding guru pembimbing. Mungkin juga pengajaran saya kurang berkesan. Mungkin contoh-contoh yang saya berikan, persembahan isi pelajaran yang saya gunakan sukar difahami oleh kumpulan pelajar lemah. Saya rasa saya perlu memberikan contoh-contoh yang lebih banyak, memberikan bimbingan secara peribadi dan memberikan sedikit masa kepada mereka melaksanakan latihan yang diberi.

Saya bercadang untuk berbincang perkara ini dengan guru pembimbing saya dan pensyarah pembimbing. Melalui perbincangan ini mungkin saya mendapat bimbingan bagaimana membina contohcontoh yang memudahkan pembelajaran pelajar, menggunakan aktiviti yang lebih menarik dan kalau perlu menyediakan sumber pembelajaran yang berbeza untuk kumpulan pelajar yang lemah ini. Pertemuan saya dengan guru pembimbing akan dibuat sebelum saya masuk semula mengajar kelas ini pada Hari Selasa akan datang. Saya juga akan melaporkan perkara ini dan perkembangan-perkembangan yang berlaku selepas tindakan ini kepada Pensyarah Pembimbing saya dalam lawatannya yang akan datang.

Jenis Penulisan Reflektif


Penulisan Deskriptif Penulisan yang menerangkan keadaan atau peristiwa dengan hanya menulis tarikh, tempat tanpa sebarang penerangan mengenai sebab, akibat dan kaitan peristiwa serta kesannya terhadap sikap dan kepercayaan diri penulis tidak bersifat reflektif.

Refleksi deskriptif Mengandungi penerangan sebab dan akibat terhadap peristiwa dan pengalaman secara jelas dengan ciri-ciri taakulan dan renungan terhadap peristiwa dan memberi alasanalasan terhadap perkara yang berlaku. Ia juga mempunyai ciri-ciri penerokaan terhadap kemungkinan yang sudah lepas dan akan datang.

Refleksi dialog Penulisan refleksi yang mengandungi kata-kata bisikan hati penulis kepada peristiwa yang sedang direnungkan. Penulisan ini dapat dilihat dengan mudah bila penulis menyoal dan menjawab persoalan yang difikirkan. Ia seakanakan berbincang dengan diri sendiri. Pernerokaan sebegini akan membantu penulis meneroka hal-hal di luar dirinya sendiri dan membawa kesedaran diri dan pengetahuan baru dengan lebih cepat dan bersifat lebih terbuka

Reflektif Kritikal Penulisan refleksi yang mengaitkan peristiwa atau pengalaman dengan hal-hal di luar rutin seperti falsafah diri, isu-isu masyarakat dan moral. Dalam penulisan ini, penulis kerap memberikan makna terhadap peristiwa yang telah berlaku kepada dirinya dan peranannya sebagai insan guru. Penulisan jenis ini perlu dilatih kerana ia boleh menjadi alat yang berkesan dalam pendidikan guru untuk menjadikan guru permulaan lebih terbuka kepada nilai-nilai masyarakat tempat ia bertugas.

Soalan-soalan yang membantu pelajar membuat refleksi

Apakah perasaan saya berkaitan p dan p hari ini?

Sejauh mana objektif tercapai?

Apakah perkara yang patut saya lakukan untuk menarik minat murid

You might also like